Aku ada anak! Masih bayi dah siap dibedung. Aku terus rangkul, aku peIuk aku ciuum, aku tenung.. dia senyum. Gembira buka kepalang! Tapi aku masih berdialog sendiri. “bila isteri aku mengandung, bila pula dia bersalin?”
#Foto sekadar hiasan. Sepanjang aku berumah tangga, semenjak dua menjak ini aku rasa ralat. Mimpi malam tadi membuatkan aku sem4kin ralat. Sedekad aku berkahwin, mimpi malam tadi paling jelas rupa anak aku, yang mungkin hanya khayalan gambaran aku sendiri. Tapi raut wajahnya sangat jelas.
Matanya, keningnya, rambutnya, comelnya, saiznya dan fizikalnya. Keningnya lebat seakan aku, mulut mengikut ibunya. Aku terjaga dari tidur yang ketika itu masih di dalam mimpi, aku ada anak! Masih bayi dah siap dibedung.
Aku terus rangkul, aku peIuk aku ciuum, aku tenung… dia senyum manis. Lelaki. Aku peIuk lagi, aku ciuum lagi. Wangi bau bayi. Aku suka bau bayi sebab aku dari kecil suka bayi, aku masih ingat bau adik bongsu aku masa bayi.
Aku angkat anak aku itu untuk imbangi beratnya. Sangat jelas dan nyata. Gembira buka kepalang! Tapi dalam aku bermimpi tu, aku masih berdialog sendiri. “Eh bila isteri aku mengandung, bila pula dia melahirkannya?”
“……hmm..” “Ah, lupekan. Alhamdulillah akhirnya aku ada zuriat, lama aku menunggu, terima kasih ya Allah”. Aku tatap muka dia puas – puas. Mimpi di dalam mimpi, aku tahu ia hanya mimpi. Tapi aku hargainya. Aku terjaga.
Tapi aku tak menceritakan kepada isteriku. Ya, itulah ralatnya. Aku tidak sampai hati. Aku masih berusaha mendapatkan zuriat pertama, aku pertengahan 30 an. Aku bukan jenis mengalah aku mencuba. Tapi zuriat takkan lahir tanpa adanya rahim dari ibunya.
Pendekatan aku dan isteriku mungkin agak berbeza. Aku masih percaya juga cara tradisional yang tidak merosakkan akidah aku. Ralat itu datang sejak kami berselisih faham dan agak berg4duh, puncanya aku ingin mencari tukang urut untuk mengurut urutan wanita, kalau pun tidak untuk peranakan, untuk keselesaan badan pun cukuplah.
Sedekad aku berkahwin, ini lah sekali aku serius nak cari tukang urut, sebab saja – saja usaha, tak cuba tidak tahu. Sebab bagi aku mengurut tidak memud4ratkan, malah meringankan badan. Cumanya, aku tahu isteri aku tidak suka berurut kerana dia tidak suka badannya disentuh – sentuh masa mengurut walaupun yang mengurut itu wanita.
Aku hormat padangannya itu, cuma aku rasa seronok kalau dia setuju, mengurut untuk santai – santai sahaja. Aku akan uruskan cari orang itu dan hanya mengurut di rumah sahaja. Tapi niat aku itu tidak digemari atas asbab di atas.
Berlaku perselisihan faham dan dia rasa aku menekannya. Walhal tidak, aku cuma ingin usaha apa – apa pun. Walaupun mungkin impaknya kecil, usaha tetap usaha. Kami berg4duh em0si. Aku menerangkan dengan jelas niatkan, tanpa p4ksaan.
Tapi isteri aku terus berem0si dan mengeluarkan kata – kata yang aku benar – benar rasa ralat dan kecewa. Iaitu, sambil menangis menahan em0si bergelora, dia menyatakan sudah tidak mahu berusaha dan aku kena terima niat dia itu.
Sebab dia sebelum ni pernah berusaha dan kecewa, kecewa tu mer3mukkan hati dia. Dia tak sanggup tanggung kecewa selepas berusaha tu lagi. Dan, jika aku mahu berusaha mendapatkan zuriat juga, dia sanggup keluar dari perkahwinan ni.
Aku tersentak, Habis aku ni bagaimana? Aku perIukan rahim seorang isteri. Sebab aku sayang perkahwinan kami, dia isteri yang istimewa bagi aku. Tapi aku sikit pun pernah terlintas sejauh tu atas dugaan dalam perkahwinan kami ini. Inikan nak keluar dari perkahwinan.
Aku tak pernah rasa sekecewa ni. Kecewa ya Allah. Aku termenung, aku masih mahukan zuriat. Tapi bertepuk sebeIah tangan takkan berbunyi. Aku ni macam mana? Aku sayangkan dia seperti mana kami bercinta dulu. Aku bersyukur, kerjaya aku mampu menanggung keseluruhan isi rumah.
Rumah, kend3raan, nafkah aku sediakan semua. Aku tak ralat membayarnya asalkan kami selesa hidup. Dia surirumah dan dia melayan aku dengan baik. Perselisihan itu malam, dan selepas isteri aku berkata begitu. Esok harinya aku berasa tidak seperti hari sebelumnya. Aku tidak tahu nak meluah di mana.
Aku kecewa, aku sedih. Sayang aku juga menyurut, gembira aku hilang, buat aku termenung bila duduk sendirian. Aku tidak melihat dia sama seperti hari sebelumnya. Aku melihat isteri aku menjadi kosong. Harapan aku hilang.
Keinginan batin aku juga menyurut bila melihat isteri aku sebab perkara itu. Aku rasa malas nak bermanja seperti selalu. Tak pernah aku rasa sesurut ini. Sudah 2 bulan aku begini. Aku pendam. Aku tidak tahu nak bercerita di mana, lelaki tidak semudah wanita untuk meluahkan. Tidak banyak telinga ingin mendengar.
Juga aku takmau berg4duh lagi. S4kit jiwa dia, s4kit jiwa aku. Dulu ayah aku baran dan memukuI ibu. Beberapa kali ingin bercerai. Tapi anak – anak menyatukannya. Aku belajar untuk tidak ulang sikap ayah aku. Sebelum kahwin aku dah niatkan. Kini ayah aku sudah berubah, ibu gembira.
Jadi aku tidak mahu sesakkan fikiran ibu aku dengan cerita ini. Juga tidak mahu mengubah persepsi baik ibu terhadap isteri aku. Hendak cerita pada isteri aku pula, ah berg4duh lagi. Serabut kepala. Tapi yang jelas sayang aku padanya tiba – tiba menyurut.
Sebab aku kecewa yang amat. Sampai hati dia kata begitu, aku sikit pun tak pernah tengking atau naik tangan. Aku tak nak jadi ayah aku. Tapi kenapa dugaannya macam ni. Aku memang dambakan perkahwinan yang macam ni. Tapi ujian zuriat ini m4kin meningkat sama meningkat dengan umurku.
Cuma bezanya, seakan noktah usahanya itu terlalu awal. Tersekat di lubuk jiwa, tersekat di fikiran. Sedangkan perkahwinan ini masih panjang jalannya. Juga, sejak dua menjak ini, m4kin kerap m4kin kuat aku diganggu fikiran aku sendiri, baik bila celik juga bila mimpi.
Sampai munculnya mimpi malam tadi yang aku rasa atas w4ras fikiran aku sendiri. Tapi apa pun aku hargainya, dapat juga aku lihat wajahnya. Maaf pembaca, aku hanya ingin meluah, tapi cukuplah di sini. Semoga Allah bukakan pintu hati kami berdua. Semoga ada zuriat buat kami.
Tunjukkanlah jalannya ya Allah. Walaupun yang aku nampak hanya samar. Anak angkat? Aku tepuk jiwa tanya iman, kalau mahu ambil anak angkat, tetapkan niatnya menjaga anak angkat tersebut sepenuh jiwa, bukan kerana ingin dapat zuriat.
Aku takut berlaku tidak adil. Allah, aku redha walau tidak ku damba. Yang pasti, aku akan kekalkan perkahwinan ini. Terima kasih ya Allah beri bayangan wajah zuriatku, cukup meredakan sementara hatiku. Terima kasih mendengar luahanku, sedikit sebanyak dapat melepas sesak di d4da. Alhamdulillah wujudnya platform ini. Sekian.. – Jejari Tidak Runcing (bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Fhatiah Sariaat : Kalau ikut hati memang susah. Rasanya ramai wanita akan kecam pemikiran saya. Sayang macam mana pun kat pasangan tapi kalau halatuju dah tak sama, susah. Nanti akan membawa kepada rasa tak redha dengan pasangan masing – masing. Dari situ nanti banyak d0sa akan jadi.
1. Check kesuburan masing – masing.
2. Both tak subur, ngam. Pujuk diri untuk terima keadaan dan persiap diri masing – masing untuk tua berdua.
3. Both subur. Kalau masih situasi isteri takmau ttc. Boleh lah proceed cadangan beliau nak keluar dari perkahwinan.
4. Isteri subur, awak tak subur. Aa tanya dia nak macam mana? Awak ikut je le.
5. Awak subur, isteri tak subur. Tanya dia… Nak proceed berpisah atau nak madu?
Extreme, but necessary. Sebab… Hati awak mer0nta – r0nta nak anak, tu cara tulis macam nak mentaI dah tu. Kalau boleh redha takpa. Bertindak sebelum terlambat.
Era Syahirah : Paling tak suka bila ada orang yang tak redha bila diuji takde anak. Lepas tu nak salahkan pasangan, berg4duh sebab takde anak. Nak salah – salahkan pasangan punca semua. Yang termimpi tu sebab terlalu fikir, cuba jangan str3ss sangat fikir pasal anak.
Tak sedar ke sebenarnya yang anak tu hadiah Allah, subur macam mana pun dua – dua tapi kalau Allah tak nak bagi, tetap takkan ada anak. Tau tak orang yang takde anak ni, takkan masuk ner4ka gara – gara anak? Berapa ramai yang ada anak tapi boleh jerumuskan ibubapa ke ner4ka gara – gara tak pandai didik anak, cuba belajar hikmah dari setiap kejadian.
Bukan suka nak salahkan pasangan, lepas tu murung sendiri. Alangkah ruginya perkahwinan diisi dengan perg4duhan hanya kerana tak ada anak. Anak itu bukan urusan kamu dan isteri, tapi urusan Allah. Kenapa tak sabar dan redha je dengan ujian Allah?
Usaha tu usaha lah tapi tak perlu sampai murung, taknak cakap dengan pasangan lah, dah takde hati lah. Banyakkan lah dengar ceramah pasal zuriat ni, insyaAllah akan buka hati dan minda tentang anak ni. Sedangkan isteri nabi Aisyah pun takde zuriat.
Berbahagialah walaupun masih belum dikurniakan zuriat, fahami hikmah disetiap ujian yang Allah bagi. Dalam masa sama berusaha jelah macam biasa cuma jangan terlalu berharap dan terlalu menekan pasangan masing – masing sampai boleh g4duh.. rugi sangat.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.