Bayangkan 10 tahun perkawinan musn4h dengan hanya 4 bulan perkenalan. Teman wanita suami pun rela jadi isteri nombor dua. Saya tak sanggup sebab saya tahu s4kitnya bermadu bila melihat mak saya 27 tahun hidup berpoligami..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Saya dan suami dah 10 tahun berkahwin, kami ada 3 orang cahaya mata dan saya sedang mengandung anak yang ke empat. Kandungan saya kini dalam 4 bulan. Allah uji perkahwinan kami, suami saya baru kenal dengan kawan sekerja nya 4 bulan janda anak 1 mereka dah plan nak kahwin hujung tahun ni.
Pada awalnya teman wanita suami tak tahu yang suami dah berkahwin, bila teman wanita dia dapat tahu memang meng4muk sakan lah. Tapi dah dipujuk rayu dengan suami, dia rela jadi bini no 2. Tapi saya yang tak nak, saya mintak suami pilih sama ade teman wanita dia atau saya.
MaIangnya suami lebih memilih teman wanita dia yang baru 4 bulan dia kenal berbanding saya dan anak – anak. Teman wanita suami ade keinginan nak undur diri pada mulanya tapi suami saya merayu – rayu jangan tinggalkan dia.
Kononnya sebab dah terlalu sayang dan cintakan teman wanita dia, jadinye teman wanita dia pun ok je untuk berpoligami. Suami mengaku depan saya dan teman wanita dia yang dia sebenarnya dah takde hati dan perasaan kat saya lagi. Rasa tu dah m4ti sejak dia kenal dengan perempuan tu.
Hati saya s4kit yang teramat sangat dengan pengakuan tu. Bayangkan 10 tahun perkawinan musnah dengan hanya 4 bulan perkenalan. Katanya kalau dia sayangkan saya pun adalah sebab anak – anak je, suami bagitahu kalau nak bersama dengan dia kena terima teman wanita dia jadi madu saya.
Teman wanita dia dah sanggup berk0rban, berkongsi kasih kononnye. Tipu lah kalau saya tak rase sedih mengenangkan baby dalam kandungan lagi. Dah 3 hari asyik menangis je tapi alhamdulillah dan sem4kin pulih emosi saya sekarang ni.
Sepanjang bulan puasa tiap hari saya bangun tahajud mintak Allah kuatkan hati saya dan redha dengan ujian yang Allah bagi. Minta Allah bukakan jalan saya, rezeki saya. Suami gaji tak besar basic baru 2k++ , tapi teman wanita dia jenis yang ade harta.
Saya tahu suami tak mampu dari segi nafkah dan agama. Solat pun kadang – kadang buat, kadang – kadang tak, macam mane nak bina 2 buah keluarga. Kalau saya tak mengandung, saya dah ke pejabat agama, tapi suami dan teman wanita dia mintak saya tangguh dulu perceraian sampai saya selamat bersalin.
Saya terp4ksa setuju kenangkan anak – anak dan bayi dalam kandungan ni. Suami berjanji akan ceraikan saya lepas pantang, baru diorang akan berkahwin dalam bulan 11 atau 12. Suami sangat penyayang dengan anak – anak, tak tahulah mana silapnya.
Suami bagitahu ni soal hati dan perasaan, dia tak boleh tipu. Saya dah redha dengan ujian ni, saya tak sanggup nak bermadu sebab saya tahu s4kitnya bermadu ni bila melihat mak saya 27 tahun hidup berpoligami. Sekarang suami tetap jalankan tanggungjawab macam biasa, tapi s4kit mata tengok dekat rumah menghadap fon macam orang angau bercinta.
Saya mintak warga FB doakan saya terus kuat menempuhi ujian ini. Sayang dan cinta saya pada suami masih ade tapi sekarang tiap hari saya doa moga Allah m4tikan rasa cinta dan sayang tu bila saya selamat melahirkan anak kami yang no 4.
Doakan saya bangkit untuk mula dari bawah, mula cari kerja semula sebab saya ade pendidikan yang tinggi. Doakan rezeki saya melimpah ruah untuk sara anak – anak saya. Biarlah saya usaha sendiri jaga anak – anak. Biar hilang suami dari hilang anak – anak. Saya tak mampu nak p4ksa suami untuk kembali pada kami dan anak – anak, sebab dia betol nekad akan berkahwin.
Komen W4rganet :
Lily Alynn : Sedih saya baca kisah puan. Terkenang yang terjadi pada ibu saya sendiri. Dijandakan kerana seorang janda. Gf suami tu memang ada hati dan perasaan juga sebab dia nak undur diri dan meng4muk masa dapat tahu tembelang suami puan.
Tapi sebab suami dah angau bercinta.. Dia sanggup pilih orang yang dia baru kenal. Cepat berubah hati daripada sayang kepada tiada pape perasaan pada puan. Percayalah puan. Mata dia dikaburi nafsu semata. Bagus puan mendekatkan diri dan mengadu pada Allah. Tahajjud memang power.
Tanpa kita sedar, kekuatan dan ketenangan datang sendiri. Itu lah powernya bila kita pilih untuk berada dekat dengan Allah. Puan tak perlu merayu biarpun hati masih ada rasa sayang dan cinta. Orang dah tak sudi, puan.
Semoga puan terus kuat ye. In shaa Allah, lepasni puan wajib tuntut nafkah anak – anak. Sebelum suami nikah, puan cakap terus terang. Jika bercerai, pada dia, puan akan tuntut setiap hak anak – anak. Bukan ugut, tapi peringatan ada proses besar yang dia kena hadap selepas menceraikan puan. Biar dia celik sikit.
Kadang – kadang orang dah giIa bayang tak nampak semua tu. Semoga dipermudahkan, puan! Selalunya wanita beriman dan baik ni kuat. Semoga rezeki m4kin lancar dan melimpah ruah asbab ujian berat ni. Allah ambil nikmat ni, tapi akan diganti nikmat yang jauh lebih besar. In shaa Allah. Aamiinn
Nur Syifa : Saya tak pernah komen di sini langsung sebelum ni.Cuma cerita kali ini sangat mencarik hati saya.Kali ni khusus utk puan yang mencurah hati, saya doakan puan dikurniakan sebaik – baik ganjaran pahala, rezeki kekayaan yang melimpah ruah.
Nikmat kesihatan yang tidak terhingga, dikurniakan anak – anak yang soleh solehah serta bijak pandai, dikurniakan rahmat dan kasih sayang Allah yang tidak terhingga serta menerima pengganti yang jauhhhhhh lebih baik, soleh, hartawan, rupawan dan menghargai serta menyayangi puan serta anak – anak.
Puan hebat. Percayalah, sebesar ini dugaan puan tetapi masih mampu bersabar dan bercerita kepada kami di sini. Saya doakan segala kebaikan ini khusus untuk puan. Teruslah bertahajud dan merintih mengadu kepada Allah. Percayalah doa orang terani4ya ini sangat makbul.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.