Kantoi dia check in dengan perempuan. Paling tak boleh blah, dengan perempuan yang sama iaitu Janda anak 4. Nampak jelas dekat cctv. Check in siap bawak anak kecik janda tu sorang. Suami akhirnya mengaku nak poligami, janji boleh hidup harmoni..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum korang. Aku baru diceraikan talak dua (luar mahkamah) 30/Nov lepas. Asbab orang ketiga. Aku dengan suami dah berkahwin 7 tahun. Tapi kami kenal sudah 12 tahun sejak zaman Universiti lagi (usia aku 19, suami 20 masa tu).
Masa usia perkahwinan 1 tahun 8 bulan (anak baru umur 8 bulan) suami aku kantoi curang. Macam mana perasan aku, bila suami aku tiba – tiba kata kosong dekat aku, takde perasaan, takde hati, marah – marah bila aku hubungi dia.
Untuk pengetahuan pembaca, sepanjang perkahwinan, aku dengan suami PJJ tapi masih satu negeri cuma berlainan daerah (sehingga sekarang). Aku pelik lah, selidik punya selidik, kantoi suami ada hp lain dan suami mengaku ada perempuan lain (janda anak 4, usia janda tu 5 tahun lebih tua daripada suami) dan pernah “sekatil”. Perkenalan diorang baru 6 bulan.
Kemudian berlaku konflik antara aku dan suami lalu suami aku ceraikan aku untuk pertama kali (luar mahkamah juga). Tapi kemudian hubungan suami aku dan perempuan tu terputus bila mana aku ugvt nak laporkan kes orang ketiga dekat perempuan tu,
Kemudian, esoknya perempuan tu buat laporan polis yang pihak suami tak boleh hubungi pihak dia, kalau tak akan bawak kes ke mahkamah. Suami aku murung. Dan tak lama lepas tu dia ajak aku rujuk sebab anak kami yang masih kecil dan dia nak bina hidup baru semula.
Aku terima memandangkan aku nampak mata dia bersungguh nak selamatkan rumahtangga kami. Lama juga suami murung tapi m4kin lama nampak perubahan baik dia. Selepas kejadian tu nampak hubungan kami baik, bahagia, gembira. Susah senang sama – sama. Bergurau senda. Ber i love you, bersayangan. Macam suami isteri normal.
Cuma kalau g4duh, salah dia ke, salah aku ke, aku akan minta maaf dulu. Aku memang sayang dia sangat – sangat. Sampailah bulan 9/2023, suami aku tiba – tiba berubah. Sama macam 1st time dalam perkahwinan dia curang. Dan kantoi dia check in dengan perempuan.
Paling tak boleh blah, dengan perempuan yang sama iaitu Janda anak 4. Nampak jelas dekat cctv. Check in siap bawak anak kecik janda tu sorang. Bila ditanya kata tak buat apa – apa. Cuma berbual apa yang berlaku sepanjang waktu lepas dorang putus.
Bila dah kantoi, suami aku pun kata nak kahwin dua, boleh harmoni sama – sama, bahagia sama – sama. Sebab aku sayang, aku kata ok boleh tapi kena bahagiakan aku, jaga hati dan perasaan aku. MaIangnya tak berlaku, setiap kali hari minggu bila PJJ laki aku mesti hilang, call tak angkat, wasap tak reply.
Hujung minggu baru balik, itu pun tak sabar – sabar nak pergi daerah dia kerja semula. Perempuan tu pulak beritahu aku dia taknak rosakkan rumahtangga aku, dia tak bagi laki aku cari dia. Dan dia blocked laki aku (ini yang diberitahu depan – depan lah, belakang – belakang aku tak tahu sebab aku pjj dengan laki aku).
Perempuan tu juga akhirnya block aku. Laki aku salahkan aku bila perempuan tu block dia. Walhal aku tak pernah hasut apa – apa, perempuan tu sendiri yang block sendiri. Tapi itulah yang berlaku sepanjang bulan 9,10,11 2023.
S4kit jiwa aku sebagai isteri. Tersiksa, umpama takde nilai pada mata suami. Suami suka marah – marah. Kita nak kan kasih sayang suami, tapi tak dapat. Walhal dulu kita sama – sama hidup daripada kosong dan sekarang dia merupakan seorang ketua di jabatannya.
Susah senang sama – sama. Happy sama – sama. Tak pernah sekali tinggalkan dia. Akhirnya malam 30/nov aku diceraikan kerana ambil handphone dia. Aku letak dikocek seluar untuk pertahankan daripada diambil, tapi dia bergelut dengan aku, aku cuma cakap saya nak discuss baik – baik berulang kali.
Bergelut punya bergelut, last sekali dia lepas dan lafazkan talak dua luar mahkamah. Sedih sangat aku. Kenapa suami sanggup ceraikan aku untuk pertahankan handphone tu. Kenapa suami berubah sikap lagi. Padahal dia pernah janji dia dah tak buat lagi.
Kalau tanya dia kenapa ceraikan aku, mesti semua kesalahan dia curang jatuh kat bahu aku. Sebab aku itu ini itu ini punca dia curang. Salahkan aku 100%. Aku dah ajak rujuk, dia tak nak, dia kata dia tak sedih, dia nak hidup sendiri.
Tapi berbeza dengan aku yang sengsara. Aku terlalu sedih. Hari – hari nangis air mata der4s. Aku nak tanya korang kat luar sana, pernah ke suami curang ni menyesal? Aku tengok dia bahagia dan tenang je lepas cerai. Lagi – lagi kalau perempuan tu tahu laki aku ni dah ceraikan aku.
Suami aku pun pernah nampak aku dan anak aku nangis tersedu – sedu bila terp4ksa berpisah dengan dia. Tapi dia macam relax je. Dan tolong aku, macam mana aku nak move on daripada 12 tahun usia perkenalan ini.
Aku sayangkan suami aku sangat – sangat, aku sayang kan anak aku sangat – sangat, aku sayangkan keluarga aku. Terlalu banyak memori kami. Tapi suami aku tak nak rujuk dengan aku lagi. – TATA (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Aspalila Hamzah : Dah la dik.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Sekarang tumpukan macam mana nak besarkan anak, move on dan bina hidup baru, lelaki tu takkan berubah selagi dia tidak ditimpa musibah. Sekarang Iawan untuk nafkah anak. Kejar janda tapi menjandakan binu sendiri.
Kaka Hashim : Dia tenang sebab dah takde perasaan lagi kat puan. Move on, jumpa lawyer dapatkan nasihat untuk buat semua tuntutan sepanjang perkahwinan. jangan biarkan diri dipijak – pijak hanya kerana cinta kepada seorang lelaki yang tak menghargai. Kalau dia betul – betul sayang puan, dia takkan panjat perempuan lain. Cari kehidupan baru untuk puan dan anak. Know your value.
Nazatul Isma Deyana Hisham : Bismillah.. sis, pertama sekali, sending you big hug. Allah uji atas kemampuan kita. Mula – mula akan ambil masa untuk terima kenyataan, tapi lama – lama sis akan okay. Kedua, suami yang curang akan always letakkan salah pada isteri walaupun isteri tak ada buat salah.
Suami akan buat seolah – olah kita yang ada buat salah kat dia untuk dia tutup kesalahan dia which is curang tu sendiri lah. Ketiga, dia dah ceraikan sis, betul? Stop sayangkan orang yang tak sayangkan kita. SayangiIah diri kita terlebih dahulu. Cari kekuatan sis.
Untuk apa sayangkan orang yang khi4nat kita? Bukan sekali, berulang kali. Set kan limit dalam diri sis, jangan biar orang ani4ya kita berulang kali. Tanya diri sendiri, adakah lelaki itu contoh yang baik sebagai bapa untuk anak sis? Saya doakan semoga sis dapat lalui ujian ini dengan hati yang tenang dan semoga sis temui bahagia bersama anak sis.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.