Aku kenal perempuan tu. Dia kawan sekolah aku. Dia minta maaf dengan aku, dia kata kalau tak izin jadikan dia madu, dia akan stop. Aku kalau ada selipar, aku baling dah kat muka dia masa tu rasanya. Dia tu isteri orang!
#Foto sekadar hiasan. Dulu aku tak faham bila orang kata putus cinta ni s4kit. Sebab tak pernah bercinta. Dulu sebelum kahwin pun tak bercinta. Sekarang baru aku faham. Tapi bukan putus cinta atau bercerai, cuma suami curang.
Dalam banyak – banyak kisah curang yang aku pernah baca, tak pernah terlintas boleh jadi benda yang sama pada aku. Kami berdua background agama, dia suami yang sangat baik, perkahwinan kami setakat 12 tahun ni aman damai, kami tak ada masalah kewangan, anak – anak kami sihat, keluarga kami baik – baik semuanya, mertua aku baik.
Suami selalu cakap kisah kitorang ni kalau bukukan pun bosan je sebab sentiasa straight forw4rd. Dia nak kahwin dengan aku, dia bagitahu mak ayah aku, mak ayah setuju dan kami kahwin, tak bercinta. Lepas kahwin, hidup kami sangat okay alhamdulillah.
G4duh biasa – biasa tu ada, biasa dalam mana – mana perkahwinan mesti ada tak puas hati tapi tak pernah sampai rasa untuk bercerai pun. Masalah nafkah zahir dan batin tak ada, masalah attitude suami tak ada, anak – anak alhamdulillah empat orang semua tak ada isu dari kehamilan kepada kelahiran.
Masa mengandung dan masa pantang lah aku rasa suami aku paling menjaga aku. Dia mandikan aku dengan air herba hari – hari yang dia cuti, bawakkan makanan, mandikan anak, bantu menyusu. Aku ni introvert, suami aku lah comfort space aku.
Semua benda seharian jadi aku akan cerita kat suami aku. Aku tak faham macam mana orang boleh PJJ sebab aku dan dia sentiasa direzekikan tempat kerja dekat – dekat. Kalau suami balik lambat kerja pun aku rindu. Setiap malam sebelum tidur aku akan kata aku bersyukur ada dia dalam hidup aku, sebab memang itu yang aku rasa. At least itulah yang aku rasa untuk 12 tahum.
Sampai lah hari suami aku kantoi ada orang lain. Biasanya orang kantoi bila kita siasat kan. Aku tak siasat pun, suami aku tercall aku masa dia dalam kereta dengan perempuan tu. Diorang borak dengan panggiIan manja. Tak tahu aku nak describe macam mana luluhnya hati masa dengar tu.
Aku tinggal semua kerja aku, masuk surau dan dengar semua perbualan diorang. Oh dan aku kenal perempuan tu. Dia kawan sekolah aku. Lepas tahu dia satu tempat kerja dengan suami aku, aku banyak keluar dengan dia.
Sebelum tu aku macam kenalan je. Aku selesa kawan dengan dia dan aku tak sangka dia buat macam tu kat aku. Dia pun isteri orang, dan dia pun background agama macam kami. Aku terduduk masa dengar diorang berborak.
Aku nangis tak keluar suara sebab dalam surau. Aku mesej suami aku – sayang dengar semuanya. Suami aku terus call aku dan dia dengar je aku nangis. Dia ambil aku dari tempat kerja haritu, aku tak boleh bawak kereta. Aku siasat suami aku semuanya.
Dia kata dia sayang aku sangat tapi dia tersuka orang ni dan nak jadikan isteri. Dan perempuan ni pun memang dalam proses nak bercerai. Yang paling aku tak sangka, suami aku yang tak pernah bercinta dengan aku sebelum kahwin, selalu berdua – duaan dalam kereta
Aku tanya pernah berz1na tak – dia kata tak, paling teruk pegang tangan. Aku tak boleh brain suami aku orang yang faham agama boleh buat macam tu. Suami aku yang sentiasa solat jemaah di masjid. Suami aku yang di mata aku sempurna sangat orangnya.
Diorang dah 3 bulan bercinta. Perempuan ni minta maaf dengan aku dia kata kalau tak izin jadikan dia madu, dia akan stop. Aku kalau ada selipar aku baling dah kat muka dia masa tu rasanya. Memang tak lah aku nak izinkan suami aku bermadu dengan isteri orang!!!
Aku terus contact suami dia, suami dia pun dah tahu rupanya. Aku je yang tak tahu. Ni semua jadi 5 bulan lepas. Suami aku sejak kejadian memang tak pernah contact dia dah. Allah mudahkan, suami aku dapat pindah tempat kerja lain.
Setiap malam nak tidur dia peIuk aku dan minta maaf. Suami aku jadi jauh lebih baik daripada sebelum ni walaupun sebelum ni pun dia memang suami yang baik. Aku? Sejak kejadian, aku tak boleh kerja dah. Aku dapatkan rawatan psiki4tri. Ubat aku makan, tapi aku tak rasa baik pun.
Aku hari – hari minta kat Allah, tolonglah amik nyawa aku, aku tak boleh hidup dah. Aku tahu ambil nyawa sendiri dan ced3rakan diri sendiri tu tak boleh, jadi aku tak akan buat (setakat sekarang aku masih w4ras ni). Kembali kepada agama?
Aku sebelum kejadian pun sentiasa cuba jaga tanggungjawab aku sebagai h4mba. Lepas kejadian, aku tambah banyakkan amalan sunat. Tapi aku tak faham kenapa rasa nak m4ti ni masih ada. Benda yang jadi hari kejadian – sentiasa ada dalam kepala aku. Tak ada orang yang tahu.
Aku simpan sendiri sebab aib suami aku. Suami dia pun setuju untuk kami tak libatkan orang lain. Kami berempat je tahu apa yang jadi. Orang yang aku sayang rupanya bukan sesempurna yang aku sangka. Aku tahu kesilapan aku bila aku letakkan manusia ni bukan pada tempatnya.
Aku sentiasa ingat suami aku orang yang boleh aku percaya dan must4hil akan kecewakan aku, sedangkan Allah je yang tak akan kecewakan kita. Aku tahu aku salah sebab aku ada rasa nak m4ti. Aku tahu muslim yang baik tak rasa semua ni.
Aku patutnya bersyukur suami aku tak buat seteruk orang lain. Aku patutnya cari hikmah daripada kejadian ni. Mungkin aku terleka, dalam hati aku mungkin aku terlupa dan terletak suami aku kat tempat sepatutnya. Tapi sekarang aku tak boleh ke depan.
Aku penat sangat rasa apa yang aku rasa. Aku penat sangat dengan rasa nak m4ti ni. Curang – tak kira level biasa – biasa atau level teruk sampai berz1na, sekejap atau lama, sangat meny4kitkan bagi pasangan yang dicurangi.
Untuk suami atau isteri yang sedang curang atau ingin curang berhentilah. Ada Iuka yang tak akan sembuh. Dan kalau betul kita sayang orang tu kita tak tergamak nak biarkan dia hidup dalam Iuka seumur hidup. – Tak ada nama (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Marnie Awalan : Kita ni impian nak syurga tapi bila diuji tiba – tiba kita rasa nak m4ti, selama ni semua baik – baik tapi sikit tak risau hidup kita sunyi dari ujian. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (29:2)
Whatever : TT ni bertuah punya husband dan mertua yang baik. Tak ada masalah kewangan atau anak – anak. Tapi takkan hidup smooth saja mestilah kena ada ujian. Bersyukurlah dengan ujian itu sebab suami TT sudah sem4kin penyayang. Tetapi janganlah terlalu berg4ntung pada manusia. Suami ini jika tak diambil orang, ianya tetap akan diambil balik oleh Penciptanya.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.