13 tahun kahwin, 11 tahun saya dan isteri tidur asing. 3 kali isteri kantoi curang, siap main, check in hotel keluar masuk dengan jantan

13 tahun kahwin, 3 orang anak, 11 tahun kami tidur asing ya. Setiap malam isteri akan mengadap telefon dalam bilik alasan buat kerja. Solat? 13 tahun berbuih mulut ajak solat bersama. Tak tau solat, tak tau mengaji, saya boleh ajarkan..

#Foto sekadar hiasan. Kisah saya ni agak panjang. Tapi saya cuba ringkaskan serba sedikit. Saya seorang lelaki. 13 tahun kahwin, 3 orang anak. Semua urusan – urusan persekolahan dan pendidikan anak – anak saya uruskan. Urusan – urusan di rumah saya uruskan. Isteri cuma uruskan bab masak dan lipat baju saja. Kami suami isteri bekerja.

Dalam tempoh 13 tahun, lebih 3 kali isteri kantoi curang. Siap main dengan lelaki lain. Semua bukti – bukti ada dalam simpanan saya. Kenapa kami masih lagi suami isteri? Sedangkan dia, check in hotel sana sini alasan kerja. Saya bertahan sebab anak – anak masih kecil lagi dan bersekolah. Itu la yang apa saya fikirkan.

Asam garam dalam rumahtangga, kebanyakan dinyatakan lelaki atau suami tu suka buat hal sana sini curang sana sini. Tapi dalam kes saya terbalik. Nafkah? 13 tahun kahwin alhamdulillah saya mampu sediakan semuanya.

Dari barangan – barangan dalam rumah sehingga duit belanja sekolah anak – anak, semua saya uruskan sendiri. Kami duduk di rumah saya sendiri ya. Tak bercampur dengan mana – mana mertua, ibu bapa, adik beradik lain.

Pakaian isteri, dari baju dan seluar dalam sehinggalah pakaian kerja, duduk rumah, untuk pergi majlis atau kenduri, semua saya belikan. Handbang, kasut – kasut semua saya sediakan. Pakaian anak – anak pun sama. Perayaan setiap tahun berpasang – pasang untuk isteri dan anak – anak.

Saya? Tak penting. Baju yang 4 – 5 tahun lepas masih boleh pakai lagi. Burn out? Saya tak pernah rasa perasaan burn out uruskan rumahtangga dari segi kebersihan rumah, urusan anak – anak, kerja, dan lain – lain. Sebab dari kecil saya telah dididik buat kerja – kerja rumah. Jadi, perkara tu saya anggap perkara biasa.

Isteri pula terlalu sibuk dengan urusan – urusan kerja. 13 tahun kahwin, 3 orang anak, dalam 11 tahun kami tidur asing ya. Isteri tidur dalam bilik dia, saya dan anak – anak tidur di ruang tamu selama 11 tahun. Anak – anak memang rapat dengan saya sejak lahir lagi sebab saya yang uruskan diorang semua sampai ke sekolah.

Setiap malam isteri akan mengadap telefon dalam bilik alasan nak buat kerja. Solat? 13 tahun berbuih mulut ajak solat sama – sama. Tak tau solat, tak tau mengaji, saya boleh ajarkan. Malu? Saya carikan cikgu dan ustazah ajarkan isteri. Tapi isteri tetap tak nak belajar. Jadi saya biarkan saja.

11 tahun saya pendam perasaan. Sampai tahap depr3ssion bagi seorang lelaki. Hak suami dari segi batin selalu diabaikan. Dengan alasan penat. Sedangkan semua urusan di rumah, urusan anak – anak, saya dah uruskan sebaiknya. Nak “makan luar”? Saya bukan jenis lelaki “makan luar”.

Kadang – kadang saya terfikir ujian apa yang tuhan bagi dekat saya. Kami pernah tak bersama hampir 1 tahun ya alasan isteri penat. Saya siapkan panggil tukang urut perempuan untuk buat urutan untuk isteri bagi hilangkan penat dia.

Saya juga selalu bagi duit lebihan dekat isteri untuk dia keluar “me time” dia sendiri. Anak – anak memang saya jaga sendiri di rumah. Alhamdulillah anak – anak semua belajar pandai. Urusan kerja sekolah anak – anak, semua saya sendiri ajarkan.

Termasuk bab solat dan membaca Iqrak atau Muqadam. Isteri? Macam biasa sibuk dengan telefon alasan kerja. Sejak isteri mula bekerja dengan suasana rakan – rakan yang berjaya, isteri kerap pulang lewat ke rumah. Selalu dalam pukuI 2 pagi baru pulang.

Anak – anak pun dah tidur. Saya tegur, tapi mesti akan berg4duh semula. Sampai siap dihantar balik ke rumah naik kereta oleh kawan kerja ya. Bukti cctv semua ada. Saya terlampau penat, str3ss, depr3ssion. Tapi tak lah sehingga jumpa doktor ambil ubat.

Setiap kali saya str3ss, deper3ssion dan penat saya akan bangun buat solat malam. Tapi ujian demi ujian tetap berlaku dalam perkahwinan kami. Awal tahun 2024 kami telah bercerai 2 kali. Eddah kali pertama saya masih bagi peluang untuk isteri berubah. Saya rujuk semula. Dia tak setuju.

Pertengahan tahun 2024 kami cerai kali kedua. Saya bertambah str3ss apabila isteri manipulasi semua fakta – fakta di mahkamah. Dia bawa lari anak – anak semuanya. Perhubungan saya dengan anak – anak terputus terus dan sekarang kami dalam proses tuntutan anak – anak di mahkamah.

Sekarang saya redha dengan segala ujian yang saya hadapi. Tetapi kini saya terlampau depr3ssion sebab telah diputuskan hubungan saya dengan anak – anak saya sendiri. Pelbagai fitnah dilemparkan kepada saya dalam tuntutan di mahkamah. Saya terlampau penat. Dan sekarang kami tengah tunggu next prosiding pada bulan ni untuk keputusan hakim.

P/S: Kadang – kadang tak semua suami dan lelaki – lelaki tu jahat. Apabila maruah seorang suami dipij4k dan dih1na, maka ketika itulah kuasa suami akan ditunjuk. Rumahtangga kena ada give and take. Semoga menjadi pengajaran untuk anda – anda semua.

Komen W4rganet :

Tony Azman : Pernah rasa, pernah alami, pernah bersabar dan sehingga kini pun masih lagi bersabar. Rasa tak redha dari apa yang isteri perlakukan. Cuba juga untuk lembutkan hati dan bersangka baik serta nak usaha jadi satu keluarga yang harmoni dan bahagia.

Tapi susah, rupa – rupanya suami sudah taw4r hati. Nasib kaulah isteri, terlalu banyak peluang di antara kita untuk merebut pahala yang Allah telah sediakan. Kepada Tuan post yang menghadapi masaalah rumahtangga ini, saya doakan yang baik – baik untuk Tuan dan anak – anak, biarkanlah isteri itu merasa hebat di dunia ini. Itu juga rezeki untuk kita. Rezeki mengenal manusia.

Fhardlie Rahman : Salam bang, tindakan abang lepaskan dia tu memang patut la, dah sampai macam tu punya tak boleh control. Jumpa lawyer dan bagi semua bukti tu nanti lawyer tau la nak bentangkan macam mana. Saya pun dulu dengan ex wife bicara di mahkamah ambik masa 2 tahun.

Alhamdulillah saya menang, anak 2 orang dapat kat saya sebab saya pun ada bukti kata dia tak menjaga anak ketika anak ada dengan dia. Lepas tu dia cuba putus kan hubungan ayah dan anak – anak dengan berpindah jauh pun akan diambil kira. Alhamdulillah dah ada bini baru nak masuk 10 tahun dah. Tak semua pompuan jahat macam ex tu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.