17 tahun kahwin dgn 5 orang anak, suami boleh suka2 nak menggatal. Sekali saya c4bar suami

Saya k0rbankan kerjaya saya sebab nak jaga anak 5 orang, saya bantu suami buat bisnes. Tapi dia boleh berchit chat dengan perempuan. Waktu kita sibuk uruskan anak, badan penat, mulalah gatal mencari pucuk muda katanya biasalah nakal orang laki. Hari ini saya bangkit menc4bar suami, saya tunjuk mahalnya saya..

#Foto sekadar hiasan. Kisah saya ni mungkin boleh ambil iktibar pada semua terutama yang baru nak kahwin. Kahwin ni kita hajati hidup bersama dengan pasangan sampai m4ti. Saya berkahwin dengan suami suka sama suka.

Umur ngam – ngam abis belajar U dan masing – masing tengah membina kerja. Masa kahwin suami tak punya apa apa, kerja tak stabil, kereta pun tak ada. Hingga hari ini dia punya jawatan bagus, rumah dan kereta berbiji – biji.

Di sebalik itu terk0rbannya kerjaya saya yang bagus sebelum ni untuk tumpu besarkan anak. Hingga suami dapat fokus kerja tanpa fikirkan anak pagi, siang dan malam. Saya uruskan dengan baik atas niat saya tak berkerja masa fixed hours.

Bertahun saya besarkan anak cara ini, membantu suami dengan berniaga sendiri. Duit saya tak berkira asalkan keluarga kami hidup sempurna. Tapi menguruskan semua ini siang malam amat memenatkan. Bila sem4kin tua terasa lagi penatnya.

Saya tidak masa untuk diri sendiri, tidak lagi cantik seperti dulu, mengandung hingga anak 5 telah ubah penampilan saya. Badan m4kin besar, selalu s4kit badan sebab penat. Tapi saya seorang yang kuat kerja kes4kitan saya p4ksa lupa, untuk uruskan anak – anak tiap hari.

Tapi lama kelamaan em0si saya juga mula penat. Apabila suami yang dah biasa dimudahkan kurang membantu, biasa segala benda saya uruskan beli barang, ambil anak sekolah itu ini atas mulanya tidak mahu ganggu waktu kerjanya.

Akhirnya sudah terbiasa baginya. Ada pula masa luang, banyak pula aktiviti selingan lainnya. Berjumpa kawan beria pula. Sedangkan kita kepenatan di rumah macam – macam. Ada masa juga nakal orang laki berchit chat dengan perempuan.

Katanya biasalah nakal orang laki. Kurangnya sense menjaga hati isteri yang berh3mpas pulas menjaga kita selama ini. Waktu kita sibuk uruskan anak, badan penat, mulalah gatal mencari pucuk muda maklumlah sama macam kita bergetah zaman dulu dulu.

Jika nak difikirkan kita nak membuat perkara sama dah lama saya buat, tapi seorang ibu bila melahirkan anak 100% kita akan fokus pada anak, hal hobi hal kawan lain – lain kita boleh tolak tepi. Tapi tidak bagi orang laki.

Akhirnya em0si saya meIetup. Saya luahkan semua. Hati saya mula tawar. Kemudahan saya beri atas niat membantu dia akhirnya ini saya dapat. Dari seorang yang cantik, rebutan ramai lelaki dulu, berpendidikan sarjana saya menjadi sangat down dengan hidup saya.

Sangat kecewa dengan suami. Yang seolah – olah tak pernah nampak peng0rbanan saya untuk dia. Mujurlah anak – anak banyak menemani saya. Menjadi kekuatan saya setiap hari. Hari ini saya mula rasa tawar hati. 17 tahun boleh bayangkan umur perkahwinan kami dengan anak 5 orang yang paling kecil 1.5 tahun tengah lasak.

Dengan sini wahai orang orang lelaki, perempuan atas nama isteri kadang kala bukan dia tak boleh buat per4ngai seperti yang kamu semua beria nak buat, tapi dia lebih fikirkan anak – anak untuk lebih sempurna, mak ayah dan untuk mendapat penghormatan dari Allah Taala sebagai isteri yang tunaikan hak pada suami maka Allah akan terimanya.

Tapi kenapa suami tidak memberi peluang pada isteri untuk berasa bahagia, senang hati dihargai dan diperIukan. Jika diajak bercerai, menggeIupur takut kehilangan kita, tahu pula nak meminta maaf. Sebab suami tahu, kita ni lah yang membantu nya selama ini dari susah sampailah dia senang boleh banyak masa pulak.

Membantu lah isteri wahai suami, sukakan hati dia bukan banyak nak temankan kawan, banyakkan bercakap dengan dia banyak berborak dengan kawan. Memanglah kawan dapat buat hati kita senang tapi mereka hanya ada waktu kamu senang saja.

Waktu susah isteri yang kusut masai ni lah juga yang sentiasa muncul sebeIah. Belanjalah makanan apa isteri nak, berikan nafkah macam agama ajar. Untuk dia rasa syukur dapat beli barang dia nak dengan duit suami bukan duit dia.

Jangan culas tunaikan tanggungjawap dalam rumah. Anak – anak adalah hasil benih sama bukan benih isteri seorang. Maka susah bab anak, bukan isteri seorang perlu kisahkan. Alasan bosan kurang dapat layanan kita, pernah kah kamu fikir, sehari hari berapa banyak kerja isteri perlu bereskan.

Yang muda mudi kat luar tu bukannya ada baby hendak disusukan. Bukan ada anak – anak nak difikir hal makan minum sekolahnya. Dia hanya jaga badannya. Masakan nak disamakan kita dengan isteri dan mak yang dah s4kit badan meneran anak untuk kami ada waris keturunan zuriat yang boleh jaga kamu bila tua tanpa ada peruntukan khas bajet ke spa seribu dua ke spa setiap bulan.

Tapi hari ini saya bangkit menc4bar suami, saya tunjuk mahalnya saya seperti dulu, saya banyakkan masa untuk diri saya, tenaga saya dan em0si saya. Tapi urusan rumah saya tak tinggalkan sebab anak – anak perIukan saya.

Cuma saya beri pengajaran pada suami, yang kita perempuan boleh hidup tanpa dia tapi dia akan huru hara tanpa bantuan kita. Saya mula ke drvgstore beli barang barang penjagaan diri, saya sik4tkan, minyakkan semula rambut saya yang sebelum ni dia k0ndem macam p0ntianak.

Saya beli baju cantik, saya jaga pemakanan saya, bersenam dengan anak – anak dan kerja rumah. Apa yang zaman muda saya buat untuk body saya hari ni saya buat. Rupanya kita masih cantik cuma keadaan yang tak bagi kita menyerlah.

Saya menc4bar juga peniaga yang jual barang cantik aset kononnya buatlah untuk suami sayang tak tinggal kan kita. Tidakk!! Jangan doktrinkan minda perempuan takut ditinggalkan sebab dah tak cantik. Kita perlu bangkit untuk diri kita.

Jika suami banyak syarat untuk terima kita tak apa, asalkan jangan Allah tak nak pandang dan terima saya. Betullah orang alim kata hatta suami kita tidak boleh mencintai lebih dari Allah. Mungkin ini Allah sedang mengajar saya sebab saya sangat mencintai suami hingga banyak berk0rban untuk dia sebelum ini.

Hari ini saya sudah boleh berkata secara yakin. Jika dia tak perIukan saya dan rasa ada perempuan yang boleh gantikan ambil tugas saya seperti mana saya buat selama ini. Maka silakan. Saya buat untuk diri saya bukan untuk dia.

Untuk em0si saya pulih dan semangat saya kembali semula sebab saya perlu sihat dan bersemangat untuk anak – anak saya yang masih perIukan saya. Ibu – ibu di luar sana jangan terus menyiksa diri untuk mengik4t suami.

Bangkitlah sayanglah diri kita. Jangan terus kecewa. Bangkit, sayang diri kita. Selepas perubahan ini, saya kurang bercakap dengan dia, saya kedekut dengan duit saya. Bila berniaga, saya ramai contact, biasa jumpa suami suami orang yang nakal mengusha kita.

Tengok, bukan kita tak laku, tapi saya tetap memilih anak dan masih ingin menjadi isteri yang baik. Tiada guna untuk membaIas d3ndam walhal perkara itu Allah Taala tak suka pun. Perubahan ini buat em0si saya sem4kin sihat dan ada harga diri.

Saya beri amaran kepada suami melalui silent treatment jika dia meIampau. 2, 3 hari saya pulangkan semua tugas dia yang tolong kendong selama ini tanpa bergaji. Baru naik pening dia. Baru dia tahu perlunya seorang ibu dan isteri untuk uruskan rumahtangga.

Untuk lelaki di luar sana ini pesanan saya seorang ibu dan isteri, jangan kamu perasan perempuan tak boleh hidup tanpa kamu. Dan jangan kamu perasan dengan keinginan yang sentiasa nak cari pucuk muda maka dia muda dia akan terus sanggup susah dengan kamu saat kamu dah memutih uban dan akan s4kit juga.

Kita isteri yang sudah biasa susah dengan kamu bertahun takkan sama dengan pucuk muda yang kenal sebulan dua dan datangnya waktu kamu sudah senang. Isteri yang dah tua boleh uruskan diri sebab dia sudah uruskan kamu bertahun tapi kamu takkan dapat uruskan diri hatta baju sehelai untuk digosok kerana dah bertahun kamu tak reti gosok baju.

Jangan kamu jadi h4mba kepada pucuk muda dengan terp4ksa jadi bibik pulak kat rumah nak jaga hati orang muda kan. Macam kamu perasan kamu hati nak jadi muda. End up, kamu ditinggalkan terkial – kial tapi saya punya anak – anak yang mengambil alih kamu menemani masa masa tua saya.

Tapi kamu akan mula merasai kepenatan kami dulu, terp4ksa mengendong baby dengan pampers sebab pucuk muda mestilah nak bersalin macam kami isteri muda – muda dulu. Anak – anak saya sudah besar, tua saya sudah mula tenang hidup, boleh mengaji ke surau tanpa senak hati.

Tapi kamu incik suami baru nak mulakan hidup ‘berkeluarga’ anak kecik sebab nak puaskan mata dan hati semata. Teruskan.. haha. Jangan bahalol sangat wahai lelaki, dah senang hidup kamu selama ni tapi nak menempah susah waktu tua.

Untuk ini, semua perempuan perlu ada saving, perlu ada income, perlu tahu mana tugas dia, tugas suami. Jangan asyik perajakan suami. Lama – lama naik lemau jadinya. Jangan b0dohkan diri dengan bayang – bayang nak jadi perempuan misali, acah – acah perempuan Melayu Terakhir. Lemah.

Saya impikan pengakhiran hidup saya dengan baik, menjadi ibu yang baik pada anak – anak dan perempuan yang tidak lemah dan segera bangkit. Maka jika orang lelaki inginkan kehidupan cara sendiri silakan. Kita tengok tua esok – esok siapa dia akan cari untuk beIa dan basuh ber4k t4hi dia. – Mommy Hamidah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Suhaily Hj Baharum : Saya sokong. Jangan ingat bini kat rumah dah tak laku. Tak laku sebab isteri menjaga iktilat sebagai isteri. Takut dengan pandangan Allah nanti. Taknak anak – anak terabai. Tapi benar seperti kata Puan, isteri kena ada duit sendiri, kena berdikari. Hari ini ada suami, esok belum pasti. Kena sentiasa cinta pada diri sendiri.

Norsyina Tazali : Wahai perempuan, Janganlah nak jadi superwoman sangat nak buat segala benda sampai sang suami dah takde benda nak buat. Contoh mudah, nak berbelanja beli barang dapur tu ajak sekali suami tu.

Bukan kita tak boleh drive tapi biar sama – sama buat dan rasa susah payah nak parking kereta dan pilih – bilih barang. Kalau semuanya kita yang buat, memang merajaIah orang lelaki ni, kannn. Tu sebab ada masa free nak menggatal.

Tipah Adelyn : Dah jadi budaya ek, isteri jadi h4mba. Bila isteri sendu, buruk pandai complaint tapi tak prihatin. Maka wujudlah alasan isteri dah jadi cam p0ntianak dan itulah alasan yang selalu suami buat untuk mencari yang lain. Hahahahah! Bagus mommy Hamidah, ada kesed4ran. Self love. Kot ada yang nak amek alih tugas tu silakan. Huhuhu..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.