Ibu selalu cakap jaga kebajikan pekerja, bila ibu meninggaI ayah turunkan gaji pekerja dari RM120 kepada RM55. Ayah marah aku, cakap ini restoran dia suka hati nak buat apa. Tapi sebenarnya segala harta restoran, kereta, rumah, arw4h ibu letak nama aku dan nama adik. Aku nekad halau ayah..
#Foto sekadar hiasan. Salam para pembaca, kita terus ke cerita ye. Ibu aku ni dari muda dia dah meniaga. Buka warung tepi jalan. Dari warung tepi jalan yang setakat muat 10 orang ibu aku kembangkan kedai yang besar sedikit.
Dari kedai yang kecil akhirnya ibu berjaya buka sebuah restoran jual nasi campur. Ibu dengan ayah aku ni kahwin waktu muda. Kahwin pun sebab arw4h nenek aku iaitu mak ibu aku yang p4ksa. Zaman 80 – 90an biasalah perempuan nak tak nak kena terima dan telan.
Ibu aku pun kahwin. Ayah aku dia kerja main – main sebab dia tahu mak aku ada warung tepi jalan jadi dia kerja ala kadar. Lepas ibu aku melahirkan aku. Ibu aku terp4ksa stop sekejap dekat warung dia suruh ayah aku tolong.
Tapi ayah aku tak nak sebab dia cakap “ada kerja” jadi lepas tahun demi tahun kedai makan ibu aku pun dah berkembang hidup kami pun senang. Tapi ayah aku tetap sama tak kerja, nafkah tak bagi. Tolong dekat restoran lagi lah tidak.
Sepanjang hidup ibu dan restoran dia tak pernah satu sen dia tolong bagi duit untuk perniagaan ibu aku. Ibu aku pernah dulu cakap dekat aku yang ayah aku ni pandai berlakon. Dia datang kedai mak aku ‘pura – pura’ bantu padahal dia duduk makan minum air lepas tu borak dengan orang yang dia kenal,
Itu tak termasuk berpura – pura nak kira meja orang makan, padahal nak pergi dekat cashier nak ambik 50 – 100 ringgit. Dah nak balik baru dia acah – acah bekerja tutup kedai. Depan saud4ra mara depan kawan – kawan nampak macam bisnes ibu dan ayah. Tapi hakik4tnya?
Ayah aku tak sumbang apa – apa, dari urus hal restoran beli itu ini. Renovate itu ini semua duit ibu aku yang keluar 100%. Tapi dekat luar ayah aku menjaja cakap restoran tu 50 / 50. Aku pun hakik4tnya tak suka dengan ayah aku.
Dia ni memang jenis paling kuat berlakon dalam rumah aku dengan adik perempuan aku habis kena tengking marah tapi dekat luar tunjuk yang dia ni ‘ayah dan suami hebat’. Sepanjang aku hidup tak pernah sekali ayah aku bagi duit dekat adik dan aku. Semuanya hal sekolah hal belanja dari ibu.
Bila aku dah m4kin besar dan ibu dah buka restoran lagi satu dan dah ada buah. Ibu aku selalu tunjuk aku hal macam mana beli barang dekat kedai dan yang paling penting iyalah kebajikan pekerja. Ibu aku selalu cakap tiang utama kejayaan bisnea iyalah pekerja.
Layan mereka baik dan bagi gaji setimpal mereka akan bekerja dengan elok. Ibu aku memang banyak kali pesan kalau ibu tak ada dia nak aku yang uruskan hal restoran ni dia tak percaya ayah aku. Aku pun dari situ belajar serba sedikit.
Umur aku 21 tahun ibu aku meninggaI dunia. Aku waktu ni tengah sambung study jadi hal restoran ayah aku yang uruskan. Baru 6 bulan ibu aku meninggaI kau tahu ayah aku dah guna duit lebih 100 ribu beli macam – macam barang.
Aku awalnya nak sambung degree tapi aku tak sedap hati sebab ayah aku uruskan hal restoran. Habis study graduate convo apa semua aku pun melawat restoran. Baru seminggu aku datang kerja memang dan banyak benda berubah.
Pertama sekali macam lauk pauk selalunya memang banyak lebih 20 jenis. Sekali bila aku balik check ada 14 sahaja. Selalunya antara 25 – 30 jenis lauk dari ayam daging kambing sayur telur sambal dan lain – lain. Jadi aku tanya mak jah (mak jah ni pekerja lama mak aku kira orang kanan) kenapa lauk sikit sangat selalunya double rupanya ayah aku yang suruh dia cakap selalu membazir.
Aku macam pelik membazir apa, selalunya Alhamdulilah dari aku kecil sampai besar lauk habis kalau tak habis pun staff restoran akan bawa balik. Check barang dekat stor punya banyak ayah aku tak restok dia cakap jangan beli banyak, nanti kena binatang lah rosak lah.
Padahal ibu dari dulu setiap kali barang macam beras memang tak sampai seminggu dah habis. Yang paling aku marah dia pergi turun gaji pekerja. Macam Mak Jah ni dia memang pekerja veteran waktu mak aku mula buka kedai makan kecik dia lah yang tolong. Lebih 20 tahun dia kerja.
Gaji mak jah ni ibu aku kasi 120 ringgit sehari sebab hal dapur memasak dia settlekan. Sekali ayah aku turunkan 55 ringgit. Mak jah ni dahlah kena masak lauk banyak untuk 2 restoran. Lepas tu ayah aku pergi potong 65 ringgit dah lebih 7 bulan.
Cuba korang kira 65 ringgit d4rab hari dan 7 bulan dah berapa? Banyak kot. Alasan pula sebab ekonomi. Yang staff lain tu gaji awal 50 ringgit ayah aku cancel jadi 35 ringgit. Apa lagi yang pekerja indonesia ayah aku kasi 30 ringgit.
Aku bila dengar memang marah. Selama ibu aku hidup dia tak pernah p0tong gaji tapi dia selalu naikkan gaji. Aku jumpa ayah aku tanya kenapa dia pergi tukar hal kedai yang dah bertahun ibu uruskan benda dah teratur elok bertahun tahun, ayah aku marah dia tengking aku cakap ini hal restoran dia suka hati nak buat apa, siap cakap aku budak lagi tak reti berniaga.
Aku apa lagi memang marah waktu tu, aku jerit cakap dari restoran, dari kereta duit, rumah arw4h ibu lepaskan atas nama aku dan nama adik aku. Tak ada satu pun nama dia. Sedangkan restoran dua biji tu ibu aku letak nama aku dan adik.
Sejak bila tu jadi restoran dia. Dah lah dia sedap berbelanja guna duit dalam bank mak. Kira bernasib baik sebab mak aku ada akaun lain dan banyak lagi yang dia sorokkan tak kasitahu ayah aku dia suruh aku simpan. Kau bayangkan ibu aku tak sampai setahun meninggaI tapi ayah aku berbelanja 100 – 150 ribu ringgit.
Bukan sikit tu, banyak. Duit tu sepatutnya untuk belanja aku dan adik. Duit untuk kedai pula mak aku ada asingkan. Tapi ayah aku pergi sesuka hati dia pakai. Sejak hari tu aku dah tak kasi ayah aku handle hal kedai. Gaji pekerja pun aku dah naikkan balik.
Macam mak jah pun aku dah kasi dia 130/hari yang lain 50/hari. Yang macam pekerja indonesia kesian diorang kerja bukan sebulan dah kena balik lepas tu selang seminggu datang malaysia balik. Ingat setakat 30 ringgit cukup ke.
Kerja kedai ni dah dari pagi sampai petang letih bukan tak letih. Akaun bank mak aku, akaun kedai aku memang dah simpan. Aku siap upah lawyer nak ambil balik duit ratus ribu yang ayah aku sesuka hati guna. Itu tak termasuk tiba – tiba ayah aku marah cakap tak halal kan apa yang aku buat.
Siap Jaja dengan sed4ra mara aku anak derh4ka halau ayah keluar rumah. Aku biarkan je. Sebab ibu aku dah memang amanahkan semua ini untuk aku dan adik aku. Kau bayangkan baru beberapa bulan dah banyak gitu ayah aku guna duit.
Kalau aku sambung degree rasanya ranap restoran mak aku. Dengan gaji pekerja dia kasi kecik memang diorang lari. Sekarang ni aku dah umur 26 tahun, adik pula tengah sambung pelajaran. Aku memang dah buat akaun khas untuk adik aku, duit ni biar dia sendiri yang decide nak guna.
Ayah aku ada juga berapa kali datang tapi aku setakat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Saud4ra mara aku memang lama aku tak melawat. Aku cukup tenang dengan keluarga kecil aku dan restoran hasil titik peluh ibu aku.
Setiap kali terimbas balik apa yang ayah aku buat memang aku rasa takut. Bukan apa benda ni amanah ibu aku, aku memang dari kecik selalu duduk dekat kedai tengok ibu ambil order, masak, kira duit. Ibu aku selalu sangat pesan “jagakan kedai kita ni” sebab itu nama kedai pun ibu letak nama aku dengan adik.
Aku sekarang pun sekarang dah tengah dalam proses untuk restoran yang ke-3 nak letak nama ibu. Dalam 70% progress Insha Allah 2023 mungkin februari akan beroperasi. Sampai sekarang saud4ra mara beIah ayah aku label aku anak derh4ka.
Kata mereka tamak, padahal ibu aku dah banyak kali nak bercerai tapi cancel sebab arw4h nenek aku. Pernah juga adik aku tunjuk dekat aku, makcik dan pakcik aku buat tulisan dekat Facebook mengata pasal aku. Aku dengan adik aku cuma mampu gelak sahaja. – Imran (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Yahya Osman : Semua tu nenek adik punya pasal, suruh emak adik kawin dengan pelakon hebat, tapi alhamdulillah, Allah itu maha mengetahui dan maha penyayang, teruskan usaha semoga adik terus berjaya, cakap – cakap saud4ra sebeIah ayah jangan ambil peduli, satu masa nanti Allah yang akan membukanya.
Razeha Koderi : Alhamdulillah bijak Si Imran bukan nama sebenar ni. Plan juga kalau Imran tak ada nanti macamana succession of the business ya Imran. Nasib walaupun ayah insist take over, tapi awak bertegas. Boleh buat hibah perniagaan. Sebab macamana pun ayah ada bahagian dia dalam pus4ka. Jadi better plan betul – betul. Semoga dipermudahkan segala urusan Imran.
Ikhlas Kuberkata : Nasihat saya. Jangan dibuang ayah tu terus macam tu walau apa pun yang dia dah buat. Saya cadang awak bagi gaji bulan – bulan kat ayah tu sebagai tunai tanggungjawab awak sebagai anak. Tak banyak mungkin rm1k sebulan pun cukup.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.