Aku bangga dapat tolong buat pinjaman untuk ibu selamat rumah dari kena lelong. 2 tahun kemudian ibu datang lagi merayu untuk buat pinjaman lain. Satu hari, aku buka laci, nampak segugus kunci rumah baru. Aku pelikk..
#Foto sekadar hiasan. Taip. Padam. Ta…ip.. Pa..dam. Sebenarnya dah lama aku nak kongsi di sini, cuma pelbagai bermain di fikiran. Apa weh ayat aku. Iyolah, macam ini “Kang aku tulis, depa duk mengata mak dengan adik aku”
“Sat gi aku cerita, satu donia membawang hal ini”. Tapi aku cuba berfikiran positif. Aku harap apa yang aku kongsikan ini menjadi pedoman untuk semua supaya semua menjadi insan yang adil dan penyayang. Juga bak kata pepatah”ambil yang jernih, buang yang keruh”. Perghhh, karangan A +. Tak sia – sia cikgu BM aku mengajar dahulu.
Kisah aku, begini. Aku dilahirkan untuk menjadi seorang penjawat awam. Ahh gituuu. Masuknya aku ke dalam alam penjawat awam adalah tidak menggunakan mana – mana kabel. Percayalah. Sebab pekerjaan aku ini tak perIukan kabel pun. ‘Hot stuff la you ini ‘ lah kata minah Bangsar.
Jadi sebagai seorang kakak yang sulung, aku diajar untuk berkorban. Enam bulan aku bekerja, dapat gaji sedap. Iyolah, sedap sebab bolehlah beli baju sehelai dua setiap bulan masa mula kerja tahun 2013. Maka, mak aku yang aku horm4ti pun sok – sek la dengan aku . Lembut je ayat beliau masa itu.
“Along, mak nak minta tolong sedikit. Yelah, Along pun dah kerja. Ada gaji besar” // “Nak minta tolong apa itu? Kalau boleh tolong, Along akan tolong” // “Rumah mak dekat Somban tu. Dah masuk notis lelong. Mak sayanglah rumah itu. Kalau lelong, kena blacklist. Silap – silap mak masuk bangkrap .” // “la mak. Habis tu macam mana?”
Itulah permulaan bagaimana aku membuat pinjaman peribadi, demi mak aku. Betullah sebab aku anak sulung. Aku kena baIas jasa mak ayah. Minggu itu dengan penuh bergaya, aku cetak slip gaji , segala dokumen dan melangkah penuh bergaya ke bank yang mempunyai lambang sotong.
Tak lama selepas itu, LULUS. Saja aku taip menggunakan huruf besar sebab best ek jadi penjawat awam. Mudah betul buat pinjaman. Baiklah, melalut. Fast forw4rd. Fast forw4rd dalam bahasa Melayu apa ya? Nanti pempengaruh Hariss Nasril akan bangkitkan pula aku tak guna perkataan BM dalam pengakuan ini.
Baiklah, sambung lagi. Beberapa tahun selepas itu, tak silap dua tahun selepas itu. Kau kira lah, 2013+ 2, jadi berapa? Aku didatangi semula mak aku untuk membuat pinjaman peribadi demi menarik hutang rumah kedua mak aku dari masuk ke kancah lelong.
Sekali lagi aku sebab anak yang sulung, aku melangkah dengan bergaya ke bank yang beragama untuk membuat pinjaman. Lulus! Aku sebenarnya pelik sebab mak aku ini bukan orang tak berduit tapi mungkinlah perancangan kewangan tak betul.
Mak aku pun penjawat awam, dan masa itu dah gred 48 nak ke 50 berapa entah. Kalau ikutkan, banyaklah gaji kan? Entahlah, aku tak tahu gaji mak aku. Aku pernah juga terfikir, kalau dah nak kena lelong, mengapa tak guna loan perumahan kerajaan untuk struktur semula hutang rumah-rumah. Entahlah. Ayah aku? Ayah aku dah meninggaI ketika aku di matrikulasi.
Cuma pinjaman peribadi yang aku buat, mak aku tak pernah akad apa – apa nak jadi hutang ke atau bayar nanti ke atau aku kena redha ke. Tak apa. Aku anak sulung, aku kena berk0rban. Dan mak aku baru pencen hujung tahun lepas. Sehari selepas Krismas.
Tapi sampai sekarang, mak aku tak ada pula sebut nak bayar atau bagi sekian – sekian. Aku diam sajaIah kan sebab apa? Se…bab…. Aku anak sulung dan aku kena ber? K0r…ban…. Jadi ceritanya, dua minggu lepas. Aku balik rumah mak aku sebab nak ambil surat.
Masa aku buka laci surat tu, aku nampak segugus kunci rumah yang berkilat dan baru. Nak kata kunci rumah mak aku, tak mungkin sebab kunci rumah mak aku lain. Nak kata kunci rumah dekat Seremban pun lain. Habis, kunci apa ya? Kau kunci hatiku di dalam hatimu?
Aku pun diam sahajaIah sebab aku rasa macam tak penting nak beria tahu. Jadi, aku pun buat macam biasa. Kemudian aku duduk sekejap, sambil tunggu mak aku balik dari kedai. Aku pun saja layari Facebook. Aku tengok, adik lelaki aku kongsikan cara semak kerosakan rumah baru. Lantas aku teringat kunci yang aku terjumpa tadi.
Sampai je mak aku di rumah dari kedai, dia ke dapur minum air Coway. Aku pun bersuara, “Mak, Along ambil surat tadi. Terima kasih, tolong simpan. Nak tanya , kunci rumah siapa dalam laci tu?” // “Kunci mana? Yang baru tu ke?” // “Ya, mak. Yang ada label – label tu. Kunci siapa? Eh, John beli rumah ye mak? Murah rezeki dia. Baru kerja setahun dah beli rumah.”
“Rumah baru, mak la. Mak beli sebab saja mak beli sebelum pencen. John nak duduk dengan bakal isteri dia” // Sejurus saja mendengar kenyataan baIas mak aku, aku rasa macam nak terjun jambatan pun ada. Hati ku bagai kristal dihemp4s ke lantai pun ada. Entahlah, pelbagai perasaan muncul. Aku rasa macam tak adil. Betul aku bukan harap baIasan tapi entah. Aku keliru. Kenapa aku kena berk0rban sedangkan adik aku dapat sedap je.
Rumah – rumah sekarang ni pun mak aku tak cakap nak hibah atau beri dekat siapa cuma dia banyak kali sebut, rumah yang dia duduk ni kongsi adik beradik. Rumah di Seremban akan dijual. Tapi apa istimewanya John?
Sebab John adalah lelaki dan aku adalah wanita? Sebab John ada rupa berbanding aku yang kulit koko? Sebab John pandai ambil hati dan aku, tidak? Nanti aku cakap, kata ungkit. Tapi aku sebut, jadi derh4ka pula. Nak redha? Entahlah.
Perlu ke aku minta mak aku duit yang aku pinjam dari bank? Atau perlu kah aku jauhkan diri. Sampai sekarang aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku ketika berhadapan dengan mak aku dan adik aku. Itu belum cerita lain.
Aku nak cerita tapi dah pukuI 11. Tak elok tidur lambat nanti gemuk sebab kerintangan insulin dek hormon kortisol meninggi. Kalau aku rajin, nanti aku sambunglah cerita. Kalau kau orang suka, type SAYA NAK ke 22333 , sekarang. – M.I.S (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Aida Mat Daud : Tt dah tahu mak dia penjawat awam bertaraf 48 atau 52. Kenapa setuju untuk buat personal loan untuk ibu awak tanpa soal.. bukan sekali tapi 2 kali. Nak kata tak bijak.. ada pelajaran. Tapi tak celik kewangan.
Lain kali duduk bincang dan selidik dulu.. walaupun dia ibu kita. Apatah lagi ibu juga bergaji tetap dan penjawat awam. Be smart.
ᑎᗩᘔᗩ ᗩᖇ : Gitu per4ngai mak – mak jaman dulu (tak semua). Suka sangat membahagiakan anak lelaki. Merajakan anak lelaki. Mujurla dengan perubahan zaman, layanan terhadap anak lelaki perempuan hampir sama. Islam tidak pernah meletakkan taraf wanita di tahap yang rendah tetapi adat – adat lama yang sentiasa mendahuIukan lelaki.
Sarah Aman : Perlu untuk minta balik.. biarlah orang cakap buruk siku atau anak derh4ka sekalipun sebab yang hadap situasi ni adalah tuan tanah. Cukup – cukuplah dah k0rbankan diri tu. Takut nanti dah meIetup tak mampu nak jadi baik lagi.
Sebelum meIetup.. minta balik duit dan dalam masa yang sama jangan dah buat personal loan. Kalau perlu list kan balik berapa jumlah duit yang dah terk0rban tu. Biar dorang tau.. lantaklah kalau orang cakap mengungkit ke apa.. penting untuk jaga diri sendiri.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.