Umur aku dah tua, 42 tahun. Aku dah tr4uma sangat nak bercinta memandangkan 3 perempuan giIa yang aku bercinta dulu lari ikut lelaki yang ada BMW. Mak dia cakap aku takde masa depan. Baru – baru ni aku terjumpa Seri, crush lama. Tak sangka dia dah jadi ibu tunggal. Aku nak masuk line tiba – tiba..
#Foto sekadar hiasan. Pertama kali aku tulis sini sebab rasanya sini la kot boleh dapat pendapat yang bernas. Kalau aku tanya kat group whatsapp member lain pulak jawapan aku dapat. Aku warning dulu la cerita ni panjang sikit.
Nama aku Halim. Umur tua dah 42 tahun ni. Belum pernah berkahwin tapi dah merasa putvs tunang 2 kali. Dua kali putvs tunang masa usia 20-an dengan dua bekas tunang curang nak lelaki lain. Bekas tunang pertama curang dengan lelaki bawak BMW.
Aku bawak myvi je masa tu. Mak dia cakap aku takde masa depan. Tunang kedua curang masa aku offshore. Balik d4rat pegi rumah dia tau – tau ada khemah depan rumah. Rupanya majlis kahwin dia. Langsung tak cakap kat aku.
Kot ye pun ajak la aku makan nasi minyak dia. Mentang la aku anak yatim piatu. Takde pun cakap nak putvs tunang ke apa. Alih – alih dah jadi bini orang lain. Masa tu tak serik lagi. Aku cuba juga kawan dengan awek lain. Ada la dalam 4 bulan camtu, kena k3ncing jugak.
Dia curang dengan lelaki bawak BMW jugak. Aduh apa baIa la BMW ni. Disebabkan 3 perempuan giIa tu, aku serik nak bercinta lagi. Aku cakap kat diri aku, aku nak fokus kerja je. Malas nak fikir hal perempuan. Ada kawan – kawan kenalkan dengan awek tapi aku malas nak ambil serius. Kenal gitu – gitu cukuplah.
Masa pun berlalu, umur pun dah lebih 35 tahun, member kenalkan dengan awek umur 20-an lagi la susah aku nak masuk. Dah macam pedo pulak aku rasa. Aku hidup zaman Myspace kau nak suruh duduk semeja dengan budak TikTok mana maunya.
Tapi tu la Allah pegang hati manusia ni. Walaupun aku cakap tak nak bercinta nampak gaya aku jilat ludah sendiri. Aku jatuh cinta. Nama dia Seri. Aku kenal Seri dari zaman sekolah. Zaman chatting kat MIRC tapi masa tu dia chat dengan member aku.
Bila first time jumpa tu aku ikut la member aku sekali. Ya la kena la jaga ikhtilat mana boleh keluar berdua je. Bila dah jumpa tu member aku tu tak berkenan dengan Seri. Dia cakap Seri kurus takde daging. Apa punya alasan tah.
Jadi aku la masuk line call Seri tiap hari pakai telefon rumah. Seri budak pandai sekolah famous kat daerah kami tu. Kalau borak dengan dia memang memanjang gelak je. Nak cerita pasal bola ke, artis ke, isu semasa ke, sampai bab politik pun Seri tahu.
Sebab dia rajin membaca. Kalau borak dengan dia korang memang akan tahu dia ni bukan jenis otak kosong la. Senang cerita masa tu memang aku syok kat Seri. Masa tu umur aku 18, Seri 16. Aku baru lepas SPM. Tapi tak sangka rupanya ada sorang lagi member aku yang ikut jugak masa first time jumpa Seri tu, syok jugak kat dia. Aduhhhhh.
Member kamceng punya pasal aku mengalah. Aku undur diri, aku tak call Seri lagi. Aku tak tahu apa jadi dekat Seri lepas tu. Malas nak tanya kat member aku tu. Frust giIa. Last aku tahu lepas dapat result SPM Seri dapat masuk UIA.
Dipendekkan cerita tau – tau umur aku dah 41 tahun. Tahun lepas aku kena pi conference kat KLCC. Sambil tu aku jalan kat Suria KLCC. Masa tu la aku ternampak sorang perempuan ni macam Seri. Cara senyum macam Seri tapi dah berisi sikit dan nampak lebih berusia.
Sebab apa aku ingat? Sebab Seri ada lesung pipit. Memang aku ingat sangat. Aku follow dia sebab masa tu dia sorang je. Saja la nak confirmkan betul ke Seri atau tak. Dia masuk kedai buku Kurokuriya apa tah nama Jepun. Kat situ aku dah yakin yang tu Seri.
Habit membaca ni susah nak stop kan. Lepas dia selesai bayar tu aku beranikan diri tegur. Cuak giIa masa tu. Paling cuak kalau dia tak ingat aku. Nasib baik Seri ingat aku lagi. Apa lagi aku ajak la dia minum. Kitorang borak panjang.
Ye la dah lebih 20 tahun lost contact weh. Masa tu la aku tau yang Seri ibu tunggal. Tak pasti la sesuai ke tak istilah ibu tunggal tu sebab suami dan anak dia meninggaI eksiden. Dah 5 tahun kejadian tu berlaku. Bergenang air mata Seri masa tu.
Aku rasa bersalah pulak buat dia sedih. Sekarang dia okay dan sibukkkan diri untuk elak teringat kenangan sedih. Seri sambung belajar dan masa aku jumpa dia tu, baru start sambung PHD. Memandangkan aku memang dah lama ada perasaan kat Seri sejak zaman remaja dulu, setakat nak sambung balik perasaan tu takde masalah la.
Dan kitorang keep in touch lepas jumpa kat KLCC tu. Hari – hari aku call dan whatsapp dia. Sebenarnya kalau ikutkan lepas sebulan jumpa tu aku memang nak ajak Seri kahwin. Tapi nampak macam gelojoh sangat pulak.
Ada 1 hari aku ajak Seri jalan kat mall area JB sebab aku kerja kat Johor. Seri duduk KL. Saja la bawak dia round JB. Boleh pulak masa tu terserempak dengan mamat mana tah. Lama dia borak dengan Seri. Tercegat la aku tunggu dia.
Aku ni lelaki, mesti la faham gaya badan lelaki lain. Cara dia pandang Seri, cara dia senyum kat Seri aduhh aku jadi tak tenang. Memang nampak ada sesuatu ni. Lepas habis borak, Seri datang balik kat aku ajak balik. Masa tu muka dia pun dah lain macam.
Aku takde nak tunggu lagi terus tanya je sapa mamat tu. Nama dia Khairul. Umur 45. Cikgu. Seri cakap Khairul tu member arw4h suami dia. Lama kenal, jadi dengan Seri pun jadi kawan. Lepas arw4h suami dia meninggaI Khairul ni memang ambil berat hal Seri.
Setiap hari call Seri bagi kata – kata semangat sebab masa tu Seri down giIa. Seri pulak takde la anggap perkara tu pelik hanya member tanya khabar je. Bila setiap hari contact Seri cakap ada jugak timbul rasa sayang kat Khairul.
Tapi dia buang jauh perasaan tu sebab Khairul ada isteri dan 3 anak. Rupanya si Khairul ni memang nak masuk line. Setahun lepas arw4h meninggaI dia ajak Seri kahwin. Seri tolak sebab tak nak kahwin dengan laki orang.
Khairul siap nak bawak jumpa mak dengan isteri dia. Seri tak nak. Seri deactivate semua sosiaI media dan block nombor Khairul. Khairul guna nombor lain untuk contact Seri. Seri tukar nombor dan berhenti kerja. Punyalah nak lari dari Khairul.
Dan memang dia berjaya lari. 3 tahun dia lari dari Khairul tanpa jejak tup tup terjumpa balik masa keluar dengan aku. Aduhhhh maIang apa pulak yang datang ni. Seri cakap Khairul bagitau, dia cari Seri merata tempat. Sampai pegi office Seri la.
Nasib baik Seri dah berhenti kerja. Seri bagitau Khairul cakap isteri dia dah meninggaI 2 tahun lepas. Antara m4ngsa k0ov11d. Bila dia cakap tu aku terus menggigil. Nampak gaya Khairul dah jadi duda. Sama – sama single macam Seri.
Aku dapat rasakan aku kena bersaing dengan si Khairul ni untuk dapatkan Seri. Dan kali ni aku takkan mengalah lagi. Aku cari sosiaI media Khairul dan jumpa. Aku PM dia ajak jumpa. Dia setuju. Hari aku jumpa Khairul tu aku terus terang kat Khairul perasaan aku kat Seri.
Aku cerita la yang aku dah kenal Seri dah lama blablabla. Aku cakap Seri je yang buat aku terbuka hati nak berkahwin. Bagi la peluang kat aku rasa nikmat rumah tangga. Khairul gelak dengar cerita aku. Dia cakap dia pun dah kenal Seri lama.
Lebih 15 tahun kenal. Zaman Seri dewasa, bukan macam aku kenal Seri zaman sekolah. Lain sangat situasi tu. Khairul cakap Seri je yang buat dia semangat teruskan hidup lepas isteri dia meninggaI. Khairul cakap dia ada perasaan kat Seri sejak arw4h suami Seri hidup lagi.
Ah s3tan ko Khairul! Suka kat bini member sendiri. Khairul cakap arw4h isteri dia setuju dia nak kahwin dengan Seri tapi Seri yang tak nak. Dia keluarkan handphone tunjuk gambar anak dia yang sulung. Astaga ada iras Seri.
Cantik macam Seri cuma takde lesung pipit. Kalau letak sebeIah – sebeIah memang confirm orang cakap Seri tu mak kandung anak dia. Aku dah rasa nak menangis sebab nampak gaya aku macam nak kalah ni. Khairul suruh aku cari perempuan bujang sebab aku pun bujang lagi.
Dia cakap susah kalau orang bujang kahwin dengan perempuan yang dah pernah kahwin. Nanti asyik g4duh je sebab pengalaman tak sama. Dia cakap kalau dia kahwin dengan Seri insyaAllah mudah sebab masing – masing dah matang dan ada pengalaman rumah tangga.
Aku merayu kat Khairul minta dia mengalah. Yup serius aku merayu. Cuma tak sampai tahap melutut je lagi. Aku menangis depan Khairul. Eg0 jantan aku runtuh habis. Kau punya pasal la ni Seri. “Kalau aku mintak kau mengalah macam mana? Kau nak tak?” Khairul tanya aku.
Soalan yang aku tak berani jawab. Nampak gaya Khairul tak nak mengalah. Aku call Seri bagitau perjumpaan kitorang. Aku nak Seri pilih aku. Bukan Khairul. Seri marahhhhhhh. Marah giIa. Dia bebel kat aku cakap kau ingat umur kita ni 16 tahun ke nak rebut – rebut perempuan?
Umur dah 40 lebih tau tak. Kau giIa ke apa. Seri pulak naik angin. Aku rasa lepas tu dia call Khairul jugak kot bebel benda sama sebab Khairul call aku bagitau Seri marah – marah dia sebab jumpa aku. Khairul cakap aku p0ndan sebab menangis.
Malam tu kitorang buat video call. Aku, Seri, Khairul. Seri cakap, masa anak – anak dia ada dulu, kalau berebut barang dan takde yang nak mengalah maka, dua – dua tak dapat. Memandangkan aku dan Khairul tak nak mengalah, maka DUA – DUA TAK DAPAT!!!
Dan ketika ini aku berharap alangkah bagus kalau perempuan boleh kahwin 2. Aku sanggup bermadu dengan kau Khairul. Dan kalau korang nak tahu, masuk ni dah 5 bulan Seri block aku. Entah block ke tukar number ke aku tak tahu.
Yang pasti aku tak dapat contact dia. Life aku jadi miserable balik. Lagi teruk dari putvs tunang 2 kali. Seri, kalau kau baca ni, tolonglah contact aku balik. Jangan kahwin dengan Khairul please. Kalau aku tak dapat kau, aku harap Khairul pun tak dapat kau.
Khairul tu jahat sebab syok kat kau masa kau bini orang lagi. Nanti kau kahwin dengan dia, dia syok kat member kau pulak. Kahwin dengan aku Seri. Aku dah siapkan rumah kita. Tunggu masa je untuk kau masuk. Korang tolong bagi idea kat aku macam mana nak buat Seri pilih aku. – Halim Myspace (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Raudzah Arippin : Kesian tapi kelakor. Tu la, lenkali jangan gelabah biawak. Pergi ajak cikgu tu jumpa buat apa. Seri tu dah elok dah lupa cikgu tu, siap mau keluar dengan kamu dah. Patut sebelum jumpa hari tu tulis kat sini dulu bior kita orang bagi khidmat nasihat bernas lagi tuntas dulu. Seri block kat fon je kan. Tulis la surat rasmi. Pos. Gudlak.
Azizul Azli Ahmad : Jangan kalah Halim, beli iklan kat TV3, “Misi mencari Seri”. Seri nak tengok siapa paling giIa dalam usaha nak dapatkan dia. Takkan kena block dah kalah Lim, kita peju4ng. Kalau tak jadi kali ni takkan nak jumpa seri lagi 20 tahun. Waktu tu dah 62 tahun, lesong pipit seri pun dah jadi lesung batu woi!
Nabilah Othman : Pengajaran buat lelaki. Kalau kau dah minat kat perempuan tu, jangan back down, tak kira la pesaing tu kawan pun. Peduli apa bro code tu. Perempuan tu yang kena decide nak pilih siapa, kau jangan memandai nak berundur, konon sebab brotherhood, acah – acah nak bagi jalan kat kawan.
Jangan decide untuk perempuan bab hati dan perasaan ni, please. Saya pernah di tempat Seri. Jujur time tu saya pun minat dengan lelaki macam confessor. Tapi dia pun macam confessor berundur sebab nak bagi laluan kat kawan dia yang pun minat saya.
Saya sump4h s4kit hati time tu. Ingat saya ni patung ke sesukati nak arrange – arrange macam tu. Dua – dua saya bye – bye kan je. Alhamdulillah lepas tu saya jumpa lelaki lain yang jadi suami saya sekarang. So confessor, jangan berundur! F1ght for your love. Doa banyak – banyak insyaAllah. Apa kata Encik Halim pi terus jumpa keluarga Seri. Mana atau keluarga dan wali berkenan dengan Encik. Dah dapat plus point kat situ.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.