2 kali saya sujud merayu suami sambil tunjuk album kahwin. Saya letak semua baju dia dekat luar

Saya call perempuan tu bagitahu berapa banyak pinjaman bank yang suami saya ada, berapa gaji bersih dia. Selama ni saya yang support suami sebab tu nampak berduit. Saya cakap suami belanja dia pakai duit loan. Lepas perempuan tu tahu suami saya ‘miskin’ dia terus tinggalkan. Suami plak datang terhegeh dekat saya..

#Foto sekadar hiasan. Salam, mohon hide profile saya. Di sini saya ingin kongsi tentang kisah yang selama ni tak pernah saya bayangkan terjadi dalam hidup saya. Saya telah bercinta dengan bekas suami selama 2 tahun. Sejak dari zaman belajar lagi saya kenal dia kerana dia merupakan senior saya.

Dia merupakan seorang guru, saya juga seorang guru. Beza umur kami hanya setahun. Kami berdua berasal dari negeri yang sama. Suami dapat posting ke sebuah negeri, setahun kemudian saya juga posting ke negeri yang sama dia posting.

Kemudian hujung taun selepas saya posting, saya berkahwin dengannya. Alhamdulillah, dalam sebulan lebih selepas kahwin saya mengandung. Perasaan saya sangat gembira. Suami saya waktu tu mungkin gembira jugak atau dia pura – pura gembira.

10 bulan selepas kahwin, akhirnya saya bersalin. Saya bersalin di kampung. Suami saya masuk dalam dewan bersalin melihat dengan kedua matanya anak dilahirkan. Tapi sebulan selepas tu, suami saya tergamak curang dengan cikgu sekolahnya yang bakal berkahwin dengan orang lain dalam sebulan lagi.

Tapi masa tu saya tak tahu lagi sebab saya berpantang di kampung, suami dekat rumah. Sebulan lebih suami tak balik tengok anak sebab cuti rehatnya sudah habis. Suami kerap kali mintak saya bank in duit kerana katanya duit gaji bulanannya dah habis banyak guna.

Sejujurnya saya memang jenis tak berkira, kerana saya tahu gaji bersih suami saya memang sikit sebab dia banyak pinjaman. Pinjaman dia plak  dah tahap maximum. Jadi, korang boleh agaklah berapa je gaji dia yang tinggal.

Kemudian suami saya balik ketika cuti deepavali, masa ni dia pergi tambah pinjaman sebab gaji dah naik. Selepas cuti deepavali, suami kata dia kena kerja lagi dua minggu. Saya nak ikut dia balik semula ke tempat kerja sebab saya nak cari pengasuh siap – siap sebab hujung tahun bulan 12 saya dah naik kerja, meeting untuk bukak sekolah, cuti bersalin dah habis.

Tapi dia tak bagi, dia cakap tinggal 2 minggu je lagi dia ada masa dengan kawan – kawan bujang untuk pergi mancing, lepak, futsal dan badminton. Dia ungkit selama saya mengandung malam – malam dia tak boleh pergi mana pun.

Jadi, saya kena faham dan bagi ruang dia dengan kawan – kawan bujang. Akhirnya saya mengalah tak ikut. Sampai je dia dekat sana, dia dah kurang berhubung dengan saya, takde nak tanya pasal anak langsung. Saya perasan status whatsapp dia yang selama ni dia letak nama saya sejak zman bercinta lagi tiba – tiba dia tukar.

Gambar whatsapp dia dah tak letak gambar saya dan dia tapi dia tukar letak gambar anak. Ok la, saya pun tanya dia kenapa dia dah lain, tak call saya, takde nak tanya minta gambar ana, status whatsapp pun dah berubah.

Sebab biasanya suami saya ni jenis tak cara la benda – benda macam ni. Suami terus melenting bila saya tanya macam tu, dia cakap, “status whatsapp aku pun ko nak kongkong.” Berg4duh la kami. Dia mula ungkit menyesal kahwin dengan saya, hidup dia terkongkong la.

Dia kata dalam 2 minggu ni je dia tukar status whatsapp tu, lepas 2 minggu dia tukar letak nama saya semula, saya dah pelik. Bila dah g4duh tu, dia pun terus tak contact saya selama 2 minggu. Dia janji selepas 2 minggu dia balik kampung, tapi dia balik kampung lambat.

Dia balik umah mak dia. Mak saya call kenapa tak balik kampung saya tengok anak, dia cakap dia akan balik tapi lambat sikit. Suami pun ambik saya dan anak dua hari kemudian. Esoknya kami pergi kenduri dan terus bercuti ke Cameron Highland.

Keluarga saya ikut sekali tapi suami saya memang dingin seolah – olah takde perasaan rindu dekat saya dan anak langsung. Saya tanya 10 soalan, jawab sepatah. Saya fikir mungkin dia marah dengan saya sebab g4duh hari tu.

Dia asyik main fon tapi saya tak berani nak cek atau nak tuduh apa – apa sebab dia cakap saya ni suke kongkong dia selama ni. Malam tu saya tanya dia kenapa dia lain, tak nak cakap dengan saya. Tiba – tiba dia cakap TAWAR HATI.

Saya  terk3jut la, dia cakap tawar hati sebab saya selama ni kongkong dia la. Saya takut sangat bila dia kata macam tu, saya menangis minta maaf MERAYU BERSUJUD CIVM KAKI suruh dia fikirirkan anak saya. Dia buat b0doh je macam orang takde perasaan.

Esoknya kami balik rumah mak dia, sampai sana suami cakap nak minta masa beberapa hari untuk  cari ketenangan bagi hati yang tawar boleh suka, sayang saya semula. Dia menangis minta saya faham dia nak cari ketenangan.

Saya izinkan dia, saya pesan dekat dia sepanjang cari ketenangan solat dan baca quran. Dia jawab dia akan buat semua tu. Suami saya memang jenis tak jaga solat sebab tu saya pesan macam tu. Dia pun pergi tinggalkan saya dan anak dekat rumah mak dia.

Sebelum dia gerak, saya tanya dia checkup anak macam mana? Tapi dia kata pergi je dengan teksi dengan mak dia. Rupanya kant0i, bukannya dia pergi cari ketenangan tapi dia pergi ambik cikgu sekolah dia yang lagi seminggu nak kahwin tu.

Boleh plak bawak pergi Cameron jugak, siap check in, tidur sebilik. Tidur hotel yang kami pernah pergi masa honeymoon dulu. Apa motif dia? Jahat sungguh. Saya yang ketika tu dekat rumah mak dia, hanya mampu menangis, makan tak lalu, tambah dengan ada bayi yang masih kecil.

Mesej call dia tak dapat – dapat, diorang bercuti selama 5 hari. 2 hari selepas balik bercuti perempuan tu kahwin. Suami balik jumpa saya tapi hari ni dia balik. Esoknya saya dah g4duh dengan dia depan mak mertua. Dia buruk – burukkan saya macam – macam.

Macam – macam dia cari salah saya, siap reka – reka cerita lagi nak nampakkan saya yang buruk, yang salah. Saya dah tak tahan, saya call keluarga suruh datang tengok suami tengah burukkan saya depan keluarga dia. Depan keluarga saya pun, dia masih boleh tengking saya, “ko ni taw fikir aku ade perempuan lain je, ingat senang ke nak cari prempuan lain.”

Dia macam orang giIa aritu, suara tengking – tengking. Rupanya haritu merupakan hari perempuan tu nikah, dia tak boleh terima, kekasih gelap dia dah jadi milik orang lain. Keluarga saya bawak saya balik nak tenangkan dua – dua pihak.

10 hari saya keluar dari rumah mak dia, dia tak call saya langsung. Akhirnya saya call dia, pujuk dia datang rumah mak saya sebab hujung minggu tu dah kena balik kerja, cuti saya dah habis. Dia pun datang tapi dia masih dingin dengan saya.

Dia datang cakap memang betul dah takde  hati dan dah tak sayang dekat saya. Saya SUJUD KALI KEDUA, saya keluarkan album kahwin tunjuk semua gambar – gambar kami. Bahagia. Saya merayu suruh dia fikirirkan anak.

Tapi suami boleh tolak saya, dia cakap, “b0doh, b4bi, jangan p4ksa hati aku.” Dia tak kesian langsung lihat saya yang menangis, merayu. Dia suruh saya kemas baju dia yang ade dekat rumah mak saya, dia cakap dia tak datang dah sini.

Saya call mak mertua cerita apa yang jadi, mak dia cakap anak dia mungkin kena buatan orang. Keluarga saya dan keluarga dia berpakat bawa suami pergi berubat tapi ustaz tu cakap tak ade apa pun. Balik dari jumpa ustaz, dia boleh cakap yang ade anak terbeban la, tak suka ade anak, susah nak bawak pergi jalan la.

Masa 10 hari yang kami berpisah tu, dia keluar jumpa dengan perempuan tu walaupun perempuan tu dah kahwin. Hari saya balik ke rumah kami, saya bawak adik untuk mengasuh anak saya sementara cari pengasuh. Esoknya saya ajak dia keluar cari barang – barang keperluan rumah, dia suruh saya pergi dengan adik je.

Katanya dia nak pergi rumah kawan dia, saya tak bunyi apa – apa sebab selama ni dia cakap saya ni kongkong dia. Rupanya dia pergi dating dengan perempuan tu sampai 12.30 malam. Malam tu jugaklah kant0i segala – galanya dan saya dapat tau satu persatu segala kecurangan dia.

Kant0i sebab kerani sekolah suami saya call bagitahu saya. Suami perempuan tu buat laporan dekat sekolah yang isterinya diganggu. Saya kenal perempuan tu. Saya tak tau apa yang suami saya giIakan sangat dekat perempuan tu sebab tak lawa pun.

Selama ni saya tau diorang rapat tapi bagi saya must4hil untuk suami jatuh hati. Mereka berdua sebenarnya bercinta sebulan lepas saya bersalin, selalu pergi karaoke, wayang, dating berdua. Patutlah selalu mintak duit dengan saya cakap gaji habis, pastu tak bagi saya ikut lepas deepavali cakap nak masa 2 minggu dengan kawan – kawan.

Rupanya nak habiskan masa dengan perempuan ni! Lepas saya dapat tahu, hati saya kecewa r3muk pedih sebab teringat layanan kejam dia dekat saya. Saya pergi dekat dia, saya mintak dia lepaskan saya. Tapi dia masih tak ngaku, dia kata fitnah.

Saya tunjuk bukti yang saya dapat. Dia tak tau nak buat apa terus dia lari macam tu je pergi umah bujang kawan dia. Saya call dia banyak kali mintak penjelasan, dia kata, “jangan call aku, aku nak tidur, esok meeting. Memang aku suka dia sebelum kahwin dengan ko lagi.”

YA ALLAH, JAHATNYA dia. Saya dapat tahu yang dia burukkan saya dekat cikgu – cikgu sekolah dia untuk tutup kesalahan dia dan perempuan tu. Saya kemas baju – baju dia, saya letak luar rumah, sebab apa? Sebab dia memang insan yang tak pernah BERSYUKUR dengan kehadiran saya, saya banyak tolong dia.

Rumah sewa ni deposit saya bayar, barang – barang dalam rumah semua saya yang beli. Belanja dapur, minyak kereta selama ni banyak saya yang support sebab gaji dia tu hanya cukup makan dia sorang je. Masa pergi cameron dengan dia pun semua saya dan adik saya yang support, tapi dia boleh belanja perempuan tu macam – macam guna duit pinjaman.

Selama saya jadi isteri dia, saya tak pernah mintak duit dia, malah saya yang banyak bantu dia. Dia takde duit nak isi minyak keta nak pergi sekolah, saya hulur lagi. Nak hadiah besday iphone saya beli bagi dekat dia. Apa yang dia nak semua saya berk0rban untuk dia.

Tapi ni baIasan saya dapat selepas lahirkan anak dia? Dia datang ambik baju dia, dan terus lafaz cerai dekat saya. Dia pergi tanpa mintak maaf, tanpa mintak peluang. Dia tak call saya tanya tentang anak langsung. Masa tu dia yakin prempuan tu lah cinta hati dia.

Dia yakin perempuan tu akan bercerai dengan suami dia juga. Tapi suami perempuan tu tak nak cerai dan boleh terima walaupun bini dah serahkan tubuh dekat orang lain sebelum kahwin dengan dia. 2 bulan selepas tu, saya call perempuan tu dan saya cerita segalanya.

Berapa banyak pinjaman bank yang bekas suami saya ada, berapa gaji bersih dia. Saya bagitahu yang selama ni saya yang banyak support dia sebab tu dia nampak macam berduit. Saya cakap bekas suami saya boleh belanja dia pun sebab tambah loan.

Bila perempuan tu tahu ‘kemiskinan’ bekas suami, dia terus tinggalkan. Saya juga ade baca email diorang chatting. Dalam email tu macam – macam dia burukkan saya dekat perempuan tu. Dia cakap saya P4KSA dia kahwin sedangkan dia yang tergiIa – giIakan saya masa bercinta dulu.

Dia cakap saya P4KSA nak anak la. Kemudian lepas perempuan tu tinggalkan dia, bekas suami datang cari saya semula mintak peluang nak rujuk demi anak dan cakap dia dah sedar silap dia. Sorry, saya dah tak mampu nak maafkan dia sebab dia terlalu k3jam.

Bekas suami tu sebenarnye tak insaf pun tapi dia dah takde sesiapa jadi dia cari la saya esmula. Tak apalah, Allah maha adil. Saya tak mampu nak baIas segala perbuatan dia. Sekarang saya hidup berdua dengan anak, susah payah saya berdua.

Allah kirimkan kawan – kawan yang boleh bantu saya masa anak s4kit atau masa saya nak beli barang – barang. Saya tuntut hak penjagaan dan nafkah anak. Doakan saya dapat pindah balik kampung duduk dengan keluarga dan doakan saya jadi ibu yang kuat.

Kadang – kadang saya menangis kalau teringat segala peng0rbanan saya dibaIas dengan kejahatan. Sekarang bekas suami dah tak kacau saya. Anak saya pun dah nak msuk umur setahun. Saya rasa mungkin dia dah jumpe perempuan lain sebab saya tengok dia dah buang gambar anak saya dekat whatsapp.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?