2 tahun bercerai, bekas suami kahwin lain. Aku hasut anak-anak benci mak tiri. Aku buat plan nak mengorat bekas suami

Bekas suami dapat hak jagaan.. Aku pesan dekat anak – anak, jangan pernah angkat pinggan dan basuh pinggan sendiri. Baju kotor campak je kat lantai, biar mak tiri kutip. Aku ajar, kalau membuang tak payah flush! Biar mak tiri dia rasa.

#Foto sekadar hiasan. Hi Semua. Aku perkenalkan diri aku sebagai H. Hari ini aku nak share kisah aku disondol. Aku dan bekas suami aku berkahwin pada tahun 2009. Mulanya kami bahagia tapi lama – lama aku makan hati sebab suami aku sentiasa busy.

Lepas beberapa tahun kahwin, kami dikurniakan Zuriat. M4kin lama perasaan aku pada suami aku m4kin hilang sebab suami aku selalu outstation dua minggu dalam sebulan. Aku jadi sunyi. Itu baru outstation biasa, belum campur lagi kalau suami aku ada kes tiba – tiba sebab suami aku uniform jadi dia kena sentiasa standby.

Selang beberapa tahun, kami dikurniakan satu lagi cahaya mata lelaki. Masa ni aku betul – betul str3ss sebab suami aku terlalu busy dengan kerja. Kalau suami aku ada, dia selalu tolong aku buat kerja rumah. Tapi masalahnya, dia selalu takde.

Anak aku yang kedua ni agak high demand. Aku str3ss sangat. Suami aku baik je, tapi aku sunyi. Suami aku jenis bertanggungjawab tapi tak cukup kalau masa tak ada dengan aku dan anak. Kebetulan pula, ada seorang lelaki internship dekat pejabat aku.

Lelaki itu walaupun jauh beza usia dengan aku, dia sangat matang dan caring. Aku pun mulakan langkah sebab lama – lama aku rasa inilah orang yang aku nak selama ni. Hubungan kami bertambah erat selama beberapa bulan.

Setiap kali weekend, aku akan bagitahu suami aku yang aku kerja. Jadi aku ambil kesempatan untuk keluar dengan budak intern tu. Kalau suami aku kena kerja weekend, aku akan letak anak dekat rumah kakak aku. Aku namakan intern tu sebagai I.

Aku sanggup buat apa je sebab dah sayang, jadi kereta Honda suami aku, aku bagi I pakai. Aku tak rugi apa – apa, sebab setiap bulan, suami aku yang bayar kereta tu. Suami aku naik moto pegi keje. Aku dah tak ada keinginan untuk tidur dengan suami aku jadi aku banyak habiskan masa dengan tidur di sofa ruang tamu.

Memang angau masa itu. Sebab setiap malam kami akan call dan WhatsApp senyap – senyap masa suami aku tidur. Semua ini takkan jadi kalau suami aku bagi perhatian yang cukup dekat aku. Satu hari, suami aku datang dan minta check telefon.

Aku tak bagi dan kami berebut telefon. Tapi suami aku dapat r4mpas jugak dan dia masuk kereta, baca semua chat aku dengan I. Aku nampak suami aku nangis tapi dia diam je tak cakap apa – apa dan dipulangkan balik phone dekat aku.

Esoknya, suami aku merayu untuk tinggalkan lelaki itu dan suami aku suruh fikir nasib anak – anak. Suami aku juga minta aku berhenti hubungi lelaki itu. Alang – alang suami aku dah tahu, aku minta lepaskan aku dengan cara baik. Dia tak nak pula.

Aku jujur je dekat suami aku yang aku betul – betul sayang I. Aku memang nak kahwin dengan I. Aku mengaku depan suami aku yang aku dah tak sayang langsung kat dia. Suami aku nangis merayu – rayu tolong fikirkan anak – anak dan keluarga yang ada.

Setiap malam suami aku akan pastikan aku tak main phone sebab suami aku takut aku mesej I. Aku s4kit hati dan rasa dikongkong. Masa suami aku pergi kerja, aku bawa anak – anak keluar dari rumah tu. Cukup lah duduk dengan dia sebab aku dah bosan!

Aku menumpang rumah kakak aku. Dekat sini aku happy dan lega sebab setiap hari kakak aku tolong jagakan anak – anak aku. Bila anak – anak tanya mana ayah dia, aku cakap je “ayah dah buang kau, dah tak sayang kau. Tak payah tanya – tanya lagi”.

Aku boleh mesej I bila – bila masa. Kami pergi kerja sama – sama dan balik kerja sama – sama. Tiap weekend kami dating. Setiap hari aku akan ambil dan hantar I dari tempat kerja. Suami aku, aku block. Aku cuma akan unblock bila pampers anak dengan susu anak habis.

Lepas dapat duit aku block balik. Setiap hari suami aku cari macam – macam cara untuk contact aku dan mesej doa – doa supaya aku lembut hati balik rumah. Aku rimas dan jijik. Benda ni berlarutan sampai setahun. Satu hari tu, suami aku tiba – tiba ada depan rumah kakak aku dan cari anak – anak.

Suami aku r4mpas telefon aku. Aku dah takut masa tu sebab kantoi lah kereta dia aku bagi dekat I. Tapi suami aku tak marah pun. Aku berg4duh dengan mak aku sebab rupanya mak aku yang bagitahu suami aku yang aku ada dekat sini sebab mak aku cakap mak aku kesian dekat suami aku.

Puas hati aku bila tengok dia separuh giIa, sampai cari anak – anak dekat radio, dekat kawan – kawan aku, tapi tak ada siapa pun bagi jawapan sebab aku cakap jangan masuk campur. Aku bagitau semua orang yang aku kena halau rumah, haha. Aku saja cakap macam tu supaya orang tak tanya banyak.

Aku masih berkeras tak nak balik rumah sebab aku memang dah tak nak teruskan perkahwinan yang membosankan ni. Aku pergi mahkamah dan mohon cerai. Aku upah peguam untuk pastikan aku dapat cerai. Masa bicara, Hakim tak setuju dengan permohonan aku sebab tak ada alasan yang kukuh. Suami aku saja nak menyusahkan hidup aku.

Mahkamah perintahkan supaya aku kembali taat dan pulang ke rumah. Dengan penuh terp4ksa, aku pun balik ke rumah dengan anak – anak. Suami layan aku macam biasa. Di pulun part time sebab nak bawak aku bercuti merata tempat.

Dia tak pernah marah aku tapi apa yang dia buat tak dapat kembalikan perasaan aku dekat dia. Aku jadi geli nak dengan dia. Aku letak dua – dua anak dekat tengah – tengah katil supaya aku tak tidur sebeIah dia. Benda ni berlarutan sampai tiga tahun.

Banyak kali jugalah kantoi aku masih chat dengan I. Sebab aku memang tak akan stop contact I. Puas suami aku merayu tapi aku dah taw4r hati. Aku jadi m4kin meluat dan cakap “setakat laki macam kau ni, sekali petik 10 aku dapat la. Beratur nak kat aku”. Tapi benda ni tak buatkan suami aku putus asa untuk ambik hati aku.

Suami aku minta jasa baik bos dia untuk tak kerja hari minggu. Tapi hari minggu tu aku nak release tension jadinya aku suruh suami aku jaga anak – anak dan aku keluar camping / hiking dengan kawan – kawan. Jadi setiap hari minggu aku memang tak akan ada dekat rumah. Ni satu – satunya cara aku untuk release tension.

Suami aku marah sebab aku bercampur lelaki dengan perempuan satu homestay padahal kami tidur bilik asing – asing. Aku memang rimas dengan suami aku sebab suka mengongkong. Aku dah tak tahu macam mana cara nak pisah dengan dia jadi aku ada buat fake account. Aku mesej suami aku. Aku flirt dia.

Lepas tu suami aku reply “Ni siapa, kenapa banyak sangat tau pasal i. Ni siapa??” aku terus buat – buat r4mpas phone dia cakap dia curang. So aku ambik kesempatan untuk keluar daripada rumah tu. Rumah dan sekolah anak tak ada masalah sebab aku dah pindahkan sekolah anak dan dah sewa rumah dari sebelum tu lagi secara senyap – senyap.

Aku pun minta cerai dekat mahkamah. Alhamdulillah proses cerai berjalan lancar. Dan anak – anak duduk dengan aku. Maka terbubarlah 10 tahun perkahwinan aku. Hubungan aku dengan I masih diteruskan macam biasa.