2 tahun kahwin baru aku mengandung. Konon nak buat kejutan untuk mertua, tak sangka aku disindir, maruah aku dipijak

Bila anak aku keluar, mertua langsung tak jenguk cucu, tak berminat. Sepanjang anak aku hidup dah 6 tahun ni sekali je dia pegang dan dukung. Aku kesian dekat anak aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin siarkan kisah aku. (kalau disiarkan) Nama aku Bella. Aku sudah berkahwin. Aku berkahwin sudah 8 tahun. Aku ni tiada pelajaran tinggi seperti orang lain. Namun suami aku Aiman tetap ambik aku jadi bini walaupun aku serba kekurangan.

Bilangan family suami sangat laa ramai. Kebanyakannya tidak bekerja. Aku sudah anggap mertua aku macam mak bapak aku sendiri. Namun layanan dorang terhadap aku sangat laa biadap. Pada mulanya aku happy masa tidur rumah mertua sebab adik beradik aku tidak sebanyak adik beradik suami.

Pada suatu hari tu aku masak. Sepanjang aku masak cara masakan aku berkali kali ditegur. Ini mesti masak macam ni. Yang tu mesti masak macam tu. Aku ikut je laa. Selesai habis masak aku pun hidangkanlah namun seorang pun tidak menjamah kecuali suami.

Sampaikan mak mertua cakap yang anaknya tidak makan ikan cuma makan ayam sahaja. Terasa memang terasa namun aku pendamkan sahaja. Ada suatu hari tu suami belikan ikan tapi mertua yang masak. Semua makan weh.

Mertua kata dorang tak makan ikan tapi bila aku masak sorang pun tak makan. Aku biarkan benda ini berlalu pergi. Tiba pula hari raya. Aku dan suami terlambat sedikit nak bersalaman dengan mertua. Mertua aku sangat laa marah ya sehinggakan dia tinggalkan rumah kosong dan terus pergi ke rumah sanak saud4ra.

Aku hairan selalunya dorang tak pergi rumah saud4ra raya pertama, namun pada pagi kejadian dorang pergi dan nak protes. Kami pergi ke rumah mak saud4ra suami untuk jumpa parent dia. Belum sempat kami masuk dia terus sindir dengan kata – kata yang amat pedas. Aku nangis lepas jumpa dengan mertua.

Hari raya pertama sepatutnya gembira namun tangisan yang aku dapat. Tapi bila anak dia lambat pergi bersalaman takda pulak dia marah. Anak dia bersalam hari kedua raya. Aku yang lambat 1 jam kena sindir macam – macam.

Ya Allah bila ingat balik s4kitnya masih terasa. Belum lagi cerita pasal zuriat. Aku lambat dapat zuriat. Aku dapat anak aku yang sekarang ni masa tahun perkahwinan kami yang kedua. Masa tu adik suami baru sahaja mengik4t tali pertunangan.

Kami ziarah mertua namun aku kena sindir sebab belum dapat bagi dia cucu. Masa aku ziarah tu aku tengah mengandung. Masa tu suami nak surprise namun bertukar duka. Adik suami baru je bertunang tapi mertua harapkan cucu dari adik suami. Maruah aku kena pijak – pijak.

Namun bila cucu pertama dia keluar dia langsung tak jenguk cucu dia. Sepanjang anak aku hidup dah 6 tahun ni sekali je dia pegang dan dukung. Aku kesian dengan anak aku kurang kasih sayang atok beIah suami. Zuriat yang lahir dari anak mereka dijaga dengan baik dan rapi. Yelakan anak dorang bekerja.

Aku ni tak bekerja sebab tu mertua aku layan aku macam h4mba dia. Tidak habis dengan itu ya. Aku masih belajar masa anak aku masih kecil. Suami aku yang jagakan bila aku ada class. Pak mertua aku sangat laah marah ya sebab suami aku yang jaga.

Dia kata dia hebat sebagai lelaki sebab semua jaga anak bini dia yang uruskan. Bila suami dengar je terus suami marah dan masuk bilik. Bila anak dia ada anak dia tak marah pun anak dia. Malam cucu dia tu tidur dengan mertua. Siang pun mertua yang jaga.

Mak bapak dia goyang kaki je. Siang malam tak jaga harap mertua dan adik beradik suami. Kalau aku lambat seminit bukan main berjela sindiran dia. Satu lagi kejadian yang buat aku sampai nak minta cerai dengan suami aku. Aku give up dengan semua permainan.

Satu hari tu mak aku masak untuk bagi sedekah dekat orang. Aku cakap laa bagi dekat mertua gak. Kami bungkus dan bagi kat mertua. Namun masakan mak ayah aku dikritik dan di hina. Ayah mertua cakap masakan mak ayah aku tak sedap. Kuah cair.

Dia bandingkan masakan isteri dia dengan masakan mak ayah aku. Dia cakap masakan bini dia lagi sedap dari parent aku masak. Kalini aku tak boleh sabar dah. Masakan mak ayah aku pun kena kritik. Lalu aku ambil keputvsan nak cerai.

Namun suami pujuk. Dengan macam macam cara. Alhamdulillah kami tak jadi cerai. Banyak benda terjadi dalam perkahwinan kami. Lagi – lagi masalah mertua yang tak pernah habis. Motor suami kena jual oleh mertua untuk tampung hutang mertua. Loan mertua suami aku juga kena bayar.

Kadang – kadang aku tawar hati tapi aku masih bersabar sebab suami aku tersangat laa baik. Tiada c4cat celanya. Suami aku laa yang backup aku dari cacian dan h1naan. Banyak lagi yang aku belum ceritakan. Sampai sekarang aku dah tekad. Once terjadi lagi aku tak kan toleh ke belakang. Yang benar, Menantu bukan anak, – Bella (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Amna Aleya : Tak perlu sampai cerai sis. Suami sis tak salah pun. Lebih baik kurangkan ke rumah mentua. Dah tahu per4ngai dorang macamtu, sebelum pergi get ready siap – siap nak kena kecam. Masa dorang kecam tu anggap je macam angin je lalu.

Duduk kejap, pastu terus balik. Enjoy hidup sis dengan suami, anak – anak dan family beIah sis. T0xic – t0xic kita tolak tepi. Tak payah layan. Buang masa je kita nak sedih – sedih sebab orang macamtu. Sis boleh happy tanpa diorang pun. Be strong dan happy ok.

Nonie Nuralia : Adik manis. Sebenarnya punca kebencian mereka adalah kau. Kau bukan menantu pilihan dan bukan menantu kegemaran mereka. Semua perbuatan mereka itu kerana dikuasai perasan tidak suka pada kau. Maka lebih baik kurangkan pergaulan atau jarakkan diri dari mereka.

NurAz Wan : Jarakkanlah diri dengan keluarga t0xic tu, kalau suami nak balik biarkan dia balik sorang. Kalau nak jugak awak ikut balik, pastikan singgah sekejap saja dalam sejam. Tapi kalau dah ada sindir menyindir, terus angkat kaki saja. Tak berd0sa kita jarakkan diri, demi menjaga mentaI kita sendiri.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.