Suami meng4muk sebab saya suruh anak minta duit belanja. Dia campak duit RM10, tetapi saya pulangkan balik duit itu. Saya rela korek – korek duit syiling dan beri kepada anak.. Duit suami, hanya untuk diri sendiri sahaja..
#Foto sekadar hiasan. Malu rasanya hendak membentangkan kes saya ini, takut dik4takan ingin menjaja kisah rumah tangga, tetapi sebelum saya membuat keputusan, saya ingin meminta pendapat anda semua. Saya telah berkahwin selama 24 tahun, anak – anak sudah besar – besar dari umur 22 tahun hingga 4 tahun.
Selama berkahwin, anak – anak membesar dalam rumahtangga yang pincang, setiap hari huru – hara. Selama 24 tahun juga suami asyik membuat hal, selepas satu, satu lagi masalah timbul. Saya bekerja kerana saya perlu menanggung diri sendiri dan juga anak – anak.
Suami hanya membayar duit ansuran rumah kerana itu harta dia. Tidak pernah suami membeli sehelai baju pun untuk saya, apatah lagi barang kemas, saya pun tidak pernah meminta. Sesekali ada saya meminta dalam RM50 – 60 kalau tak cukup duit sementara menunggu gaji kerana saya banyak tanggungan, duit gaji selalu tidak cukup.
Seringkali dim4ki hamun, dikutuk tentang duit gaji pergi ke mana? Selalu kerja lebih masa tetapi duit entah buat apa? Macam – macam lah… Setiap tahun bila tiba waktu buka sekolah, tidak pernah bertanya tentang persiapan sekolah anak – anak, tidak pernah menghulurkan duit, duit yuran pun tak pernah diberi.
Saya bukanlah jenis yang suka meminta – minta dan bukan orang yang suka berbelanja lebih. Kalau dia memberi duit pun, mulut dia akan berkata sesuatu yang meny4kitkan hati kita. Itu yang saya tak suka meminta dari dia.
Setiap kali berg4duh, dia selalu berkata sudah muak dengan saya. Kadang – kadang saya rasa mungkin dia lebih suka kalau saya dan anak – anak tidak ada di rumah. Saya sebenarnya sudah dua kali bercerai dengan suami sebelum ini. Hanya tinggal satu talak sahaja lagi. Itu yang saya sedang fikirkan sekarang ini.
Saya ini ada suami, tetapi seperti takde suami. Semua saya kena buat sendiri. Suami hanya mencari duit untuk dia sendiri, duduk melepak dengan kawan – kawan di kedai kopi. Kalau saya memasak kadang – kadang dia tidak makan, kalau saya tidak memasak, atau memasak sedikit, itu pun menjadi isu juga.
Setiap hari raya tidak pernah menjadi hari yang berbahagia buat kami. Bulan puasa yang lepas, sepanjang bulan puasa saya tidak bercakap dengan suami sehingga hari raya. Yang terbaru… bulan ini saya kesempitan duit, jadi saya minta dia belikan gas dan beras serta membantu memberikan belanja anak saya RM4 sehari.
Saya hanya menghantar mesej. Petangnya, anak saya menghulurkan duit RM100 pemberian suami saya. Saya pun membeli keperluan, dan duit RM100 itu sem4kin susutlah. Pada satu pagi, saya tidak ada duit kecil, jadi saya suruh anak minta pada ayahnya.
Suami saya meng4muk sebab disuruh minta duit belanja. Saya dengar dia bising – bising bertanya berapa lagi saya mahukan duit. Katanya saya ini kalau diletakkan seguni duit pun tidak pernah cukup, sesedap hati dia bercakap.
Saya pun sudah naik geram. Apalah salahnya memberi anak belanja sekolah hanya RM4 setiap hari, itu pun hendak melenting. Dia mencampakkan RM10, tetapi saya pulangkan balik duit itu. Saya korek – korek duit syiling dan beri kepada anak.
Hati saya cukup s4kit dengan perbuatan suami saya. Saya sedih mengenangkan apa sebenarnya dalam hati dia terhadap kami ini. Kalau beginilah caranya, tidak perlulah saya bersuami. Selama ini saya hanya menumpang berteduh sahaja, sebab rumah sudah ada. Bukankah menyediakan tempat tinggal itu tanggungjawab suami?
Saya hantar mesej mengatakan yang saya akan tukarkan anak saya sekolah. Selesai segala urusan, saya akan keluar dari rumah. Suami membaIas, “Itu keputusan awak. Buat apa awak suka. Saya sudah malas hendak banyak cakap. Saya ikut sahaja apa keputusan awak.”
Sudah lama saya bersabar, sejak sebelum kahwin lagi dia sudah tunjuk per4ngai. Kalau dulu, masa dia ada duit dan masih muda, asyik layan perempuan tidak kira isteri orang atau anak d4ra. Lepas satu, satu masalah timbul. Suka menunjukkan kemarahan tidak kira di depan siapa. Baran sangat kuat, tetapi tidak pernah naik tangan.
Ada sekali – sekala bila berg4duh, dia men4mpar saya, tetapi saya ini memang jenis suka meIawan balik. Kadang – kadang saya malu dengan jiran sebeIah menyebeIah. Bila berg4duh, bising. Dua – tiga hari lepas itu baik semula, lepas itu berg4duh balik.
Dua kali bercerai itu semua gara – gara perempuan. Masa itu anak baru dua, kecil – kecil lagi. Tetapi selepas cerai, setiap hari suami datang merayu – rayu hendak rujuk, setiap hari ambil saya balik dari kerja. Selalunya saya balik sendiri.
Masa itu saya muda lagi, lemah bila dirayu. Walaupun keluarga saya melarang, saya sedih anak – anak kecil tidak dapat kasih sayang dari ayah. Talak pertama lagi dua hari hendak raya, dia lafazkan. Lepas raya dia ceraikan saya.
Kemudian buat aduan semua di pejabat agama. Tetapi beberapa bulan sahaja baik, kemudian buat hal lagi. Kali ini simpan perempuan GRO pula. Lepas itu cerai lagi. Lebih kurang 3 – 4 tahun bercerai, saya nikah semula dengan suami sebab saya tidak boleh lepas darinya.
Macam saya ini masih isterinya. Segala pergerakan saya jadi perhatian dia. Adik beradik dia ingat saya yang tergiIa – giIakan dia. Padahal saya kena rantai dengan dia. Saya tidak ada peluang hendak bebas macam janda – janda lain.
Dari saya ke hulu ke hilir dengan dia, saya ajak dia nikah balik, dan dia pun setuju. Tambah anak lagi dua, tetapi per4ngai memang tidak boleh diubah, tidak makan nasihat. Dulu memang saya sayang sangat dengan suami saya, tidak rela perempuan lain ambil dia.
Tetapi kini perasaan itu sudah beransur pergi sebab perbuatannya kepada saya. Saya rasa masa saya banyak terbuang begitu sahaja dengan dia. Kalau tidak, saya mungkin sudah berbahagia. Kalau hendak cerita 10 hari 10 malam kisah saya ini tidak akan habis. Cukuplah sedikit – sedikit.
Saya sekarang berper4ng dengan perasaan saya, sama ada hendak keluar dari rumah atau sebaliknya. Saya benar – benar tidak tahan dengan sikap suami. Haruskah saya pergi ke pejabat agama untuk menyatakan yang saya akan meninggaIkan rumah sebelum saya dituduh dengan berbagai tuduhan oleh suami? Tolong beri pendapat anda…
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.