2 minggu lepas suami minta izin nak kahwin lain, janda anak 3 yang kena ‘buang’ dengan suami dia. Baik suami saya, nak tolong bekas isteri orang..

Suami nak kahwin dengan bekas rakan sekelasnya yang dia jumpa masa reunion. Janda anak 3 yang diceraikan suami dengan sehelai sepinggang. Kesian katanya. Subhanallah. Baik juga suami saya ni. Menolong bekas isteri orang, kesian dengan perempuan lain tapi isteri sendiri diabaikannya. Saya izinkan…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Saya menulis dari pengalaman. Sekadar meluahkan atau mungkin boleh dijadikan pedoman. Saya seorang isteri bekerjaya dengan 4 orang cahayamata. Berkenalan dengan suami semasa belajar di universiti dan berkahwin selepas 4 tahun berkawan.

Suami hanya bekerja tak tentu hinggalah anak pertama saya berumur 3 tahun. Keadaan hidup kami agak sukar pada awal perkahwinan kami. Tapi kami bahagia je. Keluarga saya dan keluarga mertua pun baik – baik saja. Kami mula diuji bila suami dapat kerja tetap.

Dia seorang yang ‘workaholic’ dan perfectionist dengan kerjanya. Dia jadi sangat sibuk dan tak punya masa untuk keluarga. Itu menyebabkan kami terabai. Segala urusan keluarga terletak di bahu saya. Perihal kewangan juga banyak saya yang tanggung sebab saya yang selalu ada di rumah menguruskan anak – anak yang m4kin bertambah. Suami selalu out station.

Kalau ada pun, dia biasanya akan bawa beban kerjanya ke rumah. Kalau str3ss habis anak – anak dijerkahnya. Sudahnya, anak – anak jadi renggang dengannya. Takut, tidak selesa bila ayahnya ada bersama. Komunikasi antara kami menjadi sem4kin sedikit.

Kalau bercakap pun, ada saja yang tak kena. Dia tak pernah ada masa untuk ambil tahu tentang kami, persekolahan anak – anak, s4kit pening kami, keperluan kami dan apa juga aktiviti – aktiviti seharian kami. Masa bagi dia hanyalah untuk kerja, kerja dan kerja, itu je yang penting bagi dia. Masalah ini jadi berlarutan sehingga lebih 10 tahun.

Maka, kami anak beranak pun membina kebahagian kami sendiri. Kami buat aktiviti – aktiviti setiap hari, setiap hujung minggu, setiap kali cuti sekolah untuk hilangkan str3ss. Tentunya tanpa suami sebab dia sentiasa sibuk. Setiap kali diajak, ada saja meeting, forum dan seribu satu program yang tak boleh tidak dia kena hadir.

Selalu saya rasa yang saya macam ibu tunggal yang membesarkan anak – anak seorang diri. Penat. Sangat penat. Saya sering menangis bila semua anak – anak sudah tidur di malam hari. Pada suatu malam minggu, anak – anak sudah tidur masa tu.

Saya masih mengemas dapur. Suami panggil saya. Ada perkara yang nak dibincangkan katanya. Pelik. Sebab sudah terlalu lama kami tidak berbincang apa – apa. ‘bang nak kawin lain, awak izinkan tak?’ Saya diam. Macam tak rasa apa – apa.

Saya kata, ‘nanti – nanti lah saya beri jawapan sebab dapur tak habis kemas lagi’. Dipendekkan cerita, selepas 2 minggu, saya minta suami berterus terang tentang hasratnya. Ye. Dia nak kahwin dengan bekas rakan sekelasnya yang dia jumpa masa reunion.

Janda anak 3 yang ditolong untuk dapat kerja sebab diceraikan suami dengan sehelai sepinggang. Kesian katanya. Subhanallah. Baik juga suami saya ni. Menolong bekas isteri orang, kesian dengan perempuan lain tapi isteri sendiri diabaikannya.

Tanpa berfikir saya terus beri izin. Kahwinlah bang, saya ok je. Syaratnya tinggalkan saya betul – betul secara sah supaya saya tak s4kit hati. Tentang mak (emak mertua) biar saya yang settlekan. (Mak mertua sangat sayang saya macam anak dia sendiri). Anak – anak juga biar saya yang jaga. Biasa dah kan.

Suami terus jadi takut. Dia kata dia tak akan kawin kalau saya tak izinkan, kalau emak dia tak setuju. Dan dia takkan lepaskan saya. Dia kata dia masih sangat sayangkan saya. Ye lah tu. Sejak dari tu, dia tak pernah sebut pasal tu. Tapi hati saya dah h4ncur.

Tambahan, saya terlihat mesej – mesej antara mereka berdua menunjukkan memang mereka dah sangat rapat. Bersayang – sayang. Gambar – gambar pun macam orang – orang muda berkasih. Berpegangan tangan, berpeIukan. Pedih, s4kit hati. Lama – lama, hati saya jadi kosong.

Untuk menghilangkan pedih, saya jumpa guru agama saya. Mengadu. Ustazah suruh saya dekat dengan Pencipta. Mengadu denganNya. Selepas itu saya mengaji dengan lebih kerap, Solat. Pergi kelas agama jika ada saja waktu terluang. Lama kelamaan, hati saya mula terisi semula. Dengan cinta Dia. Baru saya nampak bahawa cinta pada manusia memang sementara. Kerana kita ni pun sementara. Yang kekal hanya Dia. Saya jadi m4kin tenang.

Suami pula berkali – kali minta maaf. Saya maafkan. Tapi tak mungkin melupakan. Perempuan tu pulak kerap menghantar mesej merayu saya membenarkan suami saya mengahwininya. Saya dah izinkan cuma suami saya yang dah tak mahu sebab tak sanggup meninggaIkan kami. Saya ok je.

Di saat cerita ini dituliskan, kehidupan kami sekeluarga sudah bertambah baik. Anak – anak sudah boleh bergurau dengan ayahnya meskipun pernah ‘kehilangan’ dia lebih 10 tahun. Kecaknaan suami pada keluarga juga sem4kin baik. Dia sudah memegang peranan sebagai ketua keluarga yang sebenarnya. Alhamdulillah. Ada hikmah atas segala kejadian. Hati saya? Hanya untuk Dia… – Linda (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Yani Malik : Lvka itu walaupun sudah sembuh, tapi parutnya masih ada dan masih terasa s4kit. Betul, kita bahagia dengan kasih sayang Allah SWT, tapi jiwa kita akan selalu kosong tanpa pasangan kerana sudah sangat lama kita memendam rasa dan dibiarkan berdikari sejak dulu.

Kalau saya di tempat tuan tanah pun, saya akan izinkan tapi lepaskan saya kerana saya ada pendapatan sendiri. Ingat satu perkara, Allah sentiasa memerhatikan tingkah laku manusia. Buat baik, maka Allah akan beri lebih baik. Semoga tuan tanah lebih tabah.

Rabiatul Adaviah Mohamad Azam : PeIuk jauh tt. Benar lah bila hati kita terisi dengan agama dan ruang untuk bersama Pencipta kita takkan rasa br0ken. Lalu lah ape pon depan mata kita akan sentiasa rasa Allah bersama kita.. Alhamdulillah semoga tt bahagia hingga ke syurga. Dunia bukan tujuan kita.. dunia cuma tempat ujian. Akhiratlah tempat yang bakal kita tuju. Semoga kita menjadi sebaik – baik h4mba Allah atas muka bumi ini.. Aamiin

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :