Dari kecik hidup dengan ayah seorang kaki jvdi, kaki perempuan, selalu pukuI mak depan anak – anak sedangkan mak kami 0KU. Sehinggalah ayah kena tahan penjara 2 tahun, hidup kami bahagia dan masa kami dah selesa hidup tanpa ayah, tiba – tiba dapat tahu ayah dapat keluar penjara…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Saya tergerak hati untuk share.. Terima kasih jika admin siarkan cerita saya. Ayah saya seorang panas baran. Saya dilahirkan dalam keluarga yang sangat t0ksik. Mak saya, baik. Seorang 0KU polio.
Tapi mak kuat semangat, tak macam 0KU pun. Mak cantik, mak baik hati. Cuma di kelilingi dengan persekitaran yang ayah bawa dalam keluarga kami, mak jadi str3ss. Mak s4kit. Mak selalu kena pukuI, walaupun depan anak – anak.
Mak kerja pagi petang siang malam untuk sekolahkan anak – anak. Ayah kaki perempuan, tak solat, kaki jvdi, panas baran. Tapi dengan saya, dia sayang. Dari saya kecil, umur 7 tahun, setiap dalam solat, saya akan doa untuk ayah saya berubah.
Hari berganti – hari. Tahun berganti tahun. Ayah saya langsung tak tunjuk kan perubahan yang positif. Rasanya, macam m4kin lama m4kin teruk per4ngai dia. Menjadi – jadi. Lagi – lagi bila anak – anak semua dah kerja dan belajar jauh – jauh.
Mak selalu kena pukuI. Naik turun balai polis, naik turun mahkamah. Tapi tak cerai – cerai. Mak selalu termakan pujuk rayu. Waktu umur saya 24 tahun, ayah kena tangkap polis. Atas tuduhan menjual d4dah. Saya tak tahu betul ke tak.
Ayah tak mengaku langsung. Dia kata dia kena fitnah. Tuduhan melebih – lebih. Ayah terp4ksa tandatangan tuduhan tersebut sebab diugvt untuk dipukuI jika tidak mengaku. Dan ayah pun sign. Ayah dihukvm hukvman penjara selama 2 tahun.
Maka bermulalah kehidupan bahagia kami tanpa ayah. Kami melakar cerita baru di atas kain putih. Kami bina keluarga sakinah. Kami berubah sedikit demi sedikit dari segi em0si, pemikiran, akhlak dan agama. Kami hidup bahagia tanpa ayah.
Tenang.. tak str3ss macam dulu. Rezeki pun berkat sebab takde rezeki hasil jvdi dalam rumah. Mak kelihatan bahagia. Kami sem4kin dekat dengan Tuhan. Rezeki kami meIimpah ruah. Satu persatu rezeki Allah turunkan. Dalam masa 2 tahun sahaja tanpa ayah kami dapat perbaiki semuanya.
Hubungan kami anak beranak yang dulunya selalu tidak sefahaman dan berg4duh, kini dah saling memahami dan saling menyayangi. Walaubagaimanapun, kami adik beradik masih menjenguk ayah. Walaupun ayah jahat di mata orang, orang selalu kata ayah penyamun, kami anak beranak dih1na dicaci kerana mempunyai ayah sebegitu, tapi kami tetap nampak baiknya ayah.
Yang saya nampak, ayah sebenarnya seorang yang baik dan senang dibentuk. Cuma ayah lahir dalam keluarga yang jahiI tentang agama. Ayah tak tahu halal h4ram. Sebab tu saya tak pernah putvs asa berdoa supaya ayah saya berubah.
Kemudian, kami dapat tarikh untuk ayah dibebaskan. Sebulan sebelum ayah dibebaskan, kami buntu, serabut, takut. Kami takut kehidupan yang kami bina selama dua tahun ni, musn4h sekelip mata. Kami sebenarnya kadang – kadang putvs asa untuk tunggu ayah berubah.
Jadi kami memang takut, kalau ayah balik. Mak dah mula str3ss. Tibalah hari ayah balik. Kami masing – masing rasa janggal sangat. Tak tahu macam mana nak hadap sebab dah 2 tahun tak jumpa. Ayah macam takut, malu. Tak bercakap.
Ayah lain sangat. Kurus. Kurus kering. Tapi.. Yang paling saya tak sangka.. ayah solat. Perkara paling saya tunggu selama 20 tahun. Ayah solat. Ayah solat awal waktu, ayah qiamullail setiap malam, ayah doa lama. Ayah lemah lembut.
Tak pernah marah. Kami masih keliru, dan tak percaya. Kami masih ingat ayah berpura – pura supaya dirinya diterima kembali dalam keluarga. Lepas beberapa hari, ayah ajak solat jemaah (perkara yang paling saya nak sekali dalam hidup, nak ayah imamkan solat)
Sampai ke hari ini, setiap solat, kami solat jemaah bersama. Ayah nampak ikhlas. Ayah betul – betul dah berubah. Kerja rumah ayah buat dengan ikhlas. Tak pernah marah. Kami tak sangka.. ayah berubah. Penjara tu macam pusat pemulihan.
Ayah kata macam – macam ayah belajar dalam penjara. Kat sana, ayah kena ik4t perut. Sebab duit yang kami hantar sebulan sekali tu, terp4ksa kongsi dengan orang lain dalam penjara. Orang lain takde keluarga yang hantar duit. Kesian ayah.
Macam – macam ayah cerita. Saya sedih.. sebab selama ni saya tak pernah percaya kalau ayah cerita apa apa. Saya anggap ayah hanya berpura – pura. Ayah dah tukar jadi ayah yang saya idam – idamkan. Allahu Akhbar. Allah makbulkan doa saya.
Selama 20 tahun saya doa. Hari ni termakbul. Allah sayang. Saya tak pernah sangka Ayah akan berubah. Hidayah milik Allah. Ayah insan terpilih. Ayah dah bertaubat. Ayah dah sayang mak. Ayah selalu manja kan mak lepas solat. Ayah suruh mak rehat.
Ayah banyak bantu kerja – kerja mak. Maaf kan adik ayah, sebab pernah buruk sangka terhadap ayah. Adik akan usaha bagi yang terbaik supaya hidup mak ayah senang. Ya Allah. Terima kasih. Sayang sangat Allah pada kami.
Alhamdulillah.. Kawan – kawan, doakan ya supaya ayah saya istiqomah. Saya nak keluarga sakinah, mawaddah. Kami nak berkumpul dekat syurga nanti. – Siti (Bukan nama sebenar)
Norlaila Mohd Din : Syukur.. Happy ending. Doa yang termakbul. Sahabat saya Allah tangguhkan doanya, ayahnya langsung tak berubah, tidak mahu solat sehingga ke akhir hayat tapi rezekinya sahabat saya sempat mohon ampun dihari terakhir bertemu ayahnya cuma ayahnya hanya senyap tanpa reaksi memaafkan pun. Rahsia Allah kepada sebuah kehidupan. Yang penting kita redha dengan takdir Nya.. terindah.
Fiza Mohd Bardam : Menunggu tarikh dibebaskan dan menunggu kepulangan tu memang saspen. Faham sangat perasaan confessor. Sebagai w4ris – w4ris orang ber-isu yang pelbagai, hanya doa dapat kita panjatkan semoga orang tersebut Allah beri taufik dan hidayah dan diberi pengakhiran hidup yang baik belaka.
Dalam Allah menguji mereka, Allah juga menguji hati kita, keyakinan kita atas kekuasaan dia yang memegang hati manusia, Allah Maha berkuasa takde yang must4hil baginya. Terpulanglah pada w4ris untuk terus mendoakan dengan hati yang bersungguh atau sekadar wait and see.
SN AFiqah Abdul Nasir : Doa ibarat mengayuh basikal menuju destinasi. Bukan sekali kayuhan terus sampai ke destinasi. Begitu juga dengan doa, bukan sekali doa terus makbul. Allah nak kita terus berdoa dan sentiasa meminta. Akhirnya Allah makbulkan.
Julie Anme : Subhanallah.. Hidayah memang milik Allah. Rasulullah pun tidak memilikinya. Saya sudah banyak kali bersaksi hal – hal melibatkan hidayah milik Allah. Sebab itu kita jangan memandang yang hitam itu tetap kotor dan yang putih kekal bersih.
Sebaliknya Allah yang maha tahu pengakhiran kita yang sebenar – benarnya. Saya doakan ayah siti, kita semua dan semua luar sana tetap kekal atas jalan diredhai Allah hingga hujung usia. Semoga tidak kembali sesat selepas diberi petunjuk. Amin..
Ra Ra : MasyaAllah tabarakallah. Betullah, itulah hikmah berdoa. Allah s.w.t timpakan musibah supaya kita sedar akan kesilapan kita, atau kesilapan orang di hadapan kita dan belajar dari kesilapan masing – masing. Moga Allah s.w.t merahm4ti, meIindungi dan menolong permudahkan urusan juga kesulitan confessor sekeluarga. Doakan kebaikan buat kami semua juga.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.