3 abang menumpang rumah aku, mereka hasut fitnah kami suami isteri. Suami minta izin ayah aku untuk halau mereka keluar

Moto suami aku mereka pakai, kereta suami aku bagi pakai. Fon pun suami aku bagi. Makan percuma aku masak di rumah. Rumah free tak perlu bayar bil elektrik dan air. Sehinggalah berlakunya kejadian paling ngeri dalam hidup aku dan suami..

#Foto sekadar hiasan. Hai assalamualaikum. Panggil aku Reen saja. Berumur 25 tahun dan sudah berkahwin. Mempunyai seorang cahaya mata. Suami aku ada bisnes sendiri dan aku tolong saja dia kat kedai. Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah kurniakan.

Aku mempunyai keluarga yang besar. Adik beradik 8 orang. Aku seorang ja perempuan. 7 lelaki. Orang kata anak perempuan seorang ni istimewa. Betul ke? Info sedikit pasal keluarga aku ni, keluarga aku bukan dari keluarga yang alim.

Ilmuan agama boleh dikira jari kata orang. Solat? Tak ada. Walaupun orang tua aku sendiri pun 5 waktu pun tidak cukup. Abang? Pun sama apatah bab solat jumaat celap celup ja. Bab pelajaran pun biasa ja takda yang mengagumkan.

Cumanya abang aku yang ke -2 mula solat pun selepas dia berkahwin. Nanti sambung bab family okey… Aku dan suami berasal dari keluarga yang kurang senang. Suami mula bisnes semasa dia habis SPM lagi. Umur suami aku 29 tahun.

Berniaga duit suami sendiri tanpa modal sesiapa. Boleh dik4takan kami berhujan panas susah senang sama – sama. Alhamdulillah. Aku berkahwin pada tahun 2018. Selepas 3 hari perkahwinan, adik (bongsu) aku mula mesej cakap nak duduk sekali dengan aku.

Aduh nak tolak rasa serba salah. Tak apa lah suami aku izinkan. Suami aku ambil adik aku ni bekerja sekali. Seterusnya abang aku yang nombor 6 pula mesej nak duduk sekali. Aduh. Tak apa lah kata suami aku lagi. Sampai la dua tahun lebih.

Seorang lagi abang aku (no 5) mesej nak duduk sekali. Total 3 orang adik beradik aku duduk serumah dengan aku. Makan hati? Jangan dicakap. Hanya mampu telan ja suami aku. Biasa la lelaki bukan 100% rajin bab kekemasan.

Bila disuruh kemas baru buat. Ketiga – tiga bekerja dengan suami aku. Menipu la tak ada yang terbuku dalam hati bila ada orang duduk rumah kita. Adik beradik aku takde apa – apa. Moto suami aku bagi pakai, kereta suami aku bagi pakai. Fon pun suami aku bagi.

Makan percuma aku masak di rumah. Rumah free tak perlu bayar bil elektrik dan air. Sampaikan kereta rosak pun suami aku baiki sendiri. Motor baru keluar seminggu dari kedai dah jatuh eksiden. Suami aku seorang yang sangat penyabar.

Tak suka nak bercakap takut adik beradik aku terasa. Tapi dalam masa sama dia pendam. Aku lah menanah telinga dengar dia merungut. Kadang – kadang aku ‘sound’ juga adik beradik aku. Sampai 1 tahap aku ni jadi tempat backup untuk suami aku tak marah adik beradik aku.

Segala harta suami aku mereka suka menayang di medsoc masing – masing. Total 3 tahun abang dan adik aku duduk dengan aku. Bermula tragedi hitam yang tak pernah aku sangka dan bayang akan berlaku dalam hidup aku.

Tahun 2021 bulan 7, tahun yang paling ngeri dalam sejarah hidup aku dan suami. Berlakunya di mana keluarga berpecah beIah dan berg4duh besar. Berpuncanya mak aku datang rumah aku secara meng3jut tanpa beritahu apa – apa. Hari yang sama kereta suami aku tayar pancit.

Jam sudah 1 tengahari kedai suami aku masih tak buka sebab abang dan adik aku bangun lambat dan layan mak aku datang. Dalam masa sama aku dan suami kalut nak settle kan tayar kereta untuk bawa ke bengkel. PukuI 2 petang lebih ada customer wasap suami aku memberi tahu dia datang ke kedai tapi kedai tutup.

Suami aku terk3jut! Suami aku pun tanya dalam group wasap yang abang adik aku kat mana. Kenapa kedai tutup. Soalan yang simple dan tak marah. Tak bagitahu pun kedai tutup. Lalu adik beradik aku ni terus m4ki suami aku dalam group tu.

Group wasap keluarga aku ya. Siap cakap ‘otak letak dekat lutut ke? Nak spend time dengan mak pun tak boleh!’ Dekat suami aku. Sedangkan boleh ja 2 orang bawa mak pergi makan seorang jaga la kedai. Selama ni mak aku atau mak mertua aku sekali pun datang kedai tak pernah sampai tutup kedai semata nak bawa pergi makan.

Kalau la kerja kat company lain boleh ke semua adik beradik tutup kedai suka hati ja? Nak pula hari yang sama suami sudah berjanji dengan customer atas urusan jual beli. Tak marah pun bawa mak pergi makan sekurangnya bagitahulah.

Kita tak marah tapi dim4kinya. Macam – macam dihamun ke suami aku dalam group tu. Konon marah bawa mak gi makan pun salah ke? Mak aku pun mula menangis. Kononnya sebabkan dia datang habis anak lelaki dia kena marah.

Suami aku tak marah pun bab gi makan tu. Adab tak ada kita bertanya tapi kena m4ki siapa ja tak marah. Dah la suami aku dah rasa ralat kedai buka lambat lepastu tutup macam tu ja. Minta izin tutup kedai pun tak. Siap cakap dekat suami aku, ‘tutup sekejap tak lari pun rezeki tu’.

Tak nak hormat sebagai majikan pun tak apa, hormat la sebagai abang ipar. Jatuh air muka suami aku adik beradik aku m4ki suami aku dalam group FAMILY aku. Bila dah mak aku ni menangis semua abang – abang aku baran la. Yelah mak menangis kan. 1 family aku ni hamun kan suami aku.

Ayah aku kebetulan kerja outstation kat Bentong. Abah aku sayang sangat kat menantu lelaki dia ni. Yelah sorang ja menantu laki. Bangga ayah aku sebab dia nampak kegigihan suami aku berniaga dari naik moto, beli kereta mewah dan mampu beli rumah sendiri.

Ayah aku memang sokong sangat adik beradik aku kerja dengan suami aku sebab nampak la hidup mereka terurus terutama abang aku yang no 5 sejak duduk dengan aku ket4gihan k3tum dia terus hilang. Badan pun dah berisi tak cengkung kurus berbeza sebelum dia tinggal dengan aku.

Hari yang sama suami aku call ayah aku cerita semua bermula A-Z apa yang jadi. Suami aku minta izin dekat ayah aku yang dia nak keluarkan adik beradik aku dari rumah kami. Ayah aku izin kan. ‘Kalau itu yang terbaik buat kamu abah okey ja sebab abah tahu anak anak abah macam mana’.

Alhamdulillah abah satu – satunya waktu tu yang ada disaat kami tengah genting berIawan 7 orang lelaki dan seorang emak. Ketika ini emak seratus peratus berpihak kepada anak lelaki. Suami aku tinggalkan pesanan terakhir dalam group wasap family untuk adik beradik aku pulangkan semula duit modal bisnes yang suami aku beri, fon, kereta dan moto. Keluarlah dari rumah ini.

Mereka pulangkan fon, kunci moto kereta dan duit sedikit ja (bukan jumlah tepat duit). Masa ni la semua adik beradik aku berkumpul dalam rumah aku. Pada saat ini aku tengah mengandung 4 bulan. Aku menanti 5 tahun zuriat. Dari awal aku mengandung aku rahsiakan kandungan aku.

Aku tak pernah update atau upload di mana mana medsoc aku yang aku ni pregnant. Memang aku dan suami rahsia kan sebab taknak ada sesuatu yang tidak diingini berlaku. Masa ni aku down. Str3ss. Tekanan yang amat sangat. Suami aku suruh aku keluar rumah untuk bertenang.

Dia call kawan aku untuk bawa aku keluar supaya kandungan aku selamat. Biar dia yang hadap semua adik beradik dan emak aku. Aku akur dan keluar. Hari yang perit aku rasa akan kehilangan keluarga. Ya, itu hari terakhir aku tengok adik beradik aku (27. 07.2021)

Petang tu adik beradik aku kemas barang untuk keluar rumah. Sebelum itu abang sulung aku siap perli suami aku ‘bangla pun lari kalau kerja tak dapat gaji’. Dalam masa yang sama mak aku pertikaikan kenapa anak lelaki dia susah hulur duit.

Hulur pun sikit setiap bulan dalam lima puluh atau seratus begitu. Rupanya apa yang adik beradik aku cerita selama ini kerja dengan suami aku rupanya tak ada gaji. Sedangkan abang adik aku bermewah dekat rumah aku beli itu ini up status kat medsoc masing – masing.

Macam – macam fitnah suami aku kena. 3 tahun tak ada dapat duit gaji korang nak stay ke kerja walaupun dengan adik beradik? Fikir secara logik la siapa ja tahan. Tapi semua orang percaya. 3 tahun duduk dengan aku dijaga elok pakai dan makan minum adik beradik aku. Aku suka memasak.

Selain masak untuk family, untuk orang luar pun aku suka bagi makan. Tapi abang aku m4ki aku cakap, “aku makan dekat dalam rumah siaI tu berapa kali ja. H4ng tu dah la malas masak”. Ini baIasan yang aku dan suami dapat selepas izinkan menumpang.

Bermula la episod paling genting di mana adik abang aku start update macam – macam dekat status medsoc. Siap hebohkan pasal kandungan aku kat orang sedangkan aku sendiri tak berpeluang menjadi yang pertama hebahkan. Siap contact supplier bagitahu kedai suami aku dah tutup. Dah bankrap.

Cari semua kawan baik kami bagitahu yang aku dan suami bercakap buruk pasal orang. Sampaikan g3ng motor suami aku, abang aku canangkan bagitahu benda yang fitnah sampai g3ng moto ser4ng datang rumah aku tengah pagi buta nak kan jawapan betul ke apa adik abang aku ni cakap.

Bayangkan aku dah la g4duh dengan family. Sekarang kena hadap orang luar yang nakkan jawapan, ‘betul ke kamu kata kami begini – begini’. Paling k3jam adik beradik aku bersatu teguh dengan musvh aku untuk jatuhkan aku dan suami.

Sepanjang kehamilan aku berendam air mata ja. Keluar masuk hospitaI sebab str3ss. Nasib tak keguguran ja. Beri kesan juga dekat bisnes kami. Ramai yang hantar screensh0t family aku update macam – macam h1na aku dan suami.

Sampai aku dan suami bila bangun pagi sampai takut nak tengok fon sampai rasa, ‘apa la pulak harini ‘. Berbulan berlalu sampai la aku dah sarat nak bersalin, masa ni suami aku kena anx1ety. Waktu ni la nak gelap dunia aku bila suami aku dari sihat orangnya tiba – tiba s4kit. Kenapa?

Kawan baik dia yang dia sayang dah anggap macam family tiba – tiba hilang dari radar ‘tub – tub’ berkawan dengan adik beradik aku. Betapa kecewanya suami aku sedangkan hari kejadian di mana tarikh keramat berlakunya perg4duhan keluarga aku kawan baik dia berada di rumah aku dan tahu keseluruhan cerita nya! Masa ni suami aku jantung laju.

Dia shaking. Dia jadi lupa cara nak bernafas. Terus kejarkan dia ke hospitaI. Dia kena p4nic att4ck. Dia tak dapat terima kawan baik dia hilang begitu ja. Dia seorang yang sangat baik orangnya. Puncanya adik beradik aku hasut dengan kata macam – macam.

Suami aku sampai kena makan ubat dan buat sesi terapi di hospitaI. Tibanya hari nak bersalin, aku ada tinggalkan pesanan wasap kat mak aku yang aku minta maaf dan halalkan semuanya. Dia bluetick saja. Dari aku awal mengandung sampai la dah bersalin pun tak ada apa yang indah.

Hari aku bersalin suami aku baru lepas keluar hospitaI sebab anx1ety. Masa ni aku dan suami aku ja. Tiada siapa – siapa. Tapi aku ada mak mertua yang support aku. Masa aku nak bersalin takda beritahu sesiapa pun. Dah bersalin, esoknya baru bagitahu mak mertua.

Alhamdullilah keluarlah anak yang aku dan suami lama tunggu. Aku sedih. Waktu aku mengandungkan anak aku, masa dalam perut macam – macam h1naan anak aku terima. Siap doakan aku susah bersalin. H1naan dari adik beradik aku walhal ketika tu rupa, bentuk jantina anak pun aku tak tahu.

Apa salah anak aku sampai dia pun jadi m4ngsa. Adik beradik aku update di status wasap pasal anak aku. Betapa sedihnya aku berpantang tanpa seorang emak kandung. Baru 5 hari berpantang suami aku masuk hospitaI kena ser4ngan anx1ety.

Masa ni adik beradik aku mula update macam – macam bila tahu aku bersalin. Esoknya aku tumpah d4rah. Aku pula masuk hospitaI. Aduh aku takkan lupa benda ni sebab s4kit sangat. Aku dan suami berlumba – lumba keluar masuk hospitaI.

Bila dah keluar hospitaI aku berpantang di rumah mak mertua aku. Alhamdullilah aku bersyukur dapat suami yang baik. Jaga mental aku ketika berpantang. Sampai kan aku baru ja tengok dia, dia dah berlari ke arah aku tanya nak apa – apa ke? PerIukan apa – apa ke?

Dia yang mandikan anak. Anak nangis suami yang berlari dulu pergi tengok. Dia sampai tr4uma takut kalau aku sedih. Sebab aku mer0yan teruk puncanya abang aku up macam – macam dekat status wasap. Kebetulan nak dekat habis pantang ngam – ngam hari raya 2022.

Sekali lagi aku tinggalkan wasap kat mak aku, ‘taknak datang tengok cucu ke’. Dia tak baca pun. Rumah mak aku dan mertua dekat ja tak sampai 8km. Tiba – tiba orang hantar screensh0t abang aku no 3 ni update m4kian kat aku dan anak aku sebab aku wasap mak aku untuk tengok cucu.

H1na anak aku ni macam – macam. Siap gelarkan anak aku ni ‘muka duit ‘. Aku tertanya – tanya mana hati sesama perempuan tiada belas ehsan kesian ke si isteri abang aku tu tengok suami dia h1na anak orang? Budak yang suami dia h1na tu anak buah dia sendiri.Adakah dia tak malu dengan perbuatan suami dia? Tidak melarang atau nasihat pun dekat suami?

Sedangkan hubungan aku dengan kakak ipar aku baik sahaja tiada isu apa – apa. Aku selalu ja beri hadiah dekat dia. Allah ja tahu betapa h4ncurnya perasaan aku dekat mak dan adik beradik aku. Sampaikan aku jadi mer0yan.

Mer0yan aku tu sampai nak terjun kereta buka pintu semasa suami tengah memandu. Nasib suami sempat halang. Perasaan yang membuak – buak untuk buat benda tak elok dekat semua dan marahkan pasal orang h1na anak.

Sedih bila mak ayah aku sendiri tak mainkan peranan sebagai mak bapak untuk cuba berbaikan adik beradik. Suami aku pesan pada aku yang dia tidak mengizinkan adik beradik aku untuk tengok anak aku. Sebab suami aku marah sangat sebab apa salah anak aku sampai dih1na macam – macam.

Kami pun tak tergamak nak h1na anak orang. Raya yang pertama kalinya tanpa keluarga. Tiada salam pagi raya. Aku raya dengan keluarga mertua sahaja. Aku sedih giIa. Alhamdulillah mak mertua aku jaga aku sehingga habis pantang.

Masa raya 2022 raya yang paling sedih. Semua orang tertanya – tanya apa yang terjadi antara kami sekeluarga. Abang aku fitnah aku sekiranya aku balik kampung jatuhlah talak ke atas aku. Semua orang percaya kata – kata adik beradik aku. Viral kat kampung aku pasal aku dan suami.

Aku ni jatuh anak derh4ka lah sebab pilih suami. Kita ada akal fikiran di mana salah tetap salah. Suami aku tak salah kenapa aku kena pilih keluarga aku yang salah? Tapi di mata orang aku ni perempuan yang mata duitan. Sanggup buang keluarga sebab jantan. Siapa ja sanggup nak buang keluarga kalau keluarga tak salah?

Orang giIa pun tak buat macam itu. Kalau suami aku salah memang aku tinggal dia! Walaupun macam – macam h1naan dan fitnah menimpa dekat aku dan suami, benda tu tak patahkan semangat aku dan suami untuk terus hidup.

Kami ada tanggungjawab dan amanah yang Allah beri untuk dijaga (anak) yang kami menanti 5 tahun. Anak la penguat kami ketika itu. Ya Allah tengah dilanda ujian kami terima berita gembira rumah pertama kami sudah siap.

Rezeki anak aku. Rumah impian keluarga kecil kami. Sebelum ni suami aku pernah pillow talk dengan aku dia teringin sangat nak duduk dengan aku nak ada privacy tanpa ada orang lain dalam rumah. Tapi dia tak sampai hati nak cakap dekat adik beradik aku.

Mungkin ini yang terbaik Allah aturkan apa yang kami nak. Akhirnya kami merasa duduk sendiri tanpa ada orang lain. Hanya aku suami dan anak. Indahnya rasa dapat privacy di dalam rumah kami sendiri. 2022. Kami pulun buat sale sampaikan berjaya buka kedai cawangan yang ke-3.

Alhamdulillah rezeki yang tak putus – putus. Walaupun aku dan adik beradik sudah tidak bertanya khabar tapi aku tetap jalankan tanggungjawab sebagai anak bagi duit belanja kat orang tua. Paling terkilan aku ni ibarat penyangak yang curi – curi nak jumpa mak ayah aku sendiri.

Kami berjumpa secara bersembunyi takut anak lelakinya tahu. Kalau tahu siaplah nanti anak lelaki ni perli – perli dalam group wasap. Setiap kali berjumpa, mak ayah aku siap w4rning aku jangan nak update mana – mana kat medsoc aku.

Sampai 1 tahap aku jadi rasa tak nak berjumpa sebab hati aku s4kit. Cakap tak pilih kasih sayang sama rata. Harijadi anak aku yang pertama (setahun) pun seorang keluarga aku tak nampak kelibat. Siap post status 1 family aku berkumpul pergi makan bersama – sama pada tarikh harijadi anak aku. Aku jemput mak ayah aku. Tak datang pun.

Ayah aku nak call aku pun tunggu tak ada sesiapa di rumah atau dia keluar jauh dari rumah. Selalu yang call bertanya khabar aku dan suami, ayah aku seorang sahaja. Kalau berjumpa pun ayah aku ja yang nampak beria dengan aku dan suami.

Banyak yang aku pendam dan terasa atas layanan mak ayah aku terhadap aku. Aku seperti anak yang disisihkan. Mak ayah aku tak pernah update apa – apa tentang aku atau anak aku kat medsoc. Kalau orang lain kemain update macam – macam. Terasanya.

Ayah dan mak aku terlampau takut kat anak lelaki. Hati anak lelaki dijaga elok aku ni yang perempuan tak apa macam aku ni tak ada perasaan. Sekarang dah tahun 2024 pun sama mak aku tak pernah update gambar anak aku.

Tanya khabar anak aku pun boleh dikira dengan jari. Nak jumpa pun susah. Dah tahun 2024 pun mak ayah aku tak ada pun cuba pulihkan hubungan adik beradik. Hanya senyap berpeluk tubuh. Tak ada perubahan.  Alhamdulillah aku dan suami hidup bahagia.

Ada orang luar yang datang minta maaf kat aku dan suami sebab termakan fitnah. Selepas adik beradik aku pergi dalam hidup kami, keadaan mereka agak kucar kacir. Kerja pun kejap kejap berhenti. Tiada kemajuan. Ada yang masih duduk di rumah mak ayah aku. Masih di takuk yang sama.

Berbeza masa duduk ngan aku. Abang aku yang no 3 tu buat bisnes yang sama suami aku buat tu pun sama ja ada duit bahagian suami aku yang dia tak beri. Dia lah abang yang paling lantang mengh1na aku dan anak aku.

Sedangkan dia ada anak perempuan yang aku tatang layan macam anak sendiri belikan itu ini hadiah untuk anak dia. Susah aku nak maafkan sebab dia h1na anak aku. Sedih bila ayah aku call bagitahu dia penat dah tua pun masih kena kerja sampai kan mak ayah aku niaga nasi lemak untuk teruskan kehidupan.

Walaupun ada 7 orang anak lelaki ekonomi keluarga aku tetap tiada kemajuan sampai mak ayah aku kena cari duit sendiri lagi untuk sara diri. Anak lelaki baru kahwin 2 orang ja dan 5 orang lagi bujang. Sedih sangat. Sekarang dah tahun 2024.

3 tahun lebih perg4duhan aku dan adik beradik menggunakan modal bawa mak pergi makan kena halau, kerja 3 tahun tak ada gaji ulang sampai m4mpus itu ja la modal cerita mereka. Adik beradik aku tak pernah tengok anak aku.

Anak aku pun tak kenal pakcik sed4ra dia sendiri. Suami aku memang tak izinkan. Walaupun dah nak 3 tahun tahun, masih tak berhenti adik beradik aku menjaja cerita. Sepupu sepapat sed4ra mara jangan ditanya habis mereka cerita macam – macam.

Waktu raya sepupu tanya pasal aku abang aku siap jawab, ‘tah m4ti dah kot’. Walaupun macam – macam dugaan yang aku dan suami hadap, banyak manis yang Allah bagi. Tahun 2023 aku dapat hadiah terbesar dari suami aku iaitu pergi menunaikan ibadah haji diusia muda.

Rezeki diusia 25 tahun dapat tunaikan haji. Hidup aku banyak berubah. Aku dan suami pun dah move on pasal keluarga aku. Tapi masih belum berbaik dengan adik beradik aku. Aku block semua medsoc adik beradik aku demi menjaga kesihatan mental aku.

Dengan mak ayah aku ja berbaik. Mak aku tahun 2022 baru start berbaik dia datang jumpa aku dan suami tu pun secara sembunyi. Itu lah kali pertama tengok cucunya. Masa tu anak aku usia 7 bulan. Anak aku cucu yang ke -2 dalam keluarga aku. Sebenarnya panjang lagi kisah nya.

Takut orang bosan baca nya. Belum part aku cerita sebelum aku duduk rumah sendiri, aku duduk rumah sewa. Ada gangguan yang aku dan suami kena. Siap ‘benda’ tu menyamar jadi suami aku. Masa tu tengah hangat berg4duh ngan family. Kalau korang nak aku teruskan nanti aku up lagi cerita.

Aku hanya kongsi apa yang jadi dalam hidup aku. H4ncur r3muk hati aku sebab keluarga aku sendiri yang buat aku. Bukan orang luar. Hidup aku dan suami musn4h sekelip mata dek kerana fitnah dari keluarga. Sebagai iktibar jangan la libatkan bisnes dengan adik beradik. S4kitnya Allah ja yang tahu.

Doakan semoga suami aku terus kuat dan mampu maafkan adik beradik aku ya. Doakan keluarga kecil aku selalu dilindungi Allah. Doakan suatu hari nanti kebenaran berpihak kepada aku dan suami. Terima kasih sudi baca luahan hati aku yang terbuku. Ini baru 20% ja aku cerita. Banyak tragedi lagi.

Berbalik pada soalan aku, anak perempuan seorang istimewa ke? Kalaulah hari berg4duh tu adik atau abang aku baIas ja ‘pas makan kami bukak kedai ‘, ‘sorry abang, kami bawak mak gi makan’. Ini tidak dim4ki nya. Siapa ja tak marah. Salah tetap salah. Lagi satu, bab anak jangan dibuat main.

Kita berm4tian bert4rung nyawa melahirkan anak orang senang – senang h1na anak kita. Anak kita tiada salah dengan orang. Nak m4ki h1na mak bapak silakan, ANAK jangan cuba berani. Tiada maaf bagimu. Kepada orang luar (ex kawan baik suami aku) terima kasih gantikan aku dan suami di posisi keluarga aku. Kerana apa aku berterima kasih?

Sebab mak ayah aku layan kalian lebih dari orang luar malah seperti anak sendiri. Aku ni yang anak kandung seperti anak tiri. 2024, masih sama mak ayah aku tak pernah upload atau bercakap apa – apa pasal aku dan suami. Kalau anak lelaki dan orang luar macam biasa up sesaja di medsoc beritahu satu dunia. Aku dan suami? – Reen (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nur Hazwani Hamid : Tak payah duk kira la depa ada update kat medsos ka apa. Buat apa semua tu. Mungkin mak ayah tu nak jaga privacy dan tak nak awak kena m4ki apa – apa lagi bila depa update pasai awak kat medsos.

Biarlah simpan yang istimewa tu di hati saja bukan untuk dicanang merata – rata yang lebih mengundang bah4ya. Semoga awak bahagia dan hidup tenang – tenang saja. Tak payah kisah sangat la dengan medsos bagai na.

AT Syira : Jalan terus. Buat apa yang betul selagi tak salah di sisi agama. Kadang – kadang memang ahli keluarga yang t0xic jadikan hidup kita huru hara. Dia nak kita ikut selera dia telunjuk dia je. Kalau tak sama macam dia nak mula la nak jadi t0xic

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.