Dua anak tersebut dah umur 12 tahun, mereka nak jumpa dengan ibu kandung mereka tapi Mira taknak. Mira blocked saya. Saya bawa anak kembar jumpa datuk nenek mereka, tapi kami kena halau. Mereka report polis dan h4ramkan..
#Foto sekadar hiasan. Hi.. saya rasa saya sangat h1na dan jijik, rasa bersalah. Rasa Allah tak mau terima saya lagi sebab saya seolah – olah bersubahat dan kemudian d0sa lampau datang mengh4mbat dan saya tidak dapat nak selesaikan masalah tersebut.
Saya kenalkan diri saya sebagai Sofea dan kawan baik saya sebagai Mira. Kami kenal sejak sekolah menengah (vokasional) sehingga masuk ke Politeknik. Saya ke University dan kemudian bekerja dalam bidang pendidikan.
Mira gagal berhenti GB semasa di Politeknik. Tapi tetap teruskan persahabatan sehingga 5 tahun lepas. Dia kemudiannya terus hilangkan diri selepas kahwin. Saya dah berkahwin sebelum tu lagi, dah 10 tahun usia perkahwinan.
Semasa dalam tempoh persahabatan. Mira agak liar. Kami berdua memang liar. Tapi saya tidaklah sehingga bermain jantan, tapi dia sebaliknya. Pada tahun 2009 dia mengandung anak luar nikah pertama, lahir cukup sifat, kembar perempuan. Diserahkan pada keluarga angkat, kawan kepada kakak saya.
Family saya tahu, mira pregnant, keluarga saya yang bantu keluarkan kos bersalin, kos berpantang, kos anak – anak dan sebagainya. Keluarga mira, tidak tahu. Anak kembar tersebut di jaga dengan baik dan jugak diambil sebagai anak – anak angkat dengan prosedur yang betul.
Tahun 2014, Mira pregnant lagi, dengan teman lelaki yang sama. Kali ini lahir anak lelaki, dan diserahkan pada 1 keluarga, saya tidak kenal, kakak saya yang uruskan. Pada ketika ini, saya di University. Keluarga saya yang uruskan. Keluarga mira, masih tidak tahu.
Kemudian dia mengandung lagi kali ketiga dengan teman lelaki yang sama. Tapi ini dia telah gugurkan di kIinik di negara jiran. Kemudian 3 tahun kemudian dia kahwin dengan teman lelaki tersebut secara sah. Dan lahirkan 2 anak lagi, sepasang.
Nak dijadikan cerita, anak kembar pertama dia, sudah berusia 12 tahun, ingin berjumpa dengan ibu dan ayah kandung diorang pada October yang lalu. Si ibu angkat hubungi saya, untuk saya aturkan pertemuan untuk Mira jumpa anak – anak dia.
Saya hubungi Mira dan cuba aturkan tarikh pertemuan, maIangnya Mira dengan suami (ayah kandung anak – anak tersebut, tapi tidak boleh dinasabkan sebab anak luar nikah) tidak mahu berjumpa dengan 2 anak tersebut.
Saya sampaikan ini kepada keluarga angkat tersebut. Anak – anak tu tidak percaya. Mereka whatsapp saya sendiri, merayu – rayu untuk saya aturkan perjumpaan dengan ibu mereka. Tapi saya tiada kuasa untuk berbuat demikian.
Saya serahkan nombor Mira kepada anak – anak dia, anak – anak tu hubungi Mira, tapi Mira blocked. Kes ini senyap terus. Saya tak tahu macam mana nak cerita betapa kecewanya hati anak – anak Mira. Kemudian, anak lelaki Mira, berusia 9 – 10 tahun tersebut. Diagnosed sebagai autistics. Mild autism.
Dan keluarga angkat tersebut telah serahkan anak tersebut pada rumah kebajikan / rumah anak Yatim bukan badan kerajaan di Ipoh. Bila keluarga kami dengar perkhabaran tersebut, kakak saya terus ke rumah tersebut, bagi menuntut anak tersebut sebab akak saya yang serahkan anak tersebut kepada keluarga angkat tersebut.
Dan ini pun dibuat secara legal. Jadi keluarga tersebut akan dikenakan tindakan atas akta pengabaian kanak – kanak, masih in progress. So anak tersebut telah dijaga oleh kakak saya sejak Januari. Maka saya hubungi Mira, sekali lagi berkaitan dengan anak lelaki dia. Yang telah diabaikan keluarga angkat.
Saya minta dia dengan suami dia berjumpa saya untuk perbincangan sebab mereka berdua sudah berkahwin, sudah ada pendapatan tetap, agak berduit, saya cadangkan mereka ambik anak lelaki autism mereka semula. Dan jaga dia untuk t3bus d0sa silam.
MaIangnya dorang taknak. Berkeras, berg4duh mem4ki hamun, tinggalkan saya terkontang kanting. Malah mereka berdua telah melakukan report sispaa palsu berkaitan saya, sehingga saya di siasat oleh pegawai Intergriti.
Saya berbincang dengan keluarga saya, kami sepakat untuk bawak anak lelaki ini berjumpa dengan keluarga Mira, iaitu ayah ibu kepada Mira. Saya telah ceritakan ke semuanya kepada mereka. Saya jugak ada ceritakan yang Mira ada 2 anak lain, kembar tapi dalam keadaan baik dengan keluarga angkat dan kembar teringin untuk berjumpa Mira dan ayah mereka berserta keluarga sebeIah Mira dan ayah mereka.
Ayah Mira sangat ok. Ibu Mira meng4muk dan 2 hari selepas perjumpaan kami, Mira berserta ibunya membuat laporan polis mengatakan saya berniat jahat untuk memaIukan keluarga dia. Kes ini tidak disiasat, laporan di tutup, kes NFA.
Saya tidak dipanggil untuk keterangan pun. Hanya IO buat panggiIan pemberitahuan berkenaan report yang diterima sahaja. Mira blocked saya, keluarga Mira terutamanya ibu dia, h4ramkan kaki saya melangkah masuk kawasan rumah dia. Apa lah salah saya? Saya langsung tidak berniat buruk.
Anak lelaki autistic Mira masih tinggal dengan kakak saya, kos terapi makan belanja RM1600 sebulan. Duit bantuan 0KU dapat pada keluarga angkat yang buang dia. Masih dalam proses untuk pengangkatan semula. Dia tinggal sementara di rumah akak saya.
Kembar masih whatsapp saya tanya khabar ibu mereka, iaitu Mira dan saya tidak tahu dan buntu untuk jawab pertanyaan kembar, yang ibu dan ayah M mereka tidak mahu mereka. Tidak mahu berjumpa dengan mereka. Saya rasa bersalah sebab saya yang berm4ti – m4tian minta Mira jangan buat ab0rtion, 2 kandungan ini.
Saya rasa bersalah sebab saya dan keluarga saya yang bantu carikan keluarga angkat kepada 3 anak ni. Saya rasa bersalah disebabkan saya tidak beritahu keluarga Mira, masa kandungan pertama terjadi, jikalau saya bagitau, mungkin tiada kandungan seterusnya.
Saya rasa bersalah sebab tidak dapat selamatkan anak – anak Mira yang dia gugurkan. Saya rasa bersalah sebab selamatkan 3 anak tersebut, mereka bernyawa, tapi tiada jiwa disebabkan biological mother and father tidak mahu mereka, sehingga berjumpa untuk 1 peIukan pun tidak mahu.
Saya rasa bersalah sebab kembar meronta- ronta dalam emosi merindui, rasa marah, perIukan perjelasan, jawapan dari ibu mereka sendiri. Saya rasa bersalah, saya lihat gambar Mira dengan keluarga baru dengan anak no 6 dan 7 hidup bahagia, pergi Legoland, having fun, birthday party, shopping spree,
Sedangkan kembar menangis menanti jawapan, anak autistic dia overwhelmed, can’t speak, can’t eat healthy and properly. I hope I gonna rot in heII, atas semua perbuatan jahat saya. – Sofea (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Sue Mayah Rasidi: Bila si Mira itu datang kifarah dia, dia datang terhegeh – hegeh dekat awak, jangan tolong, biar pergi m4mpus dia. Ini jenis kawan tak guna, tik4m belakang dan tak reti dek untung kawan yang dok selesaikan masalah dari d0sa – d0sa dia.
Tak memasal je awak pula kena tanggung beban dari d0sa si kawan tak guna itu. Tak apa, jaga je anak lelaki dia itu, fikir dengan niat kerana Allah, pahala besar untuk awak sekeluarga, kasihan anak itu yang tak minta pun terlahir dari rahim wanita jahat itu tapi sambil itu jika ada yang boleh fight, fight je macam awak cerita pasal bantuan anak lelaki itu dapat, dapat dekat keluarga angkat itu. Yang kembar itu, bila m4kin dewasa, mereka pun akan faham dan tak heran dekat mak kandung dia.
Farahln MA: Habis kau rasa kalau kau biar dia gugurkan bayi itu benda baik? Yang buat d0sa itu si Mira, kau tak salah apa pun. Biar dia tanggung di akhir4t nanti. Anak – anak itu Allah dah tentukan rezeki mereka. InsyaAllah selagi mereka di tangan orang baik, mereka akan baik – baik saja. Doa banyak – banyak.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.