3 tahun duduk rumah mertua jadi bibik, bila kami nak pindah rumah mak mertua terus s4kit

Sekarang ni saya tinggal dengan ibu mertua dan dua orang adik ipar perempuan. Bila saya cuti adik ipar datang masuk bilik suruh masak, tapi dah masak kata masinlah, bawang tak cukuplah. Sehari saya kena masak 3 kali. Lepas makan diorang buat – buat sibuk sampai mak mertua cakap..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, tolong rahsiakan butiran saya. Saya dah kahwin selama 3 tahun dan kami masih belum ada rezeki untuk dapat zuriat. Sekarang ni saya tinggal dengan ibu mertua dan dua orang adik ipar.

Dua – dua perempuan. Satu dah kahwin, duduk serumah juga. Biras saya kerja di luar semenanjung, dia balik pun jarang – jarang. Saya dan suami bekerja 1 jam jaraknya dari rumah ibu mertua. Kami redha sebab dia dah tua sering s4kit – s4kit.

Tapi s4kit biasa je sebab masih boleh mengumpat dan menc4rut. Yang saya tak puas hati, kami laki bini ni kerja, pergi pagi, balik malam tapi bila balik rumah disuruh lagi belikan makanan. Sebelum pergi kerja disuruh kemas dulu rumah.

Adik – adik ipar saya jenis bangun pukuI 12. Pembaca semua rasa saya ni tak penat ke? Suami saya selalu tolong – tolong jugak. Tapi yelah hakiki kerja dia memang balik malam selalunya saya yang akan sampai rumah dulu. Dia balik pun dah penat, sama dengan saya.

70% urusan rumah saya yang usahakan. Pernah sekali kami nak keluar berpindah ke tempat yang lebih dekat ngan tempat kerja. Minggu depan nak pindah, minggu ni baru kami bagitahu, tiba – tiba ibu mertua saya macam tak boleh berjalan.

Dia kata lenguh – lenguh, tak nak makan ubat atau berurut pun. Tapi mengadu s4kit, dan merayu tolong jangan tinggalkan dia. Kami tak jadi pindah. Kali kedua nak pindah pun dia s4kit – s4kit lagi. Dia minta maaf dan suruh pindah lain kali je.

Kali ketiga nak pindah terus PKP. Aduhaii.. Bila hujung minggu saya cuma ada masa satu hari je min. Satu hari tulah saya kena kemas rumah dan basuh baju semua orang. Saya nak rehat kejap nanti adik ipar masuk bilik mintak itu, mintak ini.

Suruh saya masak. Tapi dah masak mengeluh masakan saya masinlah, tak cukup pedaslah, kadang – kadang tu terlebih pedas sangatlah, bawang tak banyaklah. Macam – macam hal. Kadang – kadang dia mintak beli je makanan sebab kononnya tak boleh nak makan dah.

Tapi kalau suami saya makan atau keluarga saya, kawan – kawan saya masak semua cakap sedap. Suami saya hujung minggu dia cuti 2 hari. Dia yang akan ke pasar, dia yang uruskan rumahtangga. Masak 3 kali sehari di hujung minggu.

Saya rasa macam saya tinggal bertiga je. Adik – adik ipar saya macam tak wujud. Tak pernah kena marah walau tak berfungsi di rumah tu. Malam – malam lepas makan, adik – adik ipar saya buat – buat sibuk dengan kerja, kemudian pinggan – pinggan dibiar je tak basuh.

Lepas tu ibu mertua saya akan cakap “kesiannya anak – anak ibu. Rehatlah malam ni ya. Pinggan biar akak atau abang yang basuh.” HARI HARI OKAY MACAM NI! Mereka masing – masing bekerja dari rumah waktu PKP ni.

Tu satu hal, sabun, barang makan selalunya kami berdua beli. Bila dah habis call cakap dah habis tolong belikan lagi, siap hulur list. Tapi duit tak hulur. Bila cakap tak ada duit, ibu mertua seakan marah dengan kami. Merentan.

Tak bertegur dengan kami. Sampai cakap mak boleh jaga anak ramai, anak sorang tak boleh jaga 1 mak. Kadang – kadang jauh disudut hati, saya rasa mereka anggap saya macam bibik. Saya pulak macam jaga biawak hidup.

Lepas tu soal anak. Asyik anggap kami ni planning. Lepas tu cakap jangan asyik pakai k0ndom tu. Aku nak cucu. Masalahnya asal saya masuk bilik nak tido je, mak mertua tiap – tiap malam suruh suami saya urutkan dia.

Atau suruh ajar adik – adik buat kerja. Atau apa apa laa supaya saya akan tido dulu. Dah tu dia ingat anak tu ‘p0of’ keluar gitu je ke? Turun dari langit ? Ke keluar dari mulut dia? Bosan tahu tak. Kadang – kadang saya fikir kenapalah dah umur banyak Allah tak ambil – ambil je nyawa dia ek?

Pastu asal nak balik kampung beIah saya je dia akan berg4duh dengan suami. Bila berg4duh suami akan minta saya beralah, lain kali je balik. Saya ni kalau tak dengar cakap suami, ke ner4ka pulak. Tapi hidup dengan keluarga beIah suami ni tak merasa syurga pun lah.

Banyak kali kami g4duh pasal benda – benda yang jadi di rumah. Saya harap admin dan rakan – rakan di FB bolehlah berikan cadangan untuk kami. Saya hari – hari balik kerja pun menangis. Tak sanggup rasanya nak balik rumah min. Rasa macam patut saya tidur je kat tempat kerja. Balik rumah jadi h4mba jugak. Baik pergi kerja. Duit dapat OT dapat.

Komen Warganet :

Nur Atikah Hasin : Kalau suami asyik suruh beralah sedangkan dia mengetepikan perasaan awak tak guna juga. Jadi dari melarat, sentiasa ingatkan suami apa terbuku yang dalam hati.

Terus terang dekat dia apa salah, apa betol dalam situasi awak. Bab jadi bibik, balik keje tegur macam biasa, siapa yang makan dia basuh sendiri, masing – masing punya hal.

Kalau suami awak marah awak balik, kenapa tak tolong kemas yada yada yada, beranikan diri jawap depan semua, “saya bukan orang gaji, saya isteri dan menantu dalam keluarga ni.”

Ayat ni tak kurang ajar pun, yang kurang ajar dua ekor makhluk tak ade kesed4ran sivik tu. Terpulang pada suami, kalau dia rasa awak kurang ajar, dialah yang b0doh. thats it. Ada benda kita kena meIawan, kena tegas sikit.

Jangan simpan je dalam hati. Sebelum awak ada anak, lebih baik plan untuk pindah dari rumah tu. Suami awak bukan derh4ka kalau dia nak keluar pun, sebab dia memang kena sediakan tempat tinggal asing untuk awak.

Itu tanggungjawab dia, hal mak dia pulak, biar adik – adik dia yang jaga. Every weekend awak balik jenguk, teruskan berbakti sebab itu mak dia. Perlu diberi keutamaan untuk berbakti tapi nafkah tetap awak dulu ya. Ini pengalaman saya yang dah kawin 10 tahun, 4 anak.

Noor Anisah Suyot : Kena keras hatilah, memanglah itu mak, tapi bukan mak tu duk sorang. Angkat je barang sikit – sikit, hari – hari. Sampai masa barang semua dah abis angkat cakap je masa tu juga nak pindah.

Kalau mak mertua s4kit juga tiba – tiba, awak terus keluar je. Biar suami awak yang handle mak dia. Mak mertua macam ni patutnya simpan je anak dia jangan bagi kahwin.

Nadeya Smile : Kesian saya baca cerita sis ni. Seikhlas hati rasa rasa memang sedih dengan situasi macam ni. Ditelan m4ti mak, diluah m4ti ayah. Tekadlah sis, keluar aje dari rumah mertua tu.

Sewa sendiri, kalau suami sis tak boleh nak ikut keluar sama, tak apalah, sis keluar sorang je. Sewa bilik murah – murah berdekatan dengan tempat kerja sis. Sis jaga diri dan hati sis terlebih dahulu.

Duit belanja sis limitkan untuk mertua, kalau nak bagi sebulan RM300, sis bagi je lah kat mertua. Apa – apa tanggungan untuk adik – adik ipar itu bukan tanggungjawab sis. Jangan layan lagi ape adik – adik ipar nak.

Kalau apa – apa sis jangan campur tangan dah dalam family in law. Biar suami sis yang uruskan, bukan nak lepaskan tekak sis tapi itu memang bukan tanggungjawab sis. Baik sis jaga diri dan hati sis sendiri dan family sis.

Dah lama tak balik kampungkan, ambil peluang ni untuk bujangkan diri sekejap dan balik sendiri. Cakap dekat suami, minti izin elok – elok. Sis kena jaga mentaI, sis perIukan masa untuk betulkan jadual diri sis balik.

Sis dah lupa apa yang penting dalam diri sampai dah tak balik kampung lama, curi masa untuk diri sendiri. Ini bukan penting diri tapi untuk selamatkan jiwa sendiri sebelum mentaI jatuh. Nanti lagi susah sis.

Dayah Norsilan : Keluar jelah sis. Ada adik ipar tapi biawak hidup buat apa. Kalau dengan aku kena dah tu. Tak kesah la siapa pon kau. Jangan fikir orang lain, fikir diri sendiri je. Keluar je cari rumah sewa.

Kalau dia s4kit time nak keluar tu, buat tak tahu je. Nampak sangat dia saja nak gunakan sis je. Habis anak dia kat rumah tu perhiasan ke? Lagi 1, dia kena ingat anak dia perempuan. Cepat atau lambat akan kahwin jugak, tengok la nanti macam mana karma tu pergi.

Zariah Ahmad : Cukup 3 tahun duduk serumah dengan mak mertua. Sekarang, masa untuk diri sendiri dengan husband. Awak ada kerjaya. FizikaI dan mentaI nak kena jaga. Jadi, kena terus maju ke depan.

Bukan duduk setia menunggu pada yang tak reti bersyukur. Gunakan duit sendiri untuk beli rumah atau menyewa. Masa pi kerja, bawa sikit – sikit keperluan. Lepas tu bila dah ready, pagi nak pergi kerja terus cakap tak balik rumah.

Phone tu silent untuk sementara sahaja. Bukan nak ajar jadi kurang ajar, cuma belajar cari kebahagiaan sendiri. Kena ingatkan suami selalu yang awak ada emak bapa yang besarkan awak dengan baik. Jadi kena ingatkan dia yang mak mertua tak berhak mengatur hidup awak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?