3 tahun aku simpan dend4m, bila tahu betina penyondoI tu meninggaI kemaIangan, aku puas hati!

Suami aku curang hingga berz1na bertahun lamanya dan kantoi saat aku dalam tempoh berpantang. Anak pula meninggaI dunia. Genap 60 hari usia, anak aku meninggaI dunia. Dend4m dalam hati aku tak pernah padam. Satu hari heboh dalam group wassap Aida kemaIangan. Dia meninggaI dunia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan coretan aku yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah, tatkala aku sedang menulis cerita buat tatapan kalian ini, aku berada dalam keadaan yang bertenang dan waras.

Semoga sedikit kisah hidup aku dapat menjadi iktibar buat diri aku sendiri juga para pembaca sekalian. Genap setahun pemergiannya ke negeri abadi, aku rasa terpanggil untuk menulis. Sekadar peringatan kepada diri sendiri agar tidak melupai 1 noktah hitam yang telah mengh4ncurkan seluruh jiwa dan ragaku.

Sedikit pengenalan ringkas tentang aku. Aku Mia, berusia awal 30 an. Telah berkahwin dan dikurniakan seorang 3 orang anak. Aku orangnya biasa – biasa sahaja, tidaklah secantik mana. Manis dan sedap mata memandang. Aku orangnya yang jelas mempunyai misi dan visi hidup.

Hidup aku penuh perancangan dan aku akan berusaha bersungguh – sungguh untuk mencapainya. Aku bukan berasal dari keluarga yang senang. Ayah aku penoreh getah manakala ibu aku membuat kuih untuk dijual. Aku merupakan pelajar cemerlang sejak dari sekolah rendah.

Masuk universiti, aku mendapat biasiswa penuh kerajaan. Tamat sahaja degree, aku terus mendapat kerja. Aku mula bekerja ketika usia aku 23 tahun. Sedikit awal berbanding rakan – rakan aku yang rata – ratanya bekerja di usia 24 tahun.

Perjalanan aku tampak sungguh mudah. Aku bukan manusia yang terus lahir pandai, tetapi aku rajin. Work HARD and smart. Aku berkahwin di penghujung usia 25 tahun. Kami dalam bidang pekerjaan yang sama. Waktu aku berkenalan dengan suami aku, aku dalam fasa benar – benar mengharapkan pertemuan dengan bakal suami kiriman Tuhan.

Aku dalam fasa complicated dengan bekas kekasih aku ketika itu. Bertahun – tahun aku berdoa, dan aku rasakan doa aku telah dimakbul Tuhan saat suami aku menyapa. Dalam usia aku ketika itu, bercinta lagi adalah sesuatu perkara yang membuang masa, aku ingin terus membina keluarga.

Pertemuan aku dengan suami tatkala kami sama – sama di suatu kursus. Dia menyapa aku pada saat dan ketika aku berusaha menjauhinya. Rupanya, dia telah selidik awal – awal lagi tentang diri aku. Di dewan kursus, dia cuba membuka bicara namun aku hanya balas acuh dan tak acuh sahaja.

Gerak geri lelaki nak mengorat, seolah – olah aku dah boleh baca. Hihihi. Usai kursus, aku memanjangkan langkah aku ke kereta. Masuk dan terus kunci kereta. Siapa sangka, keretanya diparkir di sebelah kereta aku. Hon dibunyi berkali – kali.

Aku turunkan tingkap kereta. Soalannya ringkas. Dan kahwin? Aku jawab, belum. Dah berpunya. Aku jawab, ya. Hati aku betul – betul berdebar dalam 1001 pertanyaan. Adakah Allah telah menjawab gelodak hati aku selama bertahun ini.

Aku sedang dalam masalah dengan bekas kekasih aku ketika itu dan aku tidak bercadang untuk menceritakan dalam confession kali ini kerana fokuskan adalah selepas kehidupan berumah tangga. 2 bulan dari tarikh pertemuan aku ketika sama – sama berkursus tersebut, suami aku datang ke rumah aku di kampung, bertemu dengan ayah dan adik beradik aku.

Alhamdulillah, keluarga aku sangat gembira dan senang hati menerimanya. Kami berasal dari negeri yang sama dan bekerja nun jauh di negeri orang. Aku tertarik dengan suami aku tentang banyak perkara. Keluarganya yang paling utama.

Kakak – kakaknya yang bertudung labuh, berstoking tangan dan kaki begitu menarik perhatian aku. Dalam hati aku menggunung tinggi mengharap, agar suami aku dapat mendidik aku menjadi seperti kakak – kakaknya. Dia anak bongsu dalam keluarga.

Latar belakang keluarga kami lebih kurang sama sahaja. Pekerjaan kakak abangnya juga bagus – bagus belaka. Setahun kemudian, kami melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah, kehadiran aku diterima baik oleh keluarganya.

Tahun pertama perkahwinan, aku hamil. Gembiranya bukan kepalang. Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan zuriat. Segalanya berjalan lancar sehingga puteri sulung aku dilahirkan. Sungguh, aku merasakan hidup aku telah cukup lengkap.

Apa lagi yang aku mahukan. Aku punya kerjaya baik dengan gaji suami isteri sudah mencecah 10k sebulan. Aku punya suami yang baik, solat 5 waktu tidak tinggal, rajin membaca Al-Quran, yang boleh memasak tatkala aku lelah, tidak berat tuIang membantu aku menguruskan rumah dan anak, yang selalu membawa aku makan angin dan berjalan – jalan.

Saat aku melahirkan puteri sulung aku, suamilah yang menjaga aku dalam pantang. Ibu dan ibu mertua aku telah lama meninggaI dunia. Aku punya harta akhir4t, zuriat yang comel. Aku punya harta dunia, 2 buah rumah, 2 buah kereta.

7 bulan kemudian, aku disahkan mengandung anak ke dua. Lalu, nikmat Tuhan yang manakah lagi yang aku ingin dustakan. Aku sudah tidak mengharapkan apa – apa dari Allah selain mengekalkan bahagia ini. Sungguh, aku bersyukur dengan nikmatnya sehingga aku merasakan akulah wanita paling bahagia dalam dunia ini.

Aku mengenali seorang wanita hebat ini setelah dipindahkan untuk bertugas 1 daerah dengan suami. Sebut sahaja nama Aida, sosok tubuh ini memang ramai yang mengenalinya. Aida yang cantik, lincah, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, ada bisnes katering kecil – kecilan, pandai mencari peluang perniagaan dan serba serbi boleh.

Dalam erti kata yang lain, positif belaka. Ramai yang senang berdamping dengannya. Aku sempat mengenali Aida kurang lebih 3 tahun. Aku juga pernah berurusan dengannya untuk tempahan makanan di tempat kerja aku dan kenduri di rumah aku.

Saat pertama kali bertentang mata dengan Aida, aku lantas memujinya. Memang cantik! Sosok tubuh kecil moleknya seakan – akan tidak kena dengan usianya yang telah menginjak 40 an ketika itu. 10 tahun lebih tua dari aku.

Aku memang mengenali beliau kerana beliaulah yang menjahit baju nikah suami aku saat kami diijabkabulkan dulu. Oh ya, pandai menjahit juga beliau, pakej yang lengkap, cukup sempurna di mata aku. Cinta manusia benar melalaikan.

Aku meletakkan suami di tempat yang paling agung dalam hati. Dia sempurna, tanpa cac4t celanya di mata aku. Aku sangat menjaga hal keluarga. Dari segi susun atur dan kekemasan rumah, memasak dan sebagainya. Hatta sang suami apabila ingin pergi bekerja, tinggal sarungkan bak kata orang saja sebab semua aku dah sediakan dari atas sampai bawah, luar dan dalam.

Kalau berkesempatan, aku sediakan jugak bekal kami untuk ke tempat kerja. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mungkin rasa selesa ini membunvh kesetiaan suami aku. Hidup mungkin tiada cab4ran padanya.

Dia inginkan sesuatu yang lebih! Sisi – sisi hitam suami aku sem4kin terbuka dari hari ke hari. Allah telah mula menguji. Saat usia kandungan keduaku mencecah 28 minggu, tembelang pertama suamiku pecah. Dia kantoi berwee chat dengan isteri orang.

Ketika itu, bulan Ramadhan, lagi 2 minggu menjelang raya. Paginya kami begitu bahagia shopping persiapan raya, petangnya dia kant0i. Untuk pengetahuan semua, suami aku bukan yang jenis sembunyi – sembunyi telefon, letak password bagai.

Dia bukan kaki melepak waktu malam dengan kawan – kawan. Dia tidak suka outing sorang – sorang, mesti nak aku temankan. Sebab tu aku tidak pernah syak dia mencurang. Saat kantoi tu, aku tidak terus meIetup, aku selidik dulu berhabis – habisan sebab aku betul – betul rasa tak percaya suami aku sanggup lakukan benda ni terhadap aku.

Dan malamnya, amarahku benar – benar keluar, aku haIau suami aku keluar rumah. Sejak kejadian tu, hidup aku yang dulu ceria, perlahan – lahan bertukar rupa. Aku bersalin saat kandungan aku mencecah 39 minggu. Sepanjang tempoh tersebut, 4 kali suami kant0i berhubungan melalui telefon dengan isteri orang.

Semuanya isteri orang, orang yang berlainan. Aku bagai hidup dengan orang asing. Tiba – tiba saja aku jadi tidak kenal siapa suami aku. Sedih guys, kalau korang boleh bayangkan. Wanita mengandung ni em0sinya mudah terganggu.

Saban hari aku menangis usap perut, peIuk puteri sulungku. Mereka menjadi saksi, air mata yang tumpah, tak dapat dikira, terlalu banyak. Kemuncaknya saat aku dalam tempoh berpantang, hari ke 42. Suami aku yang aku sayangi sepenuh hati telah betul – betul melupuskan 100% kepercayaan aku.

Aku sebenarnya dah lama install whatsApp web dalam fon aku. So, segala bagai whatsapp dalam fon dia, aku boleh baca. Sambil mengendong anak kedua yang sedang menyusu, aku baca detail suami aku sedang berborak dengan salah seorang skandalnya.

Panjang aku biarkan perbualan itu berlangsung, kurang lebih 2 jam. Hingga jam menunjukkan tepat jam 12 tengah hari, kami anak beranak belum pun mandi. Tangan aku terketar – ketar, sungguh aku tidak percaya. Suami aku telah terjerumus ke lembah z1na.

Bukan sekali, malah berkali – kali. Adakah itu tidak sengaja namanya? Hingga saat anak kecilku mulai menangis, aku tersentak. Aku screensh0t semua perbualan, sebagai bukti. Senang untuk tindakanku di kemudian hari. Aku terus whatsapp suami aku mohon diceraikan. Jijik.

Rupanya aku berkongsi suami dengan perempuan lain. Wahai isteri – isteri orang tersebut, rendahnya maru4h kalian! Selama ini aku hanya baca, tak sangka, kali ini, aku yang menghadapinya. Wanita yang membelakangi suami sendiri dengan curang itu benar – benar wujud!

Aku sent segala bukti yang aku ada. Terk3jut suamiku, terus dia memecut pulang ke rumah. Bermulalah episod rayu merayu. Dan perempuan tu adalah Aida! Aku serius sukar nak percaya. Aku dan Aida semacam sudah ada 1 hubungan yang baik.

Tergamak dia buat macam tu pada aku. Rupa – rupanya, suami aku dan berskandaI dengan Aida ni sebelum kami kenal lagi, saat dia mula – mula posting di tempat kerjanya. Aida yang tolong jahit baju nikah suami aku, Aida yang tolong jahit baju melayu raya suami aku, Aida tolong jahit langsir yang aku tempah untuk bilik khas di tempat kerja aku.

Aida yang tolong carikan kek birthday pertama puteri sulung aku, Aida itu, Aida ini. Ah, serabut betul aku! Banyak betul Aida ni menyelit dalam hidup aku selama 3 tahun tanpa aku sedar! Aida ni bini orang, anak 2. Suami dia nampak macam berusia sikit.

Anak – anak dia pandai, pelajar terbaik sekolah. Rumah dia memang dekat sangat dengan tempat kerja suami aku, mungkin dalam 1-2km sahaja. Suami bagi alasan, dia dah lama dengan Aida. Yang h4ram memang sukar untuk ditinggalkan, walau dia solat setiap hari tanpa tinggal, dia tak mampu nak menolak Aida.

Suami aku katakan lagi, dia hanya nampak aku pada malam pertama kami, selebihnya dia tak da selera pada aku. Hahaha. Kalau korang jadi aku, giIa tak? Hari ke 42 berpantang guys, dia hidang aku dengan masalah yang maha berat ni.

Keras betul hatimu wahai suami. Aku yang bert4rung nyawa melahirkan zuriat kita. 2 kali kau menyaksikan aku menahan kes4kitan bersalin, kau yang mencuci Iuka aku dengan ayat, “Kesian isteri abang, s4kit Iuka jahitan di bawah, kalau boleh, abang tak nak awak bersalin lagi”, dan kami sama – sama menangis. Sampai hati abang curangi i.

Dalam masa 4 hari selepas kejadian kant0i z1na tu, aku tak lalu makan. Aku str3ss yang meIampau. Aku nangis tak henti – henti. Fikirkan anak, aku p4ksa makan dan minum. Supaya dapat bagi anak susu. Namun mungkin nasib tidak menyebeIahi kami, anakku ditahan di ward atas sebab dehydration.

Susu aku tak cukup, anak tak henti – henti menangis hingga pada masa tu, pukuI 2 pagi, kami rujukkan anak ke hospitaI sebab anak aku nampak sangat lemah. Masalah anakku berlarutan, dari A berkait – kait hingga menjadi Z.

D4rahnya banyak asid. Kuman dan bakteria yang menyer4ng masih belum dapat dirawat. Bermulalah episod hampir 2 minggu anak yang berusia 46 hari menginap di ICU. Luluh hati aku melihat anak sekecil itu berselirat wayarnya di sana sini.

Kami sama – sama bert4rung. Aku bert4rung perasaan, bayiku bert4rung meIawan kes4kitan. Puncanya? Hanya bermula dengan ibu yang str3ss dan tidak dapat membekalkan susu pada anaknya hingga dehydration. Sayang, andai mama dapat putarkan masa, sungguh, mama tak kan menangis meraung sebegitu banyak, mama nak makan dan minum banyak – banyak supaya kamu tak dehydration lagi.

Genap 60 hari usia, anak kecilku pulang ke pangkuan Ilahi. Aku terduduk tanpa kata, tanpa tangisan. Maha hebat dugaan ini. Suamiku curang hingga berz1na bertahun lamanya dan kant0i saat aku dalam tempoh berpantang. Anak pula meninggaI dunia.

Kesannya? Sangat mendalam! 5 tahun berlalu, aku masih belum dapat move on. Bukan tak cuba, sehabis daya aku cuba berubah. Paling lama bertahan mungkin 1 minggu, kemudian, back to normal. Aku yang anx1ety, kemurungan, depr3ss, mudah marah.

Cuma untungnya, aku tidak mer0yan. Aku takut untuk rujuk kes aku ke kaunseling syariah kerana takut kes aku akan terbongkar. Dulu aku orangnya ceria, semangat dalam bekerja dan berumah tangga. Sekarang, segalanya tinggal kenangan.

Susah betul untuk aku dapatkan diri aku yang asalnya. Benarlah, suami yang membunvh aku. Sebenarnya, aku teringin sangat nak jumpa Aida, orang yang telah mengh4ncurkan rumah tangga aku. Benar, tepuk sebeIah tangan tidak akan berbunyi.

Aku bukan menyalahkan Aida 100%, suamiku juga pembuka pintu kecurangan. Aida ada semua bukti perbualan dia dan suamiku di fonnya. Gambar – gambar dan segala macam. Aku sangat takut kalau dia sebarkan segalanya. Mana aku nak letak muka sendiri.

Isteri yang tidak pandai menjaga suami? Hingga suami makan luar. Sedihnya. Mungkin sebab tu, dend4m dalam hati aku tak pernah padam, sebab aku tak berjaya nak lepaskan pada Aida. Suami Aida tahu benda ni. Aku memang ada ugvt Aida, nak bagitau suami dia, tapi tak sempat aku mulakan segalanya, mungkin dia sendiri yang buka cerita.

Llepas kant0i kes z1na diorang, suami dia biar aku namakan Adam, call suami aku jam 4 pagi. Banyak kali, aku masa tu tengah susukan baby ke 2 kami, memang rasa pelik. Aku k3jut suami suruh jawab fon. Berbakul – bakul la m4kian laki aku dapat, sampai tak berani dia nak pergi kerja pagi tu.

Adam ugvt nak tunggu dia depan gate. Aku dan suami memang cuak sangat, apa akan jadi dengan kerja suami aku kalau pentadbir tahu hal ni. Semua bukti kecurangan Aida ada. Laki aku takkan dapat mengelak. Mungkin Allah sayangkan aku, dia makbulkan doa isteri yang terani4ya ni.

Adam jadi lembut hati, dia mesej aku, dia kata dia dah tua. Ya lah, bini dia sendiri dah umur 40 masa tu, mungkin dia 50 tahun ada. Dia tak nak panjangkan cerita, dia minta untuk kami simpan benda ni. Dia ada ibu ayah dan maru4h diri yang perlu dijaga.

Aku? Setahun lepas baby aku meninggaI, baru aku kuat untuk bercerita dengan kakak ipar aku, kakak ke 2 suami aku. Sebab aku dah tak tahan sangat, mentaI aku s4kit teruk. Kami set masa, aku bawa Kak Siti keluar. Buntu nak menuju ke mana, akhirnya kami singgah ke sebuah masjid.

Masa tu mungkin dalam jam 10 ke 11 pagi, memang tak ada orang. Aku ceritakan semua pada Kak Siti. Korang boleh bayang tak , Kak Siti tak terk3jut langsung! Dia kata ayah diorang memang per4ngai macam ni dulu, curang dengan bini orang, arw4h mak mertua aku dah hadap.

Cuma dia sedih, per4ngai ayah diorang mendapat sebijik ke laki aku. Dia peIuk aku, kami sama – sama nangis. Syahdu sangat waktu tu. Aku sendiri tak sangka, beban yang aku simpan lama, terlepas juga. Aib suami yang aku jaga, terbuka juga.

Hujungnya dia minta maaf, sedih sangat sebab kini, adik ipar sendiri terp4ksa melalui kisah – kisah duka macam arw4h maknya dulu. Apa jadi dengan Aida? Aku pendekkan cerita, lepas kant0i kes z1na suami aku dan Aida, aku jadi murung sangat.

Aku selalu stalk fb Aida untuk tahu perkembangan semasa dia. Dia block fb aku tapi bukan fb suami aku. B0doh! Untuk isteri-  isteri di luar sana yang s4kit dicurangi macam aku, tolong amalkan doa ini. Aku selalu berdoa, “Ya Allah, Kau hilangkanlah rasa s4kit dalam hati ini Ya Allah. Kau pindahkanlah rasa sedih, kecewa, duka dalam hati ini pada Aida ya Allah. Kau pindahkanlah rasa sedih, kecewa, duka dalam hati ini pada keluarga Aida ya Allah. Kau pulihkan hati aku ya Allah.”

Lebih kurang macam tu lah. 3 tahun selepas tu, Aida kemaIangan dengan anak bongsu dia. Korang tau apa jadi, Aida meninggaI dunia! Aku tak tahu la, mungkin aku terlalu berdend4m dengan dia. Dalam group kerja aku diorang dah heboh – hebohkan pasal Aida kemaIangan, siap gambar lagi, stereng kereta dia bengkok, Aida betul – betul terlentok kat stereng kereta tu.

Aku k3jut suami aku yang tengah tidur, aku tunjuk wasap tu, terpinga – pinga dia. Aku rasa puas hati sangat! Moga Allah tempatkan Aida dalam ner4ka paling dalam. 3 tahun aku bagi masa, tak da sekali pun kau usaha nak jumpa aku minta maaf kan.

Merangkak la kau di mahsyar nanti cari aku dengan arw4h anak aku yang kau dengan suami aku bunvh dulu. Aku wasap Kak Siti bagitahu tentang Aida dah meninggaI dunia. Terketar – ketar jari aku menaip. Sampai ke saat ini aku masih ingat perasaan tu.

Yang susah nak hadamnya, Aida meninggaI sama tarikh dengan hari jadi Kak Siti. Aduhaiii. Kiranya sampai m4ti la kami akan ingat tarikh keramat Aida meninggaI tu. Esoknya Kak Siti buat makan – makan sikit. Dia pun serba salah, tak pasti dia buat sebab birthday dia atau sebab happy Aida dah tak da. Haha.

Mungkin kisah aku 1 dalam 1000. Perempuan sundaI tu meninggaI dunia. Cuba kalau dia hidup lagi sampai sekarang, aku tak tahu, mungkin aku jadi m4kin giIa. Kesan hidup selepas dicurangi? Tersangat lah banyak. Pertama, Kak Siti sendiri suruh aku cerai dengan adik dia.

Tapi aku tak buat macam tu, sebab aku tak nak jadi selfish. Anak aku perIukan kasih sayang seorang bapa. Aku tak nak tengok, anak aku membesar dahagakan perhatian seorang ayah. Kedua, aku menjadi seorang isteri yang terlalu berkira.

Aku dah tak keluarkan duit untuk taska anak, barang dapur dan sebagainya. Semuanya aku tuntut duit suami. Padan muka dia! Beberapa bulan lepas kejadian tu, balik dari kerja, aku terus ajak suami keluar, aku bawak dia pergi Tabung Haji.

Aku masuk sorang dulu, dah siap isi borang, baru aku call suami masuk. Aku P4KSA dia buat potongan gaji yang aku namakan NAFKAH untuk aku. tak banyak pun, RM250 saja, tu pun dia minta kurang. Eh, b0dohlah kalau aku bagi kurang.

Dia sign jugak sebab malu dengan orang kat kaunter. Aku pun pot0ng gaji sendiri untuk simpanan tabung haji aku. Total lebih kurang RM500 sebulan simpanan. Biar aku tak da duit sebab menyimpan. Selama ni banyak sangat aku tolong suami.

Padan muka dia! Ketiga, aku pasang str4tegi. Aku tak kuat kalau hidup dengan anak sulung saja. Aku plan untuk mengandung semula 3 tahun selepas baby kedua aku meninggaI dunia. Aku nak sekurang – kurangnya aku ada 3 orang zuriat yang mampu menemani hari – hari tua aku nanti.

Sekarang aku sedang mengandung anak ke 4 kami, termasuklah seorang wildan syurga kami yang terdahulu. Suami tak selamanya di sisi, mungkin esok lusa, j0doh kami terputvs, siapa tahu. Dan aku akan pastikan dia tak kan dapat sorang pun anak – anak kami.

Hingga saat ini, aku betul – betul rasa tawar hati. Aku tak da rasa teringin langsung nak check – check phone dia bagai. Kalau dia curang lagi pun, aku rasa aku tak kan terk3jut, kecewa, sedih dah. Mungkin sebab hati aku dah m4ti.

Jangan ada mulut – mulut yang suruh aku bercerai sekarang. Hahaha. Bukan apa, aku sedang tunggu masa yang sesuai. Aku ulang, aku tak nak jadi selfish. Walaupun dia bukan suami yang baik, tetapi dia ayah yang tersangatlah penyayang.

Demi anak – anak mama, mama rela hidup berendam air mata. Mama sayang anak – anak mama melebihi segala – galanya. Maaf andai pembaca sekalian serabut dengan perjalanan cerita ini. Sesungguhnya, ia hanyalah sebahagian dari perjalanan hati seorang isteri yang telah m4ti.

Mungkin 20 atau 30% sahaja setelah dipendekkan cerita. Pada suami – suami di luar sana. Usahlah ada niat untuk mencurang. Jangan sampai terb0ngkar segala – galanya oleh isteri sendiri. Jangan membunvh isteri anda dalam diam.

Semoga dengan sedikit cebisan kisah ini, hati aku m4kin tenteram setelah lama aku memendam. Tolong, tolong nasihatkan aku untuk bangun dari kegagalan ini. Dia, yang membunvhku, masih lagi suamiku. Sekian, – Mia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Halimah Awi : Hebat dend4am anda! Berhati – hati. Jangan makan diri. Bila benci kesumat pada si m4ti plus kutuk bagai. Takut si m4ti mengaut pahala anda tiap hari. Anak – anak bukan penanda aras anda selamat di ari tua. Mungkin mereka penyumbang anda ke ner4ka.

So jangan fikir sangat menambah zuriat. Tambahkan ketaqwaan. Itu lebih baik. Taqwa menunjuk jalan ke syurga. Suami tak selera. U terhegeh – hegeh menagih. Alahai. Hargai diri. Sayangi diri. Hari ni cerai. Jantan seperti tu dah mengayat pompuan lain esoknya. So berhati – hati. Take care.

Miera Wahab : Suami dah berz1na dengan isteri orang. Suami tak selera dengan puan lepas malam pertama. But still, anak nak masuk 4? Puan sendiri letak maru4h puan di tapak kaki suami. Benci yang mendalam pada suami tapi macam mana anak boleh nak masuk 4?

Tak boleh brain wehhh. aku kalau dah benci orang tu, bukan ‘bersama’ lagi, tengok muka pun tak ingin! Ni jenis tadah je semata sebab nak benih ke apa? Suami ayah yang baik, tapi kalau bercerai akan pastikan suami tak dapat anak – anak sorang pun. Appo?

Puan ingat tak k0yak ke mentaI anak kalau ayah diorang baik tapi mak diorang pisahkan diorang dengan ayah? Lainlah kalau ayah diorang mend3ra, tak pernah kisah kat diorang. Puan punya seronok Aida m4ti sampai harap Aida ditempatkan di ner4ka paling dalam.

Dah confirm ke tempat puan kat syurga lepas apa yang puan dah buat kat suami? Baik bercerai jelahhh daripada menambah d0sa kat suami hidup dalam perkahwinan t0ksik macam ni. Apa punya hati laaa puan confessor ni

Noor Aisyah Afham : Tulisan awk bukan dalam keadaan tenang. Tapi saya faham awak nak meluah sesuatu. Saya harap suatu hari nanti awak lebih dekat dengan Allah dan memaafkan orang sekeliling. Biar Allah yang baIas perbuatan jahat tersebut. Nasihat saya kalau dah tak ikhlas dengna suami. Bercerai sahaja puan. Risau selama mana puan bersama suami dapat d0sa je nnti. Hmm.

Adeeba Raxak : Saya support ape jua keputvsan tt as long as tak ada orang lain yang ced3ra / Iuka sebab keputvsan tt. Make sure anak tuh suami jaga sekali bukan semua k0rban sendiri, tak perlu bercerai cuma nasihat kan suami lepas ni cari yang single boleh jadi kan madu. Janda – janda ade tak elok lah isteri orang. Ajar suami tt tuh hormat hak perempuan / lelaki lain. Okay tt jaga diri lebih, k0rban berpada – pada.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.