30thn kawin akhirnya mak bagitau nak cerai sebab dah xterik4t nak kena ikut telunjuk suami

Mak bakal berpencen tak lama lagi dan berhasrat untuk membeli rumah besar yang lebih selesa untuk kami sekeluarga. MaIangnya ayah tak setuju sebab dia rasa pinjam duit daripada bank ni adalah bersistemkan riba. Walaupun namanya sistem perbankan Islam.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, semua. Nama aku Sally (bukan nama sebenar). Ya, seperti tajuk yang aku letak ‘Emak ingin bercerai dengan ayah.’ Mak yang aku sayangi ingin bercerai dengan ayah yang aku kasihi setelah 3 dekad berkahwin.

Untuk pengetahuan semua, aku sangat rapat dengan mak ayah aku dan juga adik beradikku. Aku sangat family person. Mak aku bekerja sebagai pegawai kerajaan dan bakal pencen tahun ini. Manakala ayah aku bekerja sendiri dalam bidang pelancongan tetapi disebabkan PKP, ayah aku sekarang bekerja sebagai pemandu Grab.

Korang dah dapat tangkap tak apa masalah mak dan ayah aku? Sebelum ayah bekerja sendiri, ayah merupakan seorang pekerja berkolar di tengah – tengah KL. Gaji alhamdulillah cukup untuk sara kami sekeluarga.

Ditambah dengan mak aku memang pegawai kerajaan. Jadi kami adik beradik memang hidup selesa. Tapi ayah telah membuat keputvsan untuk berhenti kerja ketika kami adik beradik masih belum bersekolah menengah kerana ayah tidak berminat dengan kerja di ofis dan mahu berniaga dan bebas.

Waktu itu, ayah mempunyai dua loan rumah. Jadi ayah aku terp4ksa menjual satu rumah. Rumah lagi satu alhamdulillah dah habis bayar sebab ayah aku beli sebelum dia berkahwin dengan mak aku. Rumah yang dah habis bayar ni ayah aku sewakan kepada orang.

Aku masih ingat selepas ayah berhenti kerja, kami selalu berpindah randah. Sebab kenapa kami hidup menyewa walaupun ayah ada rumah di Semenyih adalah kerana emak aku bekerja di tengah – tengah KL, dan kami juga bersekolah di KL.

Jadinya kami hidup menyewa. Waktu ini bisnes yang ayah jalankan lebih banyak rugi berbanding hasil. Jadinya yang bayar sewa tu mak aku. Yang tanggung hidup kami kebanyakannya selepas ayah berhenti kerja adalah mak aku.

Ayah hanya akan beli barang – barang dapur dan makanan untuk kami makan dan duit belanja sekolah. Itu pun kalau ada pendapatan. Kalau dapat extra, ayah akan bawak kami bercuti. Bila berkerja sendiri ni ada pasang surutkan.

Lagi – lagi dengan ayah aku yang skill dia biasa – biasa sahaja. Hasil duit daripada rumah sewa yang ayah aku ada tu hasilnya tak tinggi kerana kebanyakan penyewa selalunya tidak dapat membayar walaupun harga sewa sangat – sangat rendah.

Penyewa banyak melarikan diri daripada rumah itu dan tinggalkan segala barang – barang dirumah itu. Simpanan ayah aku banyak habis kepada rumah itu sahaja untuk bersihkan semula. Sedihkan?

Emak aku sebelum ini tak pernah menceritakan semua ini kepada sesiapa yang dia tidak setuju dengan keputvsan ayah berhenti kerja. Dia hanya memendam rasa. Mungkin kerana ayah juga merupakan ayah yang penyayang dan berlemah lembut kepada kami adik beradik.

Ayah juga sering memuji mak depan kami. “Mak masak sedap”, “mak tu bijak orangnya” dan sebagainya. Mak aku jugak seorang yang penyayang tapi tegas. Kadang – kadang boleh jadi garang.

Bila sudah sampai umur pencen ini, mak aku berhasrat untuk membeli sebuah rumah untuk kami duduki memandangkan sekarang kami sekeluarga kini tinggal di kuarters kerajaan. Mak aku bakal pencen, jadi kami kena keluar daripada kuarters ini.

Dan tujuan mak aku hendak membeli rumah baru adalah kerana rumah yang ayah aku ada di Semenyih itu sangat kecil untuk diduduki dan hanya ada dua bilik. Memandangkan aku ada 7 adik beradik, mak aku merasakan tidak sesuai untuk berpindah ke rumah ayah aku di Semenyih itu.

Untuk pengetahuan semua, rumah kuarters ini sangat besar dan ada 4 bilik. Jadi kami sangat selesa di sini. Mak aku berpendapat takkan la nak berpindah ke rumah yang kecil. Ditambah jugak kini aku dan adik aku dah ada anak – anak.

Hasrat mak aku ini ditent4ng oleh ayah aku. Sebelum mak aku nak pencen ni pon, mak aku pernah nyatakan nak beli rumah tapi ditent4ng habis – habisan oleh ayah aku. Mesti korang ingat sebab ayah aku rasa mak aku tak mampu kan?

Nope. Bukan sebab itu. Sebabnya adalah kerana ayah aku rasa pinjam duit daripada bank ni adalah bersistemkan riba. Ayah kata walaupun namanya sistem perbankan Islam, tapi mechanism masih sama dengan konvensi0naI.

Buat pengetahuan semua, rumah – rumah yang ayah aku beli sebelum ini menggunakan sistem perbankan Islam. Tapi Ayah aku sejak bekerja sendiri, dia ada banyak masa untuk membaca dan mengkaji sana sini.

Daripada hasil bacaan dan kajian dia, senangkan cerita sekarang, dia tak benarkan mak aku ambil Islamic financing sebab masih sama dengan konvensionaI dan sudah tentu, riba. Dia tak nak mak aku ulangi kesilapan dia yang ambil loan rumah dulu.

Mak aku sangat kecewa dan pernah kata, “Ayah kau tu dia saja semua betul. Ulama semua salah. Fatwa pun salah.” Untuk melembutkan hati mak aku, ayah aku berjanji untuk membuat mak aku sebijik rumah.

Ayah aku ada sebidang tanah di Hulu Selangor dan dia ingin membina rumah di situ untuk mak aku. Mak aku tidak setuju untuk tinggal di kawasan hutan. Mak aku jugak tidak bersetuju kerana mak kata ayah nak pakai duit sagu hati kerajaan yang mak aku bakal dapat selepas pencen dan sedikit simpanan yang ayah aku ada untuk bina rumah itu.

Mak aku memang meng4muk disebabkan hal ini. Sebab mak aku sangat – sangat marah adalah kerana mak aku menanggung kebanyakan perbelanjaan keluarga ini selepas ayah aku bekerja sendiri.

Simpanan yang ayah aku ada, dilaburkan kepada perniagaan yang tiada hasil dan mak aku tidak dapat merasa sedikit pon. Aku boleh nampak perubahan dari segi percakapan mak aku kepada ayah aku. M4kin hari m4kin tinggi suara mak aku walaupun hanya cakap perkara bukan berkaitan beli rumah atau buat rumah.

M4kin hari m4kin banyak perIian yang mak aku beri pada ayah aku. Ayah aku seperti biasa, dia akan nampak tenang depan kami semua dan ubah topik lain. Walaupun ayah aku sejenis tenang dan releks, tapi dia masih tetap dengan pendirian dia dan tidak benarkan mak aku ambil Islamic financing.

Disebabkan aku nampak mak aku yang m4kin str3ss, aku ada bawak mak aku pergi beriadah masa PKPB hari tu untuk gembirakan hati dia. Hanya aku dan mak aku saja masa tu. Lepas beriadah, kami pergi ke kedai makan dan mak aku bagitahu nak mintak cerai dengan ayah aku.

Katanya tak tahan hidup tersiksa em0si. Bayangkan la, mak aku memang mampu untuk beli rumah baru, tapi disebabkan kajian ayah aku yang aku pun tak pasti betul atau pun tidak sumber yang dia refer, mak aku tak dapat beli rumah.

Mak aku kata bukan dia nak rumah besar macam istana, tapi nak anak – anak dan cucu – cucu ada tempat yang selesa bila pulang ke rumah dia. Mak aku jugak penat apabila bisnes ayah sering tiada hasil dan akhirnya simpanan sudah m4kin kurang.

Rumah yang ayah aku janji pun tiada bayang apa lagi. Mak ada kata jugak, kalau bercerai, mak dah tak terik4t nak kena ikut teIunjuk suami. Masa mak aku bagitau tentang perancangan untuk cerai, aku menangis terus di kedai makan itu.

Dalam fikiran aku, mana ayah aku nak duduk kalau dia bercerai. Dia ada rumah di Semenyih tu tapi mana dia nak cari duit untuk makan sebab sekarangkan tiada job dalam sektor pelancongan. Bawak Grab pun berapa sangat la hasilnya.

Tapi aku jugak terfikir kekecewaan mak aku. Aku pernah nampak dia menangis lepas solat. Aku pun apa lagi, peIuk dan nangis sama dengan mak aku. Mak aku dah tekad nak suruh ayah aku buat pilihan, sama ada mak aku atau pun pendirian ayah aku tu.

Jadi gais, aku nak mintak pandangan korang semua dan bukan kecaman. Bagaimana aku nak selesaikan masalah ini ye? Betul ke Islam financing tu masih riba? Kepada siapa ye aku boleh rujuk mengenai benda ini?

Tolong guide aku kerana aku tiada ilmu sangat mengenai perkara ini dan apa yang harus aku lakukan selain daripada berdoa ayah dan mak aku lembut hati. Aku pun jadi takut bila dengar perkataan riba tu sebab aku tahu tu adalah salah satu d0sa – d0sa besar.

Aku tak mahu ibubapa aku bercerai sebab aku tahu mak aku masih sayangkan ayah aku. Dan sudah tentu, ayah aku memang sayangkan mak aku. Aku tahu itu. Harap korang semua tak kecam ayah atau mak aku. Aku sayang parents aku. Help us… – Sally (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Liniey Coway : Lebih baik beli rumah sederhana secara cash sebab duit pencen dan saguhati nanti mungkin nak guna kalau ada apa – apa lepas pencen macam kena peny4kit dan sebagainya. Biasanya ramai yang kena peny4kit lepas pencen.

Sebelum pencen, sihat ok je. Lepas pencen terus kena macam – macam peny4kit. Beli rumah besar – besar pun, susah nak kemas bila dah usia m4kin tua. Beli rumah sederhana, bilik dekat dengan tandas dan dapur dah cukup.

Kalau buat loan masa usia macam ni, memang interest tinggi sangat dan bulanan pun tinggi. Lagi str3ss nanti nak kena bayar bulan – bulan, smpai umur 80 – 90 tahun? Fikir dan buat keputvsan dengan bijak, jual rumah dan tanah ayah dan beli rumah cash untuk mak. Sebagai hadiah sebab mak dah banyak tanggung keluarga dulu.

Azwan Shahril : Kalau nak diikutkan mak TT dah bina mahligai di syurga dengan membantu ayah dalam perkongsian rumah tangga. Jangan biarkan mahligai tu runtvh dihujung usia. Segala kebaikan yang dah dibuat akan hilang begitu saja seandainya tersalah sangka.

Redhalah dengan kebaikan yang telah dibuat. Bagi ayah tt, dia bukan tak bertanggungjawab, cuma itu saja kemampuan yang dia ada. Rezeki lebih pun dia akan belanjakan kepada keluarga dia (bawa gi cuti).

Kalau kita amik sirah saidatina khadijah yang kaya raya dulu pun menginfaqkan keseluruhan hartanya buat suaminya (Rasul SAW). Apa pun sama – samalah tt doakan yang terbaik buat ayah dan mak tt. Dan cuba cari jalan yang terbaik.

Atikah Abd Rahman : Aku bekerja dalam perbankan islam sebagai Shariah Auditor yang tugasnya ialah memastikan segala operasi dan kerja buat yang dilaksanakan oleh Bank kami mengikut landasan Syariah dan jauh daripada unsur riba, jvdi dan sebagainya.

Setiap transaksi pembiayaan yang diluluskan, mestilah mempunyai underlying asset dalam sesebuah jual beli. Dan segala tu ada dilaksanakan mengikut piawaian Shariah. Jadi memang Bank – bank Islam akan pastikan memang segalanya mengikut landasan syariah.

Jangan samakan dengan perbankan konvensionaI. Kami ada tenaga pakar pegawai syariah dan juga penasihat syariah yang memastikan segalanya berlandaskan Syariah.

Emam Ismail : Cakap kat mak, tolong jangan meminta perpisahan kerana tinggal sedikit sahaja lagi kefahaman yang Allah SWT nak berikan kepada mak, ayah dan adik beradik tt sekeluarga. Ujian ini hanyalah kerana Allah SWT inginkan h4mbaNya pulang menemuiNya nanti dengan keyakinan yang lurus tanpa ada sekutu bagiNya.

Sebab itulah perceraian itu adalah perkara halal yang dibenci kerana ujian di dalam perkahwinan itu adalah semata – mata untuk h4mbaNya kembali kepadaNya dengan sejahtera. Jika memutvskannya hari ini, mungkin kefahaman itu tertangguh selepas m4ti.

Maka kerugianlah jika telah mengusahakannya selama ini berpuluh tahun. Peringkat awal dan paling mudah untuk mak tt fahami, adalah dengan belajar hakik4t rezeki. Kemudian sedikit demi sedikit akan Allah SWT berikan kefahaman berkadar dengan usaha h4mbaNya. Tt boleh menyelamatkan kebahagiaan keluarga tt, insyaaAllah.

Siti Khadijah : Ibu tt nak bercerai, bukan pasal rumah tapi dia dah penat sara satu keluarga. Dan akhirnya, duit dia pun dia tak boleh guna untuk kegunaaan dia sendiri dan ayah tt nak bina rumah kat kampung pun pakai duit ibu tt.

Jadi, kemarahan ibu tt tu boleh difahami. Ayat kasarnya “aku tanggung hidup ko, pastu ko pulak buat keputvsan macam mana nak guna duit aku.” Mak ayah kena berbincang dari hati ke hati. Carilah orang yang ahli untuk jadi sumber rujukan.

Anita Kamaruddin : Anak – anak sila bawa diri dan cucu – cucu keluar dari rumah mak bapak. Mak bapak tinggal berdua, eloklah duduk rumah kecik bilik 2 kat Semenyih tu. Dah habis bayarkan rumah tu. sekali sekala anak cucu datang la jenguk, tapi untuk tidak meramaikan rumah, sila buat giliran.

Kalau nak berkumpul sekali semua, buat hari keluarga kat Sugeh Hill Eco Resort. Anak – anak sponsor mak bapak. Cakap dengan mak tu tak payah pening – pening sampai nak bercerai berai dengan ayah semata – mata sebab nak buat rumah besar – besar untuk anak cucu.

Biar mak guna duit pencen dan gratuiti dia tu pergi umrah ke haji dan pusing satu dunia jejak rasul dengan Ayah. Boleh jugak bercinta – cinta. Baru best mak gunakan duit pencen, hadiah untuk diri sendiri. Pada saya lah.

Pada orang lain tak tahu lah kan. Rumah sebiji besar – besar, nanti buat g4duh anak bertujuh je lepas mak m4ti. Berebut. Akhirnya terp4ksa jual rumah, duit bahagi. Mak tak dapat nikm4ti pun duit hasil kerja dia. M4ti tak tentu bila. Ntah sempat duduk ntah tidak rumah tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?