Aku dah berkahwin 34 tahun, ibu kepada 5 orang anak yang dah besar. Dua orang dah berkahwin dan dah ada dua orang cucu. Madu aku tu janda sudah dua kali dan suami aku ini suami yang ketiga. Amboii terornya betina ni. Antara alasan suami aku sebab dia menikah lagi semua aku tak boleh terima..
#Foto sekadar hiasan. Aku seorang isteri sejak 34 tahun yang lalu, ibu kepada 5 orang anak yang dah besar. Dua orang dah berkahwin dan dah ada dua orang cucu. Suami seorang pesara perkhidmatan awam begitu juga aku.
Kami sama – sama bersara sejak setahun yang lepas. Kami pernah bercita – cita untuk menikm4ti dunia persaraan dengan tenang, menghadapi usia tua bersama, berjalan melancung sekurang – kurangnya sekali setahun di samping memperbaiki amalan dan menambah saham akhirat bersama – sama.
Suami aku juga seorang yang romantik. Romantik pada pandangan aku mungkin tidak pada orang orang lain. Kalau dia balik ke rumah pasti akan mencari aku sambil berkata ya isteriku yang manis bak gula, I’m home. Atau senyap – senyap akan memeIuk aku dari belakang kalau aku tak sedar dia balik.
Ramai juga yang mencemburui cara kami ini. Memang bahagia sungguhlah rasanya. Dan memang aku tidak pernah meragui kesetiaan dan cintanya pada aku. Suami aku ini nature kerjanya dulu memang sering bertugas luar, out station, sibuk mengalahkan wakil rakyat.
Tapi seperti yang aku kata tadilah aku meletakkan sepenuh kepercayaan dan kesetiaan padanya. Aku tak pernah mempersoalkan walaupun balik jam 12 tengah malam atau 2 pagi, jarang ada di rumah. Tugas rumah semua atas pundak aku. Malah mengurus persekolahan anak – anak.
Pernah sekali aku minta dia ambil anak dari sekolah sebab aku ada tugas luar dan tak sempat nak ambil anak. Dia tak tau pun di mana anak – anak aku biasa menunggu. Perjumpaan tiga penjuru anak – anak di sekolah pun dia tak pernah hadir.
Dia selalu memberi alasan ada kerja tak sempat. Aku telan saja semua alasannya itu. Mesyuarat PIBG, Majlis penyampaian hadiah hujung tahun lagiIah. Sejak 3 atau 4 tahun kebelakangan ini.. romantisnya semakin berkurangan.
Tiada lagi kata – kata indah pujian kalau aku pakai baju baru mahupun kata – kata kutukan kalau pakaian aku seperti tidak kena pada matanya. Aku tak kisahpun dia nak kutuk sebab pada aku itu tanda dia prihatin dan cakna setiap penampilan aku.
Sejak 4 tahun ini juga hubungan intim kami tidak lagi menarik, h4mbar dan paling teruk dia tak mendatangi aku sehingga 2 minggu sedangkan selama ini kami berhubungan paling kurang dua kali seminggu. Hati aku berkata – kata jugak, adakah aku tidak lagi menarik pada matanya.
Bila ditanya dia akan kata, “abang letih, banyak kerja, dah tua”. Jadi untuk memujuk hati aku berdamai dengan takdir. Tak apalah, aku terima apa saja alasannya dan memujuk hati untuk bersabar dan menerima hakikat kami dah tua.
Aku akan ikut rentak hidup sebagai orang yang dah berumur. Aku tidak mahu meminta lebih – lebih kerana untuk menjaga air mukanya bila bebirdnya kadang – kadang tewas di tengah – tengah game. Adakah tuan – tuan rasa aku tak cukup sporting untuk semua itu.
Pada 8 September 2022 yang lepas aku dikejutkan dengan maklumat yang sangat boleh dipercayai bahawa suami aku ada isteri lain. Lemah longlai rasa jiwa dan raga. Aku tanya terus dengan suami aku kesahihan berita tersebut.
Walau pada awalnya menafikan, tapi aku cakap sudah ada bukti dan tahu di mana rumah perempuan itu. Akhirnya suami aku mengaku dia ada isteri lain dan sudahpun setahun menikah iaitu sejak September 2021 lagi.
Perempuan itu adalah seorang janda sudah dua kali dan suami aku ini suami yang ketiga. Amboii terornya betina ni fikirku. Umurnya hampir 20 tahun lebih muda dari suami aku dan ada anak seorang. Ini antara alasan suami aku sebab dia menikah lagi. Alasan yang semuanya aku tak boleh terima.
Alasan 1.. Sebab abang kesian perempuan tu susah, kadang – kadang nak makan pun tak ada duit. Perghhh baiknya jantan ni, prihatin sungguh orang makan tak makan. Aku bini pun dia tak pernah tanya ada duit ke tak. Selama 33 tahun kahwin ini aku yang cover duit lauk – lauk basah ada kau tanya aku cukup duit ke tak.
Duit sewa rumah aku pun kau rembat tiap bulan sejak 10 tahun yang lepas lagi. RM450 sebulan masuk akaun kau sebab katanya senang nak pantau penyewa bayar ke tak. Rumah tu aku masih bayar dengan LPPSA hingga sekarang.
Aku yang top up belanja raya setiap tahun. Aku yang setiap bulan akan top up semua belanja yang tak cukup dan tak pernah mintak ganti. Kau rasa kau mampu sangat ke? Sekarang ni aku buat hati kering je, malah telur sebiji pun aku takkan beli dah guna duit aku.
Alasan ke 2.. abang perIukan hubungan s3ks, s3ks dan s3ks. Amboiii sampai tiga kali cakap s3ks.. macamlah perkasa sangat. Selama kahwin aku tak pernah menolak bila diminta, walau dalam keadaan badan letih baru balik kerja pun aku ikutkan aje.
Kau tak sedar ke kau yang tak layan aku sejak kebelakangan ini, ini nak salahkan aku jugak. Malah kadang – kadang kalau aku yang nak pun, kau taknak dengan alasan letih, bebird tak naik. Heee geramnya jantan tak sedar diri ni, tak mengaku kelemahan sendiri.
Alasan ke 3.. mama (panggiIannya untukku) pernah tinggi suara dengan abang dan pernah tumbvk abang. Aku mengaku pernah tinggi suara sebab marah bila dia kant0i ada hubungan dengan seorang betina lain (tahun 2008).
Bila aku meng4muk masa tu dia cuba memeIuk aku dan aku cuba nak melepaskan peIukannya, masa tulah aku tumbvk d4danya. Dia mengungkit kejadian yang HANYA SEKALI itu dan menjadikannya alasan. Allahu Akbar…. aku dah mintak maaf lama dah dan dia pun dah maafkan. Tapi kenapa masih diungkit. Maknanya tak maafkan lah tu.
Bila dah kantoi dah ada bini lain ini, tiada lagi kata – kata yang enak dari mulutnya. Bercakap bahasa biasa saja malah kata – kata yang dikeluarkan dari mulutnya selalu saja menyiat – nyiat hati aku, tidak langsung menjaga hati dan perasaan aku. Seolah – olah sengaja nak prov0ke supaya aku marah.
Banyak kali kata – katanya yang mengguris hati tapi aku pendam aje.. menangis sendiri masa mandi. Aku semakin tidak mengenalinya. Aku merasakan hubungan kami tiada lagi spark, tiada lagi yang perlu dipertahankan. Aku sering baca luahan isteri yang kecewa dan tertekan dengan suami tapi pendam sendiri dan akhirnya memakan diri sendiri, disahkan s4kit jiwa, perlu jumpa psychi4trist dan sebagainya.
Aku berazam untuk tidak jadi seperti wanita – wanita itu yang rela s4kit jiwa, musn4hkan bahagia sendiri hanya untuk mempertahankan sebuah perkahwinan.. hanya sebab takut bergelar janda. Aku nekad untuk berpisah sebelum jiwa aku lebih parah.
Kini aku dalam proses mengumpul bukti sebab – sebab alasan mohon cerai untuk menjawab di hadapan tok kadhi nanti sekiranya ditanya. Setakat ini aku dah ada 5 bukti utama kata – kata dan perbuatannya yang menyebabkan jiwa aku s4kit.
Ada banyak lagi yang kecik – kecik, aku kumpulkan juga. Suami aku tidak pernah mendatangkan keced3raan fizikal yang boleh disahkan oleh doktor dan polis. Tapi aku merasakan keced3raan mental aku lagi teruk, yang tak dapat dilihat, cuma dirasai dan hanya yang mengalami sahaja yang memahami.
Aku sayang diriku sendiri. Hanya aku yang dapat melindungi diri sendiri. Hanya sekadar meluahkan… doakan aku kuat semangat untuk mohon berpisah. – Dimple (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Salwa Syed Omar : Itu la hebatnya jadi suami. Nanti ada suami back up, isteri wajib taat pada suami walau apa suami buat nanti isteri masuk ner4ka kalau suami tak redha. Takde istilah suami d0sa pada isteri, d0sa suami hanya pada Allah.
Macam – macam la mempergunakan alasan agama demi kepentingan diri. Puan serah je la suami puan pada isteri baru dia dan puan jalani kehidupan dengan anak – anak. Tuntut segala hak puan. Betul – betul memaIukan suami macam ni. Duit bini di songlap takde maruah ke apa la, nafkah tak berapa lepas. Semoga Allah permudahkan urusan puan dan anak – anak.
Jue Roowi : 34 tahun suatu tempoh masa yang sangat lama. Banyak peng0rbanan yang telah pun laksanakan demi keluarga. Sama – sama turut mencari nafkah. Pilihlah jalan yang membahagiakan Puan. Yang boleh membuang segala str3ss dan kesedihan.
Sekurang – kurangnya pun telah ada anak – anak yang dewasa dan cucu – cucu. Pada usia berapapun puan. Bukan orang lain yang rasa selama ini tapi puan yang merasai pahit getirnya dalam tempoh waktu yang sangat lama.
Kebanyakan wanita memang sanggup susah bersama pasangan dalam keadaan apapun dan berapa lama sekalipun tapi memang takkan boleh terima bila dikhi4nati atau diperlakukan dengan tidak jujur. Urusan syurga ner4ka bukan manusia yang tentukan tapi Allah.. Allah tak zaIim. Biarlah apapun kata manusia di sekeliling, puan pilihlah jalan yang terbaik dan moga puan sentiasa tabah serta dilindungi Allah selalu. Aamiin
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.