40 hari lepas kami kahwin, isteri aku mengandung. Aku gembira dan aku ceraikan dia

3kali aku lafaz akad baru sah, tak tahu kenapa rasa lain waktu tu. Malamnya aku minta izin nak tengok gamar kahwin kami dalam HP isteri. Nak tengok gallery siap ada password, muka isteri pun dah cuak. Masa tu la aku hemp4s HP dia. Esoknya aku bakar segala baju dan tudung2 dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kawan – kawan. Aku ade mende nak confess ni. Aku duduk di bandar, sebab aku mencari rezeki di tanah orang. Sambil – sambil menikm4ti wifi kelajuan yang amat berdesup di bandar ni. Tapi tu bukan mende aku nak luahkan.

Aku nak cerita pasal hati dan perasaan. Aku tahu aku lembik. Sikit – sikit menangis. Tapi itulah diri aku. Aku bukan anak manja. Aku cuma dibesarkan dalam keadaan tak ada mak bapak. So aku lebih banyak buat sume benda sendiri.

Alhamdulillah berkat rezeki di tanah orang, aku dapat beli kereta 1st hand. Tapi sebab aku tak layak mohon sticker parking, balik – balik kene clamp. Tapi takpe setakat tu takde masalah lagi. Oleh sebab aku da bosan kesunyian, aku pun approach sorang gadis ni.

Sebab dia membuka pintu hati dia untuk aku untuk kenal hati budi dia. Last – last kitorang attached. Dia baik. Dia tak berapa lawa sangat pon. Mekap tak pakai apa. Jerawat melata etc. Tapi aku tahu, rupa paras ni takde bende pon.

Setelah beberapa bulan kenal, dia mencurigai aku. Effort aku. Sampaikan dia intai wasap aku. Sampai aku rasa tak berapa nak seronok kadang – kadang. Dari situ aku dapat tahu. Dia cepat jeles. So aku buat tak endah je. Lepas jumpe kedua parent dia dengan aku, kami buat keputvsan untuk berkahwin.

Masa nak ke jinjang pelamin ni. Macam – macam dugaan. Kecik besar macam – macamlah. Yang buah hati aku ni sem4kin hari sem4kin update dia punya mekap. Sebab dia pernah cakap kat aku “I nak cantik waktu perkahwinan kita nanti.”
Masa tu kalau ada pisang, dah sama lebor dah senyum aku dengan lebor pisang. Tapi, Tu belom masalahnya lagi. Mula – mula dia bertudung labuh. Lama – lama tudung dia m4kin singkat. Pakaian m4kin ketat. So aku jadi takut.

Dia siap pesan. “U tak boleh ubah I, sebab U belum lagi suami sah I”. Then, aku buat tak tahu je la. Tapi lama kelamaan, aku menjadi bahan fitnah sebab kerana aku dia jadi “transfomers”. Aku dah tegur itu tegur ini. Hanya beberapa dia ambil.

Tapi aku tak kecewa. Aku tak sedih. Sebab aku tahu, lepas sah nanti ada banyak mende aku nak didik dia ni. Dan sungguhnya aku bersedia! Namun, persediaan aku berbaloi lepas kami sah akad kali ke tiga. Masa tu aku rasa lain macam nak lafaz akad tu.

Gugup. Sump4h gugup. Cuak lagi lah. Tapi alhamdulillah sumanya berjalan lancar. Tapi setelah tiba malamnya, aku rasa nak tengok gambar – gambar perkahwinan kami kat henpon dia. So aku minta izin wife aku nak tengok hpon dia.

Saat tu dia takut – takut. Aku jadi syak. Aku lagi bertambah syak bila galeri dia ada password. Aku minta izin password dia. Dia bagi. Allah punye kuasa. Masa mencari gambar – gambar kami. Ada satu folder gambar aku nampak.

Gambar – gambar Iucah. Banyak. Allahurabbi. Perhatian aku terpindah kat gambar – gambar tu. Aku tanya “Gambar sape banyak – banyak ni?” Aku belek satu – satu. Banyak gambanya sampai aku scroll pon tak habis. Gambar kemaIuan lelaki yang berbagai – bagai

Tapi gamba d4da perempuan ada sejenis je. Aku tanya “Gambar ni awak ke?” Dia menangis. Aku tengok gambar paling terbaru sehari sebelum perkahwinan kami. Sehari sebelum aku angkat akad. Sehari sebelum dia jadu isteri aku.

Nafsu malam pertama aku musn4h. Aku taktau nak cakap macam mana. Dia menangis – nangis minta maaf. Aku tak tahu nak maafkan ke tak. Aku minta penjelasan dari dia. Dia cakap tu semua kenalan – kenalan fb wechat ape ntah lagi social media dia ada.

Aku menangis. Mase ni aku ciwek habis. Mahar banyak ringgit aku habis kat dia. Aku tak kesah rugi. Sebab aku tahu dengan duit tu dia takkan dapat kesenangan lepas apa dia buat kat aku. Dia berjanji tak buat lagi. Bagi aku janji tu busuk.

Sebab jadah apa dia nak buat lagi lepas da jadi wife aku! Aku jadi pening. Aku tak sampai hati nak ceraikan dia. Jadi 30 hari pertama perkahwinan kami penuh dengan kejanggalan. Sebab aku tak dapat nak lari dari memikirkan yang dia berani tidur dengan lelaki lain sehari sebelum perkahwinan kami. Aku sedih lagi.

Aku tekad. Tanggungjawab aku, tugas aku. Aku bakar semua baju s3ksi – s3ksi sendat – sendat yang dia ada. Tudung singkat pon aku bakar. Tapi aku da standby baju lain beli 3 pasang. Aku ajak dia pergi shopping. Sampai kedai aku yang pilihkan baju mahal – mahal.

Dari luar sampai pakaian dalam. Handbag mekap etc tu semua aku bagi. Oh ye, aku lupa nak bagitau henpon dia time tu jugak aku hemp4skan. Retak tak payah nak cakap la. So time shopping tu aku beli iphone untuk dia. Dia menangis.

Dia cakap taknk buat lagi. Aku pegang janji dia. Cukup hari ke 40 perkahwinan kitorang. Aku dapat tahu dia mengandung. Alhamdulillah. Tapi just nak bagitahu. Tu bukan aku punye kerja. Tu lelaki jah4nam yang tidur dengan bini aku yang buat.

Aku tak sentuh dia lagi weih. Aku sedih. Double sedih. Aku tekad. Ceraikan dia. Sebab aku tak boleh nak terima anak yang dalam perut tu. Nak gugur, aku bukan pembunvh! Biar aku bawa hati sedih ini. Ini lah dugaan aku. Seorang duda muda.

Bekerjaya, tapi hati dikecewakan. Oh bagi yang bertanya apa jadi dengan rumah dengan harta lepas kahwin? Abang cakap dekat mahkamah saya taknak satu sen duit harta yang dapat lepas saya kahwin. Tinggal aku, kereta aku dan business aku di tanah orang.

Jangan risau. Raye aritu aku tetap raya rumah mertua. Sebab takd istilah “bekas mertua”. Yang ada cuma “bekas isteri” – aku duda muda

Komen Warganet :

Shamsuriati Shuib : Daripada cerita ni, boleh kita conclude, keteguhan iman seseorang jangan dinilai dari segi cara berpakaian seseorang, so yang kat luar sana tu jangan pikir perempuan yang berpakaian biasa ni takdak maru4h diri, someone can change but it depends on diri masing – masing. Insha Allah moga Allah bukak hati bekas isteri awak untuk berubah. Aminn..

Asilah Zr : U deserve someone better. Sebab tu Allah buka jalan untuk tunjukkan kebenaran daripada zuriat tu lahir dan berbin kan bukan bapa kandung. Lagi banyak masalah kemudian hari. Semoga tabah ye confessor. Jangan serik dengan perempuan. Sebab perempuan baik ni sangat ramai cuma tak pandai nak menonjolkn diri dan menjaga ‘malu’.

Kai Sha : Geram jugak aku dengan wechat nih. Berjaya dah barat mensosiaIkan orang – orang Islam. Banyak dah kes aku jumpa depa buat d0sa besar disebabkan wechat. Yang takda wechat, tak payah install. Yang ada pula uninstall terus okayh!

By the way bagus abam nih. Penyabar orangnya. Moga terus sadokan hati dan jumpa pasangan yang solehah. Apa yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.

G0bek Sireh : Allah tidak sekali – kali menzaIimi h4mbaNya. Sedikit ujian tu untuk tingkatkan martabat iman kita denganNya. Lelaki sejati yang beriman tidak akan sekali – kali kalah dengan hawa nafsu. InsyaAllah, Allah pasti memberi yang terbaik buat h4mbaNya yang beriman. Wanita yang baik, pasti untuk lelaki yang baik.

Syifa Syahadah : Betullah kata ALLAH dalam Al-quran mengenai aur4t, once prempuan itu tidak menjaga dirinya mnjadi ‘seorang muslimah’ maka segala apa yang ada padanya akan di mbil mudah sahaja.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.