5 hari berg4duh dengan suami. Pagi tu aku bawa baby keluar. Aku tak bawa HP, duit. Aku duduk dekat tali air. Aku tak fikir apa dah..

Aku hempas pintu sekuat hati. Aku naik tangan dekat muka suami. Aku tend4ng dia, tapi dia boleh gelak. Aku m4ki pon dia gelak. Dah giIa ke apa dia ni kena m4ki pon suka…

#Foto sekadar hiasan. Salam Min, tolong hide profile aku ya. Aku ingat tak nak cerita tapi rasa serabut dan tak tenang kalau tak luahkan. Nak luah dekat family atau kawan tak boleh sebab jaga aib rumahtangga jadi aku terp4ksa luah sini.

Aku tak reti mana menulis jadi mungkin jadi macam drama, tak tau la. Tapi aku nak tulis untuk aku rasa lega sikit. Maaf kalau banyak typo atau korang rasa remeh. Beberapa hari lepas masa suami aku cuti kerja seperti biasa kami keluar jalan – jalan.

Petang tu dekat rumah masa aku tengah suapkan anak (2 tahun), baby yang kecik (5 bulan) menangis, suami tengah main games dekat hp, dia dekat sebeIah aku. Aku suruh dia tenangkan anak, dia cakap “ok – ok kejap,” masih dekat screen nak habiskan games dia tu.

Aku sabar lagi pastu baby nangis lagi kali ni macam kuat sikit dari tadi, anak masih belom habis makan, dia memang susah sikit makan sebab tu kena suap kalau tak suap nanti makan sikit atau tak makan. Lagi la aku serabut, dengan tengok makanan tak habis, suami dah berdiri konon on the way nak buat apa yang aku suruh tapi tak buat lagi sebab tengah nak habiskan games dia, mulut dia duduk jawab ya ya..

Anak yang tengah makan masa tu tengok kartun dekat tv, dalam kartun tu daddy dia tengah masak. Anak aku pon cakap, “wahhh papa masak, mommy tak masak.” Aku pon jawab, “yela tu papa dia masak, papa Adam tak masak, main games saja! Mommy lah nak masak, menyusu adik baby, suap Adam.”

Aku tengok jam masa tu 7.45 pm, aku tak mandi lagi, maghrib tak solat lagi, suap makan anak tak siap lagi. Suami dengan hp dekat tangan tengah berdiri ala – ala berjalan nak ambik baby tapi masih dekat situ. Aku jeling dia buat tak tau, pastu dia cakap apa aku dah tak ingat.

Aku tunggu sabar, lepas seminit, 2 minit, 5 minit masih tak gerak lagi, duduk berdiri situ. Baby dah diam semula dah, anak dah habis makan. Dalam lagi 5 minit sebelum pukuI 8, aku bangun letak bekas makanan anak dekat tepi suami, terus masuk bilik hempas pintu dengan tutup tandas depan muka dia.

Masa tu suami pun nak pergi tandas, nak pergi mandi jugak tapi aku dah p0tong masuk dulu sebab aku dah meluat. Aku mandi dan solat siap – siap, keluar bilik ambil anak lepas tu tak tau la dia duduk dekat mana malas nak ambil tau.

Aku uruskan anak semua, malam tu tidur tak hirau dia buat apa. Suka hati kau lah. Esoknya pagi aku bangun subuh, dia pon bangun pergi solat dekat luar, aku solat dalam bilik. Dia dah buat hal dia tak tegur aku. Aku memang panas hati tak kan tegur dia walau macam mana pon.

Selepas dari tu dia nak pergi kerja tak datang salam dengan aku macam selalu dah, dia buat tak tau. Padahal sini dia yang salah kan? Aku ni nak marah dekat dia. Eh eh dia plak yang wayang dah kenapa? Lupe nak bagitau aku duduk dengan mertua, duduk rumah dia.

Jadi berlarutan episod kami tak bercakap macam tu dia nak balik ke pergi kerja ke selisih bahu ke apa dia buat macam aku buat dekat dia, buat tak tahu. Sampai hari ni genap 5 hari g4duh silent ni. Mertua aku keluar pagi tadi bawak anak aku keluar jalan, aku tak ikut dengan baby.

Masa suami nak pergi kerja, aku ambil baby bawa keluar rumah, tak kesah la pergi mana aku dah rasa tersumbat kepala duduk dalam rumah. Dah la rumah keluarga kau, dalam bilik dengan kau tapi kau buat aku macam ni, buat tak nampak padahal aku ni marah dekat kau sebab salah kau.

Kahwin baru 3 tahun, dulu kemaen masa nak kahwin, konon cinta nak mamp0s lah ni macam ni, macam – macam lagi la aku fikir tadi. Aku jalan dengan panas bawa baby aku 5 bulan dukung sorang – sorang, sampai la aku berhenti dekat tali air beberapa meter dari rumah.

Masa tu aku pikir pasal keluar rumah tanpa izin suami berd0sa, habis dia buat dekat aku ni tak d0sa plak. Aku malas fikir apa – apa aku duduk situ, duit aku tak bawak, hp tak bawak, aku tawakal je, bawa hati aku yang s4kit.

Lama aku duduk situ, ada bangku mengadap tali air tu. Masa tu dalam pukuI 9 pagi lebih aku keluar, masa aku duduk situ berangin sebab banyak pokok, baby aku pon tertido, sedih aku tengok kesian dia. Tak pasal – pasal kena ikut dengan situasi emosi ibunya.

Aku tak tau la berapa lama aku duduk situ, aku tengok m4kin panas sebab m4kin tengaharikan, aku terfikir nak jalan balik macam mana la, kesian baby aku nanti. Patut ke tak aku tahan kereta yang lalu dekat taman ni untuk hantar aku balik.

Tengah duduk pikir, lama camtu aku dengar macam kereta yang aku kenal. Aku tengok kereta laki aku tengah pusing dekat simpang on the way datang. Aku takde tempat nak lari dah sebab situ memang terbuka, nak menyorok pon tak boleh.

Sudahnya aku buat badak je la situ. Dia park kereta tepi, jalan belakang aku, aku dengar dia bebel – bebel keluar kereta. Dia suruh aku naik kereta cepat balik, malu dekat orang. Aku ape lagi dah memang angin macam orang masuk h4ntu la aku marah, dah ignore aku lama – lama, tiba – tiba nak mengarah – ngarah plak ko neh.

Semua keluar tak kira la aku m4ki hamun semua yang aku nak, dia cakap aku tak hormat dia. Aku ape lagi, m4kin banyak la aku bebel. Aku sendiri lupa dah apa aku cakap. Dia nak ambil anak, aku t4mpar tangan dia, muka dia.

Aku tengok dia menyirap, aku t4mpar lagi skali. Hilang sikit s4kit hati aku. Aku cakap, aku dah tak nak duduk dengan dia lagi, dia jawab apa aku tak ingat dah. Bila dah habis cakap dia pergi buka pintu kereta suruh aku masuk, aku kesian anak aku yang tidur pon da terbangun serabut dengan mak bapak dia yang duduk berg4duh, aku pergi masuk kereta tapi aku buka pintu duduk belakang.

Sampai je dekat rumah aku keluar, aku hempas pintu kereta dia kuat, sebab dia memang sayang giIa kereta dia tu. Malaa nak cerita keadaan kereta dia macam mana tapi nak kenal pasir sebutir pon takde dengan satu calar kecik pon takde, tiptop! Kesah plak aku.

Aku masuk rumah aku buka pintu aku hempas jugak kuat sampai berdentum pintu rumah tu, lantak lah. Dia ikut aku masuk, aku dengar dia cakap, “kesian ko pintu dengan ko sekali kena pukuI.” Aku masuk bilik tak sempat nak tutup pintu dia pegang dari luar, aku malas layan aku pergi katil letak anak, baby dah nangis nak susu, aku nyusu baby dulu sekejap.

Dia datang duduk tepi katil, diam tak cakap apa pegang – pegang tangan anak dia. Siap baby nyusu dia angkat baby letak dekat cot, aku pon pusing belakang malas nak tengok muka dia. Lagipun dia kan dah lewat nak pergi kerja.

Ingatkan dia pergi dah lepas tu tiba – tiba dia datang naik katil, p4ksa aku buat drama dengan dia plak. Aku dah la tengah menangis, aku t4mpar muka dia, tend4ng pon, dia boleh gelak. Aku m4ki pon dia gelak. Dah giIa ke apa dia ni kena m4ki pon suka. Pastu tak boleh cerita la macam mana kan..

Hmmmm tapi walau lepas tu dia suap aku makan, cakap itu ini pujuk la kononnya, aku macam dah malas. Tadi dia balik kerja pon aku malas cakap dengan dia. Aku tau masalah aku ni tak berat langsung kalau nak bandingkan dengan orang lain, tapi sekarang aku srabut sebab aku rasa terni4ya.

Aku masih marah lagi, dia macam ignore marah aku tu. Dia buat macam biasa, macam aku dah ok. Aku memang rasa dah lain, aku macam tak suka semua dengan dia sekarang.. Apa patut aku buat? Ke memang betol ya aku tak hormat dia? Tolong komen yang murni sahaja. Saya nak dengar pandangan dan persepsi orang lain klau dalam situasi saya. Terima kasih.

Komen W4rganet :

Emy Zaihasra Hasbullah : Sebenarnya kau str3ss dik. Kau sayang family kau tapi kau tertekan hidup menumpang rumah orang, dengan takde privacy.. Kau pon nak punya kehidupan berkeluarga yang normal, dengan family kecik kau. Keluarlah hidup sendiri, percayalah kau akan jumpa bahagia yang tak pernah kau rasa selama ni. Akak dah rasa, sekarang sangat sangat bahagia.

MazLiatuL AzReeN : Ni la namanya asam garam laki bini. Adakalanya kita geram je kat laki ni kan, adakalanya dia sangat membantu. Ok la tu suami tu masih lagi memujuk. Pelan – pelan pujuk suami cari rumah sendiri, lebih privacy. Hati lebih lega.

Kita nak bertumbvk dengan suami pun tak da orang tau. Masih jauh perjalan hidup tu, baru 3 tahun. Terus terang je dengan suami kalau ada yang tak puas hati. Kalau terus pendam lagi makan dalam, risau anak jadi m4ngsa.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.