5 hari suami merajuk tak balik rumah sebab saya suruh ambil anak dekat sekolah

Saya hanya minta tolong suami ambil anak balik sekolah, tapi dia berkeras tak nak jemput dengan alasan nak rehat. Padahal dia baring sambil main HP. Dia sampai sanggup suruh anak jalan kaki dan cakap anak dia suka menyusahkan dia. Akhirnya saya sendiri yang terp4ksa keluar dan jumpa anak dalam tengah – tengah hujan lebat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, masuk hari ni dah 5 hari suami tak balik sebab saya suruh dia keluar dari rumah sebab dia bukan bapak bertanggungjawab.

Saya mengasuh budak, dalam sehari saya kena jemput anak – anak sekolah dalam 3 kali. Suami saya bekerja di badan beruniform. Jadi kerja dia ada siang dan malam tak tentu masa. Bila dia cuti, saya minta tolong jemput anak dekat sekolah tapi die berkeras tak nak jemput dengam alasan nak rehat. Padahal dia baring sambil main HP. Dia sampai sanggup suruh anak jalan kaki dan cakap anak dia suka menyusahkan dia.

Korang tau tak perasaan saya macam mana, kecik hati saya, saya mengandungkan anak saya selama 9 bulan tau tapi bapak dia boleh cakap anak tu menyusahkan dia nak jemput sekolah dan sanggup suruh jalan kaki. Akhirnya saya keluar juga, jumpa anak tengah-tengah hujan lebat. Sekarang dia sedang merajuk duduk rumah mak dia. Entah la, saya dah tak rasa apabila suami keluar dari rumah. Tak ada pun rasa nak pujuk dia.

Saya rasa happy pulak bila dia tak ada, hidup dengan anak – anak je. Saya kalau bab lain boleh lagi mengalah tapi bila melibatkan hal anak – anak saya sangat sensitif. Cuba bayangkan kalau anak saya jalan kaki, kena kejar anjing, kena cuIik tapi kenapa bapak dia tak ada perasaan macam tu.

Saya sedih sangat, bukan selalu saya minta tolong padahal itu dar4h daging dia sendiri biar la Allah tentukan jod0h kami, bukan saya tak nak cuba nak mengalah tapi bila difikirkan balik apa yang dia buat kat saya dan anak, saya tak jadi nak mengalah.

Dah 5 hari dia tinggalkan saya dan anak – anak, dah tak ada dengar anak sulung saya asyik kena arah, kena marah. Kalau bapak dia ada asyik la kena marah budak tu. Habis tertekan anak saya tu. Nak tanya semua pembaca, betul ke tidak tindakan saya ? Saya dah penat sebenarnya..

Komen Warganet :

M Amirul Amin : Pasangan sama – sama penat, isteri penat, suami pun penat. Tapi hakik4tnya tanggungjawab dan peng0rbanan haruslah ada. Zuriat adalah tanggungjawab bersama, tiada istilah penat sebenarnya bila ada anak kecil yang sedang membesar. Dan akan ada suatu masa em0si masing – masing akan terganggu, str3ss. Kesannya jadilah begini. Puan doa pada Allah minta supaya suami puan diberikan pengajaran dan puan dipermudahkan segalanya.

Nur Sabrina : Banyak dengar kes macam ni. Laki keje, bila masa cuti langsung tak nak tolong bini buat kerja atas alasan tu waktu rehat dia. Pelik – pelik betul, habis bini tu tak ada off day langsung boleh pulak? Sedangkan bini dalam keadaan s4kit yang mana kalau orang yang bekerja kira boleh dapat mc, tapi mak – mak ni still on duty kat rumah, boleh je urus macam – macam. Tolonglah bertolak ansur dalam rumahtangga.

Suami senang tak nak tolong terus cakap malas, senang. Duduk rumah mak dia bolehlah bersenang lenang, tak payah buat apa – apa. Mintak jauh la orang macam ni. Semua bini buat, m4ti oo.

Soe Izzie : 1) Ada khidmat van sekolah kan? Rasanya boleh je bayar dari awak keluar jemput. Susah juga sebab ada anak asuhan.

2) Tentang rumahtangga awak, awak fikirlah masak – masak ye. Kadang – kadang bila tengah marah, tengah berg4duh nampak semua benda jadi tak elok. Tapi selesaikan la elok – elok, mana tau.

a) Dah habis merajuk, dia balik dan setuju ambik anak dekat sekolah.

b) Jika betul tak nak teruskan perkahwinan, uruskan dekat pejabat agama. Jangan g4ntung tak bertali.

c) Ajak dia ke pejabat agama untuk kaunseling jika rasa masih ingin selamatkan perkahwinan.

d) Nak g4duh sampai bila? Dah ada anak. Bertindak sepertimana orang dewasa bertindak ye.

Ika Hawa : Suami kerja badan berunifom tapi mudah sentap, lepas tu merajuk balik rumah mak plak! Adehh.

Biar je lah dia kat rumah mak dia. Tengok berapa lama dia nak abaikan awak. Kalau lebih 3 bulan dia duduk rumah mak dia, tak balik – balik, awak send kat dia lafaz takIik masa nikah. Awak send kat dia ceramah agama bab tanggungjawab suami dan ayah. Kena hantar kursus rumahtangga semula suami awak ni.

Meera Comel : Tindakan dah betul tu puan, ajar dia sikit awak tak hairan kalau dia tak ada. Dia ada ke tak ada ke sama je bagi puan kan. Jangan mesej atau call cari dia dulu, biar dia sendiri balik baru dia tahu awak macam mana. Sedikit sebanyak dia akan berubah, ni kalau kita mengalah dia boleh baca, alaaa aku tak ada kecoh cari. Jadi, puan mesti kuat ye. Jangan risau kalau badan berunifom ni duit dah ada khas untuk bini kan walaupun tak banyak. Kerja slow – slow nanti Insyaallah boleh kuat mesti kuat ye puan.

Apa kata anda?