5 tahun kahwin tapi langsung tak ada rasa cinta dengan isteri, kini kekasih lama dah janda jadi saya nak kejar cinta yang dulu

Saya dah 5 tahun kahwin dengan isteri dan ada dua orang anak. Selama kahwin saya langsung tak ada rasa cinta dan nafsu pada isteri. Baru – baru ini saya dapat tahu kekasih lama yang saya sangat cintai dah janda. Jadi saya cuba kejar dia balik dan luahkan perasaan yang saya dah pend4m selama 20 tahun..

#Foto sekadar hiasan. Salam min. terima kasih kerana hide personal saya. Hanya ingin meluahkan perasaan yang sekian lama terpend4m. Saya ada menaruh hati pada seorang wanita yang tak pernah menilai cinta saya hampir 20 tahun lalu, saya jatuh cinta pandang pertama sejak sekolah menengah, tapi pada masa tu hanya mampu memend4m perasaan.

Setelah berpisah disebabkan bertukar sekolah, ketika habis zaman IPTA, saya kejar dia semula dan pada masa ni baru sempat meluahkan isi hati dan kami berkawan hampir 3 bulan tapi hanya mampu sekerat jalan disebabkan dia terp4ksa berkahwin dengan lelaki yang dia tak pernah kenal langsung atas desakan ibu bapa dia..

Saat tu, harapan dan impian saya berkecai, ada juga perempuan – perempuan lain yang nak pada saya tapi saya abaikan kerana sangat – sangat tak boleh melupakan dengan perkara yang berlaku. Saya cuba lupakan dia dengan mencari calon baru tetapi hati saya tetap dekat kekasih lama. Saya bercinta kononnya untuk ubati hati yang terIuka tetapi hingga kini sekarang tetap tak boleh.

Ketika itu, saya berkahwin dengan perempuan pilihan saya yang mana hanya sekadar untuk tutup segala kekecewaan saya. Saya cuba belajar untuk melupakan dia cinta hati saya tetapi tetap tak boleh. Isteri sedia ada hanyalah sekadar untuk menunjukkan saya menjalani kehidupan biasa seperti orang lain. Saya bersikap dingin dengan isteri terutamanya perasaan dan hal keambu.

Kami dah kawin 5 tahun dan dikurniakan sepasang anak, tanggungjawab saya bab nafkah zahir tak pernah saya abaikan, Cuma saya bersikap dingin dan berIagak seperti biasa kerana nafsu dan cinta saya tak pernah ada pada isteri tetapi hanya pada kekasih lama (tak boleh move on) .

Isteri sekarang bahagia bersama saya dan sangat sayangkan saya cuma dia tak tahu yang saya tak pernah ada hati dekat isteri sejak kahwin. Cuma menjalani hidup seperti biasa dan jalankan tanggungjawab sebagai suami. Ibarat berpura – pura dalam rumah tangga.

Tahun lepas kekasih lama saya dah dijandakan sebab tak pernah bahagia sejak awal perkahwinan dia cuba bertahan hampir 9 tahun aIam perkahwinan (4 orang anak) tapi gagal disebabkan sikap suaminya yang dingin dan masalah dengan ibu mertua.

Tahun lepas tu jugak lepas dapat tahu dia jadi janda, saya cuba kejar dia balik dan meluahkan kembali perasaan lama yang saya simpan bertahun lamanya. Untuk pengetahuan, cinta saya pada kekasih lama sikit pun tak pernah hilang, sentiasa ingat dan sangat berharap tapi sekali lagi saya ditolak atas alasan saya suami orang namun kami berbaik dan mula menjadi kawan baik BFF yang sangat rapat.

Sepanjang dia menjanda hampir 4 kali kami keluar bersama siap 0vernight hampir ke subuh melepak di kedai makanan segera 24 jam. Sepanjang tu, saya tak pernah amik kesempatan disebabkan cinta dan hormat padanya. Hubungan yang sangat indah saya kecapi dalam seumur hidup saya.

Semua kisah dia saya tahu termasuk hal keIamin yang mana ex suami dia yang dingin sejak awal perkahwinan selama mereka berkahwin. Disebabkan terlalu rapat, minggu lepas, kami hampir tersilap langkah dan nyaris melakukan perkara maksi4t, berborak di wasap sehingga lewat pagi, bertukar gambar tanpa seurat benang, dan kami merancang untuk ‘bersama’ dan dipersetujui.

Namun Allah masih sayangkan hubungan antara saya dan isteri, saya tersilap langkah ketika mengatur pertemuan seterusnya dan buatkan kekasih lama frust dan sangat marah. Akhirnya dia bIock segala contact. Tersilap langkah disebabkan saya mula tersedar akan kesalahan saya, pada masa tu, saya minta dia padamkan segala c0nversation chat kami, gambar dan video.

Saya bagitahu jika teruskan begini, lebih baik berkahwin daripada melakukan perbuatan ni sedangkan dari awal saya minta untuk berkahwin dengan dia. Itu membuatkan dia marah. Kini dah sebulan dia bIok saya dan saya merayu, tak kahwin pun tak apa asalkan hubungan sebagai kawan tetap macam biasa, namun dah tak diendahkan.

20 tahun saya pend4m rasa cinta yang tak pernah padam. Mohon pembaca bagi kata nasihat dan cara saya melupakan dia supaya hati tenang. Kami sebagai suami isteri memang tidak pernah ada masalah besar, g4duh pun tak pernah. Cuma hati saya cuma pada kekasih lama saya yang tak pernah saya lupakan sampai sekarang. Move on please, sudah hampir sebulan saya str3ss dan sangat – sangat kurang tidur. Doakan saya supaya saya boleh lupakan si dia.

Komen Warganet :

Nurharyati Ishak : Cuma nak nasihatkan, kalau betul – betul sayangkan rumahtangga, setiap solat minta doa kepada Allah supaya bukakan hati untuk jatuh cinta kepada iseri. Kalau ikhlas, allah akan makbulkan. Berkenaan kekasih lama tu semuanya berpaksi pada nafsu ja. Kalau kau jadi kahwin pun dengan dia, belum tentu kau akan dapat ketenangan sebagaimana kau berasa tenang bersama isteri dan anak – anak sebab kau akan dihimpit dengan perasaan bersalah.

Fikirkan balik, kau membina perkahwinan kedua kerana ikhlas dan nakkan kebahagiaan ka atau kerana nafsu. Kalau kerana nafsu semata – mata, bermakna kau tak akan bahagia sampai bila – bila. Nafsu orang lelaki ni bertahan sampai bila la sangat. Ups! Lupa. Nafsu korang bertahan lama tapi korang punya senj4ta ja yang tak bertahan lama.

Takut nanti terkejar – kejar sangat cinta hati sampai cinta hati kejar orang lain pula di belakang kau sebab tak ada kepuasan dalam hubungan. Terimalah seadanya si isteri tu. Cuba bina cinta untuk dia. Kalau tak boleh juga, berdoalah selalu. Bangun tahajjud tengah – tengah malam, minta doa kepada Allah supaya hadirkan cinta dalam hati kau untuk isteri. Hati yang ikhlas Allah tak pernah hampakan.

Hani Maza : Itu hanya permainan sya1tan. Encik sudah ada isteri dan anak.. Apa yang encik ada sekarang, ramai yang nak, ada orang tak ada isteri, tak dikurniakan zuriat. Wanira itu hanya kisah silam, dekatkan diri dengan Allah dan ajak isteri solat berjemaah.. Allah yang pegang hati, jika Allah nak encik lupakan wanita itu, hanya sekelip Mata encik boleh lupakan dia. Jika ingat kepada dia lagi, renung anak lama – lama, itu zuriat encik. Sedangkan dengan dia, org luar bukan sesiapa. Ingat akhir4t, dunia ini hanya sementara, isteri dan anak tu lah ‘harta’ encik dunia dan akhir4t

Hawa Adam : Kalaulah isteri tt tahu yang tt luahkan ni, tak dapat bayangkan betapa kecewanya hati isteri tt. Anak dah membiak tapi tak ada rasa cinta. Padahal berkahwin atas pilihan sendiri. Satu saja aku nak pesan, jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Nanti takut makan diri. Aku rasa kalau isteri tu tahu hal sebenar, must4hil dia akan terima malah untuk memaafkan pun tak sudi. Hentikanlah angan – angan yang terpend4m tu.

Macik Bawang : Menipu ja abang ni.. Abang rasa takde hati kat bini pasal dah ade hubungan dengan perempuan tu kan? Kalau perempuan tu tak muncul, tak ade isu sebenarnya.. Kalau betul abang tak ade hati kat bini, abang ceraikan aje dia.. Bagitau dia, abang sebenarnya abang memang tak ade hati.. Kalau bini tau, silap – silap dia pun tak nak dah dekat abang..

Masa tu baru abang tau, abang sayang bini ke tak? Bila bini dah tak layan dan dah tak peduli, baru abang tau langit tinggi ke rendah.. Selama ni abang rasa dia tak ade nilai pasal dia dah jadi milik abang, pasal dia sangat sayangkan abang.. Abang tak ade rasa tergugat apa – apa.. Bini sayangkan, buat dek pun bini sayang.. Lepas ni abamg gitau je abang tak sayang dia..

Tengok jadi macam mana, betul – betul abang tak ade hati ke atau buat – buat tak ade hati pasal dah ade org lain.. Jangan abang plak yang mer0yan tergiIa – gia kat bini.. Banyak dah kisah macam ni, baru nak hargai bini bila bini dah move on.. Hargai yang depan mata bang.. Jangan dah tak ade nanti baru nak menyesal, baru nak sedar sayang kat bini.

Joe Sally : Satu je bang.. selagi benda tu har4m memang indah manis dan mengasyikkan. Yang halal tu ko tak hargai. Sudah – sudah la cinta kekasih lama tu.. Kalau ko kahwin dengan dia dah pasti ke boleh bahagia? Lagi berantakan dunia ko tau la, anak – anak ko jadi mangsa. Ko plak tinggalkan mak diorang sebab nak kejar cinta lama, lagi la buat anak membesar dengan perasaan benci pada ko. Kalau nak teruskan silakan tapi tanggunglah risik0 di masa depan. Good luck!

Apa kata anda?