Tiba – tiba jiran wasap aku. Beritahu, nak jemput aku untuk perkahwinan anaknya. Masa ni Ya Allah, d4da aku rasa sesak nafas, aku dah pegang d4da aku dan terus air mata berkaca. Perit sangat rasa masa ni. Lepas tu makcik tu cakap, yang kahwin tu adalah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Tujuan aku menulis pada confession ni hanya ingin meluah apa yang terbuku di dalam hati aku. Aku sangat berharap coretan aku ini tersiar, supaya boleh menenangkan hati aku.
Hehe.. Yer macam para pembaca semua baca tajuk ni, aku dah jatuh hati kepada anak jiran aku sejak 5 tahun yang lalu. Sedikit pengenalan tentang diri aku Kinah, masih bujang, berumur pertengahan 30-an dan bekerja sendiri.
Aku seorang yang tiada ”luck” dalam percintaan. Aku seorang wanita yang sangat menjaga maru4h diri, seorang yang sangat disenangi oleh para keluarga, saud4ra mara dan jiran – jiran. Adat juga, ada yang suka aku, ada yang tidak.
Aku pernah hampir mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dulu, tetapi tak jadi tanpa sebab yang munasabah. Bekas kekasih aku pada ketika itu hanya mengatakan aku seorang wanita yang baik dan terus block segala contact aku.
Disebabkan dia seorang yang baik dan sangat disayangi oleh kedua ibu bapa aku, benda tu telah memberi aku tr4uma bertahun – tahun. Jujur aku memang tak berani nak menjalinkan hubungan yang serius dengan sesiapa pon.
Traum4tic yang aku hadap tu perit sangat – sangat dan hampir masuk ke hospitaI. Selepas itu, walau ramai kawan – kawan di tempat kerja cuba menjalinkan hubungan yang serius, aku memang tak berani.. Dan m4kin lama kelamaan, sorang – sorang rakan sekerja yang baik tadi mendirikan rumah tangga dengan orang lain.
Sedih dan h4ncur sangat perasaan bila tengok keadaan tu. Tapi nak buat macam mana. Kisah ni bermula 5 tahun lepas, masa tu aku pergi ke rumah kawan. Di rumah dia ada kebun dan kawan telah memberi aku banyak hasil – hasil di kebunnya.
Disebabkan aku gembira sangat dengan rezeki ini, aku telah mengagihkan hasil ni kepada jiran – jiran aku. Salah satu rumah yang aku pergi ni adalah rumah kawan baik ayah aku. Ayah aku dan pakcik jiran ni pernah bekerja bersama dan hubungan mereka memang istimewa.
Manakala aku pulak rapat dengan isteri jiran ni dan aku namakan makcik Siti. Kiranya aku kenal keluarga ini berbelas – belas tahun. Makcik Siti ada anak yang namanya Zahir (bukan nama sebenar). Masa aku ingin beri hasil kebun tadi, Makcik Siti seronok sangat tengok aku datang rumah dia.
Masa ni masih lagi musim raya dan di bulan syawal. Makcik Siti telah menarik tangan aku, dan p4ksa aku masuk ke rumah dia untuk beri makan kuih raya. Masa ni la segalanya bermula. Masa aku dan Makcik Siti duduk di sofa di ruang tamu, si Zahir, ayahnya, adik ipar, adiknya tengah bekerja sama dalam memasang rak (bukan rak, tapi aku tulis rak jela ya).
Ya Allah, seronok sangat tengok keluarga ni bekerjasama, bergurau senda dan cara diorang sembang memang best – best. Si Zahir pon mengajak aku join sekali sembang – sembang dengan keluarga dia. Memang kelakar la si Zahir masa ni.
Dan masa tu aku dah tersedar, Ya Allah, aku dah jatuh hati kepada si Zahir ni. Memang berbunga la perasaan aku masa ni. Jadi dipendekkan cerita, setiap kali kalau terserempak dengan si Zahir ni di kawasan rumah, memang dia akan tegur dengan sangat sopan dan muka dia ceria betul.
Ada sekali kereta aku block jalan, untuk hantar barang ke rumah jiran lain, bila aku nampak ada kereta dah lalu di jalan tu, aku berlari ke kereta aku, dan aku terdengar Zahir jerit, “Jangan lari – lari, nanti jatuh. Takpe, slow – slow aku tunggu”. Melting rasa.
Tapi aku sentiasa sedar yang, Zahir ni mesti akan kahwin dengan orang lain. Aku harus bersiap sedia. Kerana bila – bila masa sahaja si Zahir ni akan jadi milik orang lain. Cerita bermula pada bulan lepas, tiba – tiba makcik Siti wasap aku.
Beritahu, ingin menjemput aku untuk perkahwinan anaknya. Masa ni Ya Allah, d4da aku rasa sesak nafas, aku dah pegang d4da aku dan terus air mata berkaca. Perit sangat rasa masa ni. Tiba – tiba makcik Siti cakap, yang kahwin tu adalah adik kepada Zahir.
Masa ni perghhhhh terus lega hati ni, sesak nafas terus hilang. Nasib bukan Zahir yang kahwin. Tak sanggupnya nak hadap lagi orang yang kita suka dan sayang akan kahwin dengan orang lain. Sebelum majlis kahwin adik Zahir, aku ada terserempak dengan dia tengah duduk di kerusi.
Zahir hanya melihat aku. Masa ni aku agak terk3jut sebab memang dah lama tak jumpa si Zahir ni. Dia dah lama menyewa di tempat lain. Tapi aku tak tahu di mana.. Klim4ks cerita ni bermula bulan ini iaitu pada hari kahwin adiknya, entah kenapa aku dah nervous sangat – sangat dari sehari sebelum majlis tu.
Tak taulah kenapa, aku asyik teringat si Zahir ni. Masa pergi ke dewan kahwin, seluruh keluarga aku telah dijemput termasuk beberapa saud4ra mara aku. Manakala ayah aku dan si Zahir adalah penyambut tetamu. Zahir betul – betul berdiri di pintu masuk dewan dengan bersongkok dan bersampin.
Zahir seorang yang berkulit cerah dan dia memang tinggi. Aku yang memang sedia ada nervous terus rasa panic att4ck tengok dia. Masa nak masuk tu, tiba – tiba Zahir nampak aku terus dia merenung muka aku. Aku terus caka, “aaaa…aaaa aku datang dengan cousin – cousin aku.”
Ya Allah weh, boleh rasa tuIang rusuk aku bersepai jatuh depan Zahir masa tu, adoiiii laaaaaa. Aku dah kenapa nak cakap macam tu, dah satu family aku dijemput, dan ayah aku pon memang berdiri sebeIah Zahir. Zahir just senyum dan cakap, “Masuklah.”
Sepanjang majlis kahwin ni, aku sangat – sangat gembira sebab boleh dik4takan aku kenal terIampau ramai orang dalam majlis ni. Boleh rasa berkat dan silaturahim yang terjalin di antara jiran – jiran dan kenalan ni memang seronok sangat.
Tapi sayang sangat, sampai hari ni aku rasa menyesal sangat sebab tidak melihat Zahir ni puas – puas masa majlis tersebut. Masa nak balik tu, aku memang tak nampak Zahir dah. Tak tahu dia ke mana. Masa salam tangan makcik Siti, aku beri ucapan tahniah dan sangat gembira untuk makcik Siti.
Lepas balik je dari majlis ni, aku rasa lain macam. Aku dah tak boleh “control” lagi perasaan aku terhadap Zahir. Rasa suka tu terus berkocak di d4da dan aku mula rasa perit. Jujur aku cakap, aku memang dah tak sanggup lagi melihat orang yang kita suka dan sayang akan berkahwin dengan orang lain.
Lagipun keluarga makcik Siti ni baik sangat. Jujur aku tak sanggup melihat orang lain menjadi isteri Zahir dan menantu makcik Siti. Kesedihan tu membuatkan aku tak lena tido selama 2 minggu, dan selera makan pon terus hilang. aku dah macam orang sasau dah.
Beberapa hari lepas majlis tu, aku terserempak dengan makcik Siti. Makcik Siti bila nampak aku, muka dia gembira sangat. Masa sembang – sembang tu, ya Allah, rasa rindu dekat Zahir terus rasa lega. Tiba – tiba makcik Siti cakap, “Awak kahwin la dengan Zahir”.
Masa tu jantung aku jatuh bersepai balik, aku ingat aku salah dengar, aku tak ingat conversation tu macam mana, cuma aku rasa aku alihkan soalan lain. Aku ingat Makcik Siti cakap, Zahir ni selalu banyak halangan kalau nak kahwin dengan orang lain, tak tahu kenapa jadi macam tu.
Sebelum berpisah dengan makcik Siti tu, aku terrr terrr cakap, “Kalau Zahir kahwin nanti, aku datang tolong aunty kat rumah ya.” Haihhhh, ni keb0dohan abadi yer kawan – kawan. Dah kenapa aku cakap macam tu.. sobss sobsss.
Dan kesedihan tu pon berterusan, perasaan suka kat Zahir tu memang tak dapat nak control dah. Ada satu malam ni, pukuI 2 – 3 pagi, aku hampir ingin ambil kunci kereta dan drive laju – laju di fed3ral highway. Dulu aku biasa buat bila str3ss sangat, adrenalin memang rasa tinggi sangat.
Ada sekali tu rasa nak buat fun run dari Johor Bahru ke Perlis. Aku rasa sanggup buat apa – apa je janji dapat lupakan perasaan terhadap Zahir. Aku memang selalu rasa tak layak untuk berkahwin dengan siapapun. Aku rasa rendah diri dengan kekurangan diri yang ada dan juga mempunyai pengalaman traum4tic ditinggalkan dulu.
Aku tak pernah nampak aku ada ciri – ciri untuk dijadikan isteri dan juga menantu. Dan aku selalu terfikir, kenapa Allah pertemukan kita, kalau kita tak boleh menyatu. Aku rasa must4hil sangat la aku akan bersama si Zahir ni.
Walau aku sukakan dia sejak 5 tahun yang lepas. Cuma aku sangat berharap, kalau ada multi universe tu, aku sangat harap better version of myself bahagia bersama Zahir dan kami membina keluarga kami.
Terima kasih kepada admin kalau menyiarkan coretan aku ni, dan terima kasih kepada pembaca meluangkan masa membaca luahan hati aku ni. Sekurangnya adalah bukti penulisan aku yang aku sangat sukakan Zahir. Your lover since 5 years back, – K (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Sarah Aina : Bagitau ayah awak. Biar ayah awak cakap dengan ayah dia. Kaum ayah ni depa bincang cara lain. Straight tapi ada action. Silap haribulan esok terus ayah Z datang masuk meminang nak pula depa dah ada hubungan baik. Sekarang ni ko cakap kat ayah ko tau.. sekarangggg.
Dayana Dainarlis : Sangat faham perasaan gitu. Sebab confess ni akan mengeluarkan 2 perkara je:
1. Memang Z jodoh K & Z terima K seadanya. Lepas tu korang kahwin, hidup happily ever after.
2. (Paling ditakuti) kene reject hidup – hidup. Plak tu orang keliling semua tahu – family, jiran – jiran, ketua kampung, tok siak.. malu wooo. Lagi best kene block… hahaha. Macam ko buat d0sa padahal niat nak dirikan masjid jer. So kita doakanlah semoga confessor bertemu pengakhiran yang baik dengan Z.
Cik Labu : 5 tahun tu terlalu lama untuk seorang lelaki tak ambik apa – apa tindakan kalau dia betul – betul suka. Maaf cakap.. sama ada ada gadis lain dalam hati Z sekarang ataupun dia tak boleh nak lupakan cinta lalu dia.
Kalau aku, berterus terang je kalau dah suka. Ko pun dah pernah patah hati putvs cinta.. percayalah, setakat kena reject tu tak ada apa – apa nak dibandingkan dengan kena tinggal dengan orang yang kita dah sayang.. tu kalau kena reject.. kalau dia terima.. yihhaaaa.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.