5 tahun saya jaga anak-anak tiri dengan baik, tiba-tiba bekas isteri suami datang tuntut mereka. Terbongkar ada isteri lain!!

Suatu hari, cikgu asrama anak saya call dan bertanya khabar. Rupanya dia bagitahu yang bekas isteri suami dah fitnah saya d3ra anak – anak tiri dekat cikgu sekolah. Saya terk3jut dan p4ksa anak – anak tiri duduk dengan mak kandung mereka..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya membina rumah tangga sekitar tahun 2018. Dikurniakan sepasang cahaya mata yang bijak comel berusia 3 dan 2 tahun. Asal kisah saya dan suami (saya gelar Fahmi) sebelum membina rumah tangga bukanlah kisah yang bersifat stereotype, bercinta, bertunang, berkahwin. Tidak.. Kisah kami penuh ranjau dan duri.

Banyak yang perlu ditempuh sebelum dapat menjadi suami isteri. Secara ringkasnya, saya berkenalan atas urusan kerja. Bermula sebagai kenalan biasa. Tiada fasa bercinta. Sering terserempak atas urusan kerja. Saya hanya memandang Encik Fahmi dengan penghormatan sebagai senior. Kami bekerja di bidang perkhidmatan. Swasta.

Beliau bercerai sekitar tahun 2015. Anak – anak beliau seramai 3 orang berada dalam jagaan beliau dan keluarganya. Melalui kenalan saya dimaklumkan beliau bercerai bukan kerana hal nafkah kerana mereka hidup mewah.

Tetapi puncanya kerana masa. Kesibukan kerja. Kurang kualiti masa bersama keluarga. Tidak semua wanita sanggup bertahan dengan kesibukan suami. Ya. Mungkin itulah ujian mereka. Full stop. Beberapa tahun perkenalan, kami sem4kin serasi.

Beliau menyuarakan hasrat. Setelah membuat perhitungan, saya perlahan – lahan menerima. Halangan utama kami adalah restu keluarga. Puncanya, kerana saya adalah wanita muda berpendidikan tinggi, ada background akademik dan masa depan kerjaya yang cerah. Sedangkan suami adalah lelaki sedikit berusia yang pernah berkeluarga, ada anak – anak.

Walaupun ada kerjaya dan kewangan yang kukuh, namun sejarah kehidupan dan komitmen yang banyak menyebabkan keluarga saya sangat membantah. Antara alasan utama kerana malu. Tiada lagi dalam sejarah keluarga memiliki anak tiri. Kahwin dengan lelaki jauh usia (beza umur sekitar 15 tahun).

Namun entah apa yang merasuk saya yang selama ini orang yang sangat mentaati keluarga, menjadi contoh sebutan dan idola adik – adik, sepupu yang selama ni menjadi kebanggaan keluarga bertindak di luar garis kebiasaan sehingga saya sanggup bertindak bernikah tanpa pengetahuan dan izin keluarga.

Ya, saya telah membelakangi keluarga yang selama ni saya sangat sayangi. Sehingga apabila perkara ni sampai ke pengetahuan keluarga, saya dihadapkan ke “mahkamah” keluarga, saya dibawa ke pusat rawatan Islam kerana keluarga berpendapat saya dikenakan ‘ilmu’.

Untuk makluman, sebelum ni suami pernah menghantar wakil dan ditolak mentah – mentah oleh keluarga saya. Secara mudahnya, saya diminta secara halus untuk bercerai. Namun setelah melalui banyak ujian, mungkin jodoh kami kuat, keluarga saya terp4ksa akur.

Keluarga sepakat untuk kami bernikah semula mengikut undang – undang. Jadi di mata rakan – rakan dan keluarga lain, saya dan suami bernikah dengan restu keluarga. NAMUN, hakik4tnya apa yang menghantui saya sehingga ke hari ini adalah sikap orang tua dan adik beradik yang mula berubah.

Ayah yang selama ni seorang yang mudah berjenaka telah menjadi pendiam bila bersama saya dan suami. Semua seakan menjadi bisu bila saya ada. Setelah kehadiran anak pertama saya, Allah hadirkan sinar dalam kehidupan kami.

Keluarga saya perlahan – lahan mula menerima. Alhamdulillah. Keluarga suami pun sangat mengalu – aIukan saya. Kami bahagia dengan kehidupan kami. Walaupun suami berbeza usia dengan saya, namun kami serasi. Saling meraikan.

Dia suami yang menjaga solat, suka bersedekah, tidak cerewet, sangat memahami. Contohnya bab makanan, hal rumah. Apa saja yang dihidang, suami makan. Kalau saya penat, suami tolong uruskan seperti membasuh baju, uruskan anak.

Mungkin kerana sifat inilah yang menyebabkan akhirnya keluarga saya mula menerima kehadirannya. Ya, seperti yang pernah dik4takan ustaz yang pernah merawat saya dulu, dia lelaki yang bertanggungjawab. Namun, ibarat perumpamaan disangka panas hingga ke petang rupanya ribut melanda di pertengahan hari.

Bagai benar apa dik4ta, masakan lidah lagi tergigit. Hidup berumah tangga penuh ujian. Tidak semua indah. Penuh perisa. Asam garam pahit manis. Sudah namanya kehidupan. Selagi hidup selagi itu akan diuji. Sudah kami lalui fasa bahagia, kini bermula fasa ombak badai. Ribut.

Segalanya bermula bila bekas isteri mula hadir. Mula menghubungi semula anak – anak yang sudah remaja. Mula menghasut anak – anak memusvhi saya. Kehidupan manis mula berubah rasa. P/s: Rasa lega sedikit dapat meluah rasa. Tapi sudah lewat malam. Ada masa saya sambung ye. Jika admin tak siarkan pun tak apelah. Rasa lega dapat menulis. – Delima (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Assalamu’alaikum dan salam sejahtera. Sebelum ni saya ada berkongsi sedikit pengalaman hidup seperti di atas.Saya hanya ada masa terluang selepas anak – anak dan suami tidur. Kebetulan tengah ralit menulis, anak kecil menangis. Terp4ksa hentikan semua. Terima kasih juga yang memberi nasihat.

Betul. Tidak mudah berkahwin dengan duda yang mempunyai anak dari perkahwinan terdahulu. Lebih – lebih lagi jika anak – anak telah remaja. Bukan mudah menjaga anak tiri. Yang pertama, belum tentu kita mampu memberi kehidupan yang mereka perIukan dan kedua, belum tentu mereka mampu menerima setakat apa yang kita mampu berikan.

Asalnya nak berkongsi satu persatu peristiwa yang membawa saya ke sini, setelah bertahun menanggung sendirian. Dan ianya pasti tidak habis satu hari. Tapi mungkin tidak sesuai agaknya bagi mengelak cerita terg4ntungkan.

Baiklah. Saya sambung dan cuba habiskan. Kehidupan 4 tahun pertama baik – baik sahaja. Hubungan dengan anak – anak saya dengan kakak – kakak mereka pun baik alhamdulillah. Kesemua anak – anak suami duduk asrama. Balik cuti, duduk bersama saya.

Balik asrama, saya akan tunaikan kehendak mereka nak makan apa. Saya masak. Namun sejak setahun kebelakangan ni bekas isteri suami AKA mak anak – anak ni (saya gelar Aina) mula kembali menghubungi anak – anak yang sudah hampir 8 tahun ditinggalkan.

Sebab tu dalam artikel pertama saya katakan anak – anak duduk dengan keluarga suami. Untuk pengetahuan pembaca juga, Aina ni ni dah berkahwin. Rumah tangga Aina tengah bergolak sebab suami dia (Izwan) dapat tahu yang Aina tipu status semasa berkahwin dengan Izwan.

Rupanya Aina berkahwin semasa dia masih dalam proses cerai dengan Fahmi (suami saya sekarang). Aina yakinkan keluarga Izwan yang Fahmi dah lafaz cerai jadi Aina nikah dengan Izwan secara kampung (hukvm syarak sahaja) semua ni saya dapat makluman daripada Aina sendiri. Kerana Aina datang berjumpa saya.

Dia memerIukan anak – anaknya untuk jadi kekuatan. Saya terima kehadiran Aina atas dasar kami sama – sama ibu. Tiada sebab untuk bermusvh kerana saya berkahwin dengan Fahmi beberapa tahun selepas mereka bercerai.

Dalam tempoh setahun kehadiran Aina yang selalu mengunjungi anak – anaknya, hubungan kami semua baik sehinggalah saya dihubungi salah seorang kenalan saya yang merupakan guru di asrama. Kenalan lama saya bertanyakan khabar saya. Keadaan saya. Saya pelik lalu bertanya lebih lanjut.

Rupanya setiap kali Aina mengunjungi kami dan ke asrama anak – anak, Aina akan bercerita kepada w4rden asrama bahawa anak – anak Aina sentiasa mengadu kepada Aina yang saya mend3ra anak – anaknya secara mental dan fizikal.

Sebab itulah dia muncul semula dan nak ambil anak – anak ke dalam jagaannya. Kenalan tersebut bertanya kepada saya dan saya katakan semua tu tak benar. Ada tak anak – anak tu sendiri yang mengadu terus kepada w4rden?

Kenalan saya kata tak ada. Ibu dia yang bercerita. Saya sangat kecewa, terkilan. Tetapi saya sedar posisi seorang mak tiri. Buat sehabis baik pun, akan dilihat buruknya. Setelah berbincang dengan suami, saya berhadapan dengan Aina dan saya bersetuju sekiranya dia ingin mengambil anak – anaknya.

Pada awalnya anak – anak agak keberatan sebab dah biasa hidup dengan saya dan suami tapi atas nasihat suami dan saya sendiri, mereka bersetuju. Cuti sekolah mereka boleh jenguk ayah mereka dan adik – adik. Saya tidak mahu panjangkan masalah.

Ya. Saya juga ada kerjaya dan ada anak kecil perlu dijaga. Ingatkan selesai, namun, setelah beberapa minggu. Anak saya berumur 4 tahun sukar tidur. Suka bangun malam menjerit. Seakan histeria. Anak bongsu pula sering menangis tanpa henti menjelang tengah malam. Hanya berhenti ketika azan subuh. Ianya berlanjutan selama lebih seminggu.

Saya dan suami jadi buntu. Atas saranan kenalan dan keluarga, saya bawa anak – anak jumpa seorang ustaz. Ustaz Malik. Hasil rawatan, ustaz Malik mengatakan anak – anak saya kena gangguan. Ustaz Malik bertanya sama ada pernah orang yang datang ke rumah saya.

Saya kata saya ramai kawan dan keluarga sering berkunjung ke rumah. Ustaz tersebut jawab, dia sering ke rumah. Buat jamuan. Ada tujuan. Ustaz tersenyum dan terus pandang suami. Dia nak ‘kenakan’ kamu. Tapi kamu suami isteri jaga solat. Jadi anak – anak kamu yang dapat.

“Benda dah hantar, tak boleh patah balik”. “Dia tak nak kamu dah. Tapi dia saja tak suka tengok kamu bahagia.” Saya cukup kecewa dan sedih. Kerana d3ndam, anak – anak jadi m4ngsa. Macam apa yang ustaz Malik katakan, hasad adalah perkara paling bah4ya. Sebab tu Allah berikan kita surah 3 qul untuk diamalkan.

Saya bersyukur kerana Allah melindungi keluarga dan anak – anak. Saya hanya mampu berdoa semoga akan datang hubungan silaturrahim anak – anak Aina dengan suami dan adik – adik mereka akan baik – baik saja. Aamiin.

Jika ada yang perasan kenapa saya katakan rumah tangga saya dilanda ribut. Ada satu lagi part yang saya tidak tahu. Saya hanya tahu selepas saya berhadapan dengan Aina setelah saya berjumpa ustaz Malik untuk rawat anak – anak saya.

Rupanya saya adalah perkahwinan suami yang ketiga. Aina perkahwinan pertama. Perkahwinan kedua suami ketika tahun kedua Aina tinggalkan Fahmi. Ya. Maksudnya sekitar 7 tahun lepas. Berkahwin di siam. Kerana kecewa dengan Aina. Maksudnya saya ada madu. Ya madu.

Dimana madu tersebut? Saya berdepan dengan suami saya, beliau diam. Setelah lama saya membuat silent treatment, rupanya benar. Bila Fahmi outstation Fahmi melawat si dia (Aishah). Rupanya dengan Aishah juga ada 3 orang anak.

Fahmi dan Aishah berkahwin kerana ‘syorrrrrrrr’ daripada rakan – rakan apabila kasihan melihat Fahmi ditinggalkan isteri (Aina). Fahmi berkahwin dengan Aishah tanpa pengetahuan keluarga Fahmi. Setelah berkahwin dengan saya, barulah Fahmi mengesahkan perkahwinan dengan Aishah demi kesahtarafan anak – anak mereka.

Kalau ada soalan (Aishah tahu ka kewujudan saya?) jawapannya Ya. Apa reaksinya? Dia juga baru dapat tahu. Dan masih sukar menerima saya macam mana saya masih terlalu terk3jut dengan kewujudannya. Kenapa tajuk artikel ni madu atau hempedu?

Ya. Madu manis. Sedap berkhasiat. Tapi madu sekarang banyak letak gula tambahan. Bukan jadi ubat, tapi ra4un kepada pes4kit diab3tis. Kan? Hempedu pahit. Semua tahu. Tapi rasa ubat pun memang pahit kan? Akhir sekali, saya jawab (jika mungkin akan ada pertanyaan), kenapa saya tulis artikel ni. Kongsi kisah hidup saya ni.

Suami saya baik, jaga solat. Tidak pernah abaikan nafkah saya dan anak – anak termasuk anak – anak Aina (saya tahu sebab Fahmi selalu tunjuk saya resit transfer). Fahmi seorang suami yang ringan tulang juga. Tak pernah merungut dalam uruskan rumah. Fahmi juga sering bawa saya dan anak – anak bercuti. 2 bulan sekali.

Jadi, apa masalah? Jawapannya, hati. Saya terlalu kecewa. Fahmi tak jujur dengan saya. Sampaikan saya terlepas cakap dengan Fahmi, saya menyesal berkahwin dengan dia. Ya Allah, berd0sanya rasa. Saya masih dalam tempoh silet treatment.

Saya takut akan bercakap benda tak sepatutnya lagi. Takut berd0sa. Saya masih sediakan makan pakai Fahmi macam biasa. Layan anak – anak macam biasa. Tapi saya senyap. Dia senyap. Sebab dia tahu kalau saya marah memang saya senyap. Ambil masa untuk pulih.

Tapi kali ni, saya kecewa. H4ncur lumat rasa ditipu. PerIukah saya meminta cerai? Hanya itukah pilihan yang ada? Jika bercerai, macam mana dengan anak – anak yang sangat rapat dengan ayahnya? Wallahu’alam. Saya masih beristikharah.

Mohon pembaca doakan saya juga. Walaupun Fahmi kata dia sangat sayangkan saya dan anak – anak. Saya hanya cakap pada Fahmi, “Daripada beri saya madu, lebih baik hidangkan saya hempedu”.

P/s : Artikel ni dah tamat ya. Tapi kisah hidup saya masih berlangsung selagi ada nyawa. Saya ceritakan seringkas yang boleh. Moga semua terjawab. Mohon maaf jika jalan cerita berterabur. Jika ada nasihat atau saranan, saya sangat alu – aIukankan. Doa kalian juga sangat saya hargai. – Delima (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.