5 tahun suami curang, siap bawak skandal jumpa kawan-kawan dan keluarga mertua. Patutlah ipar aku mengadu siap bagi hint

Setiap hari selama 5 tahun, setiap hari balik lewat walaupun hujung minggu. Dia bagi alasan sibuk kerja dan balik rumah mertua sebab mertua aku uzur. Rupanya dia dah bawak skandal merata – rata tunjuk dekat semua orang…

#Foto sekadar hiasan. Aku telah berkahwin selama 21 tahun, anak tiga orang. Kecurangan suami sebenarnya telah berlaku selama 5 tahun. Itu pun aku dapat tahu setelah suami tersalah hantar mesej kepada aku. Pada awalnya dulu ada juga ipar cuba memberitahu aku, tapi suami kata cerita itu tak benar.

Bila sekarang aku tanya, dia kata, waktu itu ‘takkanlah dia nak cakap benar’. Selama ini aku terlalu percayakan dia kerana dia kata ada kerja bila tiap – tiap hari selama 5 tahun, tiap hari balik lewat walaupun hujung minggu.

Waktu tu, aku kata takpelah ada kerja dan kadang – kadang bagi alasan ke rumah mertua yang uzur. Rupanya dari cerita sepupu dia, dia ada bawa perempuan itu ke sana dan telah diketahui oleh ipar dan saud4ra mara lain tentang hubungan mereka.

Aku amat sedih sebab di belakang aku, dia melakukan perkara – perkara sebegitu. Aku setia di rumah menjaga anak – anak, semua aku buat. Sebenarnya terlalu panjang cerita, maklumlah dah 5 tahun berlalu. Aku tahu ini semua dengan ketentuan oleh Allah untuk aku.

Aku juga ada dengar – dengar cerita yang suami telah berkahwin di sempadan. Tapi suami masih pulang ke rumah cuma biasalah lewat malam (2 pagi ke atas). Biarlah, aku tak peduli lagi. Aku memang tidak berg4duh dengan suami, malah aku melayan dia dengan baik sekali.

Memang benar kata keluarga, aku harus sayangkan diri sendiri. Aku kena tahu bawa diri. Bila suami punya hubungan, aku merasa amat rendah diri. Tambah – tambah lagi bila banyak juga suami memarahi aku bila tidak terima dengan affair dia. Katanya aku tidak terima qada dan qadar Tuhan dan tidak bersyukur.

Memang dia suami yang baik, tapi aku sedih bila ditipu. Sebenarnya sebelum aku dapat tahu, lain sekali layanannya berbanding selepas aku dapat tahu. Katanya dia cuba berlaku adil dan cuba menjadi suami yang baik. Aku bekerja dan pekerjaan yang amat stabil.

Suami pula walaupun punya pendapatan yang agak baik, dia selalu buat kerja tambahan, jadi banyak pendapatan ekstra. Tapi dengan kehendak Tuhan, selalu tidak cukup. Entahlah. Boleh kata habis bulan, habis duit. Dia tidak ada simpanan walaupun umur sudah 40-an. Itu yang merisaukan aku kerana sampai sekarang pun tak ada simpanan.

Aku selalu kata aku tak ada duit, kalau tidak dia selalu nak pinjam. Jadi aku tak beritahu yang aku ada simpanan sendiri. Dia pandai memujuk bila dia sesak. Sebaik aku tahu, aku telah beritahu pada anak – anak. Memang mereka menentang tetapi kata mereka apa nak buat, ayah berhak kahwin lebih dari satu.

Anak lelaki kuranglah sikit nak mengetahui perasaan orang perempuan. Anak pujuk aku supaya buat tak tahu saja dan jangan sekali – kali berpisah. Dan aku juga beritahu mereka bila aku dengar khabar yang mungkin ayah mereka dah kahwin.

Aku selalu berfikir apa yang aku harus lakukan demi kebaikan untuk diri aku. Aku jaga diri, penampilan dan juga layanan aku terhadap suami, malah layanan aku sekarang lebih dari biasa. Sekarang aku cuba memperbaiki diri sama ada hubungan dengan manusia, suami, dan juga Allah. Aku tahu itulah yang sebaiknya. Hanya pada Dia aku mengadu.

Selain dari ruangan ini tempat aku meluahkan perasaan, ada juga pada sahabat yang baik. Tetapi tidak kepada keluarga kerana tidak mahu ibu bapa aku bersedih. Biarlah mereka melalui masa tua dengan aman. Kerana baru-baru ini adik pula ditimpa masalah, aku kesiankan mereka.

Maklumlah anak sedikit sebanyak tentu akan mempengaruhi fikiran mereka. Aku akan cuba menutup cerita aku dari pengetahuan mereka. Aku mohon pada Allah semoga aku akan dapat mengawalnya dari diketahui mereka.

Aku juga mohon supaya suami tidak memberitahu aku berita tentang mereka telah berkahwin (aku sebenarnya tidak berapa pasti kesahihan berita itu). Tetapi dalam hati aku, aku terima sebagai benar, kerana lambat – laun pun tentu akan sampai masanya kelak.

Ada hari aku rasa sangat sunyi dan sedih, terlalu. Tetapi bila mengenangkan suami melayan aku dengan baik, maka aku pujuk diri supaya terus bersabar. Aku pasti akan tiba hari, mendung akan berlalu, dan suria yang cerah akan menerangi hidup aku kerana aku percaya Allah Maha Adil pada setiap h4mba-Nya. Itulah saja kekuatan yang ada pada diri aku.

Aku cerita sedikit, di awal kecurangan, dia pernah tidak melayan aku dan lebih suka menyendiri. Aku dapat rasa dia berubah di waktu itu. Satu hari aku bertanya kenapa dia bersikap begitu. Tahu apa jawapan dia? Aku amat terk3jut dengan kata – kata bahawa dia telah tidak lagi menyayangi aku dan apa yang tinggal cuma kesian kepada aku.

Aku terus bersabar, entah kenapa tidak ada apa – apa tindakan, tapi aku terus bersabar dan aku serta anak kecil aku dibiarkan sendirian menguruskan keluarga. Diam tak diam, setelah beberapa tahun sehingga lah sekarang… aku kembali lebih bertenaga dan pulih sehinggalah SMS yang aku terima. Keadaan kembali tidak normal.

Kali ini aku bersemuka dan bertanya dan dia kata dia nak kahwin lain. Bayangkan, setelah sekian lama aku sangkakan hubungan telah berakhir. Aku sangkakan dia dah kahwin, tapi menurutnya dia tak ada duit (itu satu – satunya masalah). Tapi kenapa 5 tahun! Budak itu sangat – sangat setia, kan?

Rupanya setelah aku tanya orang yang rapat dengan suami, selama ini mereka masih berhubungan dan sampai tak malu lagi bawa perempuan itu dalam kalangan saud4ra mara dan keluarga. Sebab itu aku ada juga perasan dia tidak membawa aku bila ada apa – apa acara keluarga. Tidak tahu bagaimana aku boleh bersabar.

Bila aku bersemuka, dia kata masih sayang pada aku dan tidak akan mensia – siakan aku. Aku memohon untuk berpisah kerana aku tahu dia tidak mampu dari segi kewangan dan aku tidak mahu jadi bahan tempat dia melepaskan masalah dia (sebab aku jenis cepat kesian).

Aku katakan biarlah dia dengan perempuan itu kerana dia sudah ada pengganti atas segala kekurangan pada diri aku. Aku tahu, aku boleh berdikari kerana setelah sekian lama dibiarkan menguruskan anak – anak. Aku katakan dia suami yang baik kerana sebelum dia ke mana – mana pada hujung minggu, aku dan anak – anak dibawa makan di luar (mungkin ada yang kata dia pandai cover).

Keperluan semua cukup, walaupun kadang – kadang kena guna duit aku kalau dia tak ada duit. Tapi apa yang aku perasan, bila aku tunjuk rasa tak puas hati bila dia selalu balik lambat dan tidak luangkan masa di rumah, dia marah – marah.

Aku selalu sedih bila tengok suami jiran – jiran dah balik sebelum Maghrib. Aku memang tension. Tapi aku terus bersabar, dan berdoa. Memang semua hal anak – anak aku yang uruskan, dia cuma hantar anak ke sekolah waktu pagi.

Tetapi semenjak aku tahu perhubungan dia, dia sangat berubah, luangkan sedikit lebih masa dengan aku dan anak – anak, walaupun aktiviti balik lambat itu masih lagi tidak boleh berubah. Bila aku katakan nak berpisah, dia tak bersetuju.

Itulah sekarang ini suka atau tidak, aku terp4ksa menghadapinya. Aku tidak mahu jadi isteri yang tidak taat kepada suami kerana d0sanya sangat besar. Sebab itu aku layan dia sebaik mungkin, dan aku berserah kepada Tuhan.

Pembaca semua, aku cuba berfikiran positif. Tetapi aku insan yang lemah, ada waktu aku terlalu bersedih dan menangis. Aku cuba tabahkan hati dan melakukan solat sunat dan berwirid. Aku memohon kekuatan dari-Nya. Tapi aku rasa aku perlu luahkan perasaan aku. Aku rasa di ruang ini dapatlah aku meluahkan perasaan aku.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.