Sebenarnya saya malu nak mengaku yang saya ni kasar dengan suami. Kalau suami tak ikut apa yang saya nak, saya akan meng4muk, bila suami tak layan, saya akan baIing barang. Satu hari, suami saya cakap…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, sebenarnya saya tak tahu nak mula di mana tetapi sem4kin saya pendam, sem4kin s4kit dan tertekan jiwa saya. Saya seorang isteri dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Usia perkahwinan kami sudah menghampiri enam tahun dan dalam tempoh itu bermacam – macam ujian dan cab4ran saya tempuhi.
Sebenarnya semua ni berlaku atas salah saya sendiri. Saya akui… Tetapi tiap manusia di dunia ni, selagi bernyawa masih ada lagi peluang kedua. Begitu juga saya, saya mahu peluang kedua untuk memperbaiki diri dan menjaga rumahtangga saya supaya berkekalan hingga hujung nyawa kerana saya sayangkan suami saya. Demi Allah, saya sangat sayangkan dia.
Di awal perkahwinan, saya akui suami seorang yang lemah lembut dan penyayang. Segala kemahuan saya dituruti. Saya pula terlampau selesa dan bila suami tak ikut kehendak saya, mulalah saya meng4muk. Banyak kali suami menegur silap saya tetapi saya ego dan tak menerima tegurannya.
Malahan, suami pernah menulis surat untuk saya berubah seperti mana dia mengenali saya sebelum berkahwin, tetapi saya tak endahkan. Kalau dulu suami selalu bercakap dengan nada lembut dengan saya, tetapi kini nadanya kasar, tiada langsung kasih sayang.
Semuanya berpunca dari saya sendiri kerana saya tak menghorm4ti dia sebagai suami. Saya rindukan gelak tawa, senyuman dan gurauan manja suami saya seperti mana kami bercinta dulu. Saya sebenarnya sudah tak tahu macam mana nak memujuk suami saya kerana dia seperti sudah tak percaya bahawa saya boleh berubah seperti yang dia mahukan.
Dia pernah cakap yang dia makan hati dengan per4ngai saya. Kiranya semua kena ikut kemahuan saya. Suami seolah – olah tak mempercayai saya lagi. Kalau dulu saya selalu meny4kiti hati dia, sekarang dia sering meny4kiti hati saya.
Dia seperti membaIas perbuatan saya dan saya betul – betul tersiksa. Kalau dulu dia rajin membantu saya mengurus rumah, tetapi kini tak kerana saya tak pernah menghargai pertolongannya. Malah, saya seolah – olah memperkecilkan kebolehannya.
Akibat keegoan dan keangkuhan saya, suami sudah tak mahu membantu lagi dan sekarang saya kepenatan sendiri. Membasuh, memasak, mengemas rumah dan mengurus anak – anak semua saya buat sendiri. Mungkin ni baIasan kepada saya.
Macam mana saya nak tunjuk kepada suami yang saya betul – betul mahu berubah dan menyesali perbuatan saya? Sebenarnya saya malu sangat nak mengaku yang saya ni agak kasar dengan suami dari segi pertuturan dan perbuatan, lagi – lagi bila suami tak menuruti kemahuan.
Mulalah saya marah – marah tetapi taklah sampai keluar perkataan – perkataan yang tak elok. Lagi satu per4ngai saya, kalau suami buat endah tak endah bila saya marah – marah, mula saya baling – baling barang. Saya buat begitu supaya suami beri respon pada perkara yang saya marahkan.
Saya ni seorang yang tak boleh tengok rumah bersepah dan tonggang – langgang. Mungkin kerana pengaruh mak saya kot. Mak saya dulu memang marah kalau rumah bersepah. Masa mula – mula kahwin dulu, saya memang selalu marah suami saya kerana dia ni memang jenis yang tak berapa nak kemas. Dia memang smart (kacak) bila di luar.
Mungkin cara marah saya itu salah kerana saya meninggi suara dengannya. Lagi satu, suami saya suka sangat bila saya suruh sesuatu, mesti dia jawab nanti lah, kejap lah, esok lah, macam – macam lah, dan saya pula jenis tak suka bertangguh. Malu nak mengaku yang saya ni agak bossy.
Tetapi sejak sudah ada tiga orang anak, suami ada berubah, maksudnya ada tolong masak, basuh, dan apa yang sepatutnya. Cuma saya sahaja yang tak berubah – ubah iaitu per4ngai suka marah – marah padahal benda kecil sahaja.
Pendek kata, yang tak sempurna pada saya ni cuma per4ngai cakap ikut nafsu dan emosi sahaja yang membuatkan suami kecewa dan makan hati. Sekarang ni saya tengok suami cuma baik dengan anak – anak sahaja, sampai kadang – kadang timbul pula perasaan cemburu di hati saya.
Tetapi saya tak boleh nak buat apa – apa kerana semua bermula dari salah saya sendiri. Kalau saya cuba nak berbual dengan suami pun, dia cuma mengangguk atau menggeleng sahaja. Pernah dulu suami saya bagitahu yang saya ni ego tak bertempat tetapi jangan sampai abang pula yang tunjuk ego abang.
Dia seakan sengaja nak meny4kiti hati saya dan menguji sejauh mana ikhlas dan jujurnya saya nak berubah. Selain memohon pandangan rakan – rakan semua, sudah pastinya hanya pada Allah saya berdoa semoga suami benar – benar yakin dengan janji saya untuk berubah. Saya harap masih ada peluang kedua untuk saya.
Setiap kali selepas solat dan memohon doa kepada Allah, air mata saya tak semena – mena akan jatuh berjurai – jurai. Ketika itu jugalah saya teringat setiap salah saya pada suami. Saya menangis kerana saya takut doa saya tak didengar kerana saya derh4ka pada suami saya.
Suami saya pernah cakap, “tak ke mana ibadat saya kalau saya tak reti menghorm4ti dia sebagai suami.” Suami pernah cakap suatu masa dulu dia amat berbangga bila saya pilih dia daripada lelaki lain kerana saya banyak mengubah dia, dan sayalah perempuan yang membuka hati dia untuk berubah.
Tolonglah bantu saya kerana saya teramat menyesal kerana tak menghargai dia ketika dia amat menyayangi saya. Saya tak mahu terjadi apa – apa dalam rumahtangga saya kerana saya teramat sayangkan suami dan anak – anak saya. Cukuplah pend3ritaan yang saya tanggung ketika saya membesar dulu, dan saya tak mahu anak -anak saya mengalaminya. Mohon tunjukkan saya jalan.
Sambungan.. Alhamdulillah, pagi ni saya rasa sedikit gembira walaupun tengah demam. Ni pun bekerja dengan tiada suara, biasa lah s4kit tekak. Sebenarnya masuk hari ni sudah tiga hari saya demam, tetapi saya gagahkan juga diri saya untuk bekerja, mengurus rumah dan mengurus suami serta anak – anak.
Pertama kali dalam hidup saya, bila demam tak mengadu dengan sesiapa. Seperti yang anda semua cakap, no more complain. Semalam pagi saya demam teruk sampai tak boleh bangun pagi kerana kepala sangat s4kit dan saya bangun sekejap sahaja untuk solat, kemudian tidur balik.
Dalam pukuI 7 lebih, anak – anak sudah bangun. Nasib baiklah anak – anak tak merengek meminta sarapan. Masing – masing bermain sendiri sambil menonton televisyen. Dalam pukuI 8.30 pagi begitu, suami saya pun balik kerja kerana dia kerja syif malam.
Saya memang tak sedar langsung dia balik, sedar – sedar sahaja pukuI 9 lebih saya dengar suara suami saya. Saya pun intai lah dari pintu bilik tengok suami tengah buat roti bakar untuk anak – anak dan dengar juga suara dia cakap, “Lepas makan nanti ayah mandikan,” dan dengar juga suami cakap, “Jangan kacau ibu sebab ibu demam.”
Saya senyum sendiri tetapi macam mana dia tahu saya demam kerana saya tak beritahu pun. Lepas cuci muka, saya keluar bilik dan terus ke dapur kerana banyak baju nak dibasuh. Seperti biasa lah, saya cuci baju sambil itu masak untuk tengahari.
Lagipun anak – anak sudah mandi, suami saya pula tidur. Oleh kerana saya demam, saya cuma masak sup ayam sahaja sebab saya tahu itu kegemaran suami saya. Walaupun demam, saya buat kerja seperti biasa, dan dalam pukuI 2 petang saya bergerak pergi kerja. Turn suami pula jaga anak – anak.
Yang meng3jutkan, semalam balik kerja, suami dan anak – anak tunggu di pintu pagar. Sebenarnya suami saya ni pendiam dan bukan seorang yang romantik. Bahkan dia sudah bagitahu masa kami bercinta dulu. Jadi kalau nak harap dapat hadiah ke, k3jutan apa – apa ke, memang tak ada lah.
Saya sekarang tak pasti sama ada dia sudah maafkan saya atau tak, tetapi bila dia dan anak – anak tunggu saya balik kerja, terus saya rasa seronok. Saya harap benda ni berterusan dan akan kembalikan semula hubungan kami. Saya akan cuba berubah dan menyesal sangat dengan apa yang terjadi sebelum ni..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.