
Aku masuk hospital kerajaan walaupun suami mampu bayar hospital swasta. Tapi dia tak nak, sebab katanya anak ni dia tak nak pun. Katil sebelah aku ada wanita Rohingya. Bila aku pandang dia, aku rasa macam tengok cermin. Sama – sama tak punya sesiapa. Katil lain semua penuh dengan keluarga..
#Foto sekadar hiasan. Aku berkahwin di usia 23 tahun. Tentunya pasangan bahagia inginkan cahaya mata. Namun saban tahun aku menunggu, tapi tetap tak ada. Di awal perkahwinan dulu, aku memang siap sedia banyak pregnancy test. Setiap bulan aku cuba, tapi semuanya negatif. Lama – lama aku hampir berputus asa.
Orang sekeliling mula bercakap yang bukan – bukan. Ada yang cakap aku mandul, ada juga yang kata mungkin aku bermasalah. Setiap kali dengar ayat tu, hati aku rasa macam disiat – siat. Tapi aku diam je. Aku masih percaya satu hari nanti Allah akan beri rezeki itu.
Masuk tahun ketiga perkahwinan, aku disahkan mengandung. Tapi masa tu aku tak tahu pun aku mengandung sebab tiada pengalaman. Satu hari aku s4kit perut teruk masa buang air. Rasa macam nak pengsan, dan tiba – tiba keluar janin. Aku terdiam lama masa tu, tak mampu nak jerit, tak mampu nak menangis kuat. Anak tu harapan aku untuk bahagiakan keluarga kecil aku. Tapi Allah lebih sayangkan dia.
Beberapa bulan selepas kejadian tu, mertua ada bagi hadiah pokok bunga. Aku jaga sungguh – sungguh, siram tiap pagi dan petang. Tapi pokok tu m4ti juga akhirnya. Mertua sempat cakap, “Patutlah tak ada anak, jaga pokok pun tak pandai.”
Masa tu aku senyum je depan dia, tapi dalam hati rasa macam nak rebah. Itulah contoh kata – kata manusia pada kita yang tak punya anak. Setelah enam tahun menunggu, akhirnya aku disahkan mengandung lagi. Aku menangis masa doktor cakap “tahniah”.
Akhirnya aku jadi ibu pada usia 29 tahun. Bila aku pandang wajah bayi sulung aku, hilang segala perit dan air mata dulu. Aku bisik perlahan dekat dia, “Mama sayang awak, mama tunggu awak lama sangat.” Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Suami aku ceraikan aku selepas dia berjumpa dengan seorang perempuan. Masa tu aku ditinggalkan dengan anak seorang. Suami langsung tak sedih. Talak dijatuhkan macam buang barang yang dah tak berguna. Dia pun tak kisah langsung tentang anak kami, sebab dalam mata dia hanya ada perempuan tu saja.
Beberapa tahun lepas tu, aku berkahwin lagi. Masa awal perkahwinan, suami baru aku dah pesan, jangan mengandung lagi sebab dia nak kukuhkan kewangan dulu. Aku setuju, sebab aku pun teringin nak rasa honeymoon dan masa berdua dulu.
Lagi pun aku jenis susah nak mengandung, jadi aku fikir semuanya akan berjalan lancar. Tapi tak lama lepas tu, aku disahkan mengandung lagi. Orang panggil “bunting pelamin”. Bila aku beritahu suami, dia terus suruh aku gugurkan. Katanya, kalau aku tak gugurkan, tanggunglah akibatnya.
Masa tu aku tergamam. Rasa macam dunia berhenti sekejap. Tapi aku tekad, aku akan teruskan kandungan ni walau apa pun jadi. Bermula dari situ, episod duka hidup aku pun datang lagi. Aku teruskan kehamilan dengan solat, baca al-Quran, dan berzikir.
Aku selalu pujuk diri, kalau suami tak jaga aku dengan baik, Allah ada untuk aku. Setiap kali aku rasa nak rebah, aku p4ksa diri bangun dan fikir positif. Waktu kandungan masuk sembilan minggu, aku dah ada buku pink. Aku ulang – alik check up seorang diri.
Sepanjang mengandung, aku tak pernah alahan. Hemoglobin pun tak pernah rendah. Aku memang fokus jaga kandungan dengan baik. Kadang – kadang bila rasa sedih dan gelisah, aku menangis diam – diam, tapi lepas tu aku kuat semula. Satu hari, masa aku tengah sarat mengandung, aku dapat surat dari mahkamah.
Bekas suami nak tuntut hak jagaan anak. Bayangkan, aku yang tengah bawa perut ni kena hadir ke mahkamah beberapa kali. Tapi akhirnya, mahkamah putuskan anak di bawah jagaan aku. Aku sujud syukur, satu beban berat akhirnya selesai.
Tiba masa bersalin, aku masuk hospital kerajaan walaupun suami mampu bayar hospital swasta. Tapi dia tak nak, sebab katanya anak ni dia tak rancang pun. Aku admit awal sebab contraction palsu. Empat hari aku duduk dalam wad tanpa seorang pun datang melawat.
Katil sebelah aku ada wanita Rohingya. Bila aku pandang dia, aku rasa macam tengok cermin. Sama – sama tak punya sesiapa. Katil lain semua penuh dengan keluarga yang datang bawa makanan, tapi aku hanya ada doa dan air mata. Aku dari keluarga yang broken.
Ibu ayah aku dah lama bercerai, dan masing – masing bawa haluan sendiri. Aku dah biasa berdiri atas kaki sendiri. Jadi masa tiba waktu bersalin, aku seorang diri dalam dewan bersalin. Tapi ajaibnya, Allah mudahkan semuanya. Baby keluar sendiri tanpa banyak komplikasi. Air mata aku jatuh waktu tu, bukan sebab s4kit tapi sebab syukur.
Lepas bersalin, aku berpantang sendiri di rumah. Setiap hari aku belajar uruskan baby sorang – sorang. Baby aku jenis tak banyak ragam. Bila dia menangis, aku pujuk lembut – lembut, terus dia diam. Aku tahu Allah tengah pinjamkan kekuatan yang luar biasa pada aku.
Yang peliknya, lepas baby lahir, per4ngai suami berubah. Dia mula lembut hati, selalu puji anak kami comel sebab muka 90% ikut muka dia. Baby ni tiba – tiba jadi kesayangan dia. Aku senyum je tengok perubahan tu, walau dalam hati masih ada parut Iuka lama.
Bekas suami aku pula sampai sekarang masih belum dikurniakan cahaya mata. Tapi dia selalu cari anak aku. Kadang – kadang call, kadang – kadang video call. Dulu masa perkahwinan kami, dia langsung tak kisahkan anak, tapi sekarang dia yang paling rindu. Pelik betul jalan hidup ni.
Sekarang aku bahagia dengan suami dan anak – anak. Tapi aku sedar hidup ni ada pasang surutnya. Aku dah bersedia kalau diuji lagi. Bila ujian datang, ingat Allah. Bila buat sesuatu kerana Allah, kita takkan menyesal. Bagi aku, hidup ni tak macam yang kita bayangkan.
Kadang – kadang kita rasa jalan ni mudah, tapi rupanya penuh ranjau. Kadang – kadang kita fikir anak tu beban, tapi sebenarnya dialah pintu rezeki kita. Bila rasa perit mengandung, yakinlah Allah akan mudahkan. S4kit dan susah sekarang akan diganti dengan pahala besar di akhir4t. Dan kalau bertuah, nikmat tu Allah dah bagi sejak di dunia lagi.
Komen Netizen :
Nori Othman : Pertama kali air mata saya menitis selepas membaca kisah di sini. Kisah sis ni betul – betul menghir1s hati saya. Sis seorang yang sangat positif dan sangat baik hati dan sentiasa redha atas ketentuan Allah swt. Saya puji dan sangat – sangat bangga dengan ketakwaan dan kekuatan iman sis. Semoga Allah swt sentiasa menjaga sis dan keluarga sis dunia akhir4t. Ikhlas saya doakan dari jauh.
Siti Rahmah : Tahniah puan. Saya rasa bangga bila puan katakan puan tetapi memilih bayi puan kerana Allah. Hebat puan ni. Moga Allah sentiasa lindungi puan. Benarkan.. kita akan tetap diuji. Tak kira la time suka duka. Jika ujian tu datang. Kita mesti selalu cekal dan banyak sabar. Sebab sabar la yang akan datangkan kemanisan.
Dan dalam hidup keberg4ntungan sepenuhnya pada yang mencipta sebab manusia sebesar mana pun kasih sayang kita. Dia boleh bolak balik hati tapi Allah tetapi dengan kita apa keadaan pun. Moga syurga tempat mu wahai kaum hawa ku.
Yah Wan : Hebatnya awak dik. Setiap orang pasti ada dugaan dan ujian tapi masyaallah. Kuatnya awak.. sabar dengan setiap ujian yang Allah bagi. Berbaloi awak sabar dik. Berg4ntung dengan Allah itu lebih baik dari manusiakan tapi tak semua orang boleh buat begitu. Termasuklah akak.. pagi – pagi baca dah p0tong bawang dah.. huhu..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.