7 tahun takde anak kami bahagia. Bila dapat anak suami buat tak tahu. Anak nangis malam2, suami tidur lena tak tolong

Tidur malam suami tak pernah terganggu, saya yang bersengkang mata. Saya berharap dia tolong cucikan botol – botol, barang – barang pam susu, nak mintak tolong yang ni pun susah. Sudahlah penat susu badan, nak pam, nak cuci sparepart botol semua. Kalau minta tolong kata sibuk, tapi sempat tengok Youtube..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin sekiranya post saya dapat dikongsikan. Saya cuba pendekkan luahan saya semampu boleh, sebab saya pun tak larat baca orang lain punya post yang panjang – panjang.

Saya dan suami sebelum ni TTC selama 7 tahun untuk anak pertama kami. Usia anak kami bakal masuk 6 bulan tak lama lagi. Alhamdulillah dikurniakan suami yang cuba memberi semampunya. Saya dapat bersalin selesa di hospitaI swasta, dia belikan barangan bayi yang boleh dik4takan mahal dan branded bagi saya, serta order food delivery hari – hari sebab saya tak larat masak sebab menyusu badan.

Sebagai isteri, saya bersyukur namun sedikit sebanyak saya menyimpan rasa sedih dengan sesetengah sikap suami. Tidur malam dia tak pernah terganggu, selalu saya yang bersengkang mata. Yang ni mungkin saya boleh tolak ansur sebab saya yang susukan anak.

Tapi sekali sekala saya berharap dia tolong cucikan botol – botol dan barang – barang pam susu badan, nak mintak tolong yang ni pun susah. Sudahlah penat susu badan, nak pam, nak cuci sparepart botol semua. Baru saya tahu nak cuci semua benda ni pun makan masa dan penat.

Ye lah, kita bukan pam sekali je sehari, susu pun bukan sekali je guna, ada 2 – 3 botol. Lepas tu saya juga yang lap basuh ber4 k3ncing anak. Dia kadang – kadang kerja dari rumah, jadi saya faham dia sibuk kerja. Tapi lepas waktu bekerja? Tak ada pun nak tolong.

Dia kerja dekat rumah pun banyak kali je dia ‘curi tuIang’ tidur sekejap, tu pun saya takde ganggu dia. Tetap saya layan anak sendiri. Pokoknya bila saya selalu mintak dia tolong, dia akan kata yang dia sibuk. Tapi sempat je online, tengok Youtube, sempat main game.

Sekarang boleh lah nak cakap macam tu sebab saya masih bercuti. Nanti saya dah start kerja macam mana? Bab pengasuh saya jugak yang bertungkus lumus cari. Yang ni pun saya sendiri yang risau sorang – sorang macam mana lah anak saya sendiri di bawah jagaan pengasuh. Dia tak amik kisah sangat pun.

Belum lagi saya nak sentuh part susu badan. Sebenarnya perjalanan susu badan saya ni pun bukan lah semudah selak dan bagi je. Saya kena pam jugak bagi ‘maintain’ kan demand supply. Sekali sekala saya haraplah dia tolong tengok – tengokkan anak sementara saya pam. Tapi takde semua tu.

Bayangkan saya pam tapi anak nangis rengek depan saya macam mana saya nak pam dengan tenang? Belum lagi sentuh kerja rumah lain (tak melibatkan bayi) yang saya kena buat. Banyak kali saya burn out sampai beberapa kali buat benda yang merb4haya sebab saya dah tak tahan tapi tetap sama je.

Saya tak harapkan dia tolong saya semua benda. Tapi sekali sekala tu pun dah sujud syukur sangat. Siap puji – puji dia sebab nak amik hati tolong saya. Tapi fikirkan balik, kan itu anak kami? Kenapa saya perlu beria demi untuk suami saya buat bare minimum?

Buat mereka yang masih TTC, atau mereka yang ada anak memandang mereka TTC ni sebagai ‘kasihan’, DON’T BE. Entah – entah kita yang ada anak ni lagi perlu dikasihankan. Banyak tanggungjawab, banyak nak kena jawab di akhir4t, banyak bebanan di bahu yang nak dipikul.

Saya tak nafikan saya rindu hidup berdua macam dulu. Kurang g4duh. But i wouldn’t trade my baby for the world. Sekian dari wanita yang pernah TTC bertahun, dan juga sudah menjadi ibu kini. – Amalia (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Azie Azem : Tarik nafas dik… Nampak tak apa hikmahnya takde anak selama 7 tahun. Dah umur matang pon masih rasa penat jaga anak. Hidup ni mudah, tak larat bf, ko kasik je susu formula, akak beranakkan anak bongsu pada umur 42 dengan high risk pregnncy.

Lepas bersalin susu pon tak keluar sedangkan abangnya menyusu sampai umur 4 tahun, tanpa ada setitik pon susu formula. Tapi beza dengan adiknya. Susu tkde, dia ng4muk dan akhirnya akak campur dan putuus terus bf sebab anak sulung eksiden patah kaki dan akak ulang alik merentas negeri jaga abang dia dekat sebulan.

Enjoy je dik hidup ni, tak larat perah, kasi je susu botol siang, malam ajak je ngempeng orang jawa kata. Lepas ni boleh dah ajar anak tu makan bubur cair atau nasi kanji lepas umur dah 6 bulan. Insyaallah malam je dia bersama dengan kita.

Siang dia dah makan. Jangan str3ss – str3ss. Ada orang diuji dengan anak yang s4kit, 0ku. Kita pandang orang yang lebih teruk hidup dari kita supaya kita sabar dan syukur. Memang penat ke hulu ke hilir dengan botol susu. Tapi itulah kemanisannya. Kalau rasa memang tak larat, takyah dah beranak lagi. Cukuplah sorang.

Khairiah Haron : Tak dinafikan jaga anak memang boleh burnout. Lagi – lagi suri rumah. Mengikut pengalaman sendiri, dari sorang yang bekerjaya kepada suri rumah sepenuh masa. Ikhlaskan la hati semampu yang boleh, kerana dengan hati yang ikhlas membesarkan anak Allah akan baIas segala kebaikkan kita.

Macam mana nak ikhlas? Bersyukur dengan apa yang Allah telah beri pada kita. Pandanglah orang yang lebih sukar kehidupannya daripada kita maka rasa kesyukuran akan menjadikan kita ikhlas. Semoga segalanya dipermudahkan buat TT.

Hazrina Mohd Hashim : Dengan lelaki ni, kena cakap terus terang. Kena suruh. Tak boleh harap dia faham sendiri. Akak pon pernah je kecik hati bab ni dulu. Biasa la dik alam menjadi ibubapa ni alam baru untuk awak berdua. Suami tak tau apa yang patut dia buat. Banyak – banyakkan istighfar. Yang penting jangan pendam. Communicate dengan suami. Semoga dipermudah segala urusan ya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.