9 bulan kami berkahwin dia tak pernah masak, jauh berbeza dengan perwatakan arw4h isteri

Saya seorang bapa tunggal yang kehilangan isteri semasa arw4h sedang mengandung akibat s4kit jantung. Selama 5 tahun besarkan anak akhirnya saya berjumpa dengan seorang wanita yang sangat mesra dengan anak perempuan saya. Dia selalu bawa anak saya berjalan pada hujung minggu. Hinggalah kami berkahwin, saya terk3jut lihat apa yang dibuat pada anak saya…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, saya harap disiarkan kisah ini dapat disiarakn untuk peringatan kepada pasangan di luar sana. Kisahnya begini min, saya telah kehilangan isteri akibat ser4ngan jantung semasa tidur dan ini agak memberi kesan kerana saya.

Ini kerana saya bukan sahaja kehilangan isteri malah turut kehilangan anak dalam kandungan yang berusia 6 bulan. Setelah hampir 5 tahun menjadi bapa tunggal, kawan sepejabat ada memperkenalkan saya dengan seorang kenalan yang telah berpisah dengan suaminya, kiranya dia pun janda.

Di awal perkenalan, semuanya agak baik. Saya nampak dia begitu mesra dengan anak perempuan saya yang berumur 6 tahun dan selalu mengambil anak saya berjalan pada hari minggu. Bermula dari itu, timbul rasa ingin menamatkan zaman duda saya.

Segala urusan perkahwinan berjalan lancar. Buat pengetahuan pembaca, saya bekerja di syarik4t perunding pembinaan dan arw4h isteri saya telah membeli insuran hayat dan diletakkan atas nama saya dan anak.

Namun, selepas beberapa bulan perkahwinan. Kelakuan isteri saya nampak berlainan. Dari segi percakapan, penggunaan bahasa dan kekemasan semasa di rumah. Boleh katakan agak banyak berbeza dengan perwatakan arw4h isteri.

Pernah sekali, anak saya ditempik kerana bermain di dalam bilik kami semasa saya berada di ruang tamu. Banyak lagi tingkahlaku dia yang saya rasa agak janggal seperti aspek membasuh pinggan, baju dan mengemas rumah.

Semua itu tidak pernah dibuat. Memasak memang tak pernah selama hampir 9 bulan kami berkahwin. Yang agak merungsingkan saya apabila adiknya ada datang ke rumah untuk meminjam duit kononnya untuk membesarkan perniagaan.

Tapi yang saya lihat, adiknya hanya duduk di rumah tidak bekerja. Setiap malam dia memujuk agar memberikan adiknya meminjam duit. Namun sehingga kini saya tidak memberikan sesen pun.

Dan akhir kepada hilang perasaan kepada dia apabila dia menamp4r anak saya kerana anak saya bermain permainan atas katil kami. Dan sekarang, saya izinkan dia keluar dari rumah saya dan dalam proses berpisah di mahkamah syariah kota bharu.

Perkongsian yang dibuat mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Rata – rata memuji tindakan pantas yang dibuat oleh penulis yang tak teragak – agak memastikan anakya tidak terus did3ra oleh isterinya.

Komen Warganet :

Sutimah Oma Ima : Bertabahlah dik Allah tau apa hikmahnya di sebalik perpisahan ini. Syukur Allah tunjukkan dari awal perkara sebenar pada isteri kamu. Semoga akan datang lebih berhati – hati dan seeloknya solat istikarah dulu mohon petunjuk sebelum membuat sesuatu keputvsan.

Safirah Shafiyyah : Susah nak cari orang yang betul – betul sayangkan anak kita macam anak sendiri, kalau ada pun segelintir. Tapi yang banyaknya hanya berpura – pura sayang yang lambat atau cepat, perasaan benci dan menyampah pada anak kita tu akan ditunjukkan juga akhirnya..

Munib Tercyank : Itulah, banyak kes macam ni, awalnya baik dan sanggup bawa anak jalan – jalan, hanya kerana ingin mengambil simpati dan ambil perhatian. Tapi kalau dah berjalan, seiringnya waktu akan nampak per4ngai dia yang sebetulnya.

Jadi bagi kaum lelaki atau perempuan dari semua yang diceritakan itu kita boleh ambik hikmahnya. Kita jangan mudah percaya dengan lakonan ‘baik’ seseorang. Sebelum betul – betul melangkah ke depan, baik pastikan diorang betul – betul samada ikhlas atau hanya lakonan semata – mata.

Selidik dahulu macam mana per4ngai dia yang sebetulnya, lambat laun pasti akan nampak. SaIute dengan awak sebab dah halau prempuan yang tak patut dijadikan suri rumah, tak layak dijadikan seorang ibu.

Utamakanlah anak serdiri, jagalah anak seperti saat ibunya masih ada. Teruskan bersemangat dan teruskan langkah awak maju ke depan. Allah kan selalu bersama oang – orang yang bijaksana.

Marina Marin : Nasib baik dia tak bagi pinjam duit walau satu sen pun, mesti tu geng – geng keluarga suka ambik kesempatan dari kebaikan orang lain. Dah lah bang perempuan macam tu tak payah laki di beIa, sebab dah nampak dari gaya perempuan tu hanya ambik kesempatan dri kebaikan abang.. anak abang lagi utama, dari pada perempuan tu. Perempuan tu jenis pura – pura je untuk dapatkan sesuatu.

Ummie Nadia : Tabahkan hati dalam mengh4rungi dugaan. Ternyata arw4h isteri seorang yang amat baik, alhamdulillah. Semoga arw4h ditempatkan di kalangan para solehah. Jaga dan didik anak sebaik mungkin.

Bukan semua boleh terima anak kita dan berkahwin dengan kita seikhlas hati. Jadikan perkahwinan kali ke-2 sebagai 1 pengajaran dalam hidup. Semoga dipermudahkan urusan tt.

Siti Ilyana Fatimah : Saya suka cara awak, kita kena tegas dengan perempuan Iaknat macam ni.. Suka hati dia je nak pukuI budak 6 tahun. Budak – budak macam tu biasalah kan. Saya ada anak, saya taw lah perasaan awak bila isteri awak pukuI anak depan kita macam tu.

Kalau saya dah lama kena peIempang dah bini awak tu. Baguslah kau ceraikan dia. Tapi kalau dia mohon apa – apa jangan ko bagi peluang, cair plak lepas kena pujuk. Mungkin dulu dia kena cerai pasal per4ngai dia macam ni lah kot. Geram sangat aku baca.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?