9 minggu mengandung tak boleh bau dapur. Suami meng4muk aku masak tak sedap. Dia kata aku kerja tidur je

Sebelum mengandung aku masak macam 5 star restaurant suami selalu puji, sekarang bau apa pun tak boleh asyik munt4h. Suami aku buang ke tong sampah, dia tak lalu nak makan masakan aku. Sentiasa tak kena, h4ngus la, rasa pelik la…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca. Terima kasih admin andai penulisan ini disiarkan. Tapi aku harap tersiar la sebab aku perIukan pendapat dan nasihat yang baik – baik dari pembaca. Sedikit intro, aku berumur 32 tahun. Telah berkahwin selama 2 tahun, suami berumur 34 tahun. Kami berdua kahwin sedikit lewat kerana masing – masing bekerjaya.

Sepanjang berkahwin, suami aku seorang yang sangat baik dan penyayang. Susah senang kami bersama. Dulu – dulu sebelum suami naik pangkat, aku banyak support dari segi kewangan kerana gaji aku lebih besar dari dia. Aku ikhlas seikhlasnya.

Selepas suami naik pangkat dan gaji 3x ganda, dia ambil alih kewangan rumah 100% malah rumah yang aku beli dengan nama aku sendiri dekat kampung pun dia yang bayar. Tidak pernah kedekut dan sangat caring. Hidup kami bahagia berdua.

Kami sangatlah menginginkan zuriat. Alhamdulillah, setelah 2 tahun berkahwin akhirnya aku disahkan mengandung. Rumahtangga mana yang tidak ditimpa ujiankan. Bagi aku dan suami, kami diuji ketika aku mengandung.

Aku mengalami alahan yang sangat teruk dan terp4ksa berhenti kerja. Semuanya berubah 360 darjah. Rumah kami sebelum ni aku jaga tiptop, sisi mana je yang tak aku lap dan berus. Sentiasa kemas dan rapi. Aku str3ss dengan keadaan sepah – sepah ni.

Tapi sekarang aku dah tak larat sangat nak kemas entahlah aku macam demotivated. Duduk rumah berulang buat benda yang sama setiap hari. Kalau dulu aku masak macam 5 star restaurant suami selalu puji, sekarang bau apa pun tak boleh asyik munt4h.

Aku masak pun akhirnya ke tong sampah, tak lalu suami nak makan. Sentiasa tak kena, h4ngus la tak masak la rasa pelik dan macam – macam lagi. Sebab aku masak dalam keadaan terp4ksa dan aku tak pernah cicip rasa. Masak hanya untuk suami.

Suami aku seorang yang bekerja keras, dia masih lagi all out dan bagi 100% effort dalam rumahtangga ni macam dulu. Tapi yang jadi masalah nya bila effort aku dah tak macam dulu. Jadi aku rasa dia dah reach limit kesabaran, balik rumah letih tapi rumah tak rapi macam dulu dan takde lagi makanan terhidang buat dia.

Aku sangat str3ss, kandungan aku sekarang 9 minggu. Aku str3ss asyik dengar dia complaint. Kalau masak, aku memang cuba tapi sebab aku tak enjoy macam dulu jadi makanan tu tak sedap dia pun taknak makan aku nak buat macam mana. Aku dah cuba.

Memang banyak kami membazir tidak terhitung daging yang ayam yang terbuang. Suami asyik merungut dia tak makan pun sekarang, memang dia kurang beli makanan luar aku dah cuba cakap tapi 2, 3 hari je dia jaga makan minum dia. Yang aku ni makan ke, aku pun tak boleh nak makan.

Aku tak ingat bila last aku jamah ayam / daging. Aku faham dia penat semua, tapi aku nak buat macam mana. Aku rasa mentally exhausted. Dengan suami asyik complaint, aku rasa energy dan motivation aku zero. Aku tak biasa duduk rumah macam ni dengan rasa yang tak selesa, pening dan loya ni setiap masa.

Waktu taip ni kami baru lepas berg4duh atas alasan yang sama lagi. Selalu kalau aku nak masak dia cakap tak payah, nanti tak jadi pulak membazir tapi harini dia ungkit aku tak masak – masak habistu dia nak aku buat apa.

Dia cakap aku duduk rumah hanya tidur, dia je yang all out kerja macam orang giIa. Aku terasa sangat – sangat. Dia cakap aku berubah. Aku berubah. Aku berdiri depan cermin pandang pantulan, macam mana aku tak berubah aku tak rasa sama macam dulu physically, emotionally, mentally.

Dulu aku hanya aku sekarang aku bakal jadi ibu. Macam mana aku tak berubah. Ya, aku dah berubah. Aku penat dengan perg4duhan kami yang sentiasa berulang. Harini agak tegang, seolah perceraian saja yang nampak untuk masa depan kami.

Rupanya mengandung tak seperti yang aku sangkakan. Dulu dia cakap dia akan layan aku macanm puteri bila aku mengandung. Tapi hakik4tnya hanya mudah madah berbicara. Aku menangis pun salah, dia cakap asyik menangis je yang dia pun ada perasaan tapi takde pulak dia menangis.

Aku tak tahu la macam mana nak jernihkan dan solve benda ni. Perkahwinan kami ibarat telur di hujung tanduk. Harap pembaca sudi tinggalkan nasihat dan komen yang membina. Terima kasih Yang berduka, – Bumil (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Hani Junaidi : Suami awak ni kena disekolahkan dengan emak, ibu, atau doktor. Pembawaan budak ni bukan senang. Lagipun duduk berdua ja. Zaman dah canggih, suami order la grab food bagi mengelak asik bermasam muka.

Tapi buat awak sabar dna bayi, bersabarlah. Mungkin suami awak tak faham gejolak perubahan hormon dan menjaga anak ini bukan mudah. Mungkin kena tunjuk video, penerangan dari pakar apa yang awak alami. Moga puan dan bayi sihat dan membesar dengan baik. Apa pun awak kena pentingkan diri awak dan anak juga.

Noormariana Mohamad : Akak mengandungkan 5 orang anak, semuanya m4buk. Anak yang no 3 dan 4 m4buk sehingga sampai masa bersalin. Tak boleh makan, tak lalu nak makan, tak boleh masak tapi Alhamdulillah suami saya faham. Jadi yg masalahnya bukan kamu tapi SUAMI. Suami kena faham yang org mengandung ni macam – macam keadaanya. Kena dapatkan nasihat daripada ibubp atau mertua.

Rohana Mustafa : Sis, awak minta diri balik rumah family, minta diorang masakkan. Luangkan masa dengan awak dalam seminggu ke. You need to heal urself first. Pregnancy memang tak sama untuk setiap orang, kalau ada orang yang cakap awak mengada, buat tak tahu je.

Lain orang, lain pembawakannya. Lepas dah healing baru cuba balik untuk jadi macam sebelumnya sikit – sikit. It wont be exactly the same tapi cuba untuk bahagiakan diri dan suami. All the best dan smoga yang baik – baik je untuk TT.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.