Selalu sangat aku solat di sebeIah suami yang sedang tidur ayam, kadang – kadang rasa geli hati juga aku sebab dia buat – buat tidur bila aku k3jutkan dia untuk solat. Aku ciuum – ciuum ubun – ubun dia, aku tarik – tarik telinga dia, aku picit – pucit hidung dia, tapi dia mengelak sampai jatuh katil..
#Foto sekadar hiasan. Hi pembaca sekalian. Nama aku Nor. Sudah bersuami dan mempunyai 3 orang anak. Apa yang ingin aku luahkan ini sebenarnya aku dah redho sebab aku dah rasa sangat bersyukur. Aku sudah bernikah dengan suami Mr A selama 29 tahun.
Dia orangnya sederhana tetapi kuat bekerja dan penyayang. Dari mula nikah sehingga kini, dia tidak pernah buat hanya satu kerja. Rajin dan sangat bertanggungjawab dengan aku dan anak – anak. Aku memang bahagia dengan Mr A.
Walaupun aku kerja sebagai pegawai kerajaan kelas A tetapi Mr A tidak pernah culas memberi aku wang bulanan. Sedikit dia dapat, sedikit dia beri aku, banyak dia dapat, banyaklah dia beri aku dan anak – anak. Selalu menghiburkan kami dengan celotehnya yang lucu.
Ada masa untuk kami sentiasa. Rajin masak (masakan Mr.A memang superb). Pendek kata, aku bersyukur sangat. Cumanya Mr A sangat sulit untuk mendirikan solat. Dia tidak pandai mengaji, aku pernah juga ajar dia, tapi mungkin sebab dia rasa segan. Dia tidak mahu aku ajar dia lagi.
Aku cadangkan dia mencari guru mengaji, dia malu mungkin. Aku bimbing dia membaca Al Fatihah dan beberapa surah lazim supaya boleh dibaca sewaktu solat. Nasib baik dia nak, sekarang dia sudah lancar. Alhamdulillah…
Semasa anak – anak masih kecil, bila maghrib selalunya aku sudah minta anak – anak bersiap bentang sejadah dan panggil ayah untuk jadi imam. Dia mahu dan jadi imam untuk kami. Bila anak – anak sudah sekolah menengah, dia tidak mahu turut serta solat dengan kami. Selalunya dia tidak solat terus.
Masa usia aku hendak cecah 40 tahun, aku ada menyatakan pada Mr A untuk menunaikan umrah sebab hendak berdoa depan kaabah genap pada tarikh hari lahir aku. Mr A setuju dan membayar semua perbelanjaan aku ke tanah suci.
Aku ingat dia ikut sekali, rupanya dia bayar untuk emak aku supaya pergi dengan aku. Aku agak sedih tapi tak apalah, dia kata dia tidak bersedia. Aku faham dan memeIuknya sambil berterima kasih kepadanya kerana memberi keizinan 100% aku ke tanah suci tanpanya.
Aku yakin Mr A izinkan aku ke tanah suci sebab sewaktu di sana, segala urusan aku dan emak sangat mudah, berkat keizinan suami, bisik hati aku. Pulang dari Mekah, aku selalu secara perlahan – lahan memujuknya untuk solat.
Selalu sangat aku solat subuh di sebeIahnya yang sedang tidur ayam, kadang – kadang rasa geli hati juga aku sebab dia buat – buat tidur bila aku k3jutkan dia untuk solat subuh. Aku ciuum – ciuum ubun – ubun dia, aku tarik – tarik telinga dia, aku picit – picit hidung dia, tapi dia mengelak sampai jatuh katil sebeIah sana!
Mr A ni manja orangnya sebab tu aku layan dia macam tu, dia suka tapi malas solat. Sekarang anak – anak semua sudah bekerja. Aku masih dengan rutin yang sama nak ajak dia solat sekali. Kadang – kadang aku berjaya seret dia jadi imam solat aku. Kadang – kadang tidak berjaya.
Kalau nampak dia macam marah, aku hentikan usaha aku nak dia solat dengan aku. Kami sama – sama masih bekerja tetap. Mr A ada setahun lagi hendak pencen manakala aku ada lagi 3 tahun (pencen pilihan). Rumahtangga kami Alhamdulillah aman walau pernah dikacau orang ke-3.
Alhamdulillah Allah masih bagi kami jodoh yang kuat. Aku doa tidak berhenti kepada Allah supaya Mr A dan aku terus kekal bersama sehingga syurga. Tapi kalau culas solat, macamana? Pembaca dikasihi, mohon doakan Mr A rajin solat dan rajin beribadah. Doakan aku sekali ye.
Aku doakan pembaca semua pun akan sentiasa mendirikan solat dan mencari akhirati sama seperti mencari duniawi. Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini. Rahmat Allah untuk kita semua. -Nor (bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.