Suami siap bagi ‘nafkah’ RM800 dekat kak ipar sebab dia bercerai, tapi saya pula yang kena guna duit sendiri

Kak ipar ada 4 orang anak dan baru je bercerai awal tahun ni. Suami saya ni baik sangat, dia ajak kak ipar dan anak – anak duduk sekali. Masa awal – awal je per4ngai elok, lepas tu kak ipar dah jadi madam, dan saya yang jadi bibik dekat rumah sendiri..

#Foto sekadar hiasan. Assalaimualaikum semua pembaca. Ini kisah benar yang saya lalui. Saya dan berkahwin selama 2 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan yang baru saja berusia 1 tahun. Suami bekerja offshore dan sering tiada di rumah dan kami tinggal di rumah sendiri.

Untuk pengetahuan itu adalah RUMAH SAYA SENDIRI yang dibina sebelum kami berkahwin lagi atas tanah ayah saya yang memang dah dibahagikan untuk saya 3 beradik. Rumah kami ada 4 bilik dan 2 bilik air. Sebelum ini saya tinggal bersama adik bongsu saya yang berusia 19 tahun bersama rakannya sebab  mudah nak pergi kerja, dekat dalam 10 minit je sampai.

Jadi tak payah meryewa bagai, lagipun suami sebulan sekali  je ada. Kehidupan saya aman je, teratur dan kami pun senang hati.. Namun awal tahun baru – baru ni kakak ipar saya, (kakak suami) baru bercerai dan tiada tempat tinggal.

Suami saya anak bongsu dari 12 adik beradik dan dah tak ada mak ayah. Rumah pusaka arw4h si sulung yang dapat, jadi disebabkan sikap pemurah, suami ajak la si kakaknya bersama 4 orang anak berusia 15,14 ,12 ,9 tahun untuk sementara waktu.

Pada awalnya ok je, normal macam keluarga yang lain. Tapi dua minggu kemudian dah mula mereka buat per4ngai. Saya dah start jadi macam bibik di rumah sendiri. Anak – anaknya ya Allah, ruang tamu rumah saya dah jadi tempat peIupusan sampah.

Segala mak nenek sampah ada, lepas makan buang merata, tin minuman, plastik jajan, air kotak dan batang aiskrim, dekat mana diorang main, dekat situ la diorang buang bekas atau sisa makanan. Tak cukup dengan tu, kalau kat dapur, 20 kali masuk dapur 20 biji la pinggan cawan berseIerakkan atas peti, dekat top cabinet, atas lantai.

Bila saya mula berbunyi tegur, kali ke-5 baru la ambil simpan. Itu pon buat sambil lewa. Tak cukup dengan tu, kain baju beseIerak sekali, tak kisahlah pintu bilik air, di kerusi sedangkan saya dah sediakan bakul punya la besar, untuk letak pakaian kotor.

Nak tak nak saya jugak kena kutip letak dalam mesin basuh. Saya sebenarnya pernah keguguran baru – baru ni akibat tersadung seluar si anak kakaknya. Berbalik pada hal kak ipar, dia dah jadi madam dalam rumah, dia bangun tidur dah pukuI 11 pagi, anak – anak pergi sekolah saya kena hantar (dulu la).

Dia dengan bangun tak mandi, tak apa, terus bukak tudung saji cari makanan. Dekat dapur tak pernah tolong pun. Tak macam baru – baru dduuk sebelum ni. Saya seorang tukang jahit dan ada kedai sendiri dan punya anak kecik yang sedang aktif.

Penat tu ya Allah, hanya tuhan yang tahu. Bila saya tegur kak ipar, dia mula tarik muka sebab dah tak tahan saya mengadu pada suami dan suami alhamdulilah baik dan nasihat kaknya suruh pohon bantuan rumah, isi borang ibu tunggal apa semua.

Tapi si kakaknya macam – macam alasan dia bagi, seolah – olah tak nak keluar lagi dari rumah.. Korang tahu, belanja untuk kak ipar saja, khas suami bagi sebanyak RM800 dan nafkah saya 1 bulan RM1500 tu termasuk barang dapur keluarga dekat kampung, saya hulur juga sikit – sikit, bayar semua bil, kereta.

Tapi sekarang saya pula kena guna duit saku sendiri untuk 4 orang anaknya. Ya Allah, sebab dah tak tahan saya mula menegur dan marah hingga tercetus perg4duhan. Akhirnya adik saya dan rakannya yang terp4ksa pindah keluar.

Rumah saya ni dah jadi tongkang pecah, selipar berselut dari mana – mana naik atas rumah.. Ada anak dar4, pun sama per4ngai macam emaknya, 24 jam hadap phone. Layan tiktok, wechat. Mungkin sebab ni dia diceraikan.

Tapi untuk pengetahuan semua, dia sangat bijak berlakon terutamanya bila suami saya ada dekat rumah. Waktu tu dia mula buat – buat rajin, memasak, sidai kain apa semua. Sampai sekarang ni suami berbeIah bagi 50-50 nak percaya atau tak. Akhirnya saya nekad nak pasang cctv dekat rumah ni dan sekarang saya tengah kumpul bukti je dan tunggu suami balik rumah je. Terima kasih ye admin.

Komen Warganet :

Ailime Ron : Sis mintak suami carikan rumah sewa dulu untuk kakak dia sementara nak dapat rumah bantuan. Itu rumah sis bukan rumah suami. Rumah sis kan, jadi hak sis. Suami ada bagi RM800 kan? Pandai – pandai dia lah nak hidup. PergiIah cari kerja ke apa, takkan nak membongkang dekat rumah orang ja.

Ayu Rohayu : Bagus tindakan sis, semoga lepas dah tunjuk bukti dekat suami, dia akan p4ksa kakak dia tinggal di tempat lain. Tolong adik beradik memang bagus tapi kena tau hadnya juga. Kalau dapat jenis macam kak ipar sis ni, makan tanggung, ber4k cangkung, memang tak boleh nak bagi muka ye.

Jenis ni kalau biar, silap – silap nak makan pun nanti awak yang kena suapkan kat mulut dia. Jenis hidup segan m4ti tak mahu nih. Tulip Putih Putih : Baik ko jangan baik sangat, buat tak tau je. Tak payah nak melayan sangat anak – anak dia.

Dia bangun tidur pukuI 11 kan, ko bangun pukuI 1. Ajak je anak ko makan kat luar. Anak – anak dia tak ke sekolah ke apa, biar lantak. Bukan tanggungjawab ko pon. Spesis ni kalau da kena buang jangan cuba nak kutip – kutip, memang kita yang giIa jadinya nanti..

Qoriah Rosli : Aku baca je pun dah terasa tu penat ye uruskan rumah. Kalau aku jadi TT ni memang habis kena m4ki hamun. Menyirap plak. Adik beradik yang lain pun tak nak terima dia menumpang, rumah kau pulak yang disemakkan. Laki TT ni pun satu, tak ingat ke rumah tu rumah bini dia. Geram sangat bila baca tambah lagi bila part gugur sebab seluar anak orang, itu yang aku paling marah.

Rimuru Tempe ST : Dah ibarat menolong anjing tersepit, kita pula yang digigit. Bagus la puan pasang cctv, biar suami puan tengok sendiri bukti depan mata. Nanti kongsi lagi apa yang jadi lepas suami balik tau. Kami pun nak tahu juga, apa tindakan suami dekat kak ipar tu.

Nysaa Ahmad : Sedap ye kakak dia jadi biawak hidup. Padanlah kena cerai. Dah kena cerai, menyemak kat rumah adik beradik. Tak tau malu langsung. Ingat gaji besar boleh senang – senang je nak tumpang. Buruk per4ngai.

Dah menumpang tu bawa – bawalah sedar diri. Buat baik berpada, zaman sekarang ni buat baik orang mudah nak pijak kepala, sebab lambakan spesis biawak sekarang ni la.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.