Minta tolong suami jaga anak sebab nak solat Maghrib. Teruk anak kena marah. Kemuncaknya, aku halau suami keluar

Suami sumpah seranah anak kami yang baru berusia setahun. Kami baru dapat zuriat melalui prosedur ivf selepas lebih 12 tahun berkahwin. Bagi aku anak ini sangat – sangat berharga. Setiap kali anak menangis suami akan mem4ki hamun dan berdoa buruk – buruk pada anak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Aisyah berusia 36 tahun mempunyai seorang suami berusia 44 tahun dan seorang anak yang baru berusia setahun. Kami berdua merupakan penjawat awam dan tinggal di pinggir bandar. Kami sudah berkahwin 12 tahun.

Ya aku mempunyai masalah dengan suami aku yang sangat panas baran bukan melalui perlakuan tetapi melalui kata – kata. Kata – katanya ibarat sebiIah ped4ng t4jamnya. Sepanjang perkahwinan ini macam – macam kata – kata sudah dilemparkan kepada aku. Aku b0doh, gemuk, tak tahu semua benda.

Semua kata – katanya hanyalah sumpah seranah. Dia juga sangat memperlekehkan aku yang hanya pemegang diploma berbanding dia ijazah. Suami aku ada juga kebaikan tetapi lebih banyak keburukan. Suami aku seorang yang soft spoken dengan orang luar, tidak tinggal solat dan gemar bersedekah. Jadi orang luar anggap dia seorang yang sangat baik.

Tapi apabila di rumah perilakunya berubah. Salah sedikit m4ki hamun yang keluar. Perkataan b0doh seringkali aku dengar. Hampir setiap hari ya sampai aku dah tuIi mendengarnya. Aku sebenarnya seorang yang soft spoken, lembut dan tidak mudah marah tetapi setelah lebih 10 tahun kahwin dengannya aku jadi sangat kasar dan garang.

Begitu juga ketika bawa kereta, dia selalu berg4duh dengan pemandu lain. Panas hati apabila orang hon dari belakang. Dia akan mamandu melulu mengikuti belakang kereta orang yang hon tu sampai dia rasa puas hati tak kira aku dan anak berada dalam kereta tu sambil menyumpah seranah, menc4rut semua la.

Sampai aku menutup telinga anak aku. Kadang – kadang benda yang tiada isu dijadikan isu dan seringkali aku dipersalahkan. Tahap kesabaran aku sebelum ini berada di paras medium sahaja sehinggalah semalam kemuncak.

Aku memanggilnya b0doh dan menghalaunya dari rumah. Aku juga mendoakan dia m4ti cepat kerana aku tak tahan sangat – sangat. Ini disebabkan dia menyumpah seranah anak kami yang baru berusia setahun. Sebenarnya kami baru memperoleh cahaya mata melalui prosedur ivf selepas lebih 12 tahun berkahwin jadi bagi aku anak ini sangat – sangat berharga.

Buat pengetahuan pembaca, kos prosedur ivf ini aku seorang yang tanggung, hasil aku simpan duit bertahun – tahun. Ya insan yang selalu diperlekahkan oleh suami sebab diploma sahaja kan. Suami aku tidak keluarkan 1 sen pun.

Bahkan semasa aku suruh ibu mertua memujuk anaknya untuk checkup sebelum ivf tu aku pula diperlekehkan ibu mertua dengan mengatakan anaknya tidak manduI. Keturunan dia tidak manduI. Aku sangat sedih waktu dia bercakap begitu. Mengalir air mata aku.

Ibu mertua aku seorang yang sangat – sangat sayang anaknya, baginya tiada keburukan anak – anaknya. Sambung semula kes anak aku tadi. Anak aku seorang yang kuat tantrum sejak kecik, kuat menangis. Bagi aku biasalah budak, apa yang dia tahu. Tapi bagi suami aku tidak.

Setiap kali anak aku menangis dia akan juga mem4ki hamun dan berdoa buruk – buruk pada anaknya. Setiap kali dia berdoa begitu aku akan sambung ya Allah semoga apa yang dia doakan sampai semula kepadanya. Aku selalu menasihatinya jangan la mendoakan anak yang bukan – bukan. Tapi apa yang dapat m4ki hamun kepada aku pula.

Semalam anak aku menangis dari petang sampai kemalam. Puas aku pujuk, bagi susu tak nak, bagi makan tak nak, buka cartoon di tv pun tak nak, sapu ubat dia perut pun dah. Akibat tidak lagi solat maghrib aku meminta tolong dari suami untuk memujuknya sekejap.

Tak sampai 15 min macam – macam ayat keluar. Antaranya tidak sabar anak itu besar dan dia dapat memukuInya sebab tidak berhenti menangis. Allah, sedih aku rasa. Dia juga telah menend4ng bola mainan anak aku sekuat hati ke pintu sehingga bergegar pintu.

Lagi bertambah terk3jut anak aku dan menangis sampai tersedu – sedu. Kemudian dia meletakkan anak aku, menolaknya ketika anak aku cuba memeIuknya semula. Allah aku tak sanggup tengok keadaan itu lantas aku pun menjerit, “Cepat la kau mamp0s aku dah tak tahan. Anak ni anak kau, bukan kucing. Keluarlah kau dari rumah ini”

Aku sangat marah ketika itu. Kemudian aku membawa anak masuk bilik menutup pintu. Sampai ke pagi aku tidak nampak suami aku. Mungkin tidur di luar. TakIik, ya. Ini sebenarnya bagi aku isu yang sangat besar tetapi aku tak tahu mahu bertanya dengan suapa.

Suami aku sewaktu dia marah. Bukan m4ki hamun sahaja tetapi kerap kali dia takIik kan aku. Walaupun isunya basuh baju sahaja. Aku ni bekerja pagi sampai petang. Jadi waktu malam la aku baru basuh baju. Tetapi tak sangka perkara itu menjengkelkan dia sehingga dia melafazkan takIik.

Jika ko sebut perkataan basuh baju kita dah tiada apa – apa dah. Selain dari itu ada lagi beberapa perkara yang buat dia melafazkan takIik. Apa yang perlu aku buat ya. Yang penting sebarang keputvsan akan memberi kesan pada anak tunggal kami. Saya harap para pembaca dapat memberikan pendapat. Terima kasih.. – Aisyah (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Pasta Pesto :

1. pergi mahkamah buat pengesahan lafaz takIik tu, ada berlaku perIanggaran ke selepas takIik

2. anak tantrum mungkin disebabkan persekitaran keluarga yang tidak harmoni, contoh si ayah selalu m4ki hamun, marah – marah, jerit – jerit

3. tanya diri tt, apa yang tt nak sebenarnya dalam perkahwinan ni. Keluarga yang sempurna? Keluarga yang bahagia? Keluarga yang penyanyang? Jawapannya ada pada tt sendiri

4. 12 tahun tanpa anak, si suami tak usaha nak dapatkan anak, nampak sangat suami tt tak bersedia ada anak, kalau tak bersedia nak ada anak, macam mana nak bersedia jadi seorang ayah. See, depan mata pon dah nampak kan?

Lyana Aziz : Wajib pergi buat pengesahan takIik. Biar ada black and white. Nanti awak boleh guna sebagai senj4ta. Ingatkan dia dengan takIik yang dia lafaz dan awak Ianggar takIik tu depan dia. Bila dah jatuh taIak dah tak serabut nak berjaga – jaga dengan taklik dah. Sis.. love yourself. Jangan biar diri dibuIi oleh seorang lelaki. Itu bukan cinta yang layak nak dibawa ke syurga dah tu. Silap hari bulan dua – dua kena humban ke ner4ka.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.