Saya sempat cakap pada suami, yang saya tidak akan berkahwin lain, walaupun suami memang selalu suruh saya cari pengganti. Suami kesiankan saya yang masih muda dan banyak berk0rban. Tapi sekarang, suami baru meninggaI tak sampai sebulan saya dah ‘berkawan’ dengan kawan baik suami..
#Foto sekadar hiasan. Salam, suami saya baru pergi meninggaIkan saya kerana s4kit kr0nik. Saya menjaga dia kurang dari 5 tahun. Dan perkahwinan pun baru nak masuk 10 tahun berbekal kan dua orang anak. Saya puas dapat berbakti sebagai isteri untuk jaga suami sepanjang dia s4kit, sehingga dia pergi, dapat mandikan dan tolong kafankan arw4h suami sehingga dia kebumi.
Sebab bertahun suami s4kit. Kami dah bersedia saling melepaskan. Redha dengan ketentuan yang diberi. Sentiasa support dia bila em0si tidak stabil. Setiap perkara hajat yang dia nak saya tunaikan. Saya tidak sanggup dia s4kit, saya selalu cakap saya rela dan redha jika dia tinggalkan saya.
Sebab saya tahu dia dalam kes4kitan. Kerap menangis mengadu. Sangat kesian dan sedih tengok seorang lelaki yang kuat dan yang memang ego untuk tumpah kan air mata sepanjang bersama, tetapi mudah menangis teresak kerana s4kit menanggung kes4kitan.
Dan dia pun banyak kali suruh saya ready, terima dan bersedia yang dia akan tinggalkan saya suatu masa nanti, seolah dia tahu dia pun takkan lama. Untuk satu tempoh yang panjang pun saya memang tidak menerima nafkah zahir mahupun batin tapi saya tetap halalkan, walaupun banyak kali suami minta maaf kepada saya, banyak kali ajak berbincang di mana jawapan saya tetap saya halalkan dan redha sebab saya faham keadaan dia.
Ujian dia dengan kesihatan yang merundum, ujian saya dengan menjaga suami dan keluarga. Kami pun tak pernah g4duh besar. Perkahwinan yang baik, cuma diuji oleh Allah dengan kes4kitan suami.. Suami terima kekurangan saya. Begitu juga saya. Semuanya ikhlas dan saling membantu.
Semasa menaip saya menangis sebab merindukan suami, sangat rindu. Cuma jodoh kami tidak panjang, kami kahwin bersama awal 20-an. Dan suami pergi tinggalkan saya di awal 30 an. Kami sebaya. Tetapi seiring dengan waktu, selepas agak seminggu lebih arw4h pergi, ramai kawan kepada arw4h yang hubungi saya dan menawarkan untuk jaga saya seperti arw4h.
Tapi saya tak respons dan menolak dengan baik kerana tidak bersedia. Kecuali seorang kawan baik kepada arw4h ni, cara dia sangat sopan dan tidak tanya tentang saya, tetapi banyak berbual mengenai arw4h tentang kenangan bersama arw4h, saling bertukar cerita dan sebak.
Kami berkongsi kerinduan pada arw4h bersama dengan saling berhubung. Dari berkawan secara tiba – tiba hubungan bertukar menjadi serius dalam masa singkat. Kedudukan status kawan baik arw4h pun kebetulan sudah menduda agak lama lebih 5 tahun. Kami pula sebaya.
Masing – masing tidak menjangka yang kami serasi dan saling berhubung agak kerap. Kami tidak pernah berjumpa. Dan saya pun tidak ingin berjumpa sebab terlalu awal dan sedar diri dalam eddah. Kerana hanya pergi kerja balik kerja sahaja.
Saya masih bercakap yang saya sentiasa rindu arw4h, dia juga merasakan hal yang sama. Saya sampai sekarang masih dalam kesedihan, bercakap dengan dia sambil menangis tapi dalam masa yang sama kadang – kadang tersenyum juga dengan keletah kawan baik nya ini. Saya serba salah. Bila pemergian arw4h pun baru sahaja meninggaIkan kami.
Tetapi saya dah mula berhubung dengan kawan lelaki lain sedangkan eddah pun belum habis. Saya masih bersedih. Masih juga pergi ke kubvr. Masih juga menangis rindu kan arw4h. Masih tidur berbekalkan baju dan bantal arw4h.
Cuma bila saya berkawan dengan lelaki selain arw4h saya jadi serba salah dengan diri sendiri kerana terlalu awal sudah mula berkawan dengan lelaki lain dan saya merasakan diri saya ni perempuan yang tidak ada maru4h kerana begitu awal sudah move on seperti tidak sedar diri.
Sering juga meluah kepada rakan baik suami, yang saya berkawan, ini adalah satu kesilapan sebab arw4h baru pergi. Saya malu dengan arw4h. Saya jadi tak senang hati, saya sampai bertanya dengan Allah semasa solat adakah ni ujian terbaru Allah nak bagi saya iaitu ujian nafsu dalam berkawan.
Kawan baik arw4h berkata saya selalu ni berem0si sebab dia berkata kita pun fasa berkenalan dan berkawan. Saya tak tahu nak luahkan apa perasaan saya. Lagi – lagi semasa pandang muka anak – anak yang masih kecik, saya sampai berdoa ya Allah tetap kan lah hati ini. Jangan uji saya macam ni. Saya penat.
Sepanjang berkahwin saya diuji suami yang s4kit, menjaga arw4h, anak – anak semua saya uruskan a-z tanpa merungut. Saya sempat juga berkata pada suami, yang saya tidak akan berkahwin lain, walaupun suami memang selalu suruh saya cari pengganti, sebab kesiankan saya yang masih muda dan banyak berk0rban.
Saya selalu cakap pada arw4h dan diri sendiri serta keluarga terdekat, yang saya nak besarkan anak – anak tanpa terik4t komitmen dalam hubungan. Cuma bila kejadiannya jadi begini. Di mana, suami saya pun pergi tak sampai sebulan, tapi saya dah berkawan dengan lelaki lain dan orang itu adalah kawan baik dia sendiri. Ya Allah. Saya seolah termakan kata – kata saya sendiri.
Saya jadi serba salah dan menyalahkan diri saya, dalam masa yang sama. Saya juga perIukan orang untuk menemani atau berkongsi rasa. Adakah saya ini isteri derh4ka atau pend0sa. Adakah perkara macam ini normal atau adakah saya ni isteri tak kenal dek untung.
Saya perIukan pandangan orang lain.. Sebab saya tak berani cerita pada orang lain kerana merasakan sangat aib untuk saya. Saya sangat malu dengan diri sendiri. – Hana (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Juliana Mohamed Bakri : Saya juga senasib dengan tt, kem4tian suami tahun lepas, lepas 2 minggu arw4h pergi, kami sekeluarga di ser4ng pandemik. Masih dalam eddah, saya perlu bekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup, alhamdulillah dengan jayanya saya berjaya menempuh tempoh eddah.
Dalam keadaan ni, memang akan ada orang yang kesian dengan kita yang kem4tian suami, mula meluah perasaan tapi kita kena bijak, jangan meluah tak tentu hala. Carilah kawan perempuan yang boleh jadi pendengar setia kita dan sampai sekarang pon, saya selesa begini, tanpa ade serius relationship dengan sesiapa pon. Berkawan tuu ada, cuma kalau boleh tak nak melibatkan soal hati sebab kasih, sayang, cinta saya, masih pada arw4h suami.
Nor Fauziah AR : Adik, takziah atas pemergian suami. Saya pun balu, tapi dah melalui fasa eddah berkabung tu 4 tahun lepas. Masa eddah ni, bagi masa dan ruang pada diri untuk rehat fizikaI dan mentaI.. Penat kan jaga orang s4kit?
Lapang jiwa dan cari ketenangan.. Distract diri uruskan hal – hal arw4h yang tertunda dan hal yang berkaitan anak – anak. Hutang – hutang arw4h, hal – hal pusaka, badal haji, hutang puasa, dan lain – lain. Semua tu makan kos, masa dan tenaga kot.
Tak salah cari kawan nak kongsi rasa dan em0si, tapi letakkan la batas. Berpada la. Hadkan diri, selagi tak habis eddah, jangan buat hal. Cari – cari kawan – kawan perempuan, saud4ra perempuan. Jangan biar em0si tak stabil, rasa sunyi sampai salah langkah dan memikir. Em0si anak – anak pun kena pantau. Kita memang dah bersedia lama hilang pasangan, anak – anak tu sama ke rasa macam kita, atau tengah hilang arah ke em0si anak – anak tu?
Pasal lelaki, kena ingat.. ramai macam langau tu.. Depa tau balu, tak de lelaki yang melindungi, tunggu masa nak ngap, ada yang fikir balu banyak duit sebab fikir arw4h suami tinggal duit dan harta ke apa.. Kena fikirrrrr panjang – panjang tu. Istilah kasar dia, jangann nak menggelupur dengan orang berlainan jantina ni. Baru sangat lagi ni.
Aliza Ahad : Adik, stopkan dulu contact sesiapa. Nanti dah habis eddah, boleh sambung balik. Buat masa ni adik perlu bersabar untuk 3 bulan je lagi. Lepas eddah, adik boleh fikirkan masa depan adik fan anak – anak. Apa pun janji setia yang dibuat dan tanggapan orang, segera berbalik pada hukvm Allah.
Berkahwin semula selepas jadi balu atau janda adalah dibenarkan oleh Allah. Jadi kahwin la untuk kelangsungan hidup yang berkat. Cuma buat dalam eddah ni, pujuk diri untuk bersabar lagi sedikit ye. Jika sedih, segera mengadu pada Allah.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.