Suami kaki games, kantoi chat dengan amoi. Satu hari muka suami aku terpampang dekat FB. Viral suami orang..

Suami curang chat – chat dengan perempuan lain tapi duit melayang dan muka dia terpapar dekat FB aku dengan tagline SUAMI CURANG DENGAN AMOI. Memang kecoh lah. Masa ni suami aku melutut, menangis minta tolong aku. Semua saud4ra call suami aku tanya hal ini..

#Foto sekadar hiasan. Aku ada baca 1 confession tentang Tawar Hati suami main games. Kisah penulis itu hampir sama dengan kisah aku cuma cara aku meIawan dan menyelesaikan isu itu tidak sama dengan penulis. Aku rasa penulis itu agak lemah lembut dan aku pula jenis hati keras dan kering.

Sama macam penulis itu, aku ada anak d4ra juga. Baru menginjak umur 5 tahun dan aku tidak curang. Aku berkenalan dengan suami aku sekitar 2014 dan kahwin pada tahun 2019. Pelbagai benda dan red flag aku dah dapat masa bercinta dan bertunang tapi iyalah, masa itu bercinta semua nampak indah. Yang buruk pun nampak indah.

Ok berbalik pada suami aku. Dia memang suka games dan macam suami penulis, suami aku beli PC. Macam – macam cara dia buat dan pujuk aku nak beli PC. Setelah hampir setahun pujuk baru hati aku lembut tapi dengan beberapa syarat.

Pertama gaji dia semua kena serah pada aku tanpa gagal, kedua – urusan anak kami waktu malam dan hari cuti dia, dia kena buat tanpa bantuan aku. Ketiga, Kalau aku ajak keluar dia kena cakap dia akan keluar lepas dia habis games.

Ini memang g4duh juga sebab, pernah sekali, dalam pukuI 8.00 malam. Aku boring dan aku ajak dia keluar jalan – jalan. Dia cakap ok, bagi dia main lagi 30 minit. Lepas tu habis katanya. Ore klate cakap Blawok. Dia main sampai 10 malam.

Aku dan anak aku yang excited pada awalnya terus masuk bilik tidur. Suami aku? nampak aku tidur, m4kin galak dia main games sampai 12 malam. Lepas dia habis main games, aku k3jut anak aku dan kita orang p4ksa dia keluar juga.

Tengah malam pun jadi. Apa aku kisah. Kedai mamak ada kan. Kami tinggal dekat KL. Lepas pergi mamak dia ajak balik. Aku tak nak balik, aku ajak pergi danau kota pula masa tu. Suami aku pula cakap dia penat dan mengantuk.

Aku apa lagi naik h4ntu la. Aku mula membebel dan bandingkan diri aku, masa aku, masa anak dan waktu dia main games. Dekat mana dia banyak habiskan. Mula – mula dia diam, mungkin dia rimas dengan bebelan aku, suami aku mula berg4duh mulut dengan aku.

Aku apa lagi, terus Iawan dan cakap. Awak nak main games kan. Ok baik. Terus aku bagi syarat seperti yang dinyatakan. Nafkah zahir dan batin kena adil untuk aku dan anak. Gaji dia agak besar dan aku hanya bagi elaun RM30 sahaja dari semua gaji dia.

Itu sahaja duit makan, minyak motor dan apa – apa dia nak dalam sebulan itu. Pandai – pandai lah. Tapi Suami aku dah kemaruk nak main games tanpa gangguan dari kami anak beranak. Ok takpe teruskan. Bermula aku mula per4ng untuk t4wan balik takhta dan kuasa aku dalam rumah tangga kami.

Shift aku dengan suami aku tak sama. Aku kerja office normal.9 pagi – 6 petang. Isnin – Jumaat. Suami aku pula kerja shift pagi. Dari 7 pagi – 3 petang. Isnin – Jumaat juga. Anak kami pula Tadika dari 7.30 pagi – 7.30 malam.

Jadi para pembaca tahu kan siapa lagi banyak masa kan? Ya Suami aku tapi dia tak tolong aku. Dia terus balik rumah tanpa mandi, dia on games dia dan main sampai aku dan anak sampai rumah pukuI 7.30 malam. Mulanya aku s4kit hati tapi sejak dari perg4duhan dia tak nak teman aku dan anak berjalan – jalan, aku mula keras hati.

Setiap kali sebelum balik rumah. Aku dan anak akan makan dahulu. Baju aku dan anak aku basuh asing. Dapur masih lagi aku bersihkan walaupun suami aku yang sepahkan. Aku buat selama 30 hari. Suami aku dah perasan tapi dia tidak tegur.

Aku dan anak masih lagi dengan rutin kami, Sebelum balik kami akan makan dahulu dekat kedai. Baju anak aku basuh tangan dan siap – siap masuk dalam beg pada waktu malam untuk hari esok. Semua yang berkait dengan suami aku, aku abaikan. Kalau nak, suruh PC dia buat.

Malam hari kalau nak bersama. Aku tuntut biar masa dia bersama aku sama masa dia luang bersama games online dia. Tiap kali dia gagal, aku akan psik0 suami aku sampai dia pun tak tahan. Pernah dia curang chat chat dengan perempuan lain tapi duit melayang dan muka dia terpapar dekat FB aku dengan tagline SUAMI CURANG CHATSX DENGAN AMOI. Itu bukan aku tulis tau, tapi sc4mmer yang tulis.

Masa tu aku pula memang friend dengan semua saud4ra mara suami aku dan keluarga aku. Memang kecoh lah. Masa ni suami aku melutut, menangis minta tolong aku. Tolong dia untuk keluar dari kekusutan ini. Mana tidaknya semua saud4ra call suami aku tanya hal ini.

Aku pula kalau mereka call aku cakap aku dah lama tak bercakap dengan suami aku. Dia minta nak me time. Jadi dari jawapan aku pun mereka boleh agak kami bermasalah. Suami aku ni buta IT tapi bab games celik IT pula.

Masa ini lah baru nak cari aku, minta kerjasama aku. Aku buat keras aku dan aku teruskan kehidupan aku seperti biasa. Setelah kejadian tu, suami aku mula masak nasi dan basuh baju kami setiap kali dia balik kerja. Barang nak masak lauk. Awal – awal dia keluarkan dari peti.

Air putih pula sentiasa dia masak dan top up dalam botol dalam peti. Baju yang kering dia tolong angkatkan. Dia mula berubah. Masa dia mula banyak untuk kami. Mungkin dia sedar kot kalau dia terus macam ni aku memang takkan peduli pada dia.

Baru – baru ni, suami aku minta elaun dia dinaikkan. Tak kisah berapa. Aku cakap Ok dan aku naikkan. Dari RM30 kepada RM 31 sahaja. Kira naiklah kan. Suami aku, diam tak cakap apa. Dia cakap nanti akan aku ungkit dan bebel semuanya per4ngai buruk dia.

Akhir kata dari aku. Kalau suami buat hal takpe. Kita jangan makan hati, nanti kita yang tua. Kita enjoy juga. Enjoy duit dia. Duit kita jangan bagi pinjam sikit pun. Semua kena catit dalam buku kemas – kemas. – Peminat Anime Jepun (Bukan nama sebenar)

Confession : Isteri Tawar Hati.. Assalamualaikum, Aku perkenalkan diri aku sebagai Aina. Berumur awal 30an. Aku sekarang bekerja dalam sektor pendidikan swasta. Aku mempunyai suami yang seusia dengan aku. Dia bekerja sebagai seorang Eksekutif di sebuah syarik4t besar di KL.

Kami bercinta selama 2 tahun kemudian berkahwin. Dan Alhamdulillah kami telah dikurniakan seorang anak lelaki berusia 1 tahun 2 bulan. Pada awal perkahwinan, aku memang bahagia. Mana taknya, aku berkahwin dengan pilihan hati sendiri.

Tapi lama kelamaan aku tidak lagi merasa bahagia sebagai seorang isteri. Suami aku seorang kaki game dan kerjanya hari hari menghadap PC. Di rumah memang ada satu bilik khas untuk dia bermain game. Tiap kali celik mata, atau balik dari kerja dia akan duduk dalam bilik PC nya.

Aku jadi lagi penat dan lagi terasa keseorangan bila ada anak. Dia langsung tidak membantu aku dalam pengurusan anak, dari awal anak bangun, mandi, makan, buat susu, tukar pampers, kemas rumah, main dengan anak semuanya aku.

Tu belum part uruskan dia lagi, aku masak, kemas tempat tidur, siapkan pakaian, layan dia selayaknya sebagai suami. Dia hanya makan, tidur dan menghadap PC nya sehari suntuk. Aku pernah suarakan hal ini. Aku minta dia kurangkan game, bagi perhatian atau tolong aku kalau tak banyak, tolong tengokkan anak waktu aku masak pun aku dah bersyukur dah.

Bila aku suarakan, dia akan cepat marah dan mengatakan dia dah buat tanggungjawab dia untuk cari rezeki. Aku tak nafikan gaji dia lagi tinggi dari aku. Dia bayarkan sewa rumah dan kereta dia, dan juga belanja dapur dan belanja susu dan pampers anak.

Aku juga bekerja, aku bayar kereta aku, aku tolong dia bayar utilities, pengasuh anak. Dan tolong topup belanja lain kalau dia perIukan. Tapi nak kata soal tanggungjawab, nafkah aku sebagai isteri pun dia dah lama tak tunaikan.

Kalau ada sesuatu yang aku teringin nak makan dia akan ungkit banyak kali dan mengatakan aku membazir. Aku diamkan. Yang aku ingat sampai sekarang, aku tengah sarat mengandung, dia dapat duit KWSP RM10,000 dia bukan sediakan perbelanjaan nak dapat anak tapi dia beli barang PC hingga kan aku nak beranak pun aku terp4ksa pergi jual loceng emas di kedai sebab tak cukup duit.

Aku tak kisah dia nak spend duit dia tapi takboleh ke dia simpan sikit duit belanja isteri dan anak sampaikan nak beranak pun kena bergadai? Lagi kau nak cerita tentang tanggungjawab. Sekarang ni aku dah tawar hati. Aku penat, aku seperti yang berjuaang seorang diri tanpa suami. Aku rasa lebih baik aku membesarkan anak tanpa suami.

Sekarang aku pun rasa lebih baik takda suami sebab aku boleh buat semua benda sendiri. Anak pun tak perlu seorang ayah yang takda fungsi dalam hidup dia. Cuma aku taktahu macam mana nak keluar dari perkahwinan toksik ini.

Aku masih fikirkan malu keluarga dan hak penjagaan anak kalau kami berpisah. Tapi hati aku? Masih berjuaang seorang diri ibarat tanpa suami. Kalau aku boleh undur balik masa, aku taknak bersuami. – Aina (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Widuri Manja : Kalau suami jenis mengikut macam suami confessor, kira untunglah tapi kalau dapat yang jenis baran dan ego melangit tu, jangankan kata nak bagi duit gaji bini pegang, silap – silap habis kena sep4k ter4jang.

Nampak banyak sisi baik suami confessor walaupun terlepas jugak chatting s*x dengan pompuan. Kira tak boleh pakailah jugak, dalam masa sibuk dengan games, boleh pulak ada masa chatting dengan pompuan. Perkataan lain diam – diam ubi berisi jugak, bini tak layan, dia layan part lain pulak.

Tak faham jenis lelaki gini, dah elok ada anak bini, patut – patut banyak masa boleh spend untuk mendirikan keluarga sakinah, mawaddah dan warahmah tapi dia pilih nak hidup begitu, jadi jangan salahkan anak – anak kalau tak menjadi sebab bapak sibuk dengan hal lain  dan emak pulak makan hati dan keras hati sebabkan ulah bapak. Yang maIang kalau anak tu anak lelaki, takde contoh father figure yang baik.

Nur Syamimi : Hahaha.. hati kau memang keras kak.. sian dia elaun naik rm1 je.. oklah tu dia dah berubah. Kasi lembut sikitlah.. nanti dia bosan awak jugak yang susah. Perkahwinan kena give and take. Jangan eg0 sangat k.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.