Saya sanggup bagi satu – satunya rantai yang saya ada untuk mak mertua. Asalkan dia sanggup keluar dari rumah saya

Per4ngai mak mertua m4kin hebat. Lauk saya masak tidak sedap, macam makanan orang miskin, hobi baru saya dikecam. Saya dih1na, menantu yang lain dipuji. Anak saya umur 11 tahun pun mak mertua fitnah, semuanya terakam di CCTV..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana approve luahan saya. Nama saya Jane. 30-an, ada dua orang anak. Bersuamikan seorang yang penyayang dan sabar. Selepas ayah mertua meninggaI dunia, suami mengambil mak mertua untuk kami jaga walaupun saya agak keberatan pada mulanya berikutan perselisihan faham beberapa tahun sebelum itu.

Akibat dari perg4duhan tersebut kami sekeluarga telah dihalau dari rumah mertua. Setelah mak mertua pindah masuk ke rumah kami, saya cuba untuk membuka buku baru. Saya dididik untuk melayan mertua seperti ibu sendiri.

Tapi saya dapat merasakan Mama tak suka saya. Ya, tipulah kalau kita tak dapat tahu kalau orang tu tak suka dekat kita. Hanya depan suami, mama nampak baik dengan saya. Dia selalu menghantar mesej tentang saya kepada suami. Ada juga kami bertengkar disebabkan itu.

Mama berlakon di depan anak – anak yang lain jika mereka datang melawat. Contohnya, pura – pura sibuk bila semua sudah siap tersedia. Sedangkan dia baru keluar dari bilik. Hasilnya, saya dipandang serong. Kerja rumah dan menjaga anak, semuanya saya yang jaga sendiri.

Saya terkilan bila dituduh oleh adik suami, tak tahu menjaga anak, cuma tahu makan dan tidur sahaja. Saya dan suami cuma mampu bersabar. Saya kenang Mama sudah tua, sunyi dan tiada tempat berg4ntung. Mama pandai berlakon.

Di depan saya, dia begitu rajin tersenyum, rupanya beberapa minit sebelum itu dia boleh teruk mengumpat saya. Ibu saya juga pernah kena. Saya dilayan tak ubah seperti orang gaji. Saya tetap diharapkan untuk masak dan hidangkan makanan walau saya terp4ksa bertongkat, kayap atau sedang s4kit.

Saya tidak pernah mengharap baIasan, pujian selain dari diterima sebagai keluarga. Setelah bertahun – tahun, jiwa saya amat tersiksa. Saya hampir membvnvh diri dan anak – anak. Saya rasa kosong. Ada suara berbisik.

Suami bawa saya berjumpa psychi4trist. Saya menghidap Bipolar II. Saya makan ubat dan cuba untuk gembira. Mama sem4kin hebat. Mesej – mesej m4kin banyak. Lauk saya tidak sedap, makanan orang miskin, hobi baru dikecam dan macam – macam lagi.

Mama selalu cakap saya tak pandai apa – apa, semua menjadi negative. Saya dih1na, menantu yang lain dipuji. Mama selalu menghasut anak – anak saya. Contoh dia kata dekat anak saya yang saya ni penipu dan banyak lagi benda buruk yang diajar, dihasut.

Mama bercakap benda salah tentang Islam. Mama seorang mualaf. Mama sering mengkritik dan mengh1na tentang agama Islam. Beberapa bulan lalu, anak sulung saya sleepwalking. Saya cuba rawatan Islam. Bacaan al Quran saya pasang 24 jam. Saya mula solat dan merangkak mengaji.

Alhamdulillah, anak saya tidak lagi sleepwalk. Rupanya Mama marah. Anak saya difitnah melakukan perkara jijik. Sedihnya, Mama call adik suami dan BF nya untuk bercerita. Mama juga marah kerana suami saya mula berubah mengikut keluarga saya.

Keluarga saya agak islamik. Kami, keluarga saya dipanggil kolot, tak berpelajaran dan mengamal sih1r. Mama sebarkan fitnah. Apa d0sa anak saya? Umurnya cuma 11 tahun. Tersiat hati kami mendengar fitnahnya. Kami dengar semua dari rakaman cctv.

Tuduhan Mama tiada asas. Bila Mama dah kantoi, mama fitnah pula kami tak sediakan makanan. Suami saya diser4ng oleh adiknya, padahal setiap hari ada makanan saya sedia di atas meja. Lunch and dinner. Pelbagai fitnah dilemparkan. Kami cuma mampu mendengar dan telan.

Mama juga bagaikan operator setiap hari call orang untuk update fitnahnya ke atas kami. Saya dan suami boleh mendengar kerana suara Mama cukup kuat walaupun dia di dalam bilik. Saya kembali dengan pikirkan perkara perkara buruk.

Suami pinta Mama berhenti tapi Mama kata dia tidak salah. Suami sendiri saksi perbuatan ibunya. Suami minta Mama pindah ke rumah anak lain. Mama enggan. Kemudian minta duit deposit rumah sewa yang sudah dihalalkannya dulu.

Kemudian saya berikan satu – satunya rantai emas pemberian suami. Jika itu boleh buat Mama keluar dan duduk rumah anak lain. Mungkin itulah harga sebuah ketenangan. Doakan saya dan keluarga. Doakan saya kuat menghadapi Bipolar ini. Doakan kami istiqomah mencari redha Allah. – Jane Doe (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Fatin Amirah : Tunjuk je lah bukti cctv untuk tutup mulut yang lain. Orang selalunya mudah percaya sebab takde bukti. Sis tunjuk je bukti. Benda mudah sis.. Jangan dibebankan di bahu kita.

Anis Mohamed : Based on pemerhatian saya, masalah jiwa ni wujud sebab kononnya sabar tapi hati tak redha. Sebab tu, apa – apa luah je. Lantaklah nak sentap ke tak. Sebab katanya dah bertahun – tahun kahwin kan. Kalau awal – awal boleh faham juga nak pendam – pendam.

Masa mak buat – buat sibuk tu, patutnya terus sound. “Eh mak, baru turun?”. “Mak, semua dah sedia. Tak perlu susah – susah”. Cakap kuat – kuat bagi semua dengar. Nanti kalau lalu depan mak mentua tu, terus je cakap kuat – kuat ” a uzubillah himinassyaitaanirrajiim”…. pastu blah.

Mana boleh kita sorang je s4kit. Dia pun kena s4kit juga. Time solat. Ajak dia solat sekali. Suruh dia jadi imam. Bila dia kata tak reti, baIas balik. Eh, mak kan lagi tua dari saya. Takkan tak reti jadi imam. Patut ilmu mak lagi tinggi lah daru saya sebab dah lama hidup kan.

Haaa…suka downgrade kan orang. Bagi dia rasa juga sikit. Pastu ipar duai yang sibuk duk marah – marah awak tu, suruh diorang ambik jaga. Bagi c4baran kat diorang. Kau cubalah juga sebulan. Nasihat ni hanya terpakai kalau dah kahwin 5 tahun ke atas ye.

Sorry sis kalau nasihat ni macam kasar. Kalau u sayang diri u, u should upgrade urself a bit. Islam pun ajar kita f1ght for our right. Ikutlah maqasid shariah tu. Papun, all the best. May Allah ease.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.