Sewa rumah sebeIah rumah mertua. Hujung minggu je mertua datang tidur rumah aku. Aku curi baca mesej suami dengan mertua

Mak mertua yang sibuk sekali suruh suami aku belikan sofa sebab bagi dia nanti aku sejuk ke atau cramp duduk dekat simen tanpa alas. Suami bawak balik sofa secondhand masa tu dengan berkulatnya..

Hai, nama aku Maira (bukan nama sebenar). Aku terpanggil untuk share dekat sini sebab aku ni dikira pembaca setia dekat sini. Selalu bila aku scroll, sering ada luahan berkisar masalah ibu mertua. Aku dikira bertuah sebab Allah bagi rezeki mertua yang baik, Alhamdulillah.

Tetapi tidaklah aku kecam kepada sahabat yang mempunyai mertua yang tidak dipinta aku kira. Setiap kali aku terbaca, aku berdoa aku dijauhkan mertua yang tidak baik. Berbalik kepada kisah aku. Aku dah berkahwin dengan suami aku selama 7 tahun.

Awal – awal kahwin aku pjj.. dia di negeri di pantai timur, dan aku di kuala lumpur. Selepas beberapa bulan berkahwin, aku mengandung. Berita aku mengandung sangat mengembirakan mertua aku dan keluarganya. Umi selalu whatsapp bertanyakan khabar aku, begitu juga dengan biras aku.

Suami aku anak ke 2, kiranya aku ni menantu ke 2 la. Dia ada adik perempuan hanya satu (selamat la bagi aku, sebab ipar perempuan ni complicated to handle aku kira). Tetap adik ipar perempuan aku juga baik dengan aku.

Selalu ada sesi luahan dengan aku, tak kira dia ataupun biras aku juga. Setiap kali aku mengandung memang aku alahan yang teruk. Jadi aku buat keputvsan untuk berenti kerja dan duduk bersama suami. Tetapi aku bagi syarat untuk duduk menyewa, suami aku ok je.

Awal – awal aku berhenti kerja, aku duduk rumah mertua. Suami aku kadang – kadang balik, kadang – kadang stay dekat rumah kawan dia sebab tempat kerjanya jauh dengan rumah parents dia. So aku la duduk dengan mertua bersama biras aku (sekarang dia menyewa sendiri) dengan beberapa adik beradik lelakinya yang lain.

Umi selalu bawa aku jalan – jalan untuk aku hilang boring. Selalu beli apa yang aku mengidam. Biras aku juga selalu tanyakan aku kalau aku ada mengidam apa – apa. Meskipun jauh dengan suami dan keluarga aku sendiri,aku tak rasa keseorangan.

Bila suami aku dah dapat rumah sewa, umi la orang yang sibuk sekali suruh suami aku belikan sofa sebab bagi dia nanti aku sejuk ke atau cramp duduk dekat simen tanpa alas. Padahal aku ok je sebenarnya. Aku lagi suka lepak – lepak dekat bawah sambil baring – baring.

Masa tu gaji suami aku so so je. Tapi alhamdulillah lagi, takdelah sampai tak cukup makan. Dia bawak balik sofa secondhand masa tu dengan berkulatnya. Haha. Aku pun apa lagi, aku sental sofa tu sampai bersih dan abang aku belanja sofa cover masa tu. Almaklumlah adiknya dah tak bekerja.

Bila aku duduk rumah sewa, setiap kali hujung minggu mesti muncul keluarga mertua aku biarpun untuk semalaman. Bila kitorang balik pun, mesti akan disambut dengan gembira. Sampaikan biras aku bagitahu kalau aku dengan suami aku nak balik, mesti bilik aku akan dibersihkan.

Kat sini, mungkin biras aku ada sedikit cemburu or terasa hati, tetapi aku ok je. Mungkin biras aku ada rasa str3ss bila duduk sekali. Yalah dengan anak yang aktif, duduk rumah mertua. Tetapi sekarang dia pun dah menyewa, dia pun dilayan sama sebagaimana aku dulu.

Bila hujung minggu mertua aku sering ke rumah mereka. Bila diorang balik ke kampung, mertua aku la paling excited. Tapi aku ok je, bahagia je aku tengoknya, aku pun menumpang sekali la excited tu, haha. Long short story, sekarang aku dah duduk rumah sendiri, bersebelahan rumah mertua aku sendiri.

Sebab suami aku kerja banyak kali outstation, jadinya memang dia pilih untuk buat rumah berdekatan parentsnya. Rumah dekat ada pro and cons jugak. Tapi banyak kelebihan la. Waktu aku mengandung anak ketiga, bila suami aku outstation, abah dengan umilah yang kadang – kadang menjaga makan minum aku.

Kadang – kadang abah sampai telefon aku untuk tanya dah makan belum. Biarpun duduk dekat dengan rumahnya pun. Umi abah selalu je suruh aku makan rumah dia bila suami aku bekerja. Waktu bulan puasa hari tu, dengan ada anak tiga aku tak sempat untuk masak juadah berbuka. Umi abah la yang suruh aku berbuka je di rumah dia.

Aku selalu cakap sorry dekat umi sebab menjadi menantu h4ntu, kadang – kadang tak sempat nak masak. Tetapi bila suami aku balik, turn aku pulak baIas kebaikan umi abah. Aku masakkan juadah berbuka, makan beramai ramai. Seronok ada keluarga besar macam ni aku kira.

Umi dengan abah setiap kali masuk gaji, aku la yang akan uruskan pembayaran apa – apa untuk diorang. Contohnya kereta, bil – bil dan lain – lain. Setiap hujung tahun, umi akan belikan aku sebentuk cincin sebab jadi kerani tak rasmi diorang. Dah dua bentuk cincin umi hadiahkan. Terima kasih umi.

Mengandung kali ke tiga juga aku alahan teruk. Em0si fizikaI semua tak sihat. Aku pernah check handphone suami (tak boleh tiru ya, tak baik, haha).. Aku ada la terbaca whassap umi dengan suami aku. Umi pesan dekat suami bila balik rumah jaga aku dengan baik.

Jaga percakapan, jaga em0si aku. Aku speechless, terharu sangat. Sampaikan kadang – kadang adik ipar aku cemburu dengan kebaikan umi dengan menantu – menantunya. Sebab dia tak berapa baik dengan mertuanya.

Keluarga aku juga mempunyai hubungan baik dengan umi abah. Kakak aku pun kadang – kadang cemburu dengan layanan umi terhadap aku. Umi cakap “bila anak umi dah kahwin dengan aku, autom4tik aku pun jadi anak dia”.

Terharu aku. Hubungan aku dengan biras aku juga ok, baik, selalu ada sesi luahan. Kalau ada apa – apa yang tak kena, biasanya kami tak besar – besarkan masalah. Sekadar pendam dan hilang begitu sahaja. Bila aku balik kampung, rumah ibu aku.

Tidak pernah aku lupa untuk whatsapp umi aku. Tanya khabar. Even balik pun 3 hari macam tu. Umi selalu cakap, bila dengan aku dia berani untuk whatsapp, dengan menantu lain dia takut akan mengganggu. Mungkin sebab aku selalu whatssap umi.

Tetapi aku pun manusia biasa. Kadang – kadang aku pun ada rasa kecik hati dengan umi. Dan aku selalu luahkan dekat suami aku je. Suami aku pun bagus, tak menangkan sesape, dia macam tak jadi batu api la. Aku harap mana – mana sahabat yang tak bernasib baik dalam hubungan mertua, dikurnikan perasaan sabar.

Allah uji mengikut kemampuan. Aku harap hubungan aku dengan keluarga mertua kekal bahagia sampai ke akhir hayat. Thanks sebab sudi baca. – Maira (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Mayang Sari : Tt rasa mertua ok sebab tt ok. Ada orang mertua datang tiap minggu pun tak suka. Duduk dekat pun tak suka. Selalu panggil makan pun tak suka. Terlampau wasap amik berat pun tak suka. Takda privacy katanya.

Noordhuha MuhdAli : Bila baca confession ni rasa macam lebih kurang cerita kita. Kami duduk selang sebuah rumah dengan rumah mentua. Masak apa – apa mesti dia call suh pi makan sebab dia tau dah menantu dia ni jarang masak. Dapat mak mentua suka masak pulok tu so memang daiet kelaut laa.

Norwahidah Sarlan : Seronok baca.. Mudah – mudahan kekal happy hingga akhir hayat. Kak jugak dikurniakan ibu mertua yang sangat baik n family nya. Alhamdulillah dah arw4h.. Al fatihah… sekarang ada ibu mertua baru jugak baik orangnya dan keluarganya. Semoga Allah pelihara kita semua dan yang kurang bernasib baik. Semoga Allah kurniakan kesabaran dan ibu mertua berubah menjadi lembut hati dan beriman.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.