Mak mertua h1na aku manduI, p4ksa suami aku kahwin lain. Aku nekad pasang plan sampai bapak mertua aku kahwin lain

Kalau balik kampung tu je kerja diratibnya, bila nak beranak, bila nak kahwin satu lagi, orang lain nikah kemudian dari kau pun dah beranak pinak. 12 tahun aku bertahan, kali ni aku nekad. Aku nak biar mak mertua rasa macam mana hidup bermadu. Aku send profile bapak mertua dekat ibu tunggal anak dua..

#Foto sekadar hiasan. Baru ni aku ambil keputvsan untuk remove diri aku daripada hubungan yang t0ksik. Setelah berumah tangga selama 12 tahun tanpa cahaya mata. MentaI aku k0yak bila mak mentua selalu prov0ke aku isu anak dan suami hanya diam macam kayu aje.

Tahun ni adalah tahun terakhir untuk aku bertahan dengan kata c4cian dan h1naan mak mentua aku berjemaah dengan mak – mak sed4ra sebeIah suami. Aku dah tak tahan, dan tak boleh nak teruskan hadap dengan mak mentua sebab aku dah fikir masak, ini adalah jalan yang terbaik.

Maka raya tahun ni last aku bercampur dengan keluarga mentua. Aku tak larat dah nak fakekan diri aku. Tunjuk aku kuat walaupun dalaman aku br0ken, br0ken teruk. Aku minta maaf dekat suami sebab aku memang tak boleh dah nak berbaik dengan mak dia.

Nak putvskan hubungan terus tak mungkinlah cuma aku nak jarakkan diri. Aku nak elakkan konfrantasi. Takut mulut ni ringan jer berbaIas cakap benda tak elok. Kami suami isteri telah menjalani ujian kesuburan dan keputusannya kami suami isteri tiada masalah itu dan belum dikurniakan rezeki anak. Itu sahaja.

Hubungan kami suami isteri baik – baik sahaja. Cuma beberapa tahun ni agak dingin. Aku tahu dia pun letih nak lalui proses ni. Aku pun mentaI juga. Dua tahun lepas mak mentua bising suruh suami kahwin satu lagi. Sedih juga laaa.

Kalau balik kampung tu je kerja diratibnya, bila nak beranak, bila nak kahwin satu lagi, orang lain nikah kemudian dari kau pun dah beranak pinak. Bini kau manduI. Keturunan aku takde yang manduI. Jadi kita orang biar je benda ni terg4ntung macam tu.

Sebenarnya aku nak share something tahun lepas, sebabkan mak mentua ni terlalu str3sskan aku sampai nak masuk depr3ssion, asyik suruh laki aku kahwin lain, kahwin lain, kenenkan dengan anak perempuan kawan – kawan dia, aku mentaI.

Aku baIas d3ndam. Tak, aku tak main santet, santet ni. Dia ni keluarga berniaga makan. Berniaga makan lauk pauk tengah hari. Memang sedap air tangan dia, yang tak sedap mulut dia je. Pekerja sambilan dia memang tak tahan lama, sebab tak tahan dengan sikap bossy dia.

Jadi memang ramai lari je keje. Kejap datang, kejap tak. Kebetulan aku tolonglah iklan jawatan kosong pembantu kedai mak mentua ni kat group komuniti situ. Adalah beberapa orang yang pm bertanya dan aku tertarik dengan seorang calon ni.

Aku siap interview dah. Ibu tunggal anak dua. Jadi aku send location gerai mak mentua dan no telefon mak mentua. Dan adik manis tu dapat job kat situ sebagai pembantu kedai. Alhamdulillah selain dapat bantu menjana ekonomi ibu tunggal, aku dah ada strategi.

Aku cari calon untuk mak mentua aku. Korang kutuk la aku, aku dah tak kisah. Aku nak orang yang mengata aku tu rasa apa yang aku rasa. Aku dah penat jadi baik. Level sabar aku dah nipis. Aku biar je diorang perkotak – katikkan maruah aku sebagai wanita.

Aku diam aje bila diaorang membahankan aku. Diam, diam ubi berisi. Adan uke. Bapa mentua suka main facebook tau, tengok tiktok. Dari situ aku tau, boleh tahan pak mentua aku ni, sebab suka sengih sensorang. Adala tu kan.

Kadang – kadang terskodeng dia leka dok reply sambil senyum – senyum sendiri. Jadi, aku message kat adik manis ni, pakcik ni teringin nak beristeri dua, bisnesman aku kata then aku share link profile picture facebook bapak mentua.

Aku lepaskan ajelaaa pandai ko la. Kalau terkena umpan, kenalah. So dalam masa tiga bulan, bila aku balik kampung dan ke gerai mak mentua ni, aku perati la merpati sejoli ni. Aku dapat rasa dah berputik cinta tu. Kadang – kadang adik manis tadi tu ikut pak mentua aku gi pekan beli barang masakan atas alasan tolong angkat barang.

Mak mentua plak lepaskan jer macam tu, sebab dia dah letih memasak lauk pauk tengah hari. Boleh dik4takan everyday lepas berniaga tutup kedai jam 3 tu, bapak keluar beli barang masak meniaga esok. Dia memang beli barang daily basis.

Sebenarnya aku pernah je kalau balik kampung terserempak dengan pak mentua ngeteh kedai kat pekan lepas abis meniaga, lepaskan lelah berniaga. Ni dah ada partner lagi sakan, hahahaha. Manjang balik kata barang takde kena cari kat mall besar sikit, jadi dia lambat balik.

Aku bila dengar macam tu memang aku sengih sampai ke telinga. Jahatkan aku yang dulu ters4kiti ni buat orang lain plak. Aku skodeng juga fb adik manis tu, wah update gambar jalan dengan bakal suami, tapi muka tak nampak.

Tak lama dua tiga bulan berikutnya adik manis ni update gambor gi kedai emas. Sebulan lepas tu adik manis hilang, dah tak dapat dihubungi. Dia berhenti kerja la. Bapak pula dah jadi macam chipsmore, kejap ada kat gerai, kejap tak ade. Busy uruskan bisnes katanya.

Mak mentua terkontang kanting, tapi dalam dia letih tu mulut dia masih melahar ngata aku manduI. Awal Januari lepas, kant0i mak dah bermadu. Alhamdulillah aku ucapkan. Mak sibuk nak madukan aku, mak yang bermadu.

Meng4muk tutup gerai 13 hari. Abis periuk belanga terbang, pinggan mangkuk pecah sana sini. Memang mak mentua aku am0k abis – abisan. Dia halaunya laki dia sendiri keluar rumah. Apa ada hal, bapak mentua aku kata bini pertama meng4muk aku balik rumah bini nombor dua yang layan aku macam manusia.

So disebabkan mak mentua masih lagi terbako dan terkesan dengan perbuatan suami sendiri madukan dia dengan pembantu kedai yang maha rajin teman pi shopping barang nak berniaga, raya hari tu kami terp4ksa beraya menemankan mak mentua beraya.

Tapi tu lah aku masih dikeji dan dih1na sebagai manusia yang tak boleh beranak. Aku diam aje sebab aku rasa dah menang. Memang dalam hati aku cakap mak, u layak untuk terima semua ini. Dan aku dah nekad aku jauhkan diri daripada drama keluarga mak mentua ni.

Kalau suami dah tak nak kat aku yang tak mampu nak bahagiakan dia ni dengan zuriat, pun aku dah redha. Sayang aku m4kin lama m4kin pudar. Sebab aku sendiri dapat rasakan suami dah tak macam dulu. Pengajaran pengalaman hidup aku ni adalah, kalau tak boleh nak layan menantu tu macam anak sendiri tak perIukah c4ci k3ji m4ki, tak pasal dapat madu lagi muda. Sekian, terima kasih. – Mimi (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Puteri Nurul Fatihah : Macam drama haaa tapi dah bermadu pun mulut masih harey. Memang ada makcik camni tapi one day satu – satu Allah tarik sebab mulut binasa dia. Suami pun alah takleh guna akal dan budi bicara ke untuk diamkan mak tu. Ish geram aku. Tapi kalau betul dah tak sayang. Pulangkan anak orang dengan baik. Jauhkanlah anak orang dari mak kau per4ngai buruk tu.

Ummu Uqasha : Mohon pengarah – pengarah filem atau drama amek kisah sis ni buat citer gempak – gempak sket. Hahahaha. Bior mertua mulut puaka macamni insof sket dari nak mengate orang je keje. Puas hati aku. Ko cari jela laki lain. Tah – tah laki ko yang problem bukan ko. Bini dah kena h1na pun buat kayu.. langsung tak gentle.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.