
Tak sangka licik sungguh alasan suami nak cerai apabila dia mendakwa kami terpaksa berpisah buat sementara waktu kononnya kerana terkena buatan orang. Namun segalanya terbongkar apabila aku dapat bukti dia sebenarnya sudah berkahwin dengan seorang janda berharta berbanding aku yang tiada apa-apa ini. Lebih menyedihkan, rupa-rupanya selama ini dia memfitnah aku dekat keluarga mertua supaya mereka membenci aku..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum admin. Sebelum ni ada aku luahkan dekat admin selepas sebulan diceraikan, tapi ni yang terbaru. Tolong siarkan, min. Aku perlukan kata – kata semangat dan pandangan dari semua pembaca.
Rupanya memang bekas suami seorang yang sangat licik. Dia dah rancang awal dan rapi untuk ceraikan aku bagi memudahkan dia berkahwin dengan janda yang lain. Ni lah pepatah yang pernah aku dengar, seorang suami sanggup menjandakan isterinya demi mengejar janda yang lain.
Berbalik kisah aku, sedari awal dia bagi alasan nak ceraikan aku kononnya dia disihir ibu dia. Kononnya lagi dia dah pergi berubat dengan dua orang ustaz dan kedua – dua ustaz tu cakap untuk dia sembuh dari sihir tersebut, dia harus ceraikan aku.
Lagi dia cakap ustaz tu tak mampu nak pulihkan dia dari sihir tu sebab ibu dia guna sihir Siam, wallahualam. Aku sendiri cakap dekat dia kalau betul seorang ustaz cakap macam tu, ibarat ustaz tu perlekeh kuasa Allah. Tapi aku tahu bekas suami aku tu pembohong.
Dia sanggup menggunakan nama perubatan Islam dan nama ibu dia demi nak buat aku bersetuju dengan cadangan dia. Kononnya dia cakap dia hanya sementara lepaskan aku. Lepas sembuh dia akan rujuk aku balik. Dengan hati yang berat aku setuju, min, sebab dah terpengaruh dengan cerita rekaan dia. Demi nak dia sembuh, aku ikut cadangan dia.
Tapi segalanya terbongkar tak sampai sebulan dia ceraikan aku. Aku dapat bukti dia dah berkahwin dengan seorang janda yang boleh dikatakan berharta berbanding aku yang takde apa – apa ni. Bertahun – tahun aku sanggup susah payah dengan dia, min.
Pernah dia jatuh sakit akibat jantungnya tersumbat. Aku, isterinya yang orang susah ni lah ke hulu hilir ulang alik hospital jaga dia dan tengok dia. Saat tu mak bapak dia pun takde datang menjenguk dengan alasan jauh. Sedangkan tak lama dari dia sakit tu, mak bapak dia boleh je datang melawat rumah baru adik dia yang tak jauh dari rumah sewa kami.
Tapi langsung keluarga dia takde singgah. Kecil hati memang kecil hati, tapi aku pendam dan cuba positif. Yang buat aku lebih terkilan, bekas suami tergamak buat fitnah tentang aku dekat mak bapak dia. Kononnya aku yang fitnah ibunya menyihir dia.
Ya Allah, sungguh aku tak sangka dia yang aku anggap suami yang mulia tergamak fitnah aku macam tu sekali demi nak hasut kedua – dua orang tuanya membenci aku, seterusnya merestui dia berkahwin baru. Saat aku datang ke tempat kerja dia, rata – rata kawan – kawan dia termasuk ketua tempat dia kerja tu semua tak tahu yang dia ceraikan aku demi perempuan lain dan abaikan anak.
Menurut kata diorang, kesemua rakan setugas dia turut dijemput ke majlis perkahwinannya tu. Diorang memang tak tahu menahu perangai sebenar dia yang sanggup ceraikan aku, sedangkan selama ni aku banyak bersusah payah dengan dia.
Ikutkan dari awal dia beria ajak aku ke mahkamah sampai habis proses dia ceraikan aku di mahkamah. Semuanya perancangan licik dia. Aku je yang tak tahu dan tak nampak selama ni. Dia cukup berpura – pura di depan aku dan anak. Memang masa semua terbongkar tu aku ada hubungi ipar kepada bini baru dia.
Tujuan aku nak diorang tahu hal sebenar tapi apa yang aku cuba terangkan, bekas suami cukup pandai putar belitkan balik cerita dekat bini baru dia dan iparnya. Ya, akhirnya diorang tuduh aku yang meroyan kononnya tak boleh terima diri yang dah diceraikan.
Jujur, aku redha jika ni qada dan qadar Allah buat aku. Tapi jauh di sudut hati aku, aku takkan maafkan tiap inci perbuatan menipu bekas suami. Hari ni dah sebulan lebih aku diceraikan. Anak langsung bekas suami tak datang tengok. Dia tinggalkan aku dengan satu sen pun takde di tangan, rumah sewa tak berbayar, dengan aku yang sebelum ni suri rumah tangga yang menghambakan diri sepenuhnya untuk dia.
Silap aku, min, terlalu agungkan dia dulu sebagai suami. Aku harap sangat bini baru dia dan seluruh keluarga bini dia termasuk bekas mentua, ipar dan biras aku yang dah diputar belitkan cerita sebenar oleh bekas suami aku, akhirnya tahulah kebenarannya.
Tapi aku tak tahu lah, min, bini baru dia tu memang dari awal dah tahu ke dia tu suami orang tapi masih nak juga. Sebab aku dapat tahu pun bini baru dia janda, tapi janda berduit lah, min, berbanding aku ni yang takde apa – apa. Bini yang miskin.
Sebab tu dia sanggup buang aku dan anak – anak. Doa aku dan aku juga mohon doa yang lain, tolong doakan bekas suami aku tu akan dapat kifarah atas penganiayaan yang dia dah lakukan terhadap aku. Ya, aku sedar aku orang yang tak berduit berbanding bini baru yang dia kahwin tu.
Perempuan tu berkereta besar, punya rumah besar dan berkerjaya pula. Aku? Sekadar melukut di tepi gantang. Sebab tu keluarga dia berbesar hati tengok dia dapat perempuan yang berduit. Sekurang – kurangnya anak lelaki mereka tak susah lagi macam waktu bersama aku. Sekian, luahan aku. Harap siarkanlah supaya aku dapat kata – kata semangat untuk diri aku. Terima kasih.
Komen netiazen :
Najwa Baderi : Alhamdulillah, puan dikurniakan rezeki termahal di dunia, iaitu anak. Kuatlah demi anak, bina hidup baru dan cari kerja demi anak. Pindahlah sis dari situ sebab rumah tu pun bekas kenangan dengan dia, kan? Takde apa yang perlu diingati sedangkan sampai macam tu sekali dia fitnah sis, ibu kepada anak kandung dia sendiri.
Pindahlah ke tempat lain, jauh dari dia. Biar tak jumpa pun takpe. Saya doakan sis dan anak sentiasa dilindungi. Doalah di bulan mulia ni. Lagipun dia ada penyakit jantung, kan? Okeylah, kut kut karma datang dekat dia secepat yang mungkin, siapa tahu.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.