Satu malam tu lepas habis kerja, aku macam tak boleh tidur. Aku dok terbayangkan dia, aku tertidur dengan airmata. Kemudian aku perasan seminggu dia tak datang kedai, aku tertunggu – tunggu. Satu hari kereta jazz merah parking depan kedai..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Nama aku Reen, umur 32, masih bujang dan aku seorang yang sangat gemuk. Dari kecik aku memang gemuk. Benda ni buatkan aku selalu rasa kurang keyakinan dan kurang kawan. Dulu masa sekolah menengah, bukan saja gemuk, tapi aku ada masalah badan berbau jugak.
Masa sekolah aku selalu kena ejek gemuk la busuk la. Tapi sekarang dah besar ni dah pandai kawal masalah bau badan ni. Tapi aku memang dari dulu tak de kawan. Bila m4kin membesar, aku cemburu tengok orang – orang yang badan kurus.
Orang kurus ni nampak cantik. Dan ramai kawan. Ramai orang suka. Orang lelaki pun suka dengan perempuan kurus kan. Sebab tu aku sampai sekarang tak pernah ada pengalaman berkawan dengan lelaki. Aku pun dah lupa hasrat aku untuk berumahtangga sebab tak de orang suka dengan aku.
Aku sebenarnya suka dengan pakaian yang cantik, tapi untuk orang macam aku, susah nak dapat pakaian yang cantik. Aku memang suka nak bergaya cantik- cantik, tapi untuk badan aku, rasa tak kena. Rasa jadi hodoh pulak.
Aku cuba ja bersenam berdiiet, tapi aku akui, aku ni jenis hangat – hangat t4hi ayam. Aku susah nak istiqamah. Sebab aku senang lapar. Dan orang macam aku, makan sikit pun badan cepat naik. Aku pendekkan cerita. Aku kerja dekat 1 kedai makan ni.
Aku dah kerja dekat 8 bulan dah kat sini. Biasa kita kerja kedai makan, mesti kita perasan semua customer kita kan. Sama macam aku jugak. Aku perasan selalu ada 1 perempuan ni kerap datang beli nasi. Seminggu 3 – 4 kali mesti dia datang.
Kadang – kadang dia beli bungkus, kadang – kadang dia makan situ. Tapi dia selalu sorang ja. Aku tak pernah nampak dia dengan sapa – sapa. Dia macam anak mami. Kulit hitam manis, hidung tinggi. Tapi aku suka tengok penampilan dia. Walaupun dia gelap, tapi gaya dia tersendiri.
Muka dia serius tapi manis. Macam pandang tak jemu. Dia ada 1 jenis bau kat badan dia, aku suka sangat bau tu. Aku tak tahu la dia pakai perfume apa. Tapi bau tu aku tak pernah jumpa kat mana – mana. Rasa sedap dan relax bila lalu sebeIah dia.
Sebab aku dah sinonim dengan macam – macam perfume sebab aku kan badan berbau, so aku kerap pakai perfume. Tapi perfume dia aku tak dapat teka brand apa. Aku agak umur dia mesti dalam 20an. Sebab dia nampak muda.
Aku selalu panggil dia adik. Aku agak tinggi dia dalam 160 sebab aku 162. So bila berdiri sebeIah aku, dia macam rendah sikit dari aku. Berat dia aku rasa dalam 50kg ja. So orangnya nampak kurus tapi badan dia tegap. Dia kemas walau apa pun dia pakai
Orang kata orang kulit hitam ni kena pandai pilih warna pakaian, tapi entah la. Di mata aku, dia pakai warna apa pun nampak sesuai. Pakaian dia macam terletak elok kat badan dia. Kemas sangat – sangat. Kadang – kadang dia datang pakai t-shirt dengan track ja.
Tapi nampak sangat perfect walau apa pun dia pakai. Badan dia tough. Aku ni jenis suka perhati penampilan dan badan orang yang aku rasa rare. So aku kategorikan dia jenis badan rare. Aku tak tahu la aku normal ke tak sebab aku suka perhati perempuan.
Dan aku pun tak tahu nak explain macam mana kategori rare yang aku nilai tu. Tapi aku akui aku rasa cemburu, sebab aku kan suka nak cantik – cantik tapi macam tak berjaya. So aku selalu berangan kalau badan aku macam orang tu kan best.
Balik pada perempuan yang beli nasi kat kedai aku tu. Aku tak pernah la tengok dia pakai pakaian yang feminin. Dia selalu pakai seluar dengan kemeja. Kadang – kadang dia pakai t-shirt. Tapi dia sentiasa pakai tangan panjang.
Kalau pakai tangan pendek dia mesti pakai inner. Dia suka pakai speck mata hitam jugak. Normally jarang la tengok perempuan bergaya dengan speck. Tapi dia nampak confident dengan gaya dia. Sebab tu kot dia selesa ja makan sorang kat kedai.
Selalu kan perempuan dia segan nak makan sorang kat kedai. Aku ni kerja kedai masakan panas, so pukuI 4 buka kedai. Dekat 12 baru tutup. Dia ni selalu dalam 6 atau 6. 30 petang dah datang beli nasi. Mungkin dia pilih time customer tak ramai.
Satu malam tu lepas habis kerja, aku macam tak boleh tidur. Aku dok terbayangkan dia. Aku rasa macam nak tiru style dia. Tapi aku sendiri tahu, benda tu tak akan sesuai dengan aku. Tiba – tiba aku rasa macam emo sendiri.
Aku pandang badan aku yang menggelebeh sana sini. Aku rasa down sangat – sangat, dan malam tu aku tertidur dengan air mata. Lepas tu aku perasan dekat seminggu lebih jugak la, dia tak datang kedai pun. Aku dah macam sentiasa ternanti – nantikan dia pulak.
Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku rasa pelik dengan dia. Dah macam orang angau pulak. Aku cuba alih fikiran dari fikir dia. Tapi setiap susuk manusia masuk kedai, mesti aku harap dia yang datang. Aku suka perhati dia, aku pun tak tahu kenapa. Aku dah mula rasa otak aku m4kin giIa.
Aku cuba jadi normal tapi tak mampu. Aku tanya diri aku, aku ni syok kat perempuan ke. Tapi tak. Sebab aku pandang perempuan lain tak rasa apa. Malah aku selalu jugak curi – curi pandang lelaki yang datang makan kedai. Aku percaya naluri aku dekat lelaki.
Tapi kenapa dengan dia aku suka sangat nak pandang. Macam admire dia sangat. Tiba dalam pukuI 6 tu, aku nampak kereta merah jazz parking depan kedai. Aku tahu tu dia. Kadang – kadang dia naik motor ja. Tapi motor dia agak besar sikit.
Tapi aku rasa dia suka warna merah. Sebab motor kereta semua warna merah. Dia pun kerap pakai baju merah. Sampai macam tu sekali aku ambil tahu hal dia. Aku terus jadi excited. Kali ni dia nak makan kat kedai, aku lagi suka.
Boleh perhati dia lama – lama berbanding dia beli bungkus. Terus aku lupa apa yang aku fikir tadi. Macam biasa, menu dia nescafe panas dengan nasi goreng paprik. Lepas tu dia sibuk tengok telefon. Aku tiba – tiba rasa sedih pulak. Ye la dia langsung tak pandang aku.
Tapi ye la, kenapa dia nak pandang pulak. Aku bukan siapa – siapa pun. Kalau orang cantik mungkin dia pandang. Tapi pun dia kan perempuan, mana dia nak pandang perempuan jugak. Aku ja yang suka pandang perempuan. Aku sedih la, sebab aku rasa nak berkawan dengan dia.
Ibarat dekat seminggu tunggu dia, tapi aku sedar orang tak nak kawan dengan aku. Orangnya pun sangat serius. Tak pernah nak senyum ke apa. Tapi entah la kenapa ringan sangat mulut aku, aku pergi tanya dia, “Lama tak datang.”
Tiba dia angkat kepala pandang aku, sambil buka spek dia. Dia baIas, “oh ada kursus.” Tiba hati rasa bahagia pulak. Sebab dia respon aku. Aku tanya dia lagi, dah alang – alang customer tak de. ‘Kerja sini ke?’ Dia jawab ‘ye. Kerja kat kem tu ja’
Aku terus macam, what. Oh adik tent3ra ke? Sebab kem yang dia cakap tu kem tent3ra. Agaknya tak senang kot aku asyik ganggu dia. Dia nak tengok hp macam tak senang. Dia angguk sambil cakap ermm. Pastu simpan hp dia dalam beg, pastu dia pandang aku. Mungkin tunggu soalan aku seterusnya kot.
Tapi aku terus m4ti kutu. Aku cakap sorry. Aku pun tak tau kenapa nak sorry. Sebab aku rasa aku dah gangu ketenteraman dia. Pastu aku pergi masuk dapur. Terus rasa berrdebar. Aku pun tak tahu kenapa. Macam orang hilang akai.
Tapi baru aku sedar, patut la badan dia cantik. Orang kerja tent3ra kan jaga badan. No wonder la. Pastu aku fikir dia mana la nak kawan dengan aku semua. Aku kerja kedai makan ja. Dia tent3ra. Orang sekarang kan memilih jugak kalau nak berkawan.