Kali ini dalam diam saya minta pertolongan saud4ra yang kenal dengan JKM untuk datang selamatkan Sara masa suaminya keluar bekerja. Sebab saya kesian dengar suara Sara menangis. MaIangnya Sara dibawa ke tempat rahsia..
#Foto sekadar hiasan. Membaca kisah semalam, terbayang difikiran saya ke manakah hilangnya jiran yang saya kenali satu ketika dulu. Pada saya kehilangannya kemungkinan dari dua perkara, mungkin dia terlalu sayangkan suami hingga sanggup dipukuI.
Sara nama yang kami kenali, nama penuh, binti apa memang tak tanya pun, sebab tak penting, tetapi pend3ritaan yang dia tanggung membuat saya dan beberapa orang jiran tertanya tanya ke mana dia dibawa pergi oleh suaminya.
Berumur lebih kurang 30-an tahun, tidak mempunyai anak, walaupun dia mendakwa sudah lebih 8 tahun berkahwin. Alasannya kepada kami belum ada rezeki, tetapi menurut cerita dia kepada kawan baiknya dulu sebelum saya pindah ke kawsan perumahan ini, suaminya tak mahu ada anak, sebab menyusahkan.
Menurut jiran yang sudah lama duduk di kawasan perumahan ini, katanya kehidupan Sara tak ketentuan hala. Puncanya kerana dia sering did3ra mentaI dan fizikaI. Walaupun saya baru pindah 2 tahun ke kawasan ini, saya sendiri pernah lihat Sara meminta tolong belikan dia ice cream, kerana dia teringin sangat nak makan ice cream. Dah lama tak mkan katanya.
Nak beli sendiri dia tidak ada duit, nak keluar rumah tak boleh sebab dia dikunci dari luar. Biasanya kalau nak makan benda yang dia teringin, dia tunggu jika ada jiran melintas depan rumah dia minta belikan makanan tersebut.
Masalahnya pagar pun berkunci cuma budak – budak yang kecil badannya yang boleh masuk dan berikan makanan tersebut kepada dia. Sebenarnya dulu dia tidak dikunci dalam rumah, tetapi salah Sara juga dia suka bercerita tentang masalahnya.
Iaitu pend3ritaannya selalu kena pukuI kepada orang yang tak boleh simpan rahsia dan tak pandai jaga maruah jiran. Sara fikir jiran itu baik, selalu berbual dengannya, maka dia suka bercerita. Sudah tentu bercerita masalah dia selalu kena pukuI. Tetapi dia salah orang.
Ceritanya dipanjangkan ke orang lain. Tetapi tak boleh salahkan jiran sahaja, mungkin jiran nak bantu, jadi dia bercerita kepada orang lain, dengan harapan ada cara lain untuk tolong Sara. MaIangnya cerita Sara sampai ke telinga orang lelaki, mereka memandang serong pada suami Sara.
Ada pulak yang cuba nasihatkan suaminya supaya jangan naik tangan pada si isteri, Sara. Agaknya kerana malu dan didakwa ada orang yang ingin campur urusan keluarganya, maka Sara tidak dibenarkan keluar rumah lagi.
Sejak itu putuslah hubungan Sara dengan jiran tetangga. Bila tidak keluar rumah macam mana nak masak, sementara suaminya jarang – jarang ke kedai, jadi bertambahlah pend3ritaan Sara bila makanan sentiasa jadi masalah.
Jiran tak kata dia tak diberi makan, tetapi mungkin makanan yang disediakan tidak mencukupi. Lebih menyedihkan Sara selalu dipukuI, kami tak tahulah puncanya, tetapi bila dia menjerit kami yang mendengar terasa seram juga. Sebab tak nampak tentu kami rasa dia teruk kena pukuI.
Kerana kasihan saya bertanya kepada saud4ra saya yang tahu tentang kes pend3raan dan saya cuba tanya apakah ada cara yang kami boleh tolong Sara. Sudah pasti dia suruh saya laporkan kepada polis dan bawa ke doktor. Supaya Sara boleh diselamatkan.
Nak jadikan cerita saya cuba berbincang dengan jiran untuk buat laporan polis. Tetapi jiran bantah. Kata mereka jangan cari pasal. Kata mereka, dulu ada jiran dah buat laporan. Dan bawa Sara keluar. Selepas bawa ke hospitaI dan ketika hendak buat laporan polis. Sara menafikan dia dipukuI, dia kata dia terjatuh dan menafikan segala tentang suaminya, katanya suaminya baik.
Terk3jut beruk jiran, tambah bercelaru apabila suaminya datang bawa Sara balik dan salahkan jiran campur urusan rumahtangganya. Sedangkan sebelum itu Sara sendiri minta tolong bawa dia ke hospitaI dan dia ingin buat laporan polis kerana dia dipukuI.
Sejak itu tobat jiran tak mahu tolong Sara lagi. Mereka malu dituduh hendak rosakkan keluarganya. Saya lagi terk3jut, sedangkan Sara merayu saya untuk selamatkan dia, kerana dia tak tahan dipukuI suaminya lagi. Nasihat jiran, kalau Sara nak buat laporan polis, biar dia sendiri keluar atau lari dari rumah itu tanpa bantuan jiran, sebab mereka tak mahu dituduh memecahbeIahkan rumahtangga orang dan suka campur tangan masalah mereka.
Pada kesempatan yang ada saya beritahu Sara supaya dia cuba keluar dari rumah dan buat laporan polis sendiri. Tentulah tak boleh dia dikunci dari luar oleh suaminya. Untuk tenangkan hatinya saya tanya Sara adakah dia hendak beritahu saud4ra mara atau ibu bapanya, mungkin dia boleh diselamatkan jika ibu bapanya datang.
Tetapi kata Sara dia tidak ada adik beradik apa lagi saud4ra mara, malah dia tak kenal ibu bapanya. Pelik sungguh! Siapa besarkan dia, adakah dia anak angkat? Siapa emak angkatnya. Katanya dia sendiri tidak tahu. Memang pelik.
Tetapi bila saya cuba tanya lebih mendalam, Sara cuba mengelak. Pada saya latar belakang Sara memang pelik bin Ajaib. Apakah mungkin dia dibesarkan oleh keluarga angkat yang dia sendiri tidak kenal, atau mungkin dia membesar di rumah kebajikan sejak kecil?
Kalau duduk rumah kebajikan bila berusia 18 tahun dia aka keluar dari rumah kebajikan, untuk jalani kehidupan sendiri, sudah tentu hidupnya tak tentu hala, sebab tiada bimbingan dan menasihatinya. Jadi bila ada orang berbaik dengan dia terutama lelaki, dia ikut lelaki tersebut. Apakah ini kemungkinan yang terjadi dalam hidup Sara? Sebab dia sendiri tidak kenal dirinya!
Pelbagai persoalan mengh4ntui fikiran saya. Bila bincang dengan suami, beliau desak saya lupakan dan jangan campur urusan orang. Mudahnya! Sebab dia tidak dengar sendiri kelohan hati Sara yang amat tertekan itu. Nak jadikan cerita beberapa bulan kemudian saya terdengar Sara menjerit minta tolong. Dia kena lagi.
Saya rasa tentu kali ini lebih teruk lagi. Sebab Iuka lama pun belum sembuh lagi. Sekarang kena lagi! Kali ini dalam diam saya minta pertolongan saud4ra yang kenal dengan JKM untuk datang selamatkan Sara setelah suaminya keluar bekerja. Sebab saya kesian dengar suara Sara menangis dan mengadoi.
Benar mereka datang dengan pegawai polis dan bawa Sara keluar untuk buat laporan dan pemeriksaan doktor. Saya tak pasti berapa hari Sara terlatar di hospitaI yang dirahsiakan kepada kami di hospitaI mana Sara di rawat supaya kami tidak datang melawatnya.
Kami dapat tahu setelah dirawat Sara ditempatkan di pusat perlindungan, juga kami tidak tahu di mana. Dalam pada itu, yang pasti suami Sara juga sudah lama tak balik rumah. Rumah sewa itu ditinggalkan secara meng3jut.
Menurut tuan rumah yang datang beberapa bulan kemudian untuk melihat keadaan rumahnya, dia terk3jut, kerana terdapat beberapa helai pakaian Sara dan suaminya ditinggalkan tersusun, selain perkakas memasak, peti sejuk, perkakas dapur, dan pinggan mangkok.
Kata tuan rumah, dia tidak pasti apakah penyewa ingin kembali, sebab perabut rumah, peralatan dapur, peti sejuk, kipas, katil masih ada. Sedangkan sudah 3 bulan rumah ditinggalkan. Kalau tuan rumah terk3jut dengan keadaan rumah yang ditinggalkan kami lagi terk3jut. Sebab setahu kami suami Sara sudah lama tak balik.
Sejak Sara dibawa ke hospitaI, kami terputus hubungan. Kami tidak tahu apa terjadi pada Sara. Atau apa cerita suaminya yang kaki pukuI itu. Apakah tindakan terhadap suaminya? Atau sudah berdamaikah mereka? Tetapi akhirnya kami dapa tahu juga apabila pegawai kebajikan datang bertanya tentang kehidupan Sara dan suaminya, sebelum di bawa ke hospitaI.
Kami diberitau setelah dirawat beberapa bulan di hospitaI, dia ditempatkan di pusat perlindungan wanita. Tempatnya dirahsiakan. Tetapi Sara dapat telefon suaminya. Suaminya datang dan ambil Sara keluar secara p4ksa dari jagaan pusat perlindungan.
Ke mana dia pergi tidak diketahui hingga kini. Saya simpati dengan nasib Sara. Saya masih terbayang – bayang wajah dan masih terdengar suara dia menjerit di pukuI. Hanya kepada Allah kami berserah semoga Sara selamat sejahtera.