Belum tengah bulan biasanya saya dah tiada duit. Tiada yang sungguh tiada. Tiba – tiba whatsapp suruh belanja itu ini, saya sungguh ralat. Sedangkan mereka mampu tukar HP iphone, mampu beli ipad. Tapi nak makan McD minta saya…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca. Selama ini saya hanyalah silent reader. Saya tiada kawan. Jadi izinkanlah saya luahkan di sini. Saya sudah berkahwin. Mempunyai seorang anak. Bila orang tanya bila nak tambah, saya hanya kata cukuplah seorang. Kewangan saya bukan elok.
Saya tak pandai uruskan duit. Saya paling lemah urus duit. Tapi saya pernah rasa susahnya tiada duit ketika belajar. Saya bukan jenis meminjam dan bukan juga jenis meminta dengan ibu bapa. Kalau orang pernah bahagi maggi untuk 2x makan, saya tiada duit untuk hatta beli sebungkus kecil maggi, saya hanya makan roti 80 sen bahagi dua untuk tengahari dan malam.
Saya ada ptptn, tapi pada masa tu kad saya diguna pakai secara h4ram oleh insan tak bertanggungjawab lesap semua duit saya. Tutup cerita zaman belajar. Ya makanya bila kahwin, saya cukup serius tentang simpanan untuk anak saya.
Anak saya baru masuk usia 2 tahun. Saya bukakan akaun tabung haji, saya apply simpanan sspn-i. Gaji saya boleh dik4takan 3.3k, agak lumayan untuk duduk di bandar kecil selatan tanah air, duduk pun rumah pemberian ibu bapa.
Suami saya gaji kecil tapi masih mampu, lepas 3k jika banyak OT. Tapi orang selalu pelik saya tiada duit. Ya, belum tengah bulan biasanya saya dah tiada duit. Tiada yang sungguh tiada. Suami saya bayar segala barang dapur, bayar bil – bil, bayar kereta dia, bayar huyang bengkel masa gearbox (turbo) rosak perlu dibaiki hampir 12k (bayar ansur tiap bulan 1k), bagi pada orang tua lagi.
Saya tak pernah persoalkan gaji suami selagi dia langsaikan tanggungjawab asas dia dan nafkah saya. Saya ada kereta. Saya perlu bayar yuran taska anak. Bil telefon saya, duit minyak ke ofis. Bayaran balik ptptn, simpanan hari tua,
Simpanan anak memang saya utamakan sampai hampir RM300 – RM500 per akaun. Sebab saya risau saya dan suami m4ti awal. Saya tak nak anak saya susah nak belajar. Tup tup sebelum 15hb dah tinggal RM100. Jadi bila ada keluarga yang tiba – tiba whatsapp suruh belanja itu ini, saya sungguh ralat.
Ahli keluarga tersebut mampu tukar iphone setiap kali keluaran baru. Mampu pulang dari borneo ke semenanjung setiap 2 minggu. Mampu beli ipad untuk semua anaknya. Tapi nak makan mcd whatsapp saya. Saya tak layan dia spam sampai saya mutekan conversation.
Saya ni nak beli ayam goreng pasar malam pun kira bajet. Belum lagi kawan ofis yang sibuk ajak ke sana ke sini. Saya tak pernah culas untuk bawak bekal ke ofis walaupun sekadar nasi dan telur goreng sebab saya tak nak habiskan banyak duit. Sebab saya suka belikan untuk anak je.
Balik kerja, saya belikan jagung, biskut atau sebagainya sebab saya nak anak saya happy. Macam cuti sekolah tiap kali cuti, mereka suka nak p4ksa ajak berjalan. Tapi cakap last minute. Kami ni setiap kali gaji dah planning duit. Ada duit extra kami utamakan barang rumah.
Kami ni 3 tahun kahwin tapi masih tidur di ruang tamu sebabnya nak beli katil terasa mahal. Kami utamakan benda lain dulu. Tahun depan hutang bengkel suami langsai. Harap boleh selesa sikit. Boleh nak berjalan, nak membeli itu ini sebab sungguhnya saya ikhlas untuk gunakan duit saya sebagai simpanan. Tapi bila ada tekanan dari luar ni buat saya tertekan.
Yang trigger saya menulis ini, minggu depan birthday anak saya. Tahun lepas yang pertama kami sambut di kampung saya sebab mak saya baik hati nak sponsor. Nak sambut sekali dengan sepupu saya. Anak saya cucu sulung. Saya iyakan je.
Saya ingatkan sambut biasa tapi segala macam juadah ada. Saya bersyukur tapi saya ralat sebab saya tak mampu nak hulur banyak. Mereka taklah meminta tapi sayalah segan. Itu pun suami saya tarik muka kenapa tak jemput keluarga dia.
Saya nak je jerit, kita ni dah la tak menghulur, tak membantu pun. Tak segan ke? Saya segan sangat tau. Kek ulang tahun pun kongsi dengan sepupu saya. Sebabnya ketika tu saya baru balik dari majlis konvo di universiti utara tanah air, duit dah habis guna perjalanan pergi balik, makan dan hotel sekeluarga.
Jadi tahun ni saya pun memang tiada duit. Tandas tersumbat saya perlu bayar hampir 1k untuk repair. Saya redha saya ikhlas tapi baru ni mak saya sibuk bertanya jadi tak nak sambut birthday anak di kampung. Padahal saya takda cakap apa pun.
Kami laki bini sedar kewangan tak mengizinkan. Tapi bila kami cakap tight budget semua macam perlekehkan. Cakap kami kedekut. Saya kedekut ke? Saya cuma utamakan masa depan anak saya. Tak kisahlah perit macam mana bulan tu, saya akan utamakan untuk saya simpan buat anak saya. Saya paling risau anak saya terbiar.
Saya tak tahu bila saya dijemput. Adakah saya terlalu risaukan perkara yang belum terjadi? Tapi takkan la benda dah jadi baru nak risau? – Meera (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Widuri Manja : Sebenarnyakan setiap percakapan kita tu pun doa jugak. Dari tajuk ni pun confessor dah tulis ‘Gaji Besar Tapi Selalu Tak Ada Duit’ dan bila baca pun dok berzikir pasal takde duit tapi mampu buat simpanan untuk anak rm500 tiap – tiap bulan.
Sebenarnya kalau ikutkan income confessor dan husband cukup je tapi sebabkan kerisauan melampaunya akan nasib anaknya nanti, tu yang membuatkan dia menyimpan agak banyak untuk anak dan bila ada apa – apa function, ayat pertama dia ‘Tak Ada Duit’..
Entahlah, ramai je yang saya jumpa income lagi kecil dari confessor, isteri tak kerja tapi happy – happy je life diorang dan anak – anak, boleh bersedekah, mampu mengembirakan hati anak dan ibubapa, dan yang paling penting rezeki mereka sangat murah.
Inilah berkat doa dari orang – orang yang digembirakan semuga murah rezeki. Itulah arw4h mak saya selalu pesan, jangan berkira, kena pulak untuk mengembirakan hati anak – anak sebab tu semua akan menjadi kenangan mereka dengan kita.
Norain Mohd Sabri : Sebenarnyakan sis, duit banyak mane pun. Memang takkan cukup. Saya dulu pun sama asyik sibuk nak menyimpan. Tapi saya lupa 1, kita sibuk menyimpan sampai lupa masa sekarang. Jadi enjoy the life simpan tak perlu banyak, cukup setakat ade.
Pasal anak tu, taknak anak susah ape. InsyaAllahh ade rezeki untuk setiap anak tu. Jangan str3ss sangat. Menyimpan banyak untuk dunia tak ke mana. Lebih baik belanja sikit untuk orang makan kan ade pahala untuk bawak jumpa tuhan nanti. Duit simpanan tak boleh bawak jumpa tuhan. Doa diberi kelapangan hati. InsyaAllah kita takkan risau lagi dengan harta dunia yang sementara ni. Enjoy the life ok.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.