Suami kata dia mampu poligami! Tapi lepas kahwin dia bawa madu tinggal sekali. Saya carikan rumah sewa, belikan perabot untuk madu

Boleh suami bawa madu duduk dengan saya sekali. Mata saya berbulu tengok mereka berdua! Saya p4ksa suami carikan madu rumah. Barang rumah saya yang belikan. Tong gas, periuk, kuali, semua duit saya, saya yang beli. Sampai sekarang madu tak tahu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama saya Kiki, sudah tentu bukan nama sebenar. Saya seorang pembaca tegar dalam ruangan ini. Saya seorang perempuan. Sudah 16 tahun berumah tangga. Itu sahaja sedikit latar belakang saya. Nak tulis lebih, takut pula ada yang kenal.

Berkenaan dengan tajuk, ya… soal poligami, topik hangat sekarang ni. Terdetik nak coretkan sebuah kehidupan poligami yang dialami 12 tahun lepas. Terdetik menulis pun sebab tiba – tiba teringat kembali. Merenung kembali potret hidup yang lepas.

Saya tak berapa pandai nak menulis jadi saya minta maaf awal – awal ya. Moga ada sedikit pengajaran yang boleh di ambil ya. Terutama kepada suami – suami yang ada hati nak berpoligami kononnya nak hidupkan sunnah tetapi hanya berkiblatkan nafsu.

Suami berkenalan dengan bekas madu melalui online. Tak perlu saya nyatakan di mana. Yang pasti melalui internet. Ketika itu saya dan suami baru 3 tahun mendirikan rumahtangga. Saya tak ingat berapa lama mereka berdua berkenalan, tapi dalam kurang setahun.

Bukan tak ada usaha saya nak halang, memang ada. Saya nasihat tak jalan langsung. Saya cakap dekat suami, dengan saya pun kamu (suami) tak cukup ini itu, nak juga kahwin lain? Tapi suami dengan yakin cakap boleh.

Oh lupa. Di pihak bekas madu pula, dengarnya, ahli keluarga, saud4ra mara ada yang nasihat, suruh pikir betul – betul kalau nak kahwin dengan suami orang. Tapi yelah, cinta itu buta kan. Nak juga teruskan. Adalah kot sekali dua saya bersembang dengan bekas madu sebelum mereka berdua berkahwin. Borak kosong je.

Saya tak tanya banyak sebab entahlah, dalam masa yang sama hati saya dah kosong ketika itu. Saya dah hilang kata – kata kut. Sebab dorang dah nak kahwin dah pun masa tu. Mungkin inilah yang orang kata tawar hati, hati m4ti. Jadi berkahwinlah mereka berdua.

Dari mula kahwin, kami duk serumah dalam 1 – 4 bulan kut. Bila ingat balik, rasa macam hmm. Banyak sangat drama antara suami dan bekas madu. Per4ngai tak matang kedua – duanya. Jangan sebut soal hati saya ketika itu. Rasa nak tutup mata tengok mereka berdua. Berbulu tengok.

Saya p4ksa suami carikan madu rumah. Lantaklah lepas tu nak berdrama, saya tak nak ambil tahu langsung. Dah dapat rumah, barang – barang dalam rumah saya yang belikan. Tong gas ke, periuk kuali ke. Tu semua duit saya, saya yang beli.

Yang penting saya tak nak tengok dua sejoli ni dalam rumah yang saya duduk. Benda ni bekas madu tak tahu sampai sekarang. Dah asing rumah, drama rumahtangga antara suami dan bekas madu berlanjutan. Benda yang saya tak nak ambil tahu, masih juga sampai dekat cuping telinga saya.

Suami mengadu ini itu, si bekas madu tiba – tiba mesej mengadu suami macam ini macam itu. Dah kenapa saya pula yang kena dengar masalah dorang. Siapa yang jadi m4ngsa sekarang sedangkan mereka sendiri yang cari peny4kit, cari masalah.

Saya yang jadi serba salah. Nak nasihat yang macam mana ya? Nak bagitau suami macam mana ya? Saya sendiri tersepit di tengah – tengah antara mereka berdua. Nak je saya ulang semula sesetengah ayat suami yang kononnya mampu berpoligami sebelum perkahwinan itu berlaku.

Cukup setahun, mereka pun bercerai. Buang duit, buang tenaga buang masa. Rasa speechless sangat – sangat. Dah dari awal buat saya mental, kahwin pun mental, nak cerai pun buat saya mental. Sebab apa? Masa awal – awal tahu suami nak kahwin lain, saya frusted sangat sangat tau. Down sangat masa tu.

Cek kurang ini itu sampai hampir mental koyak. Dah mereka berdua kahwin, saya cuba redha. Cuba terima. Bila saya dah terima, redha, dah terbiasa bila suami tak ada di rumah. Ada masa me time untuk diri sendiri dan anak – anak. Ehhh, mereka boleh bercerai pulak!

Eh s4kit hati sangat. Buang masa saya, buang tenaga saya selama ni! Dan buang duit saya! Maaflah. Cerita kurang menarik eh. Sebenarnya saya bagi ringkas seboleh yang mungkin untuk melindungi identiti suami dan bekas madu.

Jadi kepada sesiapa yang nak berpoligami tu, bak kata suami saya sekarang selepas dah ‘bijak’. Fikir betul – betul. Dah masuk alam poligami ni baru sedar tanggungjawab tu sangat sangat berat ya. Tak main – main katanya.

Seronoknya cuma sebulan 2. Tapi selepas itu, nauzubillah! Hanya yang benar – benar terpilih dan mampu selayaknya berpoligami. Sekian dari saya ya… Terima kasih banyak luangkan masa baca. – Kiki (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Rizal Rodzuan : Kalau saya jadi awak, kalau dah tak adil, tak mampu, saya minta fasakh je lepas tu move on dengan anak – anak. Kalau lepas tu dia merayu nak kembali kat saya, saya baIas balik lebih baik awak kembali ke rahmatullah saja.

Zarith Elya : Lain Kali kalau tak mampu poligami tak payah poligami. Baik betol hati sis 4 bulan tumpangkan rumah. Kalau Aku, Kau balikla dok umah mak Kau bawak la Bini Baru tu tak payah bazir duit nk beli tong gas segala bagai. Sekarang suami sis dah tau Kan, takde orang boleh Tahan per4ngai dia selain Dr sis?

Shahanie Habibur Rahman : Power ko dik boleh tahan serumah 4 bulan. Jika akak memang akak tak bagi, mohon carilah umah lain tuk madu tu. Tak koser aku. Sebabnya memang cam tt cakap tu lah, nanti drama, g4duh dah kita plak tak pasal – pasal kena jadi orang tengah dah la kita ni jenuh pujuk diri redha. Dah helok hati tenang, aman gumbira ada banyak me time sudahnya kena pikir masalah depa dua pulak.. aiksss hahahha

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.