Suami saya kuat mengata isteri. Ada sahaja yang tak kena. Dulu saya keluar pakai gincu pun dia mengata nak pergi kedai je pun tu pun nak melawa. Sekarang saya ke mana pun pakai tudung sarung, suami pandang atas bawah, macam makcik – makcik!
#Foto sekadar hiasan. Fasa mengandung, bersalin, berpantang bagi saya adalah a lonely journey. Suami ada tapi seolah macam tak ada. Masa mengandung kalau munt4h – munt4h suami tak pernah ambik tahu. Dia hanya fokus handphone.
Kalau saya cramp tengah malam dia boleh tengok je. Jangankan tolong, tanya ok ke tak pun tidak. Setiap kali mengidam saya usaha cari sendiri sebab pernah sekali saya mintak carikan pulut udang kebetulan haritu kedai memang tutup. Suami saya bising – bising seolah menyusahkan dia.
Saya balik kampung masa alahan pun dik4tanya saya manja. Saya balik at least ada mak yang tolong masakkan sebab saya memang tak boleh bau menumis. Kalau saya baring sebab terlalu penat masa mengandung dia akan cakap saya lembik, orang lain mengandung okay je sedangkan saya waktu tu nak angkat tangan pun rasa berat sangat.
Buat kerja rumah pun ala kadar. Bila tak masak dia tanya kenapa tak masak sedangkan saya memang tak boleh bau menumis. Lepastu selalu bandingkan mak – mak dulu mampu je kenapa saya tak mampu. Dia pernah jugak cakap saya gemuk sedangkan saya mengandung anak dia jugak.
Tuan punya badan pun sedapkan hati sendiri lepas pantang nanti kurus balik, suami pulak boleh ja direct macam tu. Saya berpantang rumah mak sendiri. Banyak mak yang tolong jagakan anak. Sediakan air mandian herba pun mak. Suami? Kalau tak suruh tak buat.
Bab bangun malam ada hari dia bangun sekali ada hari dia penat saya lah yang berjaga sampai ke pagi. Dengan s4kit luka jahitan, s4kit pinggang lagi. Kadang – kadang rasa nak jerit je sebab penat. Suami bagi alasan perlu cukup tidur sebab nak kerja.
Suami cuma balik kampung hujung minggu sebab tempat kerja jauh dari rumah mak. Kalau suami tak ada memang mak dan adik – adik jaga dari A-Z sampailah bab cuci baju saya. Saya bersyukur sangat. Alhamdulillah. Tapi kalau suami balik hujung minggu mestilah family saya serahkan pada suami untuk jaga tapi yang teruk saya lah jugak.
Kadang – kadang baby tak nak tidur sampai pukuI 4 – 5 pagi saya masuk bilik adik dialah yang tolong sebab saya dah terlalu penat sedangkan suami masih tidur. Saya minta cucikan baju anak dan baju saya pun suami suka sangat bertangguh sampaikan mak sendiri ambik baju – baju dan basuh sebab nampak banyak sangat yang belum berbasuh.
Saya sampai segan dengan mak sendiri sebab suami ada tapi masih mak jugak yang buat semua. Sekarang anak pun dah setahun. Suami ada jugak tolong jagakan anak tapi susah sangat dia nak jaga hati isteri dia ni. Kalau mintak tolong apa – apa pun dia akan bising dulu baru tolong.
Mintak tolong tukarkan cadar dia tolong tapi dia akan cakap benda macam ni pun nak tunggu suami tak boleh buat sendiri. Mintak siapkan barang anak setiap kali nak ke mana – mana pun dia akan cakap anak sorang pun berkira nak siapkan barang. Sedangkan dia boleh ja tengok movie.
Setiap kali saya cuba nak luah apa – apa last – last g4duh. Dia akan cakap saya drama. Saya sampai tawar hati sebab terlalu banyak makan hati. Kadang – kadang nak bercakap pun rasa malas. Kalau saya menangis sebab terasa pun dia tak pernah ambik tahu.
Dia dah anggap isteri dia memang macam tu, suka menangis. Tak ada pun usaha nak tanya apa yang tak kena dan betulkan keadaan. Pernah sekali saya bersiap nak keluar dia cakap bersiap lama – lama tapi hasil biasa ja sedangkan saya memang tak make up jadi apa je lah yang lama sangat.
Suami saya kalau bersiap kalah orang perempuan. Saya tak tahu nak rasa apa. Tapi saya anggap dah biasa. Cuma saya tak tahu suami saya ni kategori apa sebab memang tak ada common sense bab mengata isteri. Dulu kalau keluar walaupun ke kedai dekat dengan rumah saya akan pakai lip balm ataupun liptint sekurangnya tak nampak macam m4yat hidup.
Walaupun sekadar liptint pun dia mengata nak pergi kedai je pun tu pun nak melawa. Sekarang saya ke mana pun pakai tudung sarung je sebab nak cepat tapi dipandangnya pulak atas bawah siap cakap macam makcik – makcik. Entahla ye. Nak apa sebenarnya?
Setiap kali saya cuba bagi tahu apa saya tak suka dia akan cakap itupun nak terasa. Hati tak kental lah. Bila saya terasa dan malas nak layan dia akan kata saya ada masalah hati pula sebab layan suami tak baik. Logik lah kalau selalu sangat terasa lepastu layan acuh tak acuh sebab saya pun manusia ada hati boleh terasa. Saya cuma nak ada teman yang boleh kongsi masalah.
Sepanjang kahwin selama 2 tahun tak pernah sekali saya dapat bersembang macam orang normal. Yang ada sembang macam nak berg4duh. Bila cuba nak pillowtalk dia kata geli. Saya terlampau sunyi sebab tak ada tempat nak meluah.
Kadang – kadang whatsapp dia untuk meluah pun dia buat tak tahu ja tak reply. Bila anak dah masuk setahun banyak je perubahan sebenarnya. Dia yang selalu tidurkan anak, bancuh susu anak tengah malam walaupun banyak lagi perkara yang perlu disuruh, diketuk baru nak buat.
Kadang – kadang berhari – hari baru nak buat. Rasanya tipikal lah lelaki macam tu semua nak disuruh dulu. Tapi bab komunikasi memang zero. Kahwin tu sekadar kahwin sahaja. Tak rasa langsung kasih sayang. Saya pun dah tak tahu nak buat macam mana. Kadang – kadang sampai fikir nak cerai ja. – N (Bukan nama sebenar)
Sambungan… Terima kasih yang sudi baca confession yang saya pernah tulis ‘Ada suami tapi sunyi’. Ada jugak yang c0ndemn tapi lebih ramai memberi nasihat. Terima kasih. Kebanyakan nasihat dah pernah saya apply tapi Allah masih belum makbulkan mungkin masih banyak saya perlu betulkan dalam diri terutama bab sempurna solat.
Ada yang kata saya sangat penyabar. Ya saya memang penyabar tapi jika sampai limit saya juga orang yang tak akan toleh belakang. Selagi boleh sabar – sabarlah kalau dah tak tertahan buat apa lagi tunggu. Saya berpegang dengan alasan rumahtangga baru 2 tahun.
Lagipun suami juga ada perubahan walaupun sedikit dan perit. Saya akui suami bukanlah seorang yang tidak boleh dibentuk tapi prosesnya sangat jerih. Nafkah zahir memang tiptop tapi nafkah batin, kesihatan mental isteri itulah yang masalahnya.
Suami selalu anggap remeh sampai isteri rasa sunyi. Tiada empati dari suami. Saya memang buat hal sendiri, happykan diri, kisahkan hal anak sahaja. Memang saya boleh buat semua tu tapi jauh di sudut hati mesti nak jugak suami yang boleh dijadikan teman bersembang.
Apa tujuan kahwin kalau dah masing – masing buat hal sendiri. Tapi suami saya zero bab communication. Ada yang suruh saya jadi laser. Saya memang laser tapi suami pulak cakap akhlak saya buruk sedangkan dia tak sedar laser saya adalah reflection dari apa dia buat pada saya.
Saya kenal dengan suami 6 bulan sebelum kahwin. Red flag 2 minggu sebelum kahwin tapi kita takkan kenal suami selagi tak tidur sebantal. Bercinta 10 tahun pun tak dapat janjikan apa selepas kahwin. Tetiba diduakan, tetibe di itu di inikan. Terlalu ramai kawan – kawan yang nasibnya sama.
Malah ada yang lagi teruk suaminya kalau bab menolong buat kerja rumah walaupun dah bercinta lama. Takkan waktu dating nak bawak penyapu tunjuk yang dia rajin mengemas. Kalau terlalu ramai lelaki yang macam ni tak kanlah tak ada seorang perempuan yang tak terkahwin dengan lelaki macam ni.
Sebab terlalu ramai lelaki yang memang tak dididik buat kerja rumah. Yang ada pun berapa ramailah sangat. Kalau dapat yang rajin alhamdulillah. Kalau tak memang isteri jugaklah kena usaha didik dulu. Mak – mak memang ramai suka merajakan anak lelaki dan suami dengan harapan pandailah dia buat kerja rumah bila dah kahwin nanti.
Senang je kan lepaskan tanggungjawab didik anak dia pada isteri pulak. Waktu rebung tak nak didik bila dah jadi kayu disuruh isteri didik pula hmm.. Umur dah 30 isteri tegur tak makan nasihat dah. Yang tu cuma mencari gaduh je.
Last – last isteri jugak yang buat sendiri sebab taknak berg4duh. Saya masih bersyukur walaupun susah tapi suami masih boleh dibentuk. Saya nak suami sama – sama buat kerja supaya anak nampak yang suami ni ayah yang bertanggungjawab. Sebab saya dibesarkan dalam family yang lelaki – lelaki dirajakan.
Kebanyakan kerja rumah mak yang buat. S4kit penat mak saya ayah saya memang tak kisah. Pada dia biasa sahaja. Saya tak benci ayah saya cuma saya terkilan situasi dan budaya macam tu dari dulu lagi. Saya harap sangat anak saya tak benci bapaknya sebab itulah saya perlu didik dulu suami.
Hmm pelik kan sepatutnya bab mendidik ni ketua keluarga lah tapi sekarang jadi tanggungjawab isteri pilih dan corakkan keluarga yang macam mana dia nak. Dia juga lah yang kena kuat untuk hentikan budaya tak kaduk merajakan lelaki. Dalam rumahtangga sekarang sayalah yang paling cold.
Walaupun suami buat lawak saya buat tak kisah saja. Sebab saya dah penat jadi baik. Kadang – kadang sampai lupa macam mana nak senyum. Bila saya baik saya rasa dipijak. Saya rindu diri saya dulu yang boleh bergurau senda.
Bila saya jadi ‘cold’ suami boleh pula buat kerja tanpa disuruh. Tapi bila saya jadi baik dan tak berkira dia lupa pulak untuk menolong buat kerja rumah. – N (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Wan Izzaty : Another reason kenapa wife kena kerja. Selain ada duit sendiri. At least ada kawan – kawan kerja buat teman sembang. Takde la terperuk makan hati sorang – sorang di rumah. Ada laki layan bini macam orang gaji.
Btw – laki TT dah tak sayang cinta / wife dia. Mana ada orang bercinta macam tu. Kahwin kan = bercinta sampai syurga.
Zatty Musa : Laki spesis ni memang payah nak berubah walau apapun nasihat @ pillow talk @ kaunseling bagai. Dia tetap kata apa dia buat adalah BETUL walau terang bender4ng nampak salahnya. Tt bagi masa sedikit, mungkin 6 bulan / 1 tahun.. tengok macam mana dia.
Jika masih sebegitu boleh lah pikir kan diri sendiri dan anak. Orang macam ni lama – lama buat kita depr3ssion. Tak berbaloi nak bertahan dengan suami yang tak berguna.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.