Setiap kali balik rumah, suami masuk bilik rahsia bawa HP. Satu hari terkantoi nampak suami buat benda tak senonoh

Awal kahwin suami dah tunjuk ego. Saya marah suami buang kulit buah dalam kereta sedangkan saya dah sediakan plastik untuk buang sampah. Dia berhenti tepi jalan, tinggalkan saya dalam kereta dan dia naik teksi balik rumah. Saya balik dan pujuk suami..

#Foto sekadar hiasan. Luahan saya ini menceritakan tentang alam perkahwinan saya yang tidak seperti diharapkan. Saya wanita bekerja, mempunyai 2 orang anak yang sihat dan comel. Awal tahun pertama perkahwinan saya terk3jut dengan per4ngai suami yang sangat ego sehingga saya mintak maaf pun dia tak layan.

Dia dingin dengan saya hampir seminggu. Puncanya saya marah dia buang kulit buah dalam kereta sedangkan saya dah sediakan plastik untuk buang sampah. Dia berhenti tepi jalan, tinggalkan saya dalam kereta dan dia naik teksi balik rumah.

Saya luah kepada kawan baik saya, kawan saya mintak saya balik rumah dan mintak maaf kepada suami. Saya follow cakap kawan saya, tapi bila saya mintak maaf, dia langsung tak peduli. Sampai lah hari raya, kami tak jadi balik kampung sebab dia masih marahkan saya, dia tidur dia ruang tamu, sampai tengah hari.

Saya sorang je lah bersiap untuk hari raya dan solat raya dia masjid. Kemudian, lepas dapat anak pertama, dia mula berani pukuI saya bila berg4duh. Bab duit pun berkira. Bila saya tuntut, dia kata tak ada duit. Sebulan dia bagi saya dalam 100 atau 200 macam tu untuk beli susu dan pampers anak dan barang dapur.

Tuan tuan dan Puan puan rasa cukup ke? Selebihnya dia suruh topup duit saya. Ok saya follow. Sampai 1 tahap saya tak boleh terima, balik kampung pun saya kena support, semua bil – bil air dan letrik saya kena cover juga,bayar rumah sy juga bayar.

Dia tak pernah tanya hal tu. Saya usulkan supaya dia boleh bantu sikit, Kongsi bayar dengan saya ke. Terus dia melenting. Alasan sebab gaji dia sikit. Dia balik rumah, main hp dalam bilik rahsia dia. Kadang – kadang sampai saya dengan anak dah tertido baru dia masuk bilik.

Pernah juga terkant0i, dia hampir nak buat benda tak senonoh sambil tengok video. Bila saya tanya, dia bagi alasan, bila dia mintak saya tak bagi. Sangat tak logik, sejujurnya saya tak pernah tolak bila dia mintak. Sampai saya tak habis pantang 100 hari lagi pun dia dah mintak, saya tetap akan layan.

Dia ada masalah di tempat keja dan hutang lama dia sebelum kahwin dengan saya muncul balik dan perlu diselesaikan. Balik rumah muka masam dan tak tegur saya dengan anak. Lama – lama saya jadi geram, saya mengadu dengan mak mertua. Alhamdulillah mak mertua menyebeIahi saya.

Berlaku lah perjuaangan saya menuntut hak saya dan anak, mintak dia jalankan tanggungjawab yang sepatutnya. Sampai 1 tahap, bila berbuka puasa, dia beli makanan sendiri, saya beli makanan sendiri. Buka puasa masing – masing walaupun duduk serumah.

Hampir 2 tahun jugaklah saya berjuaang, baru dia redha dengan tanggungjawab dia sebagai suami dalam bab nafkah. Dia pun dah tak pukuI saya lagi bila berg4duh. Tapi tak berakhir di situ sahaja. Penyiksaan batin saya bermula masa saya pregnant anak kedua. 8 bulan dia tak sentuh saya langsung.

Dia tidur bilik lain, saya dengan anak pertama tidur di bilik yang sepatutnya kami tidur sekali. Saya tak tahu punca kenapa saya dilayan sebegitu. Tapi layanan dia dekat saya masih ok. Duit susu, pampers anak dan barang dapur dia masih sediakan.

Dia bercakap macam biasa dengan saya cuma kami sekadar duduk 1 rumah tapi tidur asing. Bila saya tanya kenapa, dia tak nak bagi tahu dan bagi alasan dia dah lupa. Dan dia melenting lagi, dia tanya apa lagi yang saya nak dari dia, selama ni dia layan saya baik je.

Saya diam sebab memang betul dia layan saya dengan baik tapi hubungan suami isteri dah tak ada dan kami pun dah tak tidur sebilik. Sampai lah saya bersalin anak kedua. Saya bawak diri berpantang di kampung. Lepas 2 bulan macam tu baru saya balik ke rumah.

Masa tu tetiba dia tidur balik sebilik dengan saya. Macam biasa, saya tak habis lagi pantang 100 hari, dia dah mintak. Cuma Alhamdulillah baby dia jaga. Dari mandikan sampai nak ber4k, baby menangis pun dia jagakan tanpa saya suruh.

Saya fikir dia dah insaf atas layanan buruk dia dekat saya sebelum ni. Dan saya fikir pend3ritaan saya berakhir di situ. Tapi tidak jugak. Baru – baru ni pun, dia dah tak sentuh saya lebih 5 bulan dah. Dia pun dingin dengan saya sebab kes saya tegur per4ngai abang ipar.

Sebulan jugakla dia bermasam muka dengan saya. Sekarang dan ok tapi kami sekadar nama je suami isteri, tapi kehidupan tak seperti itu pun. Saya mula rasa, saya ni sekadar batu untuk dia capai apa yang dia nak saja. Untuk dia keluar dari title bujang dan dia obleh tunjuk dekat semua yang dia pun mampu ada zuriat.

Sekarang saya malas nak tuntut apa – apa dari dia dah. Dalam solat dan doa, saya cuma mengadu pada Allah semoga suami saya berubah. Saya tak tahu apa salah saya pada suami. Saya cuba sabar dan redha dengan ujian ni.

Tapi saya cuma manusia biasa, ada masa saya akan meIetup juga. Maaf saya cakap, saya sekarang dah jadi macam rahib terp4ksa berpuasa nafsu. Sedangkan suami ada, hubungan itu halal je. Tapi tak merasa seperti hubungan yang halal pun. Dulu saya pernah mintak, tapi dia reject.

Memang saya kecil hati sangat. Dan masa tu dia ada sebut perkataan yang buat saya kecil hati. Sampai sekarang saya tak berani minta sebab teringat perkataan itu lagi. Suami juga susah untuk diajak berbincang. Ada ketika keputusan dia buat, tak tanya saya dulu.

Bila ajak berbincang apa masalah atau apa dia tak suka pasal saya, dia kata kami okay, tak ada masalah apa pun. Saya pernah pergi kaunseling dan ajak dia sekali, tapi masih  dia tak nak pergi. Bab – bab duit pun, banyak saya guna duit sendiri sebab saya tak sanggup dengar dia mengungkit dan ulang ayat saya kikis duit dia.

Saya masih kekalkan, dia wajib beli barang asas seperti susu anak dan lauk supaya saya tak hilang hormat pada dia. Yang lain – lain sebolehnya saya guna duit gaji saya. Kalau bulan tu saya sengkek, saya sanggup keluarkan simpanan dari saya mintak duit dari dia.

Persoalannya di sini, perIukan saya bercerai di atas kisah isteri yang tak dianggap ini sahaja atau haruskah saya bersabar? Saya sedih bila fikirkan anak – anak yang masih kecil yang perIukan kasih sayang seorang bapa. Saya dah tengok sekeliling saya, bagaimana anak yang ibu bapa bercerai, ada yang ada masalah bip0lar, ada yang terbiar, ada yang mencari cinta lelaki dari orang yang tak sepatutnya.

Saya tak nak anak saya merasa serba salah atau terp4ksa buat pilihan untuk pilih ibu atau bapa mereka. PerIukah saya terus bersabar dengan ujian ini demi menjaga hati dan em0si anak – anak saya. Saya sangat sayangkan anak – anak saya.

Saya nak mereka berjaya di dunia dan akhir4t, saya taknak mereka jadi seperti saya. Hidup dalam kesedihan dan pend3ritaan. Mohon pandangan dan pendapat yang boleh membantu. Terima kasih.. – Mawar Layu (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Syifa’ Ul-hanani : Baca pun penat. Sungguh seumur hidup itu terlalu lama. Terlalu lama untuk bertahan dengan orang tak sudi dengan kita. Ibarat hidung tak mancung pipi tersorong – sorong.

S Nfza Ibrahim : Sebelum awak nak tanya netizen. Pendapat kami.. tanya dulu. Dia betul – betul menjadi ayah tak untuk anak – anak dia?? Kewujudan dia tu dirasai tak anak – anak dia? Kalau dia hilang, anak – anak cari tak?? Kalau anak – anak pon tak kisah dia ade atau tak.. awak da tau ape jawapan dia kerana seumur hidup itu terlalu lama untuk tersiksa.

Tipah Adelyn : Soalan ni patut tak payah tanya orang lain. Tanya balik diri sendiri sanggup ke nak hadap sampai ke tua??? Kalau sanggup teruskan jelaaa. Jangan tanya orang lain. Kalau level redha boleh masuk syurga ni. Redha dengan segala perbuatan suami tu. Terpulanglah.

Kalau rasa tak bahagia buat apa teruskan nyeksa diri??? Jangan guna alasan anak. Kalau stay pun budak mental juga. Ke tak confident hidup tanpa suami tu? Awakkan bekerja, ada pendapatan sendiri. Jangan kejar dah orang yang tak sudi.

Baru je ada makcik umur 79 years nasihat. Pasangan kita tu kalau dia memud4ratkan kita, tak boleh memimpin asyik buat per4ngai tak elok jer, jangan bagi muka. Kita ada kerjaya bukan tak boleh hidup sendiri. Fokus diri sendiri dan anak – anak. Fikirlah masak – masak. Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri anda sendiri.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.