Suami p4ksa saya jaga abang ipar mental. N4jis dia saya kena cuci pakai tangan. Dia selalu masuk bilik saya, bila suami kerja

Abang ipar mental tapi saya curiga dengan keadaan dia, bab duit dia tak giIa. Kalau suami takde pergi kerja, abang ipar dia rajin plak masok bilik masa saya dengan anak – anak tidur. Saya penat dengan jaga anak 0KU, jaga mertua s4kit, jaga abang ipar mental..

#Foto sekadar hiasan. SALAM ADMIN, saya nak minta pendapat dan pandangan semua, bermula dari awal kahwin dengan suami, saya dip4ksa tinggal serumah dengan mertua. Dalam rumah mertua ada adik ipar sekeluarga, abang ipar yang merupakan pes4kit mental, abang ipar sorang lagi, saya duduk dalam rumah mertua hampir 5 tahun.

Dalam masa 5 tahun keadaan saya dilayan sangat teruk sampai saya rasa saya dijadikan seperti pembantu rumah. Dari segi rumahtangga sendiri, suami selalu m4ki, h1na saya depan mertua, pukuI saya depan mertua tapi dalam masa yang sama, saya ni kena jaga mertua yang ada peny4kit k4nser.

Saya yang bawak pergi hospitaI cuci payud4ra dia, jaga makan minum dan ubat – ubatan dia. Saya juga yang buat kerja rumah sedangkan suami ada adik perempuan tapi saya yang dipertanggungjawabkan untuk jaga mak dengan abang dia yang mental.

Saya selalu kena pukuI sampai satu tahap saya jadi baran. Selepas mertua saya meninggaI, saya Iawan suami, saya selalu berg4duh dengan ipar sebab dia buat saya macam h4mba abdi sampai tahap saya cuci bilik air guna tangan.

PukuI 2 pagi masih berkemas rumah sedangkan dia makan pinggan sebiji pon susah nak dibasuh alasan geli dengan sisa makanan. Padahal dia orang susah bukan orang kaya, saya penat dengan anak lagi, anak saya sorang 0KU bukan dari baby tapi disebabkan kemaIangan jalan raya.

Dalam penat saya, tak sorang hargai saya buat saya macam kuIi b4tak. Bab makan suami selalu ungkit sedangkan nafkah saya tak pernah dibagi, duduk rumah mertua cuma duduk dalam bilik kalau keluar bilik untuk kemas rumah.

Saya makan pon dalam bilik. Saya anak dah 2 orang, saya minta suami cari rumah sewa tapi diberi alasan dia masih belum mampu. Saya penat nak jaga abang dia lagi sedangkan tak sepatutnya saya menantu perempuan kena jaga abang ipar.

Abang ipar tu plak selalu buat saya curiga dengan keadaan dia, bab duit dia tak giIa, tapi masa suami takde dia rajin plak masok bilik masa saya dengan anak – anak tidur. Saya cakap suami kalau orang giIa dia tak tau guna duit, tak tau minta duit je kat orang.

Ini macam orang normal, minta r0kok lah. Yang saya jadi geram sebab dia asyik masok bilik, kadang – kadang subuh pon masok, saya rasa takde privasi langsung. Adik perempuan dia tak pernah nak jaga mak dia, abang dia, saya ni la yang jaga.

Tapi sekarang suami asyik cakap saya tak guna, saya b0doh, saya menyusahkan. Saya ajak pergi pejabat agama tak nak, saya suruh ceraikan saya tak nak, tapi kata saya beban. Dia cerita dengan orang saya bebelanja sehari 150 padahal saya ni makan pon lauk telur je.

Dia yang nak makan sedap – sedap lagi dia yang nak tanggung adik beradik saya plak disalahkan. Saya bagi sardin tak nak makan saya bagi ikan kembung tak nak ayam dia kata bosan hari – hari nak makan sotong udang ketam. Macam mana?

Dia cakap saya tak jimat sedangkan saya ni keluar rumah pon pergi rumah mak saya je, kalau makan pon nak sedap kat sana. Dia selalu salahkan saya padahal salah sendiri, kalau dalam rumah 10 orang nak makan sedap – sedap 150 sehari tu habis dekat dorang jela.

Tapi bila saya cakap dah jadi g4duh. Seluar dalam saya kadang – kadang hilang, saya ni dah tak tau nak bersabar macam mana. Kalaulah anak saya sihat macam orang lain dah tentu saya tak jadikan dia punca untuk saya bertahan dalam keluarga yang macam ni,

Saya kadang – kadang tak tahan saya cakap dengan suami, pergi cari berapa ramai menantu sanggup duduk rumah mertua jadi bibik untuk adik – adik ipar dengan abang ipar. Sanggup cuci t4ik orang lain kat lantai bilik air guna tangan.

Kalau saya tak kemas rumah, semua berulat dalam singki sebab takde yang nak basuh pinggan. Berapa ramai menantu sanggup hadap benda ni bertahun – tahun? Saya bukan mengungkit cuma sekarang suami asyik cakap kat luar ramai lagi perempuan boleh buat semua ni?

Ramai ke yang sanggup hidup macam saya? Dengan nafkah tak ada, seluar hanya sehelai yang dibelikan, itu pon seluar saya order dekat shopee tapi selalu dipersalahkan. Saya sorang ibu perlu jaga 2 orang anak dan 10 orang ahli keluarga mertua, sedangkan mak saya sendiri s4kit, saya nak jumpa dia pon suami berkira suruh saya bagi dia duit myak, tapi mak dia saya kena jaga sampai mak dia dah meninggaI pon. Saya tak rasa dia adil.

Komen W4rganet :

Farah Zainudin : Maaf cakap. Pilihan di tangan sis. Terus kekal setia bersama suami jadi h4mba abdi akhirnya merosakkan kesihatan diri. Atau 2. Keluar dari rumah itu, balik ke rumah family untuk bahagia bersama anak – anak. Pilihla yang sis rasa terbaik. Bila sis bahagia, anak pun bahagia. Bila sis str3ss dan d3rita, anak pun ikut mend3rita.

Holaz Hica : Suami dah terang – terang cakap sis beban, isteri tak guna. Kenapa mau bertahan lagi. Jangan jadikan anak sebagai alasan untuk bertahan kalau jiwa mental fizikal tersiksa. Jika saya dalam situsai sis. Saya tidak teragak – agak untuk keluar dari rumah mertua dan tinggalkan suami.

Bukan tanggungjawab isteri pun jaga atau urus kerabat suami. Sekali sekala meng4muk kerasukan tak salah sis. Jadi isteri ni jangan lemah, kalau boleh hempuk kepala suami dan kerabat – rabatnya hempuk saja.

Shahida Harun : Jadi puan nak apa sebenarnya ni? Nak teruskan dan harap suami berubah? Nak harap orang – orang dalam rumah tu berubah? Nak dilayan baik oleh suami dan keluarga suami? Atau puan nak ubah nasib puan?

Dalam fb ni banyak group. Ada group Tanya Peguam. Ada group permasalahan kes di dalam mahkamah syariah. Ada group isu – isu mahkamah syariah. Jadi puan boleh dapat banyak info dalam tu. Mungkin boleh bantu puan untuk buat keputusan.