Suami larang aku simpan nombor mana-mana lelaki. Tapi dia boleh curang, siap guna kereta aku ke sana sini untuk skandal

Aku bantu suami bayar sewa rumah dan hutang spaylater sebanyak RM500 lebih setiap bulan. Aku juga bayar duit kereta RM400 setiap bulan. Aku benarkan suami guna kereta aku untuk dia pergi kerja. Dia sedap – sedap dengan perempuan lain..

#Foto sekadar hiasan. Hi, Nama aku Dahlia. Aku nak cerita dalam masa yang sama harap pembaca boleh beri nasihat yang sepatutnya apa yang perlu aku lakukan. 3 minggu lepas aku dapat tahu bahawa suami aku chat dengan perempuan lain.

Pada awalnya aku biarkan kerana chat mereka hanya biasa – biasa. Tetapi dalam hati ini sedih kerana suami buat per4ngai sebegitu.Namun minggu lepas aku senyap – senyap baca chat mereka. Ya Allah betapa remuknya hati ini apabila mendapati chat mereka itu sudah ke arah z1na.

Chat mereka berkisarkan s3ks dan perempuan tersebut mahu berjumpa dengan suami aku. Aku menangis semahu – mahunya. Aku buat seperti biasa. Aku tak mahu ser4ng suami aku lagi kerana ingin mengatur strategi dahulu. Buat pengetahuan semua, suami aku seorang yang pandai berkata – kata.

Apabila kami berg4duh, dia akan meletakkan kesalahan atas bahu aku. Aku tidak berdaya untuk meIawan Tetapi aku sungguh tidak kuat. Aku suarakan aku ingin mencari pendapatan sampingan dengan menjadi personal tutor.

Suami aku marah dengan alasan aku tidak pandai jaga diri. Katanya kemungkinan aku akan berseorangan dengan lelaki dalam rumah apabila aku pergi ke students. Tidak tahan amarah, akhirnya aku bertanyakan siapa perempuan yang selalu dia chatting.

Aku berfikir mungkin suami aku akan terk3jut dan mengaku bersalah. Namun sebaliknya yang berlaku. Suami aku marah aku kerana aku memeriksa phone dia tanpa izin. Bahkan dia menyalahkan aku semata – mata. Dia mengatakan dia chatting kerana aku tidak melayan dia sebagai seorang suami. Aku tidak melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri.

Hati aku berkecamuk. Riak muka suami aku langsung tidak menunjukkan riak bersalah. Aku juga menyuarakan bahawa aku pernah pergi ke pejabat agama untuk mendapatkan kaunseling. Lagi sekali aku dimarahi kerana aku sanggup membuka aib dan tidak menjaga air muka dia sebagai seorang suami.

Ada benar katanya, aku selalu menolak hasrat suami aku untuk bersama dengan alasan aku letih bekerja seharian. Aku mengaku aku bersalah. Aku cuma terkilan apabila suami aku sanggup berchatting dengan perempuan lain berkenaan hal dalam kelambu.

Suami aku tidak membenarkan aku menyimpan nombor rakan sekerja lelaki. Bahkan tidak membenarkan aku bersembang dengan mana – mana lelaki termasuk abang ipar aku sendiri. Aku turuti kerana aku hormat dia sebagai seorang suami.

Namun apabila dia chat dengan perempuan lain boleh pulak. Katanya dia lelaki dan dia mampu menjaga dirinya tidak seperti aku. Aku sedih. Buat pengetahuan semua, aku terlalu sedih kerana aku banyak membantu suami aku dari segi kewangan memandangkan suami aku seorang usahawan.

Jadi, suami aku tidak mampu membayar keperluan kami sekeluarga. Aku tidak kisah. Aku hulurkan gaji bagi meringankan suami aku. Tetapi apa yang aku dapat hanyalah kecurangan. Aku terlampau sedih suami sanggup chat dengan perempuan lain sedangkan aku membantu dia membayar sewa rumah dan hutang spaylater sebanyak RM500 lebih setiap bulan. Padahal gaji aku tidaklah besar mana, RM1500 sahaja sebulan.

Aku juga membayar duit kereta RM400 setiap bulan. Aku benarkan suami guna kereta aku untuk dia pergi bekerja. Namun, aku menyesal sekarang aku banyak habiskan duit untuk menolongnya sedangkan dia sedap – sedap melayan perempuan lain.

Semasa perg4duhan, aku utarakan yang aku ingin berpisah tetapi aku masih lagi w4ras jadi aku batalkan hasrat aku untuk berpisah. Sekali lagi aku dimarahi, aku dicop sebagai seorang yang tidak mengenang budi. Dia beranggapan aku tidak bersyukur kerana dia sanggup menjaga anak – anak tatkala aku pergi bekerja.

Benar dia seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap anak – anak namun perbuatannya tidak dapat aku terima. Perempuan mana sanggup dicurangi. Bantulah aku.. – Dahlia (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Amelia Arissa : Cerai. Saya pernah jumpa lelaki begini. Berpuluh tahun dia asyik marah – marah dan salahkan isteri dia. Pakcik tu dah meninggaI tapi isterinya sekarang dah macam orang giIa, cakap sikit ketawa sorang – sorang walaupun tak kelakar, takde keyakinan langsung untuk buat keje, asyik tanya orang. Dia selalu rasa diri dia b0d*h sepertimana suami dia tekan dia dulu.

Tun Ramos : Dear confessor, suami anda seorang n4rsissistik. Kaji dahulu sikap narsissistik sebelum bertindak. Perlahan – lahan simpan wang sendiri. Tanpa pengetahuannya. Ini sebagai kekuatan anda di masa hadapan.

Kumpul semua resit bayaran seperti sewa rumah dan lain – lain. Sebagai bukti culas nafkah si suami. Berhenti bayar sewa rumah. Cipta apa sahaja alasan. Biar suami bertanggungjawab. Baik dia sibuk cari duit; daripada sibuk cari girlfriend. Doa banyak – banyak. Moga Allah mudahkan semua. Semoga membantu.

Ita Iyat : Daripada kes ni, dapat disimpulkan bahawa suami tu curang antara sebabnya adalah silap isterinya. Jadi jangan nak kecam sangat suami tu, tengok dulu diri sendiri tu macamne ya. Good luck.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.